2 Mayat Penghuni Resort Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah Ditemui




Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini, awal pagi tadi.


Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9.55 pagi sebelum mayat mangsa wanita dijumpai beberapa minit kemudian di dalam jakuzi di sebuah unit resort itu.


"Bagaimanapun, hubungan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati tanah runtuh berlaku di kawasan cerun salah satu bukit," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.


Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa terpaksa ditangguh beberapa kali pada awal pagi tadi susulan terdapat pergerakan tanah dan pengaliran air namun disambung semula kira-kira pukul 7 pagi selepas mendapat nasihat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak dengan menggunakan backhoe.


Katanya, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu disedari kakitangan resort lalu mengarahkan semua penginap di dalam empat unit yang berpenghuni untuk menyelamatkan diri namun dua mangsa berkenaan terperangkap.


Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat.




Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman berkata seramai 47 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi berkenaan dengan bantuan unit anjing pengesan K9 dari Lembah Klang.


"Tanah runtuh setinggi 100 meter dan pergerakan air di atas bukit kemungkinan disebabkan hujan lebat beberapa hari ini," katanya.


Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak Mat Niza Abdul Rahman berkata pemeriksaan pihaknya mendapati kawasan kejadian dikelilingi bukit batu kapur atas tanah baki yang ditumbuhi pokok namun tanah itu menjadi lemah apabila terkena air hujan.


"Apabila tanah semakin lemah, ia menyebabkan tanah runtuh hingga menimbus sebahagian daripada kawasan resort," katanya.


Mat Niza berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi langkah seterusnya termasuk melakukan kajian tahap keselamatan di sekitar kawasan tersebut dan tidak menolak kemungkinan terdapat risiko berlaku lagi kejadian sama di lokasi berkenaan.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/2-mayat-penghuni-resort-tertimbus-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Ditemui Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Tambun

Dua Ditemui Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Tambun

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 776 hits
IPOH Mayat dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring Tambun dekat sini awal pagi ini telah ditemui Kedua duanya ditemui di sebuah bilik yang menempatkan jakuzi di salah sebuah villa yang terdapat di resort...
Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak

Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 679 hits
Mengejutkan bila pagi ini terbaca berita tentang Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak Yang terlibat ialah dua orang tetamu Banjaran Hot Spring Resort di Tambun Perak Mangsa yang dikhuatiri tertimbus di dalam kejadian tanah ru...
Mayat Lelaki Reput Ditemui Sebelah Lebuhraya Kajang Silk

Mayat Lelaki Reput Ditemui Sebelah Lebuhraya Kajang Silk

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 232 hits
Mayat yang tidak beridentiti dijumpai disemak samun bersebelahan Lebuhraya Kajang Silk pagi tadi Foto Ihsan IPD Kajang KUALA LUMPUR Polis menemui mayat seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kawasan semak di Kajang pagi tadi Ketua Polis D...
Dihanyut Arus Deras Di Keningau Dua Mayat Kanak Kanak Akhirnya Ditemui

Dihanyut Arus Deras Di Keningau Dua Mayat Kanak Kanak Akhirnya Ditemui

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 861 hits
Mayat salah seorang mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di pedalaman Tenom hari ini Dihanyut arus deras di Keningau dua mayat kanak kanak akhirnya ditemui Mayat dua kanak kanak yang dilaporkan hilang Isnin lalu akibat dihanyut arus deras...
Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 937 hits
ANAGIPOH 10 NOV Dua mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah vila di Tambun di sini awal pagi tadi berjaya ditemukan Mangsa pertama seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan jam 9 55 pagi manakala mangsa kedua seorang ...
Mayat Ditemui Terapung Di Kolam Tanpa Organ Dalaman

Mayat Ditemui Terapung Di Kolam Tanpa Organ Dalaman

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 438 hits
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dalam kolam di Kampung Orang Asli Bukit Dugang Dengkil pada Selasa lalu 10 November 2020 Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya m...
Mayat Suspek Larikan Nissan Navara Ditemui Reput

Mayat Suspek Larikan Nissan Navara Ditemui Reput

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 527 hits
Hulu Terengganu Mayat lelaki ditemui dalam sebuah pacuan empat roda di ladang kelapa sawit di Kampung Cherang Nibung Ajil jam 5 petang hari ini Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata mayat lelaki berusia 31 tahun...
427 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh Di Selangor Kata Menteri Besar

427 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh Di Selangor Kata Menteri Besar

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 315 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor menjalankan usaha pemutihan sejak 2008 dan memberi ruang pemilikan tanah kosong di negeri itu pada harga pasaran semasa SHAH ALAM 427 hektar tanah kerajaan Selangor diceroboh p...
1mdb Dijangka Dapat Rm772 Juta Jual 2 Lot Tanah Di Tun Razak Exchange

1mdb Dijangka Dapat Rm772 Juta Jual 2 Lot Tanah Di Tun Razak Exchange

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Bhd dana pembangunan strategik kerajaan dikatakan akan menjual dua lot tanah di Tun Razak Exchange di pusat bandar Kuala Lumpur kepada Lembaga Tabung Haji pada pertimbangan keseluruhan RM772 juta Mengikut ...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder

Resipi Roti Poket Big Mac Sedap Rasa Macam Makan Kat Fast Food Terkenal

Sahabat Terbaik Jmbelog

Sudirman Hanya Nyanyian Chord