16 Keluarga Orang Asli Terjejas Tanah Runtuh Sungai Ruil Cameron Highlands Kini Lebih Selesa




SHAH ALAM: Sejumlah 16 keluarga Orang Asli yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands, pada Oktober lalu kini menarik nafas lega apabila telah ditempatkan sementara di kuarters bermula Jumaat lalu.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata, pelbagai bantuan juga telah diberikan oleh agensi berwajib bagi meringankan beban semua mangsa terlibat.
"Mangsa tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu boleh menjalani kehidupan selesa selepas menerima kunci kuarters penempatan sementara bermula 1 Februari daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.
"Pihak JAKOA ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada pihak TNB yang telah menjalankan kerja-kerja baik pulih kuarters melibatkan cat, pendawaian semula, piping secara CSR (Program Khidmat Masyarakat) dengan nilai RM103,000 dan pengecualian deposit sewa selama tiga bulan.
"TNB juga berbesar hati memberi sumbangan berupa periuk nasi elektrik bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang mendiami kuarters tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan cerun dijangka selesai pada November 2025," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam kejadian pada 12 Oktober lalu, enam rumah serta tiga motosikal terjejas, dan penduduk diarah mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.
Kejadian dikenal pasti berpunca dari paip bawah tanah yang pecah dan kekerapan hujan, terutama pada waktu malam.
Siasatan awal mendapati kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua tahun membabitkan peruntukan lebih RM3 juta.
Dalam pada itu, menurut JAKOA, pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan menyantuni penduduk terlibat yang berteduh di Dewan Komuniti Sungai Ruil.
Majlis Simbolik Penyerahan Kunci Kuaters TNB Sungai Ruil kepada JAKOA diadakan pada 5 Februari (Isnin), dan disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.
Hadir sama, Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang, serta Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/02/16-keluarga-orang-asli-terjejas-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Jenis Sampah Di Parit Dan Sungai Sekat Aliran Air Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands

Pelbagai Jenis Sampah Di Parit Dan Sungai Sekat Aliran Air Punca Banjir Kilat Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 378 hits
CAMERON HIGHLANDS Perbuatan membuang pelbagai jenis sampah ke dalam parit dan sungai menjadi punca utama kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di daerah ini kata Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Noor Beliau ber...
Diskaun Hotel Untuk Ahli Nutp Jika Bercuti Ke Langkawi Cameron Highlands Atau Kuala Lumpur

Diskaun Hotel Untuk Ahli Nutp Jika Bercuti Ke Langkawi Cameron Highlands Atau Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 374 hits
Cuti sekolah bakal datang lagi Mahu bercuti ke mana kali ini Jika anda merancang ingin bercuti ke Langkawi Cameron Highlands atau ke Kuala Lumpur NUTP menawarkan harga diskaun kepada ahli NUTP Senarai hotel dengan harga diskaun 1 Hotel Lang...
Boa Tampil Bikin Plot Lebih Tegang Marry My Husband Raih Rating Tertinggi Kini

Boa Tampil Bikin Plot Lebih Tegang Marry My Husband Raih Rating Tertinggi Kini

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 326 hits
Semakin hari plot Marry My Husband makin membuatkan penonton berdebar ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menurut Nielsen Korea siaran 5 Februari Marry My Husband telah mendapat purata rating di seluruh negara sebanyak 11 8 merupakan rekod tertinggi ...
15 Persen Anggota Kpps Berusia Lebih Dari 55 Tahun

15 Persen Anggota Kpps Berusia Lebih Dari 55 Tahun

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 215 hits
PSC 119 merupakan layanan cepat tanggap darurat untuk masyarakat termasuk anggota KPPS
Lebih Menggiurkan Penampilan Seksi Jungkook Bts Dalam Iklan Terkini Calvin Klein Raih Perhatian Ramai

Lebih Menggiurkan Penampilan Seksi Jungkook Bts Dalam Iklan Terkini Calvin Klein Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 244 hits
Siapa sahaja yang tidak tahu akan iklan Jung kook BTS yang telah berjaya mendapat perhatian ramai peminat di seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Meskipun ahli BTS itu sedang giat menjalankan tugasnya di kem ketenteraan penyanyi itu telah mengha...
Pemilik Kopitiam Di Ipoh Menghasilkan Lebih Daripada Rm1 3 Juta Pada Tahun 2023

Pemilik Kopitiam Di Ipoh Menghasilkan Lebih Daripada Rm1 3 Juta Pada Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 219 hits
RAMAI ORANG mungkin bersetuju bahawa terdapat naik turun dalam sektor makanan di KL Namun pemilik kopitiam ini tidak bersetuju memuji sektor kuliner Kuala Lumpur Pemilik Thomas menolak pendapat tentang pasaran yang lebih kecil di negeri lai...
Disetujui Baznas Elite Gerindra Dorong Pengelolaan Zakat Lebih Modern Lewat Pembentukan Laz

Disetujui Baznas Elite Gerindra Dorong Pengelolaan Zakat Lebih Modern Lewat Pembentukan Laz

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 319 hits
Badan Amil Zakat Nasional Republik Indonesia telah menyetujui permohonan rekomendasi izin pembentukan LAZ skala nasional
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan