2 Minggu Tak Update Blog Mana Momi Pergi


2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi 
2 Minggu Tak Update, Mana MOMI Pergi? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rindunya nak ber-blogging, rasanya sudah 2 minggu MOMI tak update apa-apa dekat blog kan? Kali terakhir MOMI kemaskini blog pada 15 Mei lalu. Apa yang sedang berlaku pada MOMI? Sebenarnya MOMI sangat sibuk dengan pelbagai persiapan untuk hari raya ditempat kerja, selain buat kerja hakiki. Entri ini MOMI nak himpunkan kisah sepanjang 2 minggu ini, jom baca kisah selanjutnya.

Majlis Hari Raya RTM
Memandangkan kita masih lagi dibulan Syawal, maka jamuan hari raya berada dimana-mana. Begitu juga dengan tempat kerja MOMI, mengadakan jamuan hari raya pada hari Khamis, 19 Mei 2022. Jadi, setiap bahagian perlu menghantar wakil untuk persembahan pada hari tersebut. Wakil dari bahagian kami, diwakili oleh 8 orang dari setiap unit didalamnya. Kami menamakan kumpulan kami, "Hegeh Raya" dan tajuk persembahan kami bertajuk "Hegeh-Hegeh Nak Balik Raya", bertepatan dengan tema raya di kampung.

Semasa Persembahan Hegeh Raya

Persembahan kami adalah persembahan medley yang menggabungkan lagu-lagu raya moden dari 2021 hingga 2022 dengan tarian ala-ala TikTok dan tarian yang direka oleh Sumee. 5 buah lagu yang kami himpunkan dalam medley ialah "Gatal Raya" dinyanyikan oleh Janna Nick, "Suara Lebaran Kita" (Hael Husaini & DOLLA), "Pejam Celik Hari Raya" (Iman Troye), "Cinta Sampai Mati (Versi Remix TikTok)" (Raffa Affar) dan "Raya Raya Raya" (DOLLA). Jom tengok video persembahan Hegeh Raya - Hegeh-Hegeh Nak Balik Raya : 


Macam mana? Best tak persembahan kami? Paling penting, persembahan kami mendapat Persembahan Terbaik tau! Yeayyy! Serius tak sangka. Rasanya Bahagian kami pertama kali menang. Serius sangat terkejut. We never expect this happen. Alhamdulillah. Terima kasih kepada para juri dan para penonton yang menyokong kami.


Rumah Terbuka Hari Raya MDI
Minggu berikutnya, Rumah Terbuka Hari Raya di bahagian MDI pula. Kami sekali lagi diminta untuk membuat persembahan. Masih lagi dalam mood Hegeh Raya, kami buat persembahan Hegeh Raya 2.0 dengan mengubah suai sedikit lagu dari sebelum ini untuk nampak kelainan. 5 buah lagu yang kami himpunkan dalam medley ini ialah "Raya Terbaik" dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah, Hanna Delisha dan Sophia Liana, "Gadys Raya" (The Gadys), "Suara Lebaran Kita" (Hael Husaini & DOLLA), "Pejam Celik Hari Raya (Remix)" (Iman Troye), dan "Raya Raya Raya" (DOLLA). Yang ni tak jumpa kat mana rakamannya, jadi jangan tanya kat mana nak tengok ya haha.


Part of work life at MDI


Masa Rehearsal Persembahan Hari Raya MDI 2022

Meluangkan Masa Bersama Rakan BloggerSebelum raya, memang selalu jumpa rakan-rakan Blogger. Lagi-lagi MOMI selalu lepak dekat rumah MOKA (Penaberkala) bersama Dikbee dan Sally. Lepas raya, sempat juga selesaikan beberapa job dekat rumah MOKA. Kebetulan, Blogger Mawardi Yunus datang Kuala Lumpur, memang wajib berjalan-jalan ya. Kami berjalan-jalan tengok wayang, shoot video dan gambar untuk job dan beraya di rumah kak Bebelan Cik Min dekat Klang. Dapat jumpa semua! Rindu semuuuaa!

Beraya bersama Blogger di rumah Kak Bebelan Cik Min
Diserang Demam, Batuk dan SelsemaMungkin kerana cuaca sekarang tidak menentu dan terlalu sibuk sehingga lupa nak berehat. MOMI diserang demam, batuk dan selsema dalam satu masa yang sama. Alhamdulillah MOMI semakin pulih semasa kemaskini entri ini, tinggal selsema sedikit dan batuk. Risau jugak takut sebab lain kan? Alhamdulillah. Mungkin badan nak berehat kot? hehe.

Haa begitulah kisahnya. Tak sempat nak buat apa-apa dekat blog, hanya masuk tengok view setiap hari je haha. Apa yang MOMI cerita diatas adalah kisah-kisah penting sepanjang dua minggu ini. Selepas ini, MOMI akan kembali mengemaskini blog dan sekarang sedang sibuk 'prepare' untuk ulang tahun ke-10 blog MOMI tidak lama lagi. Nanti MOMI kemaskini blog ya. Jaga diri ya guys! Terima kasih baca sampai habis. Sayang semuaa. Muah! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2022/05/2-minggu-tak-update-blog-mana-momi-pergi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Youtube Api Blog A Friendly Update

Youtube Api Blog A Friendly Update

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 105 hits
As you might have recently read there s an upcoming change that affects any friends you might have associated with your YouTube account
Belakang Ada Putih Puteri Sari C4mpak Duit Tak Sangka Rm10k Rupanya P4lsu Netizen Tanya Mana Rep0rt

Belakang Ada Putih Puteri Sari C4mpak Duit Tak Sangka Rm10k Rupanya P4lsu Netizen Tanya Mana Rep0rt

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 146 hits
Kecoh di platform TikTok apabila seorang pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari menc4mpakkan kepingan duit did4kwa sebagai wang p4lsu Isu panas itu dikatakan tercetus apabila dia menerima tawaran paid review untuk mempromosikan produk seo...
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 125 hits
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak kini mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya Hari itu saya dengan Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya...
Macam Mana Anak Muda Nak Percaya Agamawan

Macam Mana Anak Muda Nak Percaya Agamawan

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 159 hits
UKURAN paling tinggi tentang adab seseorang itu adalah dia wajib menaruh perasaan malu terhadap dirinya terlebih dahulu PlatoBaru baru ini tular video yang dikatakan memaparkan aksi seorang cendekiawan ternama negara ini di sebuah pusat hib...
Neelofa Percaya Redha Ibu Bapa Dah Tinggi Mana Pun Tetap Dahulukan Mama Noor Kartini

Neelofa Percaya Redha Ibu Bapa Dah Tinggi Mana Pun Tetap Dahulukan Mama Noor Kartini

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 137 hits
Sebagai ibu siapa yang tidak bangga dan bahagia apabila anaknya berjaya Itu yang dirasai usahawan terkenal Datin Noor Kartini Noor Mohamed selepas menyaksikan kejayaan anak tercinta Noor Neelofa dalam dunia seni dan perniagaan Rahsia kejaya...
Cara Menyantuni Sahabat Yang Pergi Haji

Cara Menyantuni Sahabat Yang Pergi Haji

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum and morning Hari ni penerbangan pertama jemaah haji setelah dua tahun tertunda Tahniah kepada yang dijemput especially my amigosss The day of Arafah is the day that Allah frees a significant number of people from eternal fir...
Terkenang Zaman Tiada Modal Pergi Uji Bakat Saya Nasihatkan Pelawak Baharu Jangan Riak Kata Ali Puteh

Terkenang Zaman Tiada Modal Pergi Uji Bakat Saya Nasihatkan Pelawak Baharu Jangan Riak Kata Ali Puteh

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 121 hits
Baru baru ini pelawak terkemuka negara Ali Puteh ada berkongsikan pengalamannya ketika melalui waktu sukar ketika menghadiri uji bakat menyertai program Raja Lawak sebelum ini Ali Puteh berkongsi nasihat buat mana mana yang mahu mencuba na
Pergi Bercuti Dengan Keluarga Nelydia Senrose Dah Buka Tudung

Pergi Bercuti Dengan Keluarga Nelydia Senrose Dah Buka Tudung

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 162 hits
Sejak pulang dari mengerjakan umrah pelakon cantik Nelydia Senrose 27 atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat tampil dengan imej bertudung Walaupun tidak mengiyakan bahawa dirinya sudah mantap berhijab namun melihat dari post...
Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


918kiss 7 2567 918kiss 918kiss Top 61 By Autumn 918kissauto Io

Sbdj Siri 197 Rahsia 4 Peti Hitam

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Zicha Anesha Bukan Cinta Terlarang Chord