19 Termasuk 7 Warga China Terbabit Sindiket Judi Dalam Talian Pelaburan


Siti Hafidah

Sindiket mula beroperasi pada Mac guna aplikasi WhatsApp Gambar hiasan. ALOR SETAR – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan membabitkan kerugian jutaan ringgit sebulan selepas menahan 19 individu termasuk tujuh warga China dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan serentak pada 3.40 petang itu dilakukan ke atas tiga buah rumah, hasil maklumat dan risikan selama seminggu oleh pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
“Hasil serbuan di ketiga-tiga rumah berkenaan, kita berjaya menahan empat wanita tempatan, lapan lelaki tempatan serta enam lelaki dan seorang wanita warga China yang berumur 20 hingga 68 tahun.
“Selain itu, turut dirampas ialah tiga kereta, dua tablet, 11 komputer riba, 195 telefon bimbit dan beberapa barangan komunikasi lain yang digunakan bagi menjalankan sindiket berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sindiket yang mula beroperasi pada Mac lalu itu menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mempromosikan perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan mata wang kripto, bitcoin dengan kebanyakan mangsa adalah di Kanada dan negara Asia lain.
“Mereka mewujudkan kumpulan dalam aplikasi tersebut dengan menyasarkan pelanggan sebelum membuat promosi. Mereka akan berinteraksi dengan pelanggan yang berminat untuk melabur sebelum menipu pelanggan menggunakan laman sesawang ‘bittbay88.com’.
“Sejak beroperasi pada Mac lalu, mereka telah mengaut keuntungan antara RM300,000 hingga RM500,000 sebulan bagi setiap rumah yang beroperasi,” katanya.
Katanya, kesemua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/19-termasuk-7-warga-china-terbabit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maklum Talian Kasih Jika Ada Warga Emas Tinggal Bersendirian Kata Rina

Maklum Talian Kasih Jika Ada Warga Emas Tinggal Bersendirian Kata Rina

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 222 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata maklumat itu akan membolehkan sukarelawan atau pegawai kebajikan membuat pemantauan PETALING JAYA Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun meminta an...
Mmea Confirms June 4 Encroachment By China Vessel At Beting Patinggi Ali

Mmea Confirms June 4 Encroachment By China Vessel At Beting Patinggi Ali

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 423 hits
File photo of a China Coast Guard ship taken allegedly near the Gugusan Beting Patinggi Ali in Sarawak waters on April 23 2019 MIRI A China Coast Guard vessel has been detected encroaching Malaysian waters near Beting Patinggi Ali loca
Harapan Malaysia Deserves A Reasonable Explanation From China

Harapan Malaysia Deserves A Reasonable Explanation From China

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 395 hits
Pakatan Harapan has called for bipartisan action over a diplomatic involving China military aircraft which flew into the Kota Kinabalu Flight Information Region but did not respond to traffic controllers In a joint statement the opposition ...
Mmea China Coast Guard Ship Encroached Went Near Luconia Shoals

Mmea China Coast Guard Ship Encroached Went Near Luconia Shoals

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 557 hits
A China Coast Guard ship was detected near Beting Patinggi Ali four days after flew near the same area The vessel that had encroached Malaysian waters on June 4 was coming within 84 nautical miles of the coast of Miri Malaysian Maritime Enf...
China Buat Hal Lagi Kapal Ccg Pula Ceroboh Perairan Malaysia

China Buat Hal Lagi Kapal Ccg Pula Ceroboh Perairan Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 307 hits
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia Miri mengesahkan sebuah kapal Pengawal Pantai China dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri lapor Sinar Harian Mene
Us Senate Greenlights Huge Innovation Bill To Counter China

Us Senate Greenlights Huge Innovation Bill To Counter China

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 232 hits
High tech chips like this one being produced at a semiconductor factory in eastern China 8217 s Jiangsu province are a focus of massive US legislation aimed at countering a surging economic threat from rival China 8211 AFP file photo The US...
Juruterbang Jet Wanita Pertama Di China Maut

Juruterbang Jet Wanita Pertama Di China Maut

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 304 hits
Berita terbaru berkenaan dengan juruterbang jet wanita pertama di China maut Wanita tersebut sebelum ini telah dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di negara China yang maut dalam insiden udara Juruterbang yang bernama ...
China Nafi Ceroboh Rumah Kita Apa Kata Anda

China Nafi Ceroboh Rumah Kita Apa Kata Anda

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 242 hits
Tahniah atas kecekapan TUDM berjaya kesan 16 pesawat PLAAF1 APA tindakan anda jika ada orang yang memanjat atap rumah anda tanpa kebenaran dan meninjau ninjau anak dan isteri anda dari atas Bukan seorang tapi 16 orang 2 Demikianlah analogi ...
Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Izin Untuk Menangis

Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam Di Guar Chempedak

Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Buat Sarikata Melayu Kat Netflix Ni

Pegaga Dan Khasiatnya

Berhujung Minggu Di Malaysia

Startup Challenges Founders Face

Dadih Keladi

Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah