18 Plaza Tol Laksana Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya Mulai 1 Jun
Kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 buah plaza tol bagi enam lebuh raya bermula dari pukul 12 tengah hari 1 Jun ini.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia Sazally Saidi berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol di negara ini
"Dengan pelaksanaan kutipan tol secara elektronik ini, pengguna lebuh raya perlu menggunakan sama ada kad Touch 'n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol berkenaan
"Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol, pihak konsesi lebuh raya terbabit akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch 'n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu
18 plaza tol bagi enam lebuh raya yang terlibat adalah :
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
Plaza Tol Bagan AjamPlaza Tol PeraiPlaza Tol Sg. Nyior
Lebuhraya Sungei Besi (BESRAYA)
Plaza Tol MinesPlaza Tol Loke Yew
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Plaza Tol Ayer HitamPlaza Tol Saujana PutraPlaza Tol Teluk Panglima GarangPlaza Tol Pulau Indah
Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Plaza Tol Bukit RajaPlaza Tol KaparPlaza Tol Kapar Moc APlaza Tol Kapar Moc B
Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (JSAHMS)
Plaza Tol PB2X
Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
Plaza Tol Sungai RamalPlaza Tol Bukit KajangPlaza Tol Sungai LongPlaza Tol Sungai Balak
Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh hubungi hotline bagi sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan sistem itu:
BORR : 04-3299999,
BESRAYA : 1800 88 0999,
SKVE : 1300 88 0026,
NNKSB : 03-33420564,
JSAHMS : 1300 30 2828
SILK : 03-89210123
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bicarasemasa.com/2016/05/18-plaza-tol-laksana-kutipan-tol-elektronik-1-jun.html