2 Cara Untuk Semak Followers Dan Likes Palsu Di Instagram
Betul ke kalau ada ciri ciri ini, Akaun instagram tersebut mempunyai followers dan like palsu? | Mempunyai followers yang banyak di instagram adalah impian ramai orang diluar sana sampai ada yang sanggup gunakan cara mudah untuk dapatkannya.
Cara mudah dapatkan followers di Instagram. Ada ke
Mestilah ada, salah satunya dengan membeli followers. Di Instagram sendiri pun ada banyak akaun yang menyediakan perkhidmatan menjual followers. Kadang kadang tuh siap keluar dekat stories lagi
Kalau beli followers, followers yang kita dapat tuh real ke fake? Well, ada yang cakap followers tersebut adalah real dan ada juga yang fake.
Macam mana nak tahu followers itu FAKE
Tiada formula yang tepat pun untuk pastikan followers tersebut adalah fake atau pun tidak tetapi kita boleh gunakan logik akal untuk pastikan ianya real atau pun sebaliknya
Ini adalah beberapa ciri yang menunjukkan followers instagram tersebut adalah fake
1. Semak "followers" akaun Instagram tersebutSemak macam mana? Korang bandingkan jumlah followers instagram tersebut dengan jumlah likes yang diterima untuk setiap posting. Sebagai contoh, kalau akaun tersebut ada 100 followers, jumlah likes yang diterima untuk satu gambar setidaknya dalam 5% percent dari jumlah followers yang ada
Kita tak boleh nak expect yang semua followers akan likes semua gambar kan. Jadi, 5% percent dari 100 adalah 5 likes.
Kalau 100 followers tuh macam tak logik la beli followers kan.
Kita tukar jumlah followers kepada 40,000 pulak. Kalau ikut pengiraan, 5% dari 40,000 adalah 2000 likes
So, konklusinya kalau korang tengok instagram yang ada 40K followers tapi jumlah likes yang terlampau jauh dari 2K, bermungkinan ianya adalah followers yang tidak "genuine"
Saya pernah nampak akaun instagram yang mempunyai belasan malahan puluhan ribu followers tetapi average engagement dari segi likes kurang dari 100. Pada saya ianya tidak masuk akal
Setuju tak
2. Semak siapa yang likes gambar di Instagram tersebutSesetengah pengguna dorang sangat "bijak". Dia tahu sekiranya dia mempunyai followers yang banyak tetapi engagement dari segi likes tidak seimbang ianya akan mengundang rasa curiga pengguna lain
Jadi, apa solusinya
Semestinya mereka ini akan mengeluarkan sedikit modal untuk membeli likes.
Macam mana nak tahu dorang beli likes
Apa yang korang perlu buat adalah menyemak akaun instagram likers. Yes! Sangat rumit dan leceh tetapi nak kenalpasti likers fake sangat mudah
Korang masuk ke beberapa akaun instagram likers dan semak jumlah followers dan following mereka. Kebiasaannya fake akaun mempunyai jumlah following & followers yang aneh.
Ada akaun yang mempunyai 0 followers dan 0 following. Ada juga akaun yang mempunyai jumlah following yang sangat banyak berbanding followers dan selalunya akaun sebegini adalah dari luar negara
Ianya menjadi tanda tanya kerana gambar yang dikongsikan tidak mempunyai hashtag yang sepatutnya dan lokasi gambar juga tidak dikongsikan tetapi jumlah likes dari luar negara sangat banyak.
Ini adalah pandangan saya sebagai pengguna Instagram. Seperti yang saya jelaskan pada awal artikel, tiada formula tepat untuk menentukan pengguna instagram tersebut membeli followers dan likes atau pun tidak
Saya hanya menggunakan logik akal sahaja. Korang boleh bersetuju atau sebaliknya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah perbuatan membeli followers dan likes atau komen adalah perbuatan yang tidak jujur
Mempunyai jumlah followers dan engagement yang tinggi memang sangat penting untuk korang yang menggunakan social media platform sebagai tempat mencari rezeki tetapi sebaiknya gunakan bakat dan kelebihan yang ada untuk menarik followers dan likes ke akaun korang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2020/12/cara-untuk-semak-fake-followers-dan-likes.html