2 Lagi Parti Sertai Kerjasama Umno Pas Umum Hadi


Faiz Zainudin
-August 26, 2019 5:42 PM
Abdul Hadi Awang.
PUTRAJAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan penyertaan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dalam kerjasama Umno-PAS.

Hadi berkata demikian selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi melibatkan PAS, Ikatan dan Berjasa hari ini. Turut hadir pada sidang media petang tadi adalah Presiden Ikatan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Berjasa, Mohd Hazizi Ab Rahman.

“Mesyuarat bersetuju untuk mengambil beberapa ketetapan seperti berikut, antaranya menerima kerjasama ‘politik penyatuan ummah’ antara PAS dan Umno di atas kerangka ‘ta’awun siyasi’ (tolong menolong dalam politik),” katanya.

Hadi berkata Ikatan dan Berjasa menyertai kerjasama itu menerusi Gagasan Sejahtera, sebuah pakatan politik yang ditubuhkan selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada 2015.

Ikatan merupakan parti berbilang kaum yang membawa idea-idea perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, manakala Berjasa membawa idea-idea Islamisme.

Kadir berkata penerimaan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera bermakna PAS menerima konsep “Bangsa Malaysia” yang dibawa partinya.

“Bahawa di negara ini, parti politik akan melindungi kepentingan semua kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, Hadi mengumukan ketetapan dan isi kandungan piagam kerjasama Umno-PAS sudah dimuktamadkan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan piagam yang akan ditandatangani pada 14 September.

“Ia sudah dirangka. Nanti lahir anak baru beri nama,” katanya.

PAS dan Umno bersetuju untuk bekerjasama atas dasar tolong menolong dalam semua isu melibatkan kepentingan nasional, bukan sahaja isu Islam dan Melayu semata-mata.

Tolong-menolong itu menyaksikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya kecil DUN Rantau, DUN Semenyih dan Parlimen Cameron Highlands.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/2-lagi-parti-sertai-kerjasama-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Umno Pas Hanya Agenda Najib Hadi

Kerjasama Umno Pas Hanya Agenda Najib Hadi

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 382 hits
Artikel ini DiSIARKAN 3 TAHUN LEPAS Kerjasama Umno Pas hanya agenda Najib Hadi Oleh December 01 2016Kerjasama Umno Pas sebenarnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sejak ia mula disebut oleh Presiden Umno Datuk...
Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

Kerjasama Umno Pas Sejarah Baru Politik Malaysia Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 441 hits
Kerjasama Umno PAS sejarah baru politik Malaysia kata Annuar Musa Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 201
Gagasan Sejahtera Terima Kerjasama Pas Umno

Gagasan Sejahtera Terima Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 279 hits
Gagasan Sejahtera gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Jemaah Islamiah Se Malaysia hari ini menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara Pas dan UMNO Pengerusi Gagasan Sejahtera yang juga...
Kerjasama Umno Pas Anugerah Lebih Berharga

Kerjasama Umno Pas Anugerah Lebih Berharga

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 302 hits
KANGAR 26 Ogos Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 sememangnya memedihkan namun di sebalik kekalahan tersebut Allah SWT telah memberikan anugerah yang lebih berharga iaitu penyatuan orang Melayu dan Islam Ketua...
Piagam Umno Pas Bukan Sekadar Kerjasama Politik

Piagam Umno Pas Bukan Sekadar Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR 18 Ogos Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan piagam antara UMNO dan Pas bukan sekadar berlandaskan kerjasama politik malah turut mencakupi aspek akidah keimanan dan keikhlasan Beliau berkata kerjasama itu b...
Kerjasama Umno Pas Sokongan Merudum

Kerjasama Umno Pas Sokongan Merudum

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 341 hits
Kerjasama Umno Pas sokongan merudum Oleh August 23 2019Di atas kertas kerjasama Umno Pas yang akan dimeterai secara rasmi pada 14 September ini bakal merampas 30 kerusi parlimen Pakatan Harapan yang mana jumlah undi kedua dua parti jika dic...
Kerjasama Umno Pas Dipertikai Akar Umbi

Kerjasama Umno Pas Dipertikai Akar Umbi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 279 hits
Kerjasama Umno Pas dipertikai akar umbi Oleh August 24 2019Kurang seminggu sebelum termeterainya kerjasama Umno Pas pelbagai pihak kurang yakin kerjasama itu akan menguatkan gabungan pembangkang menghadapi pilihan raya umum ke 15 Apatah lag...
Ppbm Akui Kerjasama Pas Umno Sukarkan Ph Tawan Kelantan

Ppbm Akui Kerjasama Pas Umno Sukarkan Ph Tawan Kelantan

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 319 hits
PPBM Kelantan mengakui kerjasama Umno PAS menyukarkan lagi Pakatan Harapan merampas negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang Timbalan Pengerusi PPBM negeri Sazmi Miah mengambil contoh keputusan PRU14 di mana PH tidak berjaya memenangi...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal