1mdb Lagi


Kenyataan kat atas tu bukan kita yang cakap..! Tapi Najib yang beritahu..! masa tu satu alam cakap apa pun puak Najib tetap yakin dan percaya dengan kata kata tokey dedak mereka tu..!
Hari ni takde satu hari pun di dalam Mahkamah yang menceritakan berkaitan Jolok ni terlibat dan memain peranan..! Apa cer???
Sebab tu...jangan sesekali berbohong..! tak baik..!
Hari 14: 'Jho Low, Tim Leissner atur pertemuan Najib-Pengerusi Goldman Sachs'
Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB memasuki hari ke-12 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur
Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding
LANGSUNG3.05 petang: Jho Low dan CEO Goldman Sachs (Asia) Tim Leissner menjadi pihak yang mengaturkan perjumpaan antara Najib Razak dan Pengerusi Goldman Sachs Lloyd Craig Blankfein di satu pertemuan pelaburan di New York pada November 2009, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi
Bekas CEO 1MDB itu berkata, dia diminta Jho Low untuk terbang bersama Najib ke mesyuarat dengan pihak yang berpotensi melabur dalam 1MDB
Shahrol berkata dia bersama pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin pergi ke sana pada 21 November 2009
Perjumpaan itu berlaku keesokannya iaitu 22 November, katanya lagi
"Jho Low dan Leissner telah menjadi matchmaker untuk pertemuan tersebut. Jho Low sebagai fasilitator kepada Najib manakala Leissner ialah fasilitator kepada Llyod Craig Blankfein. "Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan bahasa tubuh dan perbualan mereka," katanya lagi

Tim Leissner2.47 petang: Perbicaraan bersambung
12.04 tengah hari: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan berehat awal hari ini bagi membolehkan pendakwaan menyusun dokumen untuk fasa kedua keterangan saksi bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi
Permohonan dibuat ketua DPP Gopal Sri Ram ketika Shahrol - saksi kesembilan pendakwaan - selesai membaca sehingga perenggan 349 keterangan saksi 270 halamannya
Perenggan satu hingga 158 berkenaan fasa 1 dakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, manakala fasa kedua bermula pada perenggan 350 di halaman 159 keterangannya
Terdapat empat fasa dalam kesalahan yang didakwa dilakukan Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion
Pemeriksaan utama Shahrol dengan Sri Ram akan bersambung pada 2.30 petang ini
11.45 pagi: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata Jho Low pernah memberitahunya bahawa Good Star Ltd adalah milik PetroSaudi International (PSI)
Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata Jho Low memberitahu perkara itu pada Mei 2015, susulan laporan media bahawa ia didakwa milik Jho Low dan jutaan dolar wang 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu
Shahrol memberi keterangan berkenaan pengeluaran surat bertarikh 22 Mei 2015, daripada CEO PSI Tarek Obaid, yang menyatakan Good Star adalah milik PSI
"Jho Low berjanji akan mendapatkan PSI untuk menulis kepada saya sepucuk surat untuk mengesahkan apa yang beliau katakan itu," katanya
Shahrol meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013 tetapi kekal dalam lembaga pengarah sehingga 2017
11.20 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak selesa dengan pelaburan besar - berjumlah AS$1.83 bilion - yang disuntik 1MDB kepada PSI melalui 1MDB PetroSaudi Ltd dan Good Star Ltd
Susulan itu, katanya, dia meminta Jho Low mencari jalan agar PSI mempercepat proses pelaburan semula "duit kami" di Malaysia
"Sekurang-kurangnya ia dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana banyak projek 1MDB di Malaysia sedang berjalan," katanya ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram
Shahrol berkata Jho Low mengambil maklum akan permintaan itu tetapi tiada jawapan positif selepas dia beberapa kali bertanya soal itu kepadanya. "Saya banyak kali menekankan beliau namun beliau masih memberikan maklumbalas yang sama. Sehinggalah saya dapat tahu daripada berita bahawa terdapat isu 1MDB melibatkan PetroSaudi. " Saya amat keliru kerana semua transaksi dibuat adalah berdasarkan pelaburan antara kerajaan dan disokong penuh oleh kerajaan Malaysia melalui mandat yang diberikan oleh perdana menteri," katanya lagi
10.28 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low pernah mendakwa PetroSaudi International (PSI) "merungut pada daddy", merujuk kepada Raja Arab Saudi ketika itu Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, selepas pengurangan lanjut pembayaran oleh 1MDB
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halim berkata dia mengurangkan bayaran kepada PSI daripada AS$300 juta kepada AS$205 juta kerana kekurangan dana
Dia berkata Jho Low memberitahunya rungutan PSI itu dibuat selepas 27 Mei 2011
" Jho memberitahu saya yang PSI amat kecewa dan tidak puas hati. Jho ada berkata 'they complained to daddy' yang bermaksud Putera Turki telah memaklumkan kepada Raja Abdullah. "Saya juga difahamkan oleh Jho yang ada perbualan antara Najib dan Raja Abdullah mengenai isu ini," katanya
Katanya lagi, akhirnya dia terpaksa akur dan mengarahkan pembayaran peringkat terakhir iaitu AS$125juta dibuat kepada PSI
10.13 pagi: Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata bantahannya kepada Jho Low menyebabkan rancangan meminjamkan AS$750 juta dikurangkan kepada AS$330 juta
Bekas CEO 1MDB itu berkata, susulan mesyuarat lembaga pengarah pada 4 April 2011, dia berkata kepada Jho Low untuk mengurangkan rancangan pelaburan untuk projek tenaga di luar negara kerana kurangnya dana untuk projek tempatan
"Lanjutan daripada perbincangan pada April hingga Mei 2011 antara saya dan Jho Low, PSI bersetuju untuk mengurangkan drawdown request dari syarikat usaha sama kepada USD330juta pada 12 Mei 2011," katanya
10.10 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia percaya Jho Low hanya mahu menggunakan nama 1MDB dalam usaha mengambil alih sebuah hotel di London melalui Maybourne Hotel Group, yang didakwa dipimpin Jho Low sendiri
Bekas CEO 1MDB itu merujuk kandungan minit mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2011, yang disediakan oleh Jho Low sendiri
Dalam minit itu, Najib setuju agar 1MDB memberikan pinjaman AS$750 juta kepada PetroSaudi dengan syarat 1MDB mendapat pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memberi tumpuan kepada projek bawah Maybourne Hotel Group, SRC International, dan Kuala Lumpur International Financial District
9.55 pagi: Bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia membantah Low Taek Jho pada 2010 berhubung memberi AS$750 juta lagi pinjaman kepada PetroSaudi International (PSI)
Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata tindakannya itu kerana merasakan 1MDB tidak patut lagi memberi pinjaman kepada PSI tetapi menggunakan dana yang ada untuk projek di Malaysia
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, dia meminta Jho Low berunding dengan Najib untuk mengurangkan jumlah pinjaman
"Pada masa sama tanpa pengetahuan saya, (pengarah PSI) Tarek Obaid menulis surat bertarikh 18 Februari 2011 kepada Najib, untuk tambahan pinjaman sebanyak AS$750 juta
"Surat itu dilampirkan bersama sepucuk surat daripada Putera Turki kepada Najib, bertarkih sama
"Surat itu diberi kepada (pengerusi 1MDB ketika itu) Lodin Wok Kamaruddin pada 11 Mac 2011, dengan nota bertulis dari Najib mengatakan dia tidak membantah pelaburan tambahan," katanya
9.30 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk dai barisan depan galeri awam. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula
Fokus terhadap peranan Najib dalam usaha sama dengan PetrosaudiBekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijangka meneruskan keterangannya hari ini antaranya berkenaan bagaimana syarikat itu boleh terlibat dengan usaha sama membabitkan dana besar, didakwa dengan PetroSaudi International
Sepanjang keterangannya dalam perbicaraan 1MDB ini, dia yang merupakan saksi kesembilan mendakwa Najib ada banyak peluang untuk membatalkan transaksi meragukan berkaitan usaha sama itu tetapi tidak berbuat demikian
Semalam, dia mendakwa 1MDB distrukturkan untuk memberi "kuasa mutlak" kepada Najib yang bukan saja perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, tetapi juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB
sumber
Tambahan lagi..!Datuk Seri Najib Razak meminta firma pengurusan pelaburan Goldman Sachs Global (GS Global) untuk menyokong dan memberikan khidmat rundingan terhadap pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)Permintaan itu dibuat Najib melalui pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GS Global, Llyod Craig Blankfein di New York, Amerika Syarikat pada 22 November 2009
Bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pertemuan itu yang diadakan di bilik hotel Najib iaitu di Hotel Four Seasons, New York, adalah untuk membincangkan kerjasama antara 1MDB dan GS Global bagi pelaburan di luar negara
Beliau berkata, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan Tim Leissner (CEO GS Global) menjadi ‘matchmaker’ (orang tengah) dalam pertemuan itu di mana Jho Low berperanan selaku pemudahcara kepada Najib dan Leissner dengan Blankfein,“Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan ‘body language’ (gerak tubuh) dan perbualan mereka
“Pada masa itulah, Najib memaklumkan kepada Blankfein meminta Goldman Sachs berunding dalam pelaburan 1MDB kerana kepakaran Goldman Sachs menerusi bidang kewangan dan pelaburan,” katanya
Saksi itu berkata, dalam pertemuan itu terdapat perbincangan mengenai sektor pelaburan 1MDB seperti sektor tenaga, hartanah, pelancongan dan pertanian
Katanya, beliau beranggapan bahawa pada masa itu, Najib meminta Goldman Sachs untuk komited terhadap 1MDB
“Selepas pertemuan itu keyakinan saya terhadap sebarang urusan perundingan kewangan melalui Goldman Sachs adalah semakin tinggi
“Sejak rundingan itu, sebarang cadangan daripada Jho Low untuk membawa masuk Goldman Sachs bagi rundingan kewangan dan pelaburan 1MDB, saya beranggapan ia dibuat dengan pengetahuan Najib,” katanya
sumberSamun menyamun membawa bencana..!Siapa?Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/09/1mdb-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 347 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
Pmo Terpaksa Pertahan Najib Sebab Banyak Serangan Isu 1mdb

Pmo Terpaksa Pertahan Najib Sebab Banyak Serangan Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 370 hits
MALAYSIAKINI KES 1MDB NAJIB l Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri ...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 294 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Hutang 1mdb Rm39b Bayar Faedah Rm9b Gila Ke Apa

Hutang 1mdb Rm39b Bayar Faedah Rm9b Gila Ke Apa

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 303 hits
oleh Ab Jalil Backer Bayar Faedah Hutang 1MDB RM9 bilion Setahun Jika betul ini kenyataan Timbalan Menteri Kewangan kita boleh pakat gelaklah Kerajaan apa bodoh hutang RM36 bilion bayar faedah setahun RM9 bilion Timbalan Menteri tu kata jum...
1mdb Tanore Trial Shafee Cites Sri Ram S Judgements In Hearsay Application Against Ex 1mdb Ceo S Witness Statement

1mdb Tanore Trial Shafee Cites Sri Ram S Judgements In Hearsay Application Against Ex 1mdb Ceo S Witness Statement

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 246 hits
The morning session of Datuk Seri Najib Razak s 1Malaysia Development Bhd Tanore trial took an interesting turn as Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cited two judgements by Datuk Seri Gopal Sri Ram at the Federal Court and Court of Appeal du...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 330 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
1mdb Najib Langgar Titah Agong

1mdb Najib Langgar Titah Agong

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 242 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Z...
Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

Najib Objects To Hearsay Evidence By Ex 1mdb Chief

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 304 hits
Najib Razak has filed an objection to stop former 1MDB CEO Shahrol Azral Ibrahim from linking him to fugitive businessman Low Taek Jho saying this would amount to hearsay evidence His lawyer Muhammad Shafee Abdullah said such evidence could...
1mdb Shahrol Kasi Panas

1mdb Shahrol Kasi Panas

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 319 hits
Lepas AMhari buka nampaknya sampai giliran Shahrol pulak kopek Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilihat amat rapat dengan Najib Razak d...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Analysis Politics Business Viability Diplomacy Make Purported Casino In Malaysia S Forest City A Risky Bet

High Hypocrisy At Interfaith Conference

Rakyat Takde Hak Memilih Perdana Menteri

Saya Suka Warna Pink Barang Pink Mesti Ada Di Setiap Penjuru Rumah Saya

Jemaah Tiada Permit Haji Diingatkan Elak Masuk Kawasan Larangan

Bila Perli Tu Faham Faham Lah Ditanya Tentang Kemesraan Aslam Dan Marissa Ini Respon Misya Mazlan