18 Banduan Penjara Penor Jahitkan Ppe Untuk Frontliner Covid 19


KUANTAN, 30 Mac – Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.
Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.
Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.
“Bengkel kami mula menjahit PPE pada Jumaat lepas dan setiap hari kami boleh menghasilkan lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri.
“Buat masa ini, bengkel jahitan turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad berbeza daripada kelaziman kerana menyedari keperluan mendesak terhadap PPE ekoran peningkatan jumlah pesakit COVID-19,” katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini.
Abu Hasan berkata beberapa kakitangan penjara telah mengikuti taklimat pembuatan PPE pada 25 Mac, bagi memastikan PPE yang dihasilkan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan.
Selain PPE, Abu Hasan berkata Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) di situ juga telah menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Sementara itu, pegawai selia bengkel jahitan Penjara Penor Sarjan Muhd Mulyadi Abd Ghani berkata banduan yang terlibat tidak mengambil masa lama untuk memahami kaedah menjahit PPE kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit ekoran sering menerima tempahan pakaian seragam.
“Untuk melancarkan tugas, kami wujudkan tiga stesen khas yang terdiri daripada membahagikan material, memotong dan menjahit. PPE yang siap juga perlu melalui kawalan kualiti oleh kakitangan penjara.
“Proses yang paling renyah untuk dilakukan ialah memasukkan getah yang bertujuan mengetatkan bahagian pergelangan tangan, dagu topeng muka dan pelindung kasut,” katanya.
Mengenai tugas baharu itu, Man, 26, yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah menyifatkan bantuannya memotong PPE mengikut pola yang diberikan adalah ‘sumbangan kecil’ dirinya kepada negara yang sedang berdepan situasi mencabar.
Anak jati Kuala Ibai, Terengganu itu berkata dia tahu mengenai wabak COVID-19 kerana emaknya yang melawat pada 15 Mac lepas sempat ‘bercerita’ mengenai wabak itu yang semakin menular di Malaysia.
“Saya tahu ia mudah berjangkit…dalam diam, saya bangga juga kerana masih dapat membantu walaupun dari penjara. Sumbangan saya tidak besar, namun saya harap ia boleh melindungi kakitangan kesihatan yang sedang berjuang,” katanya.
Rakannya yang dikenali sebagai Saiful, 33, pula berharap PPE yang dihasilkan mereka dapat menampung kekurangan peralatan itu yang difahamkan amat penting dalam mengendalikan pesakit COVID-19.
Saiful yang menjalani hukuman penjara selama 18 tahun berkata dia gembira kerana kemahiran menjahit yang dipelajari selepas ‘berada di dalam’ membolehkan dia membantu mereka yang memerlukan.
 
Sumber: Bernama
The post 18 Banduan Penjara Penor Jahitkan PPE Untuk “Frontliner” Covid-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/30/18-banduan-penjara-penor-jahitkan-ppe-untuk-frontline-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 225 hits
Banduan yang tidak mempunyai kesalahan serius perlu dibebaskan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara demikian cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang Beliau berkata demikian mengulas mengenai permintaan Jabatan Penjara yang meminta mah...
Netizen Kumpul Duit 15k Taja Anti Vaksin Konon Rela Diri Masuk Wad Covid 19 Tanpa Ppe

Netizen Kumpul Duit 15k Taja Anti Vaksin Konon Rela Diri Masuk Wad Covid 19 Tanpa Ppe

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 428 hits
small Cover image via siakapkeli small Wabak Covid 19 telah menular ke serata dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang vaksin mahupun ubat ubatan khusus yang mampu merawatnya Ketika ini para saintis dan pakar sedang bertungkus lumus...
10 Hero Frontliner Dalam Menangani Wabak Covid 19 I Sttay At Work For You You Stay At Home For Us

10 Hero Frontliner Dalam Menangani Wabak Covid 19 I Sttay At Work For You You Stay At Home For Us

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 829 hits
Barisan hadapan mereka yang berjuang mempertaruhkan nasib nyawa dan orang yang tersayang demi melawan wabak Virus Covig19 yang menyerang dan mengancam rakyat dunia Terima kasih kepada semua yg masih bertarung sehingga hari ini kami harap ka...
Padah Muat Naik Status Doa Polis Kena Covid 19 Gadis Didenda Rm10 Ribu Penjara 3 Bulan

Padah Muat Naik Status Doa Polis Kena Covid 19 Gadis Didenda Rm10 Ribu Penjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 309 hits
Terdahulu tular kisah seorang gadis yang naik angin selepas disuruh pulang ke rumah oleh pihak polis ketika tempoh PKP sehinggakan membuatkan dia bertindak menulis status di Facebook berbaur hinaan terhadap anggota polis Gadis yang dikenali...
Covid 19 Sumbat Sahaja Ke Dalam Penjara Mereka Yang Ingkar

Covid 19 Sumbat Sahaja Ke Dalam Penjara Mereka Yang Ingkar

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 282 hits
TANGKAP dan sumbat PENJARA adalah kaedah tepat kepada pendegil pendegil yang sengaja langgar Perintah Kawalan Pergerakan Jika ada undang undang memboleh dijatuhi hukuman penjara seribu tahu atau denda seratus juta lakukanlah kerana ramai la...
Turut Jadi Frontliner Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid 19

Turut Jadi Frontliner Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 195 hits
Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid 19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bagi membendung rantaian penularan virus itu petugas barisan h...
Terima Kasih Dr Noor Hisham Petugas Kkm Tun M Titip Ucapan Buat Frontliner Covid 19

Terima Kasih Dr Noor Hisham Petugas Kkm Tun M Titip Ucapan Buat Frontliner Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR 31 Mac Selepas menzahirkan penghargaan beliau terhadap wira berbaju putih dan biru dalam menghadapi wabak COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menerima pengiktirafan atas peranannya mengepalai us...
Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 311 hits
Umum mengetahui kerajaan sudah mula ambil tindakan kepada mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Apa yang berlaku kepada mereka yang melanggar perintah ini Apakah bentuk hukuman Mesti macam macam persoalan...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice