2 Doktor Saman Universiti Kerana Ijazah Perubatan Tak Diwarta


FMT Reporters
PETALING JAYA: Dua doktor perubatan memfailkan saman terhadap sebuah universiti swasta atas kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran kontrak kerana memberikan ijazah yang tidak membenarkan mereka mengamalkan perubatan di Malaysia.
Dr Amardas Singh Sandu dan Dr Liew Mee Yew berkata, selepas menamatkan kursus akhir tahun lalu, mereka mendapati ijazah mereka tidak diwartakan di bawah Jadual Kedua Akta Perubatan 1971.
Plaintif, yang memfailkan saman melalui Tetuan Arnold Andrew & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini, menamakan Prof Dr Shahjahan Mohamed Yasin, ketua Jeffrey Cheah School of Medicine and Health Sciences, sebagai defendan pertama.
Defendan kedua adalah Prof Andrew Walker, manakala presiden dan naib canselor Universiti Monash Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga.
Monash University Malaysia Sdn Bhd dinamakan defendan keempat.
Tanpa mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), pelajar juga tidak dapat memohon menjadi doktor pelatih di hospital kerajaan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka yang dilihat FMT, Amardas dan Liew, pemegang biasiswa kerajaan, berkata mereka menerima tawaran melakukan program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) selama lima tahun di Universiti Monash Malaysia pada 2016.
FMT difahamkan kira-kira 120 pelajar lain yang menerima tawaran serupa pada tahun itu juga berada dalam situasi sama seperti Amardas dan Liew.
Kedua-duanya berkata, pada tahun ketiga program itu, mereka dimaklumkan ijazah baru – Sarjana Muda Sains Perubatan dan Doktor Perubatan (MD) – yang bernilai lebih tinggi akan diberikan kepada mereka.
Tetapi, mereka perlu menulis satu kertas penyelidikan tambahan yang dipersetujui plaintif.
Mereka berkata, terdapat pemahaman tersirat iaitu selepas menamatkan pengajian, mereka layak memohon MMC atau mendapatkan lesen sementara untuk mengamalkan perubatan.
Sejurus menamatkan ijazah tahun lalu, mereka ke MMC dan mendapat tahu ijazah itu tidak diwartakan.
Mereka memaklumkan Shahjahan, yang turut terkejut, tetapi defendan memilih menawarkan ijazah serentak – MBBS dan MD untuk menyelesaikan masalah mereka.
Amardas dan Liew berkata, tindakan defendan adalah kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran kontrak.
Mereka menuntut ganti rugi dan kehilangan pendapatan berjumlah RM1 juta serta faedah pada kadar 5% dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Peguam Kiranjeet Kaur Sidhu, yang mewakili plaintif, berkata kertas kausa sudah dihantar kepada defendan.
Beliau berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 25 Mac di depan pendaftar mahkamah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/2-doktor-saman-universiti-kerana-ijazah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

Mom Siasat 15 Pemegang Pas Kerja Dikaitkan Dengan Universiti Swasta Di India Yang Jual Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 194 hits
SINGAPURA Kementerian Tenaga Manusia sedang menjalankan siasatan terhadap 15 pemegang pas kerja yang mengisytiharkan mempunyai kelulusan dari sebuah universiti swasta di India 15 individu itu kini bekerja di Singapura dan mengisytiharkan me...
Darurat Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin

Darurat Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung isu darurat Muhyiddi...
Abang Jpj Pasang Kamera Saman Kesalahan Pengguna

Abang Jpj Pasang Kamera Saman Kesalahan Pengguna

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 268 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal terus melaksanakan inovasi bagi memastikan pematuhan rakyat terhadap undang undang jalan raya di tahap maksimum Terbaharu anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ dile...
Masaalah Apa Sebenarnya Nak Saman Annuar Musa Ni

Masaalah Apa Sebenarnya Nak Saman Annuar Musa Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 225 hits
RINA HAMZAHDi bawah kerajaan tebuk atap PN Tempoh kuarantin berbeza antara Menteri dan rakyat Undang undang juga berbeza antara Menteri dan rakyat Dengan tegas menteri Ismail Sabri bgtau TIADA LAGI hukuman dua darjat bagi yang langgar SOP H...
Malang Betul Nasib Penyokong Dan Lebai Pas Kena Saman Dan Bayar Lagi

Malang Betul Nasib Penyokong Dan Lebai Pas Kena Saman Dan Bayar Lagi

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 206 hits
Mahkamah batalkan saman Kamarul terhadap MujahidFebruary 17 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini 17 2 2021 telah membatalkan saman Kamarul Zaman bin Haji Yusoff terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Terdahulu Kamarul Zaman telah memfai...
Enggan Minta Maaf Saya Akan Lawan Saman Pm Di Mahkamah Dr Puad

Enggan Minta Maaf Saya Akan Lawan Saman Pm Di Mahkamah Dr Puad

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 269 hits
Saya sahkan telah menerima LOD daripada Peguam Perdana Menteri Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya Saya akan serahkan kepada Peguam saya untuk respond surat LOD tersebut Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara say...
Lebai Pemfitnah Ni Dah Ada Saman Dia Kah

Lebai Pemfitnah Ni Dah Ada Saman Dia Kah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 365 hits
Dakwa ulamak Al Azhar sokong pembunuhan Dusuki ditempelakFebruary 16 2021 Amboi terang terangan ya ustaz PAS ni mengakui bahawa memang dia mengatakan para ulama al Azhar sebagai penyokong pembunuhan rakyat serta mengandaikan mereka seburuk ...
Muhyiddin Saman Puad Zarkashi

Muhyiddin Saman Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 268 hits
Peguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang dianggap memfitnah Menurut laporan The Edge surat tuntutan itu di...
Awal Ashaari Berdepan Saman Rm300 000

Awal Ashaari Berdepan Saman Rm300 000

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 273 hits
Hebahkan Provided by Harian Metro AWAL Ashaari FOTO arkin NSTPam Kuala Lumpur Pengacara Awal Ashaari berdepan tindakan saman lebih RM300 000 kerana didakwa melanggar kontrak dengan syarikat perabot dan hiasan dalaman Naz Capentry Ia b
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh

Singgah Bamboo Cafe Kat Simpang Lima Parit Sulong Batu Pahat

Anak Demam Berulang

The Tolpuddle Martyrs Pioneers Of The Modern Labor Movement