15 Barang Ini Wajib Beli Jika Korang Ke 7 Eleven Di Thailand Memang Awesome
Thailand antara negara Asia Tenggara yang sememangnya terkenal dengan produk kecantikan, kosmetik dan makanan. Jika anda berkesempatan ke negara Gajah Putih ini, jangan lupa singgah di kedai serbaneka 7-Eleven tau!
Admin tengok kedai 7-Eleven di Thailand dah macam pusat membeli-belah, sangat besar dan terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga murah. Ini antara barangan terdapat di 7-Eleven yang dikongsi pengguna Facebook, Wan Sherliza.
1. Produk tenusu
Jika anda melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka 7-Eleven ini, admin nasihatkan supaya anda terus ke bahagian minuman. Di situ anda dapat melihat kepelbagaian produk tenusu yang dijual dalam kedai tersebut. Sememangnya air minuman seperti soya disediakan dalam pelbagai perisa termasuk susu kekacang, strawberri, soya kacang hitam dan jus buahan.
Harga yang dijual juga tidak terlalu mahal. Sekotak air minuman sebegini anda boleh dapat dengan harga anggaran 10 Baht (Rm1.50) hingga 25 Baht (Rm3.00). Rasa sangat berbaloi dan sepastinya dijamin HALAL.
2. Roti
Produk makanan karbohidrat seperti roti juga banyak terdapat di dalam kedai serbaneka ini. Jika anda sukar untuk mendapatkan makanan Halal di sana, admin yakin kedai 24 jam ini menyediakan pelbagai jenis roti. Sekurangnya dapat mengalas perut anda buat seketika waktu
Kepelbagaian jenis roti seperti ini pasti akan membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan. Usah risau, anda boleh membeli serba satu sebab harga setiap packaging roti ini tidak mahal. Sepastinya, SEDAP
3. Burger segera
Ini juga antara salah satu makanan kegemaran admin jika singgah masuk ke 7-Eleven. Jarang sekali ada jual di Malaysia. Anda boleh menikmati burger segera ini dan rasai kesedapannya selepas dipanaskan. Terdapat pelbagai rasa termasuk ayam, tomyam, ikan dan daging lembu. Jangan risau, setiap produk burger segera ini memang dijamin HALAL dan disertakan logo Halal pada bungkusan makanan
4. Produk kecantikan
Thailand sememangnya tidka terlepas dengan produk kecantikan dan sangat mudah untuk didapati di dalam kedai serbaneka 24 jam ini. Pelbagai jenis kolagen tersusun dengan harga berpatutan untuk anda yang suka menjaga kulit dan kesihatan dalaman. Harga hanya sekitar 29 Baht (Rm3.50) dan keatas bergantung pada jenama produk
Sekiranya anda tertinggal produk kosmetik sendiri, jangan risau sebabnya 7-Eleven di Thailand ini menyediakan pelbagai jenis produk kecantikan termasuklah bedak, foundation, lipstick, minyak wangi dan banyak lagi
5. Makanan ringan
Tidak tahu nak beli apa sebagai buah tangan buat rakan dan saudara-mara? Admin sarankan anda untuk beli makanan ringan, buahan segera atau susu pekat ini. Confirm anda dapat memikat hati makcik-makcik
Anggaran harga susu pekat ini ialah 25 Baht (Rm3.00)dan keropok rumpai laut sekitar harga 15 Baht (Rm1.70)
Nota: Kadar mata wang Ringgit bergantung pada nilai mata wang semasa
Sumber: Wan Sherliza
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Sumber 15 Barang Ini Wajib Beli Jika Korang Ke 7-Eleven Di Thailand, Memang AWESOME!
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya
Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/11/15-barang-ini-wajib-beli-jika-korang-ke.html