2 Anak Sudah Cukup Perancang Keluarga Mesir Pula




SOHAG 20 Feb. - Bagi menghadkan jumlah penduduk yang semakin meningkat, kerajaan Mesir memperkenalkan program perancangan keluarga ‘dua anak sudah cukup’.Lapor Reuters, Mesir yang kini hampir mencecah 100 juta penduduk dilaporkan mengalami pertambahan populasi kira-kira 2.6 juta orang pada setiap tahun. Keadaan ini membuatkan negara itu berdepan dengan masalah bekalan air selain peluang pekerjaan yang terhad.Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata, dua ancaman terbesar Mesir adalah pertumbuhan penduduk dan keganasan. -AGENSI


Fatwa Mufti WP Malaysia.

SOALAN:
Salam. Boleh saya tanya? Seseorang suami yang berpendapatan rendah, adakah perlu merancang keluarga?

JAWAPAN:Waalaikumussalam wbt,Para ulama berbeza pandangan tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.
Pendapat pertama:Bagi mereka yang tidak membenarkannya, mereka berhujah:Rezeki itu berada dalam ketentuan Allah, dan Allahlah yang menetapkan pembahagian rezeki bagi setiap anak. Allah berfirman dalam al-Quran:

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. Surah al-An’am, (6:151)Penyerupaan amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin, sekalipun kaedah ini hanyalah menghalang lahirnya anak-anak. Namun tujuannya adalah sama, yakni takut miskin, maka hukum tujuan ialah hukum wasilah (sarana).Rezeki itu adalah milik Allah, dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan ialah suatu bentuk sangka buruk kepada Allah. Maka sepatutnya seseorang itu bertawakal kepada Allah kerana Allah akan memberikan rezeki kepada siapa yang Dia ingini tanpa hisab. Wajib baginya berbaik sangka kepada Allah kerana seseorang itu tidak mengetahui hakikat kebaikan dan keperluan yang sebenar seperti yang ditentukan oleh Allah. Firman Allah Taala:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ  
Maksudnya: Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya. Surah al-Baqarah, (2:216)Pendapat keduaBagi mereka yang membenarkannya, mereka memperincikan perancangan keluarga atau tanzim al-usrah kepada tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).Tanzim al-Nasal merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang perantiintrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Kaedah ini diharuskan denga syarat-syarat:Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.Ini berdalilkan athar daripada Jabir RA:كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالقُرْآنُ يَنْزِلُMaksudnya: Kami dahulu melakukan `azal pada zaman Rasulullah SAW sedangkan al-Quran sedang turun.Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5209) dalam al-SahihErtinya, tiada larangan daripada al-Quran tentang perkara itu kerana jika ia dilarang nescaya al-Quran akan menyatakan larangan. Dalam riwayat Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang `azal, maka baginda menjawab:مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِMaksudnya: Apa yang baik atas kamu agar kamu tidak melakukannya, kerana Allah telah menulis siapakah yang menjadi Pencipta (bagi setiap sesuatu) sehingga Hari Kiamat.Dalam riwayat Abu Said RA menyebut:لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَاMaksudnya: Tiada suatu nyawa pun yang diciptakan melainkan Allahlah Penciptanya.Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 7409)Ertinya, jika Allah mengkehendaki seorang anak itu dikandungkan dan dilahirkan juga, tiada siapa yang boleh menghalang. Maka, pasagan yang merancang itu hendaklah reda, beramanah dan berasa tanggungjawab.Manakala Tahdid al-Nasal menggunakan kaedah yang lebih melibatkan campur tangan perubatan yang kekal seperti pemandulan kekal dan melakukan pengguguran. Kaedah ini dianggap haram kerana melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan. 
Ini juga tindakan yang menafikan Allah sebagai Pemberi Rezeki bagi ibu bapa dan anak-anak. Apatahlagi jika ia dilakukan oleh wanita atau lelaki yang belum berkahwin. Pengecualian ialah bagi kes yang melibatkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seseorang wanita seperti risiko besar kematian atau menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal bagi ibu akibat mengandung dan bersalin. 
Maka ketika itu, boleh dilakukan pengguguran sebelum kandungan mencapai umur 120 hari daripada tarikh persenyawaan berlaku, atau 106 hari daripada hari terakhir haid.Fatwa-fatwa ulamaImam al-Ghazzali  berpendapat pengguguran kandungan ialah haram mutlak sekalipun pada peringkat awal seperti nutfah kerana ianya asas kehidupan manusia. Namun, beliau beliau berpendapat bahawa azal ialah harus dan menyatakan beberapa niat syarie untuk melakukan azal antaranya ialah faktor ekonomi, kesihatan isteri, dan kecantikan isteri bagi tujuan kasih sayang berpanjangan antara pasangan bagi mengelakkan talaq. Beliau juga menyatakan faktor yang fasid (rosak) yang tidak boleh diterima dan berdosa seperti takut untuk mendapat anak perempuan. Rujuk Ihya' Ulum al-Din (2/52)Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 1-6 Jamadilakhir 1409 H bersamaan 15 Disember 1988 M telah memutuskan, antara lain:Haramnya menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki atau pun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan. Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang Syarie.Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh Syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan untuk tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.Rujuk Majallah al-Majma’ Siri 4 (1/73).Syeikh Atiyyah pada Mei, 1997 melalui Dar al-Ifta’ al-Misriyyah mengeluarkan fatwa atas soalan hukum melakukan pemandulan bagi tujuan perancangan keluarga bahawa dibolehkan pemandulan atas alasan kesihatan atau selainnya bagi tempoh tertentu, dengan syarat kemampuan untuk reproduksi itu kekal dan boleh digunakan kembali apabila masa berlalu. Justeru, tidak boleh pemandulan itu dilakukan jika kesannya bersifat sempurna dan kekal sehingga hilang kemampuan dan fungsinya, melainkan wujudnya kemudaratan yang serius.Rujuk Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (47/10)Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Februari 1991 telah membincangkan Sistem Susuk Norplant Dalam Program Perancang Keluarga Kebangsaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Sistem Susuk Norplant ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan Muzakarah Kali Ke-12 pada 20 Januari 1977 yang memutuskan hukum mengenai Perancang Keluarga adalah seperti berikut:Memandul lelaki dan perempuan hukumnya adalah haram.Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.Menyusun keluarga dari kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (1) dan (2) di atas adalah harus.Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam(ms. 138)KesimpulanBerdasarkan soalan yang dikemukakan, dibolehkan bagi kedua pasangan untuk menggunakan kaedah tanzim al-nasal yang diharuskan oleh Syarak bagi tujuan merancang keluarga dengan cara menjarakkan anak, bagi tujuan pengurusan ekonomi kerana berpendapatan rendah. Ini perlu disertakan dengan niat bahawa jika Allah berkehendakkan pasangan itu anak, maka tiada siapa yang boleh menghalang dan hendaklah pasangan itu reda kepada taqdir Allah dan bersikap bertanggungjawab.Wallahua'lam. Akhukum fillah,S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan21 November 2016 bersamaan 21 Safar 1438H

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/2-anak-sudah-cukup-perancang-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Sheikh Muszaphar Pastikan Hujung Minggu Masa Untuk Keluarga Patutlah Anak Rapat Dan Manja

Dr Sheikh Muszaphar Pastikan Hujung Minggu Masa Untuk Keluarga Patutlah Anak Rapat Dan Manja

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 645 hits
Seronok tengok cara layanan Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak anaknya yang begitu mesra dan rapat walaupun sibuk Alasan tiada masa dengan anak bukan masalah buat Dr Sheikh Muszaphar kerana sebagai bapa dia akan curi juga masa untuk bonding ...
Pamit Temui Keluarga Ibu Dua Anak Digerebek Suami Saat Selingkuh Dengan Pria Lain

Pamit Temui Keluarga Ibu Dua Anak Digerebek Suami Saat Selingkuh Dengan Pria Lain

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 420 hits
DC tak bisa berkutik lagi setelah mendengar pengakuan pria pasangannya Menurut RK sejak beberapa bulan terakhir mereka telah menjalin hubungan gelap meski sama sama memiliki anak dan istri
Anak Hancur Spm Buat Bapa Menangis Selepas Ubah Nasib Keluarga

Anak Hancur Spm Buat Bapa Menangis Selepas Ubah Nasib Keluarga

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 602 hits
Anak hancur SPM buat bapa menangis selepas ubah nasib keluargaBAGI individu yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan mereka pastinya mahu berusaha untuk mengubah nasib dan masa hadapan keluarga
Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

Orang Kata Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi Betul Ke

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 624 hits
ORANG kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain Mereka punya sifat yang tersendiri Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik bera...
Susunan Anak Dalam Keluarga Pengaruhi Perangainya Ibu Ayah Jangan Pelik Kalau Ada Anak Kuat Memberontak

Susunan Anak Dalam Keluarga Pengaruhi Perangainya Ibu Ayah Jangan Pelik Kalau Ada Anak Kuat Memberontak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 558 hits
Susunan anak dalam keluarga tidak disangka sangka memainkan peranan penting dalam pembentukan dirinya anak Tapi bagaimana ia berlaku Dr Taufiq Razif berkongsi info yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa Info tentang...
Tiba Tiba Mengandung Lagi Walaupun Belum Bersedia Percayalah Rezeki Anak Tetap Cukup

Tiba Tiba Mengandung Lagi Walaupun Belum Bersedia Percayalah Rezeki Anak Tetap Cukup

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 239 hits
Abang ayang mengandung lagi Ok la tu Banyak la abang punya ok yang ada sekarang ni pun umur tak sampai setahun lagi nanti duit pengasuh susu pampers macam mana Tak payah risau la Ini yang perlu anda sebagai suami isteri tahu dan faham Allah...
Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1860 hits
Nama pendek penuh makna pilihan ustaz don untuk anak ketiga Don Sulaiman penyeri keluarga Ustaz Don Daniyal Dr Husna Zahry Kelahiran Don Sulaiman diumumkan Dr Husna melalui Instagramnya setelah 7 hari bersalin Don Sulaiman telah dilahirkan ...
Gara Gara Nekad Berhenti Demi Anak Lelaki Ini Dapat Simpan Duit Rokok Rm8 000 Bawa Keluarga Bercuti Memang Padu

Gara Gara Nekad Berhenti Demi Anak Lelaki Ini Dapat Simpan Duit Rokok Rm8 000 Bawa Keluarga Bercuti Memang Padu

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 334 hits
Gara Gara Nekad Berhenti Demi Anak Lelaki Ini Dapat Simpan Duit Rokok RM8 000 Bawa Keluarga Bercuti Umum mengetahui merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan kerana bukan sahaja merisikokan si perokok malah melibatkan orang orang sekel...
Isteri Banyak Berdikari Suami Jangan Pula Lepas Tangan Di Kemuncak Depresi Isteri Anak Boleh Jadi Mangsa

Isteri Banyak Berdikari Suami Jangan Pula Lepas Tangan Di Kemuncak Depresi Isteri Anak Boleh Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 1177 hits
Isteri suka berdikari memang tidak dinafikan memudahkan pelbagai urusan rumah tangga Tapi para suami jangan pula ambil kesempatan dan lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan berkongsi ada di kalangan warganet bergelar ibu p...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment