14 Cara Ubati Bisul
Bisul kerap terjadi bukan hanya pada kanak-kanak tapi ada juga pada orang dewasa. Kalau dulu, anak-anak tidak dibenarkan bermain pasir atau ada juga yang melarang anak-anak dari duduk di atas bantal bimbang punggung naik bisul, tapi pasti kebenarannya atau ada yang pernah mendapat bisul selepas duduk atas bantal
Bagi mengelakkan terjadinya bisul kita perlu mengamal kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Gunakan sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih
Selain itu, perlu elak diri dari memakai pakaian yang ketat kerana pakaian ketat boleh menyebabkan berpeluh yang menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan.
Sekiranya terjadi bisul, jangan menggaru, memicit atau memecahkan bisul kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit dan kemungkinan merebak ke bahagian lain. Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah
1. Gaul segumpal asam jawa dan garam sehingga sebati dan tempelkan ke tempat bisul. Lakukan selama tiga hari
2. Air rebusan garamMasukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat
3. Kapur sirehSapukan kapur sireh ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sireh kering, sapukan lagi. Ulang sehingga bisul anda kecut
4. Bawang putihAmbil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Tempelkan di atas bisul dan ulang sehingga bisul anda mengecut
4. Kapas dan cukaAmbil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tak tahan pedih, basuh dengan kedar segera. Ulang sehingga bisul anda kecut
5. Beras dan kunyit hidupRendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering, gantikan dengan campuran yang baru. Ulang sehingga bisul anda hilang
6. Daun sirehKunyah daun sireh dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sireh, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Kena tahan sikit. Ulang sehingga bisul anda tiada lagi
7. Pucuk daun semaluTumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul hilang
8. Uncang tehRendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam. Uncang teh tadi jangan pula diminum selepas tu, ada banyak bakteria
9. Campuran madu, tepung dan kuning telurUntuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan di dalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut
10. Minyak tea treeMinyak tea tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah
11. Teh HerbaTeh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul. minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda
12. Buah delima & daun lidah buayaAsah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul
10. Ubat homeopatiUbat homeopati juga boleh digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris, silicea 30c dan Bryonia 200c. Apa salahnya mencuba, kan? Mana tahu kot serasi
13. Ubat salapUbat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul
14. Losyen antiseptikGunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://gerobokpetua.blogspot.com/2020/07/merawat-bisul.html