19 Ramadhan Berbuka Di Forest City Golf Hotel
Assalamualaikum WBT
HARI ini dah masuk sepertiga akhir Ramadhan. Kira-kira 10 hari sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Ramadhan tahun ini banyak meninggalkan kesan dalam hidup Sk adik-beradik apabila kehilangan ibu pada hari kelima menjalani ibadah puasa, namun perjuangan harus diteruskan untuk mereka yang masih memerlukan kita.
Semalam, Sk dan Pak Inche memenuhi Jemputan Berbuka Puasa dari Forest City Golf Hotel yang terletak di Gelang Patah. Setiap tahun memang ada peruntukan baucer berbuka puasa untuk Pak Inche dan rakan media lain. Sk pun tumpang sekakilah
Sebelum ke sini, kami terlebih dahulu ke Aeon Tebrau beli beras, tisu, telur dan sabun aje pun. Tapi tercapai jugaklah Chocolate Belgium Indulgence jenama Aik Cheong yang viral tu. Puasa ni, Sk tak minum kopi, sebab tekak pahit seharian sampai loya. Dapat voucher aeon ni dari company Pak Inche. Dulu-dulu jika nak raya, dorang bagi peruntukan RM60 seorang untuk beli daging tapi sejak beberapa tahun ni digantikan dengan voucher aeon. Total semalam RM102, bayar RM42 jer, syukurrr
10 minit sebelum waktu berbuka merupakan waktu paling afdhal untuk berdoa. Sk suka buka TT Ustazlah, aminkan doa ustaz
Tahun ni nampaknya ada banyak penambahbaikan dilakukan untuk Ramadhan Buffet. Dah ada khemah besar dan cantik pasang kat luar. Dengan tema 'Cherita Selera Kita', terlalu banyak pilihan lauk-pauk dari ikan, udang, sotong, ketam semua ada termasuklah patin tempoyak. Juga gulai kawah seperti gulai kambing, tetel dan urat. aneka bubur dan pengat serta desserts. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, ada persembahan live band dari Flo Rhythm dan semestinya ada durian
Masih sempat lagi jika nak berbuka di sini tau
🌙RAMADAN IFTAR DATE🌙 📅 14𝘁𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 2024-7𝘁𝗵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮4Tee Off Restaurant – Level 2⏰: 6:30 pm - 9:30 pmNORMAL RATE:👨Adult | RM168.00 nett 🧒Child | RM98.00 nett (*6-12 years) 🧑🦳Senior Citizen | RM98.00 nett (*60 years and above)
𝐅𝐨𝐫 𝐞𝐧𝐪𝐮𝐢𝐫𝐲 𝐨𝐫 𝐫𝐞𝐬𝐞𝐫𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐚𝐜𝐭 𝐮𝐬 𝐚𝐭📲+ 6011-58715235 | +6011-57570089 📍Forest City Golf Hotel, Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort, 81550 Gelang Patah, Johor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/03/19-ramadhan-berbuka-di-forest-city-golf.html