18 Perkara Perempuan Inginkan Dari Dari Lelaki





Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

18 Perkara Perempuan Inginkan Dari Lelaki


18 Perkara Perempuan Inginkan Dari Lelaki   |   Apa yang Pok Ucu cuba praktikkan adalah sifat atau sikap seseorang yang bergelar WANITA ,Begitu susah untuk mengetahui sikap atau perangai seseorang WANITA , Lain orang lain sikap atau perangainya ....

Pok Ucu Nak kongsikan sedikit tips atau ilmu pengetahuan kepada anda semua,Apa yang perlu kita lakukan untuk mengetahui sikap atau perangai seseorang wanita dan apa yang mereka mahukan daripada seseorang LELAKI ...

1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembutPerempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.12. MemahamiSering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.13. MemimpinSeorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.
Sumber Dari : 
https://www.tentangcinta.com/

Sekian " Terima Kasih " ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pokucu.blogspot.com/2019/07/18-perkara-perempuan-inginkan-dari-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ww 7 Perkara Bukti Perempuan Makhluk Yang Complicated

Ww 7 Perkara Bukti Perempuan Makhluk Yang Complicated

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1541 hits
Tujuh fakta yang rumit mengenai Wanita 1 Selalu kata nak berjimat cernat 2 Nak jimat tetapi membeli pakaian mahal 3 Beli pakaian yang mahal tetapi selalu kata takde apa apa untuk dipakai 4 Takde apa nak pakai tetapi sentiasa berpakaian cant...
Netizen Tegur Norman Hakim Cium Mulut Anak Perempuan

Netizen Tegur Norman Hakim Cium Mulut Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 556 hits
Umum mengetahui pelakon Norman Hakim sememangnya seorang ayah yang penyayang Meskipun sudah lama berpisah dengan pelakon Abby Abadi namun hubungan mereka sangat baik demi anak anak Sering berkongsikan video bersama keluarga di Instagram bag...
Anak Perempuan Vs Menantu Perempuan

Anak Perempuan Vs Menantu Perempuan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 865 hits
Pernah terdengar rungutan rungutan dari beberapa orang kawan tentang ibu mentua Bila anak perempuan dia sendiri buat mak mentua kata bagus dan elok kalau menantu perempuan pulak yang buat begitu tak pulak dikata elok ada saja salahnya Ni co...
Dua Dua Perempuan Tak Teringin Boy Ke Jantina Anak Bukan Macam Pilih Sayur Kat Pasar

Dua Dua Perempuan Tak Teringin Boy Ke Jantina Anak Bukan Macam Pilih Sayur Kat Pasar

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 601 hits
Dua dua perempuan tak teringin boy ke Sering kali diajukan soalan begini kan terutama sekali ibu atau bapa yang mempunyai anak yang semuanya jantina yang sama Mulut orang tak boleh ditutup tapi respons kita terhadap situasi itu mengubah str...
Cikgu Tegur Kena Saman Budak Sekolah Perempuan Selamba Sedut Vape Kat Bus Stop

Cikgu Tegur Kena Saman Budak Sekolah Perempuan Selamba Sedut Vape Kat Bus Stop

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 1036 hits
Cikgu Tegur Kena Saman Budak Sekolah Perempuan Selamba Sedut Vape Kat Bus Stop Sejak dua menjak ni kita banyak di hidangkan dengan berita mengenai cikgu dan pelajar Ada yang baik dan ada pula yang sebaliknya Terbaru pasal guru merotan pelaj...
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 481 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Pemkab Aceh Utara Larang Perempuan Dan Anak Anak Keluar Malam

Pemkab Aceh Utara Larang Perempuan Dan Anak Anak Keluar Malam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 290 hits
Bupati Aceh Utara H Muhammad Thaib meyakini seruan ini mendapat dukungan penuh dari masyarakat Ini didasari atas kekhawatiran bersama kondisi anak anak Aceh Utara pada masa mendatang Terutama menyangkut dengan peredaran narkoba yang semakin...
Komnas Perempuan Memaksa Istri Berhubungan Badan Termasuk Pemerkosaan

Komnas Perempuan Memaksa Istri Berhubungan Badan Termasuk Pemerkosaan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 277 hits
Komisioner Komnas Perempuan Adriana mengatakan memaksa istri untuk melakukan hubungan seksual adalah bentuk pemerkosaan terhadap istri atau lebih tepatnya marital rape Marital rape sering disebut kekerasan seksual Marital Rape adalah hubung...
Rencana Pemulangan Eks Isis Polri Sebut Perempuan Butuh Penanganan Khusus

Rencana Pemulangan Eks Isis Polri Sebut Perempuan Butuh Penanganan Khusus

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 199 hits
Penilaian atau assessment itu untuk mengetahui sejauh mana individu tersebut terpapar radikalisme Menurut Dedi perempuan eks ISIS butuh penanganan khusus dalam program deradikalisasi Salah satu alasannya karena perempuan memiliki tingkat mi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner