2 1 Peratus Kes Covid 19 Hari Ini Kategori 3 4 Dan 5


AGENDA DAILY
Kakitangan Kementerian Kesihatan turut memberi perkhidmatan kepada mangsa banjir beberapa hari lalu. - Gambar KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 66 kes atau 2.1 peratus daripada 3,160 jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini membabitkan pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 3,094 atau 97.9 peratus lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2.
Kategori 1 adalah pesakit tidak bergejala; bergejala ringan (kategori 2); bergejala dan mengalami radang paru-paru (kategori 3); bergejala dan mengalami radang paru-paru serta memerlukan bantuan oksigen (kategori empat); dan bergejala kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan dan perlu dirawat di ICU (kategori 5).
Menurutnya dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi seramai 4,421 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 2,661,495 atau 97.2 peratus daripada 2,738,401 kumulatif kes positif.
“Daripada jumlah kes harian hari ini, 156 adalah kes import yang turut membabitkan enam bukan warga Malaysia dan 150 warganegara, manakala 3,004 kes lagi adalah penularan tempatan, termasuk melibatkan 127 rakyat asing,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata seramai 324 pesakit Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 175 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu juga sebanyak tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan, menjadikan keseluruhannya 6,101 kluster dengan 5,878 telah ditamatkan dan 223 lagi masih aktif.
Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 3,160 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, turun berbanding 3,528 kes yang dicatat semalam.
Menerusi statistik yang dikongsi beliau, lima negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan kes harian dalam tempoh itu.
Jangkitan baharu di Johor meningkat kepada 416 kes berbanding 396 kes semalam, menjadikan kumulatif keseluruhan di negeri itu meningkat kepada 242,696 kes, dengan sehingga semalam seramai 232,428 pesakit sembuh dan 3,843 kematian.
Empat lagi negeri yang mencatat peningkatan kes hari ini ialah Kelantan sebanyak 391 kes berbanding 370 semalam; diikuti Putrajaya (29 kes baharu, 23 semalam); Sarawak (27 kes baharu, 19 semalam); dan Perlis (26 kes baharu, 20 semalam).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/21-peratus-kes-covid-19-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Terus Meningkat 3 997 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Terus Meningkat 3 997 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 323 hits
Oleh Sebahagian daripada pelajar pelajar sekolah mendaftar sebelum menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Remaja di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Sivik Petaling Jaya baru baru ini GAMBAR Abd Razak Aid JA...
4 083 Kes Harian Covid 19 Hari Ini

4 083 Kes Harian Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 266 hits
PUTRAJAYA Kes harian positif Covid 19 mencatatkan penurunan dengan 4 083 kes baharu berbanding 4 262 kes pada Jumaat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2 715 847 kes Pada...
Covid 19 Kes Di Sabah Meningkat Sedikit Hari Ini Kata Masidi

Covid 19 Kes Di Sabah Meningkat Sedikit Hari Ini Kata Masidi

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 449 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata faktor penyebab berlakunya peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan 25 kes baharu yang membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Temp...
Sejurus Peningkatan Kes Covid Brave Girls Tangguh Konsert Solo Pertama

Sejurus Peningkatan Kes Covid Brave Girls Tangguh Konsert Solo Pertama

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 364 hits
BRAVE GIRLS terpaksa menangguhkan konsert Januari mereka ARTIKEL BERKAITAN Pada 27 Disember Brave Entertainment mengumumkan bahawa konsert solo pertama BRAVE GIRLS akan ditangguhkan kerana kebimbangan kes COVID 19 yang makin meningkat Berik...
Kes Harian Covid Menurun Ke Paras 2 500

Kes Harian Covid Menurun Ke Paras 2 500

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 302 hits
MALAYSIA NOW Malaysia kini mencatat 2 721 544 kes keseluruhan Covid 19 Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonom...
2 897 Kes Baru Covid 19 Kemasukan Hospital Menurun

2 897 Kes Baru Covid 19 Kemasukan Hospital Menurun

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 346 hits
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2 897 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 746 833 Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid 19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 10 peratus berbanding tujuh h...
Lonjakan Kes Covid 19 China Terus Arah Bandar Xi An Berkurung

Lonjakan Kes Covid 19 China Terus Arah Bandar Xi An Berkurung

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 320 hits
BEIJING 23 Jamadilawal 1443H Selasa Ratusan ribu lagi penduduk China diarahkan berkurung di rumah hari ini menerusi langkah sekatan ketat oleh pihak berkuasa bagi mengawal lonjakan kes jangkitan COVID 19 yang mencecah paras tertinggi dalam ...
Kes Omicron Berganda Setiap 3 Hari

Kes Omicron Berganda Setiap 3 Hari

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 388 hits
ismaweb netMenular dengan cepat kemasukan ke hospital terus meningkatGENEVA 14 Jamadilawal 1443H Ahad Varian Omicron dilaporkan di 89 negara dan jumlah kes meningkat dua kali ganda dalam satu setengah hingga tiga hari di kawasan dengan penu...
2 757 Kes Baru Covid 19 Terendah Sejak 20 Dis

2 757 Kes Baru Covid 19 Terendah Sejak 20 Dis

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 363 hits
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2 757 kes baru Covid 19 Ini menjadikan kes kumulatif berjumlah 2 743 936 Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari sejak 20 Disember Jumlah kemasukan hospital pes...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim