15 Villa Dan Resort Di Janda Baik Private Pool Up To 10 Pax
Janda Baik merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia, terletak hanya sekitar 45 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Keindahan alam semula jadi dan lokasinya yang tidak terlalu jauh menjadikan ia pilihan popular warga kota untuk bercuti pada hujung minggu atau cuti umum.
Di sini, terdapat pelbagai pilihan penginapan menarik termasuk villa dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga besar, sambutan Hari Keluarga, acara team building, mahupun staycation santai bersama rakan-rakan.
Jom kita lihat senarai villa dan resort di Janda Baik yang lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang peribadi dan juga tarikan alam semulajadi.
BACA JUGA: Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia – Harga & Kelebihan
1. Sugeh Hill Exclusive Eco Resort
Alamat: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Lot 495, Kampung Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Mengikut jenis bilik bermula RM180++

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort menawarkan pengalaman penginapan ala kampung moden yang dikelilingi keindahan alam semula jadi Janda Baik.
Resort ini menampilkan pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk 2 orang sampailah 30 orang. Untuk kumpulan besar, terdapat unit penginapan khas yang sangat luas dan selesa. Meang sesuailah untuk family day, retreat atau reunion.
Di sini juga, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti mandi sungai dan BBQ bersama keluarga.

Kelebihan:
Pelbagai jenis penginapan untuk bajet berbeza
Dikelilingi alam semula jadi yang menyegarkan
Aktiviti outdoor mesra keluarga
Kolam renang peribadi
Privasi terjamin
2-30 pax
Tempahan: Tempahan dilakukan melalui laman web rasmi Sugeh Hill, Agoda atau WhatsApp terus pihak resort untuk tempahan berkumpulan.
AGODA
2. Villa Renai Resort
Alamat: Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.
Harga: Bermula RM 432 untuk 2 pax (Kalau nak bercuti ramai-ramai, boleh tempah beberapa bilik).

Villa Renai Resort juga adalah antara pilihan tempat penginapan di Janda Baik yang cukup popular untuk keluarga dan kumpulan besar. Harga pakej sudah termasuk sarapan. Memang berbaloi.
Setiap unit villa dilengkapi dengan kolam renang peribadi (ada kolam khas untuk kanak-kanak dan dewasa), serta ruang tamu yang luas serta kemudahan yang serba-serbi lengkap.
Lebih menarik, kawasan resort ini turut mempunyai aliran sungai semula jadi, menambah lagi elemen ketenangan dan kesegaran untuk para tetamu.

Kelebihan:
Private pool eksklusif
Lokasi strategik berhampiran alam semula jadi
Akses ke sungai
Ruang luas untuk aktiviti berkumpulan
Perkhidmatan mesra staf dan kebersihan terjaga
Sarapan disediakan

Tempahan: Tempahan boleh dibuat di laman web rasmi Villa Renai Resort atau melalui platform popular seperti Booking.com.
BOOKING.COM
3. Kenanga Villa
Alamat: 40-78, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM 800++

Kenanga Villa menawarkan penginapan selesa yang sangat sesuai untuk kumpulan besar dengan kapasiti melebihi 10 orang (20 – 24 tetamu).
Villa ini dilengkapi dengan private pool yang eksklusif, ruang tamu yang luas dan suasana privasi yang terjaga.
Lokasinya dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi, memberikan ketenangan serta udara segar yang menyegarkan.
Villa ini turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi yang luas, ruang tamu terbuka, dapur serba lengkap dan kawasan BBQ.

Kelebihan:
Kolam renang peribadi yang dijaga baik
Kapasiti sesuai untuk kumpulan 10 pax ke atas
Lokasi yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi
Ruang tamu dan makan yang luas untuk aktiviti berkumpulan
WiFi percuma
Dapur lengkap dengan peralatan memasak
BBQ pit
Parkir persendirian luas

Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui platform popular seperti Airbnb atau Whatsapp: http://www.wassap.my/0192174774
AIRBNB
4. Embun Luxury Villas
Alamat: Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM1000++

Seterusnya, pilihan villa dan resort di Janda Baik yang anda wajib masukkan dalam senarai anda ialah Embun Luxury Villas.
Ia menawarkan pengalaman penginapan mewah bertaraf lima bintang di tengah-tengah keindahan semula jadi Janda Baik.
Villa-villa di sini sesuai untuk pasangan ataupun kumpulan 6 orang dewasa, dengan pilihan unit yang lengkap dengan kolam renang peribadi dan ruang santai yang luas.

Kelebihan:
Villa mewah dengan sentuhan eksklusif
Private pool dengan pemandangan alam semula jadi
Sesuai untuk gathering, honeymoon atau retreat peribadi
Kolam renang peribadi
Ruang tamu dan bilik tidur luas
Dapur moden lengkap
Servis bilik & sarapan tersedia
Parking percuma & WiFi

Tempahan: Tempahan oleh dibuat melalui laman web rasmi Embun Villas atau melalui platform seperti KLOOK.
KLOOK
5. Charis Pool Villas
Alamat: Charis, Kampong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM849++

Charis Pool Villas menawarkan penginapan mewah dengan konsep villa moden yang terletak di tepi Sungai Chemperoh.
Villa ini sesuai untuk kumpulan besar dan keluarga yang ingin menikmati privasi dengan kolam renang peribadi yang eksklusif. Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti menaiki ATV, memanah dan sebagainya.
Fasiliti lengkap termasuk dapur, ruang tamu luas dan fasiliti rekreasi luar seperti BBQ, aktiviti river trekking dan ATV menjadikan menginap di sini sangat menarik dan seronok.

Kelebihan:
Unit villa lengkap dengan kolam renang peribadi
Reka bentuk moden dan estetik
Suasana tenang dan sangat privasi
WiFi percuma
Dapur lengkap dengan peralatan memasak
BBQ pit
Parkir persendirian
Ruang tamu luas dan kawasan rekreasi luar

Tempahan:Tempahan boleh dibuat terus melalui laman rasmi Charis Janda Baik atau melalui platform tempahan popular lain seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com.
BOOKING.COM
AGODA
6. Bidaisari Resort
Alamat: Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM 472++

Bidaisari Resort menawarkan penginapan yang selesa dan tenang sesuai untuk kumpulan kecil hingga sederhana dan juga pasangan. Ia juga terkenal sebagai lokasi pilihan bagi majlis perkahwinan dan acara istimewa.
Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seperti bermandi-manda di kolam, bermain ATV, mendaki, karaoke, memancing, memberi makan rusa dan merasai buah figs segar daripada taman.
Resort ini turut mempunyai ladang kuda dan aktiviti menunggang kuda yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Kelebihan:
Suasana kampung yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi
Ada pelbagai aktiviti menarik
Sesuai untuk keluarga, retreat, dan acara khas
Tempat letak luas
Akses mudah ke kawasan rekreasi dan tarikan sekitar Janda Baik

Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui laman platform tempahan seperti Agoda, Booking.com, dan juga secara terus melalui laman rasmi Bidaisari Resort.
BOOKING.COM
7. The Kahaani Janda Baik
Alamat: Lorong Chemperoh 3 Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM650+

The Kahaani Janda Baik menawarkan penginapan eksklusif dengan konsep villa gaya kolonial Melayu yang menyatu indah dalam suasana alam semula jadi Kampung Chemperoh.
Terdapat beberapa jenis unit yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan dengan privasi yang terjaga, kemudahan yang lengkap dan pemandangan kehijauan. Makanan ala kampung yang disediakan menambah lagi keistimewaan percutian anda.

Kelebihan:
Suasana kampung yang tenang
Akses ke sungai yang mudah
Privasi tinggi; sangat sesuai untuk keluarga & kumpulan 10 pax ke atas
Menu makanan tradisional atas permintaan
WiFi percuma di kawasan utama
Kolam renang persendirian (untuk unit terpilih)
Dapur mini & peti sejuk
Ruang makan dan lounge luas
Peralatan BBQ atas permintaan
Parkir percuma
Taman & ruang outdoor berlandskap
Sesi yoga, wellness, dan aktiviti luar (atas permintaan)

Tempahan: Tempahan boleh dibuat secara langsung melalui laman rasmi The Kahaani Janda Baik.
8. Datz Villa Janda Baik
Alamat: Lot 5564, Kg Ulu, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: RM2600 (1-16 pax)

Datz Villa Janda Baik merupakan sebuah villa eksklusif yang terletak di kawasan perkampungan Ulu Janda Baik.
Ia menawarkan satu banglo besar dengan 5 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu. Ini menjadikannya tempat penginapan ideal untuk rombongan keluarga besar, gathering rakan-rakan, mahupun percutian korporat berskala kecil.
Reka bentuk villa ini moden dan selesa dengan ruang tamu luas, dapur lengkap, serta pelbagai kemudahan rekreasi yang menyeronokkan.
Kelebihan:
Private pool
Ruang serbaguna sesuai untuk majlis, games, BBQ & aktiviti outdoor
Dapur lengkap dengan peralatan memasak
Ruang tamu dan ruang makan sangat luas
WiFi dan TV pintar
BBQ pit & kawasan rehat outdoor
Parkir persendirian
Motorsikal untuk ronda sekeliling disediakan
Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui DM Instagram rasmi @datzvilla_jandabaik ataupun menghubungi nombor telefon yang tertera di bio Instagram mereka.
AIRBNB
9. VanaVasa Resort Janda Baik
Alamat: Lot C12 Lorong Tanarimba Tinggi Dua, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: RM1260++

Pilihan villa dan resort di Janda Baik yang seterusnya adalah VanaVasa Resort Janda Baik. VanaVasa Resort Janda Baik. adalah resort eksklusif terletak dalam kawasan berbukit dan kehijauan hutan Tanarimba.
Resort ini menawarkan suasana mewah dan privacy maksima untuk percutian berkumpulan atau keluarga besar.

Kelebihan:
Terletak di dalam kawasan Tanarimba yang berpagar dan eksklusif
Suasana premium dengan privasi penuh
Private pool atau akses kolam renang
Reka bentuk moden-tropika, ruang dalaman sangat luas dan selesa
Dikelilingi alam semula jadi, udara bersih & sejuk sepanjang tahun
Dapur lengkap & pantri
WiFi percuma
BBQ pit & kawasan outdoor berlandskap
Parkir persendirian

Tempahan:
Tempahan boleh dibuat secara terus melalui laman rasmi VanaVasa Resort Janda Baik atau melalui platform tempahan seperti Booking.com.
BOOKING.COM
10. 101 Resort & Spa
Alamat: Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, Pulau Santap, Pahang, 28750 Bentong, Malaysia
Harga: Bermula RM350++ (harga berbeza mengikut jenis bilik, musim dan jumlah tetamu)

101 Resort & Spa menawarkan penginapan pelbagai pilihan dari bilik standard, chalet, hingga villa keluarga sesuai untuk kumpulan kecil dan besar.
Resort ini terkenal dengan lanskap berkonsepkan alam semula jadi, dikelilingi pokok rimbun dan sungai yang mengalir berhampiran untuk suasana tenang dan santai.
Selain itu, terdapat kemudahan kolam mandi, spa dan kawasan riadah yang luas untuk pelbagai aktiviti indoor dan outdoor.

Kelebihan:
Pilihan penginapan pelbagai (chalet, villa, bilik family) untuk kumpulan kecil hingga besar
Kolam renang dewasa dan kanak-kanak tersedia
Kawasan BBQ
WiFi di kawasan umum
Parkir luas percuma
Kawasan taman dan sungai untuk aktiviti luar
Tempat permainan kanak-kanak
Boleh makan durian!

Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi 101 Resort & Spa, ataupun melalui platform tempahan seperti Booking.com.
BOOKING.COM
11. Villa Nurjannah
Alamat: 8R9P+8F, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga:
Ahad – Khamis: RM3,500/malam
Jumaat – Sabtu: RM5,000/malam
Cuti Umum: RM7,000/malam

Villa Nurjannah merupakan sebuah villa mewah berkonsepkan privasi total yang terletak di kawasan damai Janda Baik, Pahang. Ia sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga besar, majlis korporat, reunion atau percutian istimewa beramai-ramai.

Vila ini mempunyai 6 suite bilik tidur mewah serta 4 glamping tent berhadapan sungai. Selain itu, terdapat juga sebuah surau dan pelbagai jenis kemudahan di sediakan di sini.
Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti santai dan juga aktiviti luar sepanjang menginap di sini.

Kelebihan:
Akses mudah ke sungai
Sesuai untuk 20 pax
Surau besar dan selesa tepi sungai
Gym dan sauna
Privasi penuh untuk pelbagai majlis — reunion, team building, family day, majlis akad nikah
Dapur lengkap (fully functional kitchen)
Board games disediakan
Aktiviti outdoor di sekitar villa (river tubing, BBQ, nature walk)
Tapak glamping mewah di tepi sungai
Ruang makan luas, taman dan kawasan outdoor serbaguna
Tempat letak kereta persendirian
Internet/wifi
Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui Instagram Villa Nurjannah atau, https://beacons.ai/pedzulkefli/villanurjannah
12. Vila TanaManis Janda Baik
Alamat: 6, Tanarimba, 135, Persiaran Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM1400++

Villa TanaManis Janda Baik merupakan anatara pilihan penginapan (villa dan resort di Janda Baik) yang sesuai untuk kumpulan keluarga besar atau mereka yang mencari privasi dan ketenangan alam.
Vila ini menawarkan konsep moden dengan dekorasi yang minimalis namun lengkap dengan segala kemudahan asas untuk pengalaman staycation yang selesa.

Terdapat private pool yang bersih dan terjaga, ruang tamu yang luas serta kawasan makan dan dapur yang lengkap bagi membolehkan tetamu berkumpul dan menikmati masa bersama.
Kelebihan:
Private pool
Ruang luas sesuai untuk kumpulan 10 pax ke atas
Lokasi strategik di Tanarimba, mudah diakses dan dikelilingi alam semula jadi
Reka bentuk moden dan kemudahan lengkap untuk penginapan selesa
Dapur lengkap dengan peralatan memasak
WiFi percuma
Parkir persendirian
BBQ pit
Sistem keselamatan dan penjagaan bersih yang teratur
Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui platform Airbnb.
AIRBNB
13. The Hectar Janda Baik
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM600++

The Hectar Janda Baik menawarkan penginapan yang selesa dan moden dengan sentuhan alam semula jadi.
Resort ini menyediakan villa dan unit penginapan yang sesuai untuk kumpulan 2-5 pax atau keluarga yang mengutamakan privasi dan ketenangan.
Setiap unit direka dengan ruang yang luas dan kemudahan lengkap bagi membolehkan tetamu menikmati percutian dengan suasana yang santai dan mesra alam.

Kelebihan:
Privasi terjamin
WiFi percuma di kawasan tertentu
Dapur lengkap (bergantung unit)
Ruang tamu dan ruang makan luas
Kolam renang
Kawasan BBQ dan ruang outdoor yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan
Parkir persendirian
Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui platform tempahan popular seperti Airbnb. Atau terus menghubungi pihak pengurusan The Hectar Janda Baik melalui whatsapp: https://www.whatsapp.com/product/9204288036294525/601158880558/
AIRBNB
14. Villa Bayu Janda Baik
Alamat: Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM2000++
@intanpayunggroup Villa Bayu at Janda Baik is a private villa with 4 bedrooms and can comfortably accommodate 15 people. Enjoy the panoramic hilltop infinity pool with family and friends. Barbecue and karaoke alongside nature on the mountains. Click the link in bio for more. #villabayu #intanpayung #hospitality #villa #jandabaik #fyp #foryou #foryoupage #holiday #cuticutimalaysia #vacation #visitmalaysia #pahang
♬ original sound – IntanPayung – IntanPayung
Villa Bayu Janda Baik adalah penginapan eksklusif yang menawarkan suasana santai dengan pemandangan alam semula jadi yang hijau dan menenangkan.
Dilengkapi dengan private pool yang bersih dan terjaga, kawasan ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk mengisi percutian anda seisi keluarga.
Kelebihan:
Private pool
Ruang penginapan luas dan sesuai untuk kumpulan 15 orang
Privasi tinggi dengan suasana alam semula jadi yang damai
Lokasi strategik mudah akses ke tarikan pelancong Janda Baik
Sesuai untuk majlis keluarga, reunion, dan acara korpora
Dapur lengkap dengan peralatan memasak
WiFi percuma
Parkir persendirian
Kemudahan BBQ
Tempahan: Tempahan boleh dibuat melalui platform tempahan Airbnb, atau hubungi: +60 19 217 4774
AIRBNB
15. Sentosa Janda Baik
Alamat: 121 & 260, KG Sum Sum Hulu, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga: Bermula RM2300++

Pilihan villa dan resort di Janda Baik yang anda juga boleh pertimbangkan ialah Sentosa Janda Baik.
Villa ini menampilkan rekaan moden yang luas dan terbuka, dikelilingi alam semula jadi serta menawarkan suasana privasi yang sangat sesuai untuk percutian keluarga besar, gathering, atau sambutan istimewa.
Dengan fasiliti yang lengkap, vibes kampung dan pelbagai pilihan unit penginapan, Sentosa Janda Baik sememangnya memenuhi citarasa pengunjung yang inginkan keselesaan dalam suasana tenang.

Kelebihan:
Lokasi strategik di Kampung Sum Sum, dikelilingi alam semula jadi yang menenangkan
Pelbagai pakej eksklusif untuk percutian, majlis dan acara korporat
Suasana resort yang hijau dengan taman teratai yang indah sebagai tarikan utama
Persekitaran privasi tinggi dengan kemudahan lengkap sesuai untuk kumpulan 10 pax ke atas
Kolam renang dan kawasan rekreasi
WiFi percuma di kawasan umum
Kemudahan parking yang luas
Kemudahan BBQ dan kawasan outdoor berlandskap
Perkhidmatan katering dan acara khas termasuk majlis perkahwinan
Aktiviti wellness dan rekreasi seperti yoga, meditasi, dan trekking di sekitar kawasan
Tempahan: Tempahan boleh dibuat terus melalui laman rasmi Sentosa Janda Baik atau Booking.com
BOOKING.COM
16. Anani Villa
Alamat: Lot 280, Jalan Tanarimba Sum Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Harga:

Anani Villa merupakan sebuah eco-retreat terletak di bukit Tanarimba, Janda Baik, dengan reka bentuk minimalis kontemporari menghadap hutan hujan tropika.
Ia menawarkan suasana yang damai dan hijau, villa ini memberikan pengalaman penginapan yang menyatu dengan alam semula jadi.
Tetamu boleh memilih dari junior suites yang sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil serta dorm-style bagi kumpulan besar.

Kelebihan:
Private pool peribadi yang bersih dan terjaga
Kapasiti besar sesuai untuk kumpulan 10 pax ke atas
Terletak di kawasan tinggi (~2000 ft) menjanjikan udara segar dan pemandangan semula jadi yang menenangkan
Program team building lengkap dengan kemudahan seperti bilik mesyuarat, permainan dalaman, ATV, jungle trekking dan banyak lagi
Tempahan: Tempahan boleh dilakukan melalui laman web rasmi Anani Villa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/villa-dan-resort-di-janda-baik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=villa-dan-resort-di-janda-baik