2 Murid Sk Bangsar Positif Covid 19 Sekolah Masih Buka


Dua murid perempuan SK Bangsar disahkan positif Covid-19, namun masih belum ada pengumuman mengenai penutupan sekolah itu.
Berita Harian melaporkan murid tahun 4 dan 5 itu dipercayai dijangkiti daripada ahli keluarga mereka, selepas pulang menghadiri kenduri baru-baru ini.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bangsar Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, pihak sekolah dimaklumkan perkara itu oleh penjaga dan Kementerian Kesihatan (KKM) 10.30 pagi tadi.
Katanya, susulan itu pihak sekolah memaklumkan kepada PIBG dan petugas KKM datang melaksanakan ujian saringan terhadap murid dan guru membabitkan 2 kelas tahun berkenaan.
Beliau berkata, bagaimanapun tiada arahan penutupan sekolah buat masa ini, namun sesi persekolahan petang hari ini ditangguhkan.
“Petugas KKM menjalankan ‘swab test’ bermula 2 petang tadi kepada kira-kira 80 murid dari 2 kelas tahun 4 dan 5, serta 26 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat 2 murid yang positif Covid-19 itu.
“Petugas KKM juga dijangka menjalankan sanitasi di kelas dan lokasi berkaitan. Namun, pihak sekolah memang melakukan sanitasi setiap hari.
“Buat masa ini, tiada arahan penutupan sekolah, dan pihak pentadbir juga tiada kuasa untuk menutup sekolah, sebaliknya perlu tunggu arahan daripada pejabat pendidikan daerah (PPD) dan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Yazid berkata, majoriti ibu bapa khususnya anak mereka menjadi kontak rapat kes positif itu, bimbang jika sesi persekolahan terus berjalan seperti biasa.
“PIBG berpandangan, PPD dan kementerian wajar menangguhkan sementara sesi persekolahan antara seminggu atau 2 minggu, sementara menunggu keputusan ujian murid yang menjadi kontak rapat,” katanya.
Semalam, seorang guru dari SMK Taman Sea diuji positif Covid-19. Pelajar dan kakitangan sekolah itu diperintahkan menjalani kuarantin.
Manakala SMK Mutiara di Labuan diarah tutup sementara untuk proses sanitasi selepas seorang pelajarnya disahkan positif Covid-19 hari ini. FMT
Mayat lelaki ditemui mati depan kedai serbaneka Bangsar

The post 2 murid SK Bangsar positif Covid-19, sekolah masih buka appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/08/2-murid-sk-bangsar-positif-covid-19-sekolah-masih-buka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Pelajar Sesi Pagi Sk Bangsar Tak Hadir Selepas 2 Murid Positif Covid 19 Kata Laporan

100 Pelajar Sesi Pagi Sk Bangsar Tak Hadir Selepas 2 Murid Positif Covid 19 Kata Laporan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 287 hits
YDP PIBG Mohd Yazid Mohd Yasin berkata pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bangsar hari ini melaporkan 100 atau hampir 800 murid pada sesi pagi persekolahan tidak hadir PETALING JAYA Ibu bapa murid di Sekolah Kebangsaan Bangsar tidak mengh...
2 Murid Sk Bangsar Disahkan Positif Covid 19 Berjangkit Dari Ahli Keluarga Baru Pulang Dari Kenduri

2 Murid Sk Bangsar Disahkan Positif Covid 19 Berjangkit Dari Ahli Keluarga Baru Pulang Dari Kenduri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 241 hits
Dua murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Bangsar disahkan positif Covid 19 semalam Perkara itu dimaklumkan oleh penjaga dan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada sekolah pada jam 10 30 pagi Khamis Sehubungan itu murid dan guru di dua kelas...
Dua Lagi Sekolah Di Terengganu Ditutup Ada Pelajar Disahkan Positif Covid 19

Dua Lagi Sekolah Di Terengganu Ditutup Ada Pelajar Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 270 hits
Dua buah sekolah di Terengganu ditutup mulai hari ini hingga 11 Oktober berikutan terdapat pelajar yang disahkan positif COVID 19 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu nbsp Salim Ab Ghani berkata dua sekolah itu ialah Sekolah Kebang...
Sekolah Ditutup 8 Hari Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Berkempen Di Sabah Disahkan Positif Covid 19

Sekolah Ditutup 8 Hari Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Berkempen Di Sabah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 292 hits
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengarahkan SK Permatang Janggus di Penaga ditutup selama lapan hari susulan seorang guru wanita disahkan positif Covid 19 Pengarah JPNPP Abdul Rashid Abdul Samad berkata arahan itu dikeluarkan bagi me...
2 Pelajar Sekolah Di Selangor Seorang Kakitangan Bank Di Jb Positif Covid 19

2 Pelajar Sekolah Di Selangor Seorang Kakitangan Bank Di Jb Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 317 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Pandamaran Jaya Pelabuhan Klang Selangor dikesan positif Covid 19 Bagaimanapun Pengarahnya Dr Sha ari Ngadiman ketika dihubungi berkata kedua d...
Anwar Buka Atap Supaya Saka Pn Bn Berambus

Anwar Buka Atap Supaya Saka Pn Bn Berambus

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 718 hits
Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui tebuk atap Kerja khianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang...
Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang Diperintahkan Untuk Ditutup Setelah Guru Mendapat Ujian Positif Covid 19

Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang Diperintahkan Untuk Ditutup Setelah Guru Mendapat Ujian Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 302 hits
KEPALA BATAS Sebuah sekolah di hujung utara daratan Pulau Pinang diperintahkan untuk ditutup sehingga 8 Oktober setelah salah seorang guru positif Covid 19 Pasangan guru itu adalah ahli politik Kedahan dan dia mengikutinya ke Sabah semasa p...
Covid 19 Tiga Petugas Bilik Gerakan Spr Di Sabah Positif 215 Dikuarantin Pengerusi Spr

Covid 19 Tiga Petugas Bilik Gerakan Spr Di Sabah Positif 215 Dikuarantin Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan tiga kakitangannya yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri Sabah dijangkiti COVID 19 Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kesemua mereka dikesan positif ketika saringan di Lapangan T...
Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid 19

Donald Trump Dan Isterinya Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 316 hits
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam satu hantaran terbaru di laman Twitternya mengesahkan bahawa beliau dan wanita pertama AS yang juga isterinya Melania Trump positif Covid 19 Beliau juga berkata dalam ciapannya itu beliau dan ist...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama