1mdb Pegawai Penyiasat Sprm Diarah Hentikan Siasatan



(Berita Harian) – Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi beliau diarah tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu selepas pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, berkata arahan itu diterima beliau selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016.
Saksi pendakwaan ke-49 itu yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan utama berkata, beliau bagaimanapun tidak ingat siapa yang memberikan arahan berkenaan, tetapi ada membuat catatan dalam diari siasatan.
Disoal Ahmad Akram bagaimana perkara itu berkaitan dengan kes 1MDB, Nur Aida menjawab, “Ia bagi tujuan melindungi Datuk Seri Najib Razak daripada siasatan dan pendakwaan dalam kes ini.”
Nur Aida berkata demikian selepas mahkamah hari ini mendengar rakaman audio perbualan antara Najib, Rosmah dan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Dakwaan cubaan guling Najib
Menurut saksi itu, kandungan perbualan berkaitan kes 1MDB yang disiasatnya iaitu berhubung laporan polis yang menyatakan wujud konspirasi antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Abu Kassim untuk menggulingkan Najib dan kerajaan ketika itu.
Ia juga berkaitan satu program bual bicara integriti membabitkan Abu Kassim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai pertukaran Dzulkifli menggantikan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
Tiada surat penghargaan Najib kepada Raja Abdullah
Sementara itu, Nur Aida berkata hasil siasatan beliau tidak menemui sebarang surat bertulis yang diserahkan Najib kepada Raja Abdullah atau Kerajaan Arab Saudi sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas sebarang pemberian derma seperti didakwa bekas perdana menteri itu.
Menurut Aida, pihaknya hanya menerima empat salinan surat Arab Saudi berkaitan derma kepada Najib yang mendakwa diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Pihaknya juga tidak menerima surat asal dalam milikan Najib selepas membuat pemeriksaan di Pejabat Perdana Menteri.
Nur Aida memberikan keterangan terhadap Najib, 70, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/02/13/1mdb-pegawai-penyiasat-sprm-diarah-hentikan-siasatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

Najib Lantik Kp Sprm Baharu Untuk Henti Siasatan Src 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 224 hits
V AnbalaganSaksi kata Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai ketua pesuruhjaya badan antirasuah pada Julai 2016 menggantikan Abu Kassim Mohamed KUALA LUMPUR Seorang saksi bagi pihak pendakwaan beritahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib Razak lantik ke...
Bekas Pegawai Najib Serah Rm4 5j Wang 1mdb 3 Kondo Rm7 05j Dilucut Hak

Bekas Pegawai Najib Serah Rm4 5j Wang 1mdb 3 Kondo Rm7 05j Dilucut Hak

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 184 hits
Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myKUALA LUMPUR Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak menyerahkan secara sukarela wang AS 972 251 25 atau RM4 551 399 45 daripada dana 1Malaysia Development Berhad Penyerahan wang berkenaan oleh...
1mdb Najib Lantik Pesuruhjaya Sprm Baru Untuk Lindungi Dirinya

1mdb Najib Lantik Pesuruhjaya Sprm Baru Untuk Lindungi Dirinya

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi beliau diarah tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu selepas pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pe...
Bukan Semua Dokumen Siasatan 1mdb Diserah Kepada Pembelaan Najib

Bukan Semua Dokumen Siasatan 1mdb Diserah Kepada Pembelaan Najib

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu tidak semua dokumen diperoleh pendakwaan melibatkan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad diserah kepada pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Peng...
1mdb Sprm Peroleh Semula Aset Wang Lebih Rm23 Juta

1mdb Sprm Peroleh Semula Aset Wang Lebih Rm23 Juta

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 228 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berjaya memperoleh semula RM23 9 juta wang hasil daripada proses pemulihan aset 1MDB dari Ogos 2023 sehingga hingga 5 Feb Agensi anti rasuah itu dalam kenyataan memaklumkan w...
Sprm Panggil 20 Saksi Bantu Siasat Kes Spanco

Sprm Panggil 20 Saksi Bantu Siasat Kes Spanco

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 395 hits
Seramai 20 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan terhadap Spanco Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri...
Sprm Dua Anak Dr M Boleh Didakwa Jika Gagal Isytihar Harta

Sprm Dua Anak Dr M Boleh Didakwa Jika Gagal Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 369 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan dua anak bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad boleh didakwa sekiranya gagal membuat pengisytiharan harta mereka Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata suruhanjaya i...
Keputusan Kurang Hukuman Najib Tamparan Hebat Buat Sprm

Keputusan Kurang Hukuman Najib Tamparan Hebat Buat Sprm

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 347 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Keputusan mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Razak mematahkan semangat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menurut seorang bekas ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya yang mengepalai SPRM dari Ju...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Latihan Bola Jaring Antara Semangat Dan Realiti Usia 40 An


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya