2 Inspektor 5 Anggota Polis Ditahan Kes Samun



Dua pegawai polis berpangkat inspektor selain lima anggota ditahan bagi membantu siasatan membabitkan satu kes samun seorang ahli perniagaan Ahad lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam satu kenyataan media berkata, dua inspektor berkenaan iaitu seorang dari Maktab Teknik PDRM, Muar manakala seorang lagi pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya serta lima anggota lain iaitu seorang dari IPD Petaling Jaya, tiga dari Balai Polis Sea Park dan seorang dari Balai Trafik, Jalan Bandar.
Loading... “Mereka ditangkap pada 20 Mei dan direman selama empat hari bermula pada 21 hingga 24 Mei ini. Turut ditahan, empat lelaki termasuk seorang kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditangkap pada 21 Mei pula akan dibuat permohonan reman pada 22 Mei ini,” katanya.Beliau berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 31 hingga 41 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan.Mazlan menjelaskan, kes ini merupakan susulan daripada seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan yang membuat laporan polis pada 4.40 petang Ahad lepas.Lelaki berkenaan menyatakan terdapat sembilan individu telah datang dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis Bukit Aman dari Bahagian Jenayah Perdagangan dan pegawai BNM serta mendakwa pengadu menjalankan kegiatan pengurup wang tanpa lesen perniagaan di premis perniagaannya di Jalan Silang.

Dalam kejadian itu, pengadu turut mendakwa dirinya dan empat orang pekerjanya telah digari selain telefon lelaki terbabit telah diambil serta wang tunai berjumlah RM4,000 yang disimpan di dalam peti simpanan juga dirampas.Selain itu, Mazlan menjelaskan, suspek juga telah meminta wang berjumlah RM200,000 sekiranya pengadu mahu dilepaskan dan akibat ketakutan atas ugutan tersebut, pengadu telah menyerahkan wang yang diminta suspek.Mazlan berkata, pihaknya memandang serius kes ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota PDRM termasuk orang awam yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah.“Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/2-inspektor-5-anggota-polis-ditahan-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Pemerdagangan Manusia Tumpas 3 Anggota Polis Terlibat Ditahan

Sindiket Pemerdagangan Manusia Tumpas 3 Anggota Polis Terlibat Ditahan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 245 hits
foto sumber internetIPOH 24 Mei Jabatan Imigresen Perak berjaya melumpuhkan satu sindiket pemerdagangan manusia melibatkan penyeludupan migran warga India ke negara Eropah yang aktif sejak 10 tahun lalu kata Pengarahnya Kamalludin Ismail Be...
Biadap Jual Arak Ugut Ketua Polis Pengerusi Dap Jerantut Ditahan

Biadap Jual Arak Ugut Ketua Polis Pengerusi Dap Jerantut Ditahan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 482 hits
Ugut Pengerusi DAP Jerantut ditahanKUANTAN 19 Mei Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu Ketua P...
Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 333 hits
Pemimpin parti ditahan ugut ketua polis daerah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 11 00PM
58 Kes Samun Curi Di Stesen Mrt Dalam Masa Empat Bulan

58 Kes Samun Curi Di Stesen Mrt Dalam Masa Empat Bulan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 412 hits
Gambar hiasanSUNGAI BULOH 15 Mei Sebanyak 58 kes curi dan samun direkodkan di 21 buah Stesen Transit Aliran Massa dari 1 Jan hingga 30 April lepas kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin Beliau berkata 19 kes direkodkan di stese...
Kisah 2 Anggota Polis Di Aniaya Dapat Perhatian Ketua Polis Negara

Kisah 2 Anggota Polis Di Aniaya Dapat Perhatian Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 476 hits
RF8 SEPANG Tak sampai 24 jam selepas Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengumumkan kesediaannya berjumpa seorang bekas pegawai Md Ali Amir Batcha yang mendakwa dianiaya pasukannya seorang lagi pegawai kanan polis tampil membua...
Kit Siang Bangkitkan Isu Kebajikan Anggota Polis

Kit Siang Bangkitkan Isu Kebajikan Anggota Polis

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 325 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan isu kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia ketika tumpuan diberikan terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis Lim berkata Suruhanjaya Diraja yang mencadangkan ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru