18 Cara Bagaimana Akauntan Boleh Membantu Pemilik Perniagaan Mengembangkan Perniagaan Miliknya



Sekiranya anda memulakan sesuatu perniagaan dengan modal yang minima, anda pasti telah mempertimbangkan banyak perkara bagi mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan tersebut.
 
Salah satu cara untuk anda menjimatkan belanja adalah dengan menguruskan sendiri segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan syarikat. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya anda mempunyai ilmu dan latarbelakang yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
 
Namun, tahukah anda sebenarnya fungsi dan peranan pengurus kewangan dan akauntan adalah lebih rumit dan tidak terhad semata-mata untuk merekod perbelanjaan dan transaksi yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

Salah urus tadbir kewangan boleh menjejaskan perjalanan perniagaan anda untuk jangka masa panjang. Malahan anda mungkin tidak berjaya mencapai matlamat perniagaan jika aspek ini dipandang ringan.
 
Justeru, saya ingin kongsikan kepada anda, apakah perkara-perkara yang seorang akauntan dapat bantu bagi memastikan perniagaan anda berdaya saing dan dapat berkembang dengan maju.

 
Mungkin diakhir pembacaan artikel ini, anda akan mula mempertimbangkan untuk mendapatkan perkhidmatan akauntan untuk menjaga akaun syarikat anda, dan lain-lain hal yang berkaitan dengan perjalanan bisnes anda.
(jika anda tak tahu nak dapatkan servis akaun dari siapa, anda boleh dapatkan khidmat dari akauntan saya)
 
Setiap perniagaan, akan melalui fasa-fasa tertentu dalam jangka hayat perniagaan tersebut. Lazimnya, ia akan bermula dengan fasa menulis dan menyediakan rancangan perniagaan, fasa menjalankan operasi perniagaan, lalu beralih ke fasa dimana perniagaan makin berkembang dari saiz asal.
 
Seterusnya, perniagaan yang sama akan melalui fasa matang, dan akhir sekali fasa yang mana perniagaan mulai menunjukkan penurunan dari segi jualan dan permintaan.
 
Fasa Permulaan Perniagaan Kita akan mulakan perbincangan ini dengan melihat bagaimana akauntan dapat mainkan peranan pada fasa permulaan ini. Apa yang mereka boleh bantu anda pada peringkat ini?
 
(1) Menentukan struktur perniagaan yang terbaik untuk syarikat anda
Umumnya di negara kita, terdapat 5 jenis perniagaan yang boleh dijalankan, iaitu
Milikan tunggal/ enterprise Perkongsian Koperasi Sendirian Berhad/ Sdn Bhd Berhad  
Persoalannya ialah, daripada 5 jenis perniagaan ini, mana satu yang terbaik untuk anda? Adakah anda patut bermula dengan mendaftarkan syarikat anda sebagai syarikat Sdn Bhd? Atau mungkin anda patut bermula dengan syarikat jenis enterprise dan kemudian apabila perniagaan menunjukkan prestasi yang positif baru mula ubah kepada syarikat Sdn Bhd.
 
Seorang akauntan yang baik, dapat memberikan anda nasihat yang tepat bergantung kepada keperluan, dan situasi perniagaan yang anda jalankan. Ada pelbagai faktor yang akan diambil kira sebelum memberikan sebarang nasihat kepada anda, antaranya berapa modal yang anda miliki, kepakaran berkaitan bisnes yang ingin dijalankan, sumber kewangan yang boleh diperolehi dan sebagainya.
 
(2) Memberi nasihat tentang software perakaunan yang mana satu yang terbaik untuk anda
Penggunaan software dapat membantu dalam pengurusan sesuatu perniagaan dengan lebih sistematik. Terdapat banyak software dipasaran, yang antaranya berfungsi untuk membuat sistem gaji, giliran cuti, komunikasi dalaman, perakaunan dan sebagainya.

Bagi mengelakkan anda membuat keputusan yang salah, dengan melabur untuk mendapatkan sistem atau software perakaunan yang tidak diperlukan, adalah lagi baik anda dapatkan khidmat nasihat dari akauntan anda terlebih dahulu.
 
Anda juga boleh belajar cara untuk menggunakan sistem tersebut dari akauntan anda, berbanding anda terus beli dari vendor, yang pastinya lebih berminat untuk buat sales berbanding mengajar anda cara menggunakan sistem yang mereka jual.
 
(3) Membantu melakukan analisis kewangan dalam menghasilkan rancangan perniagaan
Anda mungkin pernah diminta untuk menyediakan kertas rancangan perniagaan atau business plan, terutama sekali apabila anda ada merancang untuk mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan anda. Apakah bahagian yang paling sukar dalam aspek penyediaan kertas kerja perniagaan?
 
Anda boleh gunakan template kertas kerja perniagaan yang boleh didapati dari laman web ini, namun untuk menyediakan bahagian analisis kewangan, anda perlukan seseorang yang ada kemahiran dalam bidang perakaunan.
 
Angka-angka yang bakal ditulis dalam kertas rancangan perniagaan sudah semestinya tidak boleh diada-adakan dan ia perlu dihasilkan berdasarkan kepada satu situasi yang realistik, yang relevan dengan industri anda.
 
Fasa Menjalankan Operasi Perniagaan Dalam fasa ini, anda telah pun memulakan operasi perniagaan anda. Anda sudah mempunyai pelanggan dan sudah menerima tempahan untuk produk ataupun perkhidmatan yang anda tawarkan. Pada ketika ini, anda patut mendapatkan bantuan dari akauntan anda untuk hal-hal berikut.
 
(4) Memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk mengesan dan mengawal perbelanjaan dalam aktiviti harian perniagaan
Setiap perbelanjaan dan transaksi yang berlaku mestilah direkodkan mengikut sistem perakaunan yang betul, supaya tiada transaksi yang terlepas pandang. Anda juga dapat mengelakkan berlaku situasi kesilapan dalam membuat rekod perbelanjaan.
 
(5) Memberi anda tunjuk ajar tentang jenis-jenis perbelanjaan, dan mengelaskannya sama ada ianya untuk tujuan peribadi atau berkaitan dengan perniagaan
Terdapat perbelanjaan yang anda mungkin tak tahu ianya boleh dikelaskan sebagai perbelanjaan untuk bisnes, walaupun anda membuat perbelanjaan tersebut bagi tujuan peribadi. Jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang perakaunan dan sistem percukaian, ia mungkin agak sukar untuk anda kenalpasti kategori perbelanjaan tersebut.
 
(6) Memberi anda nasihat terbaik sama ada mengambil kontrak staff, permanent staff, internship student atau freelancer untuk perniagaan anda serta implikasi kewangan terhadap setiap tindakan tersebut
Sesebuah perniagan memerlukan kakitangan yang cekap dalam menghasilkan kualiti kerja dan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal pelanggan. Patutkah anda mendapatkan pekerja tetap, pekerja kontrak, khidmat pekerja bebas atau kombinasi kesemua ini?
 
(7) Menerangkan kepada anda tentang setiap komponen yang terdapat pada laporan penyata kewangan
Dalam laporan penyata kewangan, apa yang kita akan lihat kebanyakkannya adalah angka semata-mata.

Angka-angka tersebut mewakili keadaan sebenar dan tahap kewangan perniagaan yang dijalankan. Anda perlu tahu cara untuk membaca penyata kewangan sekiranya ingin membuat keputusan yang besar yang memberi impak kepada perjalanan bisnes.
 
(8) Mengawalselia proses pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat
Berapa banyak gaji yang anda patut peruntukkan untuk diri sendiri, jika anda menjalankan perniagaan jenis milikan tunggal? Adakah gaji yang bakal anda ambil itu nanti, terlalu banyak sehingga akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat, atau selama ini anda ambil gaji terlalu sedikit?
 
Patut atau tidak syarikat memberikan bonus kepada staff, ataupun peruntukkan tersebut lebih baik digunakan untuk tujuan lain, misalnya seperti majlis makan malam atau family day. Jawapan bagi persoalan ini dengan mudah boleh diperolehi apabila anda berbincang dengan akauntan anda.
 
(9) Memberi nasihat berkaitan dengan sistem percukaian dan amaun yang perlu dibayar sepanjang tahun
Tiada satu pun perniagaan yang boleh lari daripada membayar cukai. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan peruntukkan undang-undang sedia ada, bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar?
 
(10) Menyusun dan menyerahkan bayaran cukai, laporan kewangan, dan semua dokumen yang diperlukan kepada LHDN
Selagi mana syarikat anda mematuhi peraturan percukaian, anda dapat meneruskan operasi perniagaan tanpa sebarang masalah dan gangguan dari mana-mana pihak. Justeru, anda boleh fokus tenaga dan masa anda untuk mengembangkan perniagaan anda.
 
Fasa Mengembangkan Perniagaan Apabila semua berjalan dengan lancar, perniagaan anda akan menunjukkan perkembangan yang positif. Pada masa ini, nasihat dari seorang akauntan bertauliah sangatlah penting bagi memastikan perniagaan terus berkembang. Ini antara perkara yang dapat dilakukan.
 
(11) Bantu anda membuat keputusan bagi mengembangkan perniagaan dengan memberikan gambaran mengenai corak aliran tunai, pengurusan inventori, penetapan harga berdasaran iklim percukaian semasa (GST atau SST), dan pembiayaan perniagaan
Kesemua perkara ini adalah perkara penting bagi memastikan perniagaan yang anda jalankan dapat beroperasi dengan lancar. Sampai satu masa, anda perlu mengubah harga barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan supaya bisnes anda dapat bertahan lama disamping memenuhi tuntutan dan komitmen perniagaan.
 
Jika harga barang atau perkhidmatan yang anda tawarkan tidak dinaikkan, anda mungkin tak dapat memenuhi tuntutan dan komitmen perniagaan, sebaliknya jika anda perlu naikkan harga, apakah justifikasi yang dapat diberikan bagi kenaikkan harga tersebut?
 
Sudah tentu anda tidak mahu dilabel sebagai peniaga yang hanya mahu mengejar keuntungan semata-mata, setuju?
 
(12) Memberi nasihat mengenai pembelian aset perniagaan, pajakan dan pembelian hartanah 
Apakah dan dari manakah sumber kewangan yang patut digunakan dalam pembelian sesuatu aset perniagaan? Atau patutkan anda meneruskan sewaan dipremis perniagaan tertentu atau membeli bangunan baru bagi tujuan perniagaan?
 
(13) Membantu anda mengelak dari diaudit oleh pihak LHDN
Jika syarikat dan perniagaan anda sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, tiada sebab untuk pihak LHDN mensasarkan syarikat anda untuk diaudit. Tapi sekiranya syarikat anda gagal untuk menyerahkan dokumen dan mengisytiharkan pendapatan, akan ada wakil dari pihak LHDN akan datang mengetuk pintu anda.
 
(14) Membantu dan membimbing anda melalui proses audit dan menyediakan dokumen berkaitan jika perlu
Bagaimana jika syarikat anda dipanggil untuk proses audit dan diminta untuk menyediakan dokumen berkaitan?

Anda boleh didenda tidak melebihi RM30,000 jika gagal mematuhi permintaan mengemukakan maklumat/ dokumen bagi tujuan audit ini.
 
Pada waktu ini, khidmat dari seorang akauntan amatlah diperlukan untuk menyelesaikan hal seumpama ini. Nama-nama dokumen yang perlu disediakan memang kedengaran agak asing, bagi mereka yang tak biasa dengan urusan perakaunan.
 
Fasa perniagaan mencapai tahap matang Pada tahap ini, jualan dan pendapatan yang dihasilkan oleh perniagaan mula menunjukkan jumlah yang konsisten. Dari segi angka, ia sudah tidak dapat dinaikkan lagi walaupun anda memanjangkan tempoh operasi perniagaan, meningkatkan bajet pemasaran dan sebagainya.
 
Pada fasa ini, peranan yang dimainkan oleh seorang akauntan juga semakin bertambah penting. Nasihat dari seorang akauntan, akan menentukan sama ada anda terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kewangan semasa atau keluar dari zon selesa.
 
(15) Membuat ramalan kewangan untuk membantu anda buat keputusan untuk mempelbagaikan perniagaan atau kekal dalam satu industri  
Patut ataupun tidak anda mempelbagaikan perniagaan (diversify) atau hanya kekal dalam satu industri sahaja. Walaupun diluar sana terdapat banyak syarikat yang mempelbagaikan cabang bisnes, tindakan ini mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai untuk anda.
 
(16) Membantu anda menilai keputusan sama ada baik atau buruk untuk mengambilalih perniagaan milik orang lain jika wujudnya peluang
Dari masa ke masa, akan muncul peluang untuk anda mengambil alih perniagaan sedia ada, yang muncul sama ada disebabkan oleh pemilik asal perniagaan tersebut ingin berpindah, meninggal dunia, tidak mampu untuk meneruskan bisnes atau atas sebab-sebab lain.
 
Sebelum anda buat keputusan yang besar untuk ambil alih perniagaan tersebut, dan menjadikan ia sebagai cawangan milik anda, sebaik-baiknya anda menilai dulu situasi tersebut dengan akauntan anda bagi membuat keputusan yang terbaik.
 
(17) Memberi nasihat untuk membantu menjual perniagaan anda disamping mendapatkan pulangan yang maksimum
Boleh jadi satu hari nanti, anda berada dipihak yang ingin menjual perniagaan anda. Anda mungkin tidak akan menjalankan bisnes yang anda sedang lakukan ini sampai bila-bila. Sampai satu tahap, anda ingin bersara dan ingin menikmati hidup anda.
 
Proses menjual perniagaan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Contohnya anda membuka perniagaan car wash. Apabila melepasi tempoh tertentu, anda ingin menutup perniagaan tersebut. Disini, anda ada pilihan sama ada tutup terus perniagaan tersebut, ataupun jualkan kepada pemilik yang baru.
 
Jika perniagaan tersebut sudah dijalankan sekian lama, ia sudah mempunyai pelanggan tetap, dan bisnes tersebut mempunyai nilai yang boleh diniagakan semula. Anda boleh jual bisnes tersebut, termasuk senarai pelanggan dan juga aset yang ada. 
 
Tapi sesetengah orang, dia tak tahu nak buat apa dengan bisnes yang dia sudah tak mahu jalankan. Akhirnya bisnes ditutup begitu sahaja, pelanggan sedia ada lari ke tempat lain, dan peralatan perniagaan dibiarkan rosak begitu sahaja. Sedangkan semua ini ada nilainya yang tersendiri dan boleh dijual kepada orang lain yang minat nak sambung bisnes tersebut.
 
Proses untuk jual perniagaan yang anda sedang jalankan, akan jadi lebih teratur kalau anda mempunyai sistem akaun yang baik. Maksudnya, anda ada full set account yang merangkumi balance sheet, profit & loss statement, cash flow statement dan sebagainya.
 
Bakal pembeli bisnes anda akan perlukan maklumat ini untuk buat keputusan sama ada bisnes anda ini benar-benar menguntungkan untuk diambil alih ataupun tidak. Boleh jadi orang tak nak beli, atau ambilalih bisnes anda bukan sebab bisnes anda tu tidak menguntungkan, tetapi disebabkan tiada sistem akaun yang baik untuk justify yang bisnes anda memang boleh buat untung.
Baca juga: Built to Sell – Creating a Business That Can Thrive Without You
 
Fasa kejatuhan sesuatu perniagaan Satu hakikat yang terpaksa kita terima adalah tentang kejatuhan sesuatu perniagaan. Akan tiba satu masa, pasaran sudah tidak berminat dengan produk mahupun perkhidmatan yang kita tawarkan.
 
Perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan citarasa, penggunaan teknologi baru, faktor ekonomi dan macam-macam lagi. Pada ketika ini pun seorang akauntan masih boleh main peranan untuk memberi nasihat yang berguna untuk masa depan perniagaan anda.
 
(18) Memberi nasihat mengenai penjualan aset perniagaan atau menukar perniagaan sama sekali
Setelah meneliti pilihan yang ada, anda mungkin boleh mencairkan setiap aset yang dimiliki, ataupun menukar bidang perniagaan. Segalanya bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat anda. Apa yang penting, keputusan akhir yang bakal anda lakukan tidak merugikan anda.
 
Apa yang saya kongsikan dalam penulisan ini hanyalah sebahagian daripada bidang kerja dan peranan yang boleh dimainkan oleh seorang akauntan dalam memastikan pemilik perniagaan dapat membuat keputusan yang tepat dalam setiap fasa perniagaan yang sedang dilaluinya.
 
Sebagai seorang pemilik perniagaan, sudah tentu anda mahukan yang terbaik untuk bisnes yang sedang dijalankan. Sesuatu bisnes jika dilakukan dengan betul, ia boleh diwarisi sehingga menjadi satu legasi keluarga anda.
 
Anda juga dapat mengurangkan risiko kerugian malahan mengelakkan risiko kegagalan dalam menjalankan perniagaan, apabila anda mendapatkan nasihat yang tepat mengenai perniagaan yang anda jalankan, yang pastinya bersesuaian dengan keadaan semasa anda.
 
Hentikan kelakuan berisiko tinggi seperti mengambil nasihat bersandarkan emosi, membuat keputusan berdasarkan naluri (instinct), atau mendengar ramalan-ramalan dari so-called pakar yang tidak berpaksikan pada kedudukan kewangan sebenar syarikat anda.
 
Adakah anda menghadapi sebarang masalah atau isu dalam mana-mana satu fasa perniagaan yang saya bincangkan dalam artikel ini? Jika jawapan anda adalah YA, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk anda mendapatkan khidmat seorang akauntan bertauliah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Anda tak tahu dekat mana nak dapatkan khidmat akauntan untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan akaun syarikat, sistem percukaian, zakat dan sebagainya? Saya boleh syorkan anda dapatkan khidmat akauntan yang saya sendiri pernah berurusan dengan beliau.

Beliau yang saya maksudkan ialah Pn Diyana. Kalau ada apa-apa hal, boleh whatsapp terus dekat talian +6011-2720 4420.
Kalau nak klik pautan ini pun boleh juga http://urusbisnes.wasap.my
 
Sebarang isu berkaitan dengan perundingan cukai pendapatan, penyediaan akaun syarikat, perancangan dan pendaftaran syarikat, hal-hal berkaitan permohonan lesen dan sebagainya, memang dibawah skop kepakaran beliau.
 
Kalau dia tanya, macam mana boleh kenal dia, anda boleh kata tahu dari blog saya ni ya.
 
Pn Diyana adalah salah seorang akauntan bertauliah yang berkhidmat untuk Real Management Services.
https://realmanagementservices.com/
Syarikat ini merupakan salah satu syarikat perkhidmatan perakaunan Malaysia yang berpengalaman luas dalam membantu syarikat dan individu dalam aspek perakaunan, percukaian dan konsultasi perniagaan.
 
The post 18 Cara bagaimana akauntan boleh membantu pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan miliknya appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-perkhidmatan-perakaunan-malaysia-bantu-kembangkan-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba

Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 509 hits
Kakak Kongsi Cara Mudah Buat Tart Telur Kulit Paratha Anda Pun Boleh Cuba Mak mak penggemar tart telur tak perlu susah susah dah nak buat kulit tart ni Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai
Tv Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

Tv Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 407 hits
Biasakan kita lihat televisyen terpasang tapi anak tak tengok pun Dia sibuk buat benda lain tapi kadang kadang tengok TV kejap lepas tu main lagi Bukan sekadar kanak kanak kita orang dewasa pun biasa buat macam tu kan Tapi kita nak lihat ke...
Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 462 hits
Penjagaan wajah yang rapi dan teratur adalah kunci kepada memiliki kulit wajah yang licin dan bersinar Umumnya wanita akan mendapatkan khidmat di spa kecantikan untuk merawat wajah agar kekal cantik dan sihat Namun semua itu memerlukan kos ...
Cara Cara Buat Daging Salai Versi Mudah Cepat Boleh Makan

Cara Cara Buat Daging Salai Versi Mudah Cepat Boleh Makan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 414 hits
Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api Terasa bau asap dalam kuah lagi terangkat Jika tiba tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual cara dibawah ni anda boleh cuba Kaedah ini sesuai d...
Sandiaga Hukum Tak Boleh Digunakan Untuk Memukul Lawan Membantu Kawan

Sandiaga Hukum Tak Boleh Digunakan Untuk Memukul Lawan Membantu Kawan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 198 hits
Cawapres Sandiaga Uno menjamin debat capres akan menunjukan perbedaan kepemimpinan Prabowo dengan lawannya Jokowi Khususnya soal hukum dan HAM Sandiaga menawarkan penegakan keadilan yang tak pandang bulu
5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

5 Cara Buat Kacang Salut Tepung Yang Sedap Mudah Sangat Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1405 hits
Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran Pun begitu ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ra...
Pengurusan Data Perniagaan Secara Bersistem Membantu Membuat Keputusan Yang Betul

Pengurusan Data Perniagaan Secara Bersistem Membantu Membuat Keputusan Yang Betul

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 388 hits
Menyentuh emosi menarik perhatian bakal pelanggan Mereka membeli dengan suka hati Membuat keputusan dan bertindak pula perlu mengikut data dan fakta Bersistem Bila dah penat dan duit pula banyak pergilah bercuti POS System memudahkan urusan...
Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

Cikgu Boleh Tak Kalau Saya Tak Beli Dulu Buku Log Tu Mak Saya Belum Mampu Lagi Bisik Si Murid Tapi Respon Gurunya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 336 hits
The ReporterMenjadi pendidik nampak mudah di mata orang tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas Tugas seorang guru bukan hanya mendidik malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau b...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak