13 Tips Bisnes Mlm Untuk Orang Baru


Buat bisnes MLM ini, boleh bantu kita jadi kaya ke? 
Alangkah seronoknya, kalau kewangan kita boleh berubah, hasil daripada menjalankan bisnes MLM... kan? 

 
Walaupun diluar sana, memang ada banyak kisah kejayaan dari individu yang berjaya dalam bisnes ini, namun kisah-kisah kegagalan dalam bisnes seperti ini juga tak kurang banyaknya. 



Itu belum lagi kita ambil kira, kisah-kisah dan penyesalan mereka yang terjebak dalam bisnes seperti ini. 
 
Aneh, kan... bisnes ini seolah-olah sengaja mensasarkan individu yang kurang pengalaman dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. 
 
Bila baca perkongsian pengalaman peserta yang lalu, kita pun jadi tertanya-tanya, adakah bisnes MLM ini bisnes yang tujuannya adalah untuk scam duit orang? 

 
Bisnes MLM yang sebenar, ianya tak begitu. 

 
Ia sebenarnya tak jauh beza dengan lain-lain jenis bisnes yang ada diluar sana. 
 
Jika ada kesempatan, saya mungkin akan menulis mengenai bisnes MLM yang menipu dan scam. Tapi dalam kesempatan ini, saya ingin fokus kepada bisnes MLM yang sebenar, yang mana matlamatnya adalah untuk menjalankan perniagaan yang betul dan sah disisi undang-undang. 
 
Dalam kesempatan ini, saya akan bincangkan antara tips yang anda boleh gunakan untuk menjalankan bisnes jenis MLM. 

 

(1) Mindset yang betul dalam berbisnes Perkara pertama yang perlu dilakukan, dalam bisnes ini termasuk mana-mana bisnes yang bakal anda ceburi dimasa akan datang, adalah menetapkan matlamat yang jelas, tentang apa yang anda ingin capai. 


Actually, nasihat ini sebenarnya selari dengan nasihat yang diberikan oleh Brian Tracy melalui buku tulisan beliau bertajuk The Psychology of Selling, atau edisi bahasa Melayu, Psikologi Menjual.
 
Antara perkara paling awal yang kita perlu sediakan adalah menulis matlamat yang jelas. 
 
Formula untuk menulis matlamat ini pula adalah SMART yang mana ia merujuk kepada 
Spesific - Matlamat tersebut spesifik dan jelas

Measureable - Boleh diukur

Attainable - Matlamat mestilah sesuatu yang boleh dicapai

Realistic - Matlamat tersebut mestilah realistik

Time Bound - Ada tempoh masa untuk dicapai

 
Bila kita dah tetapkan matlamat, barulah kita susun strategi, macam mana nak capai matlamat tersebut. 
 
Dalam bab menyusun strategi ini, kita tentukan apa kaedah pemasaran yang kita akan gunakan. Sama ada nak fokus pada media sosial, search engine optimization, atau content marketing. 
 
Kadang-kadang kita tak perlu nak guna terlalu banyak strategi. 
Cukup fokus pada satu strategi, namun pada masa yang sama, kenalah pastikan strategi tersebut memang cukup berkesan. 



(2) Bina rangkaian yang mempunyai minat dan matlamat yang sama seperti anda Cuba tanyakan pada diri anda, apakah matlamat yang anda cuba capai melalui bisnes yang bakal anda bina ini? 


Adakah anda ingin bebaskan diri anda dari masalah hutang? 
Adakah anda ingin membina pendapatan tambahan? 
Adakah anda ingin membeli lebih banyak aset?
 
Diluar sana ada ramai individu lain yang sebenarnya berkongsi matlamat dan visi yang sama seperti anda. 
 
Cari individu tersebut. 
Atau kalau anda rasa sukar untuk mencari individu yang mempunyai matlamat yang sama seperti anda ini, anda buatlah sesuatu yang boleh memudahkan individu seperti ini menemui anda. 
 
Bagaimana caranya?
Jadilah seorang yang aktif menulis blog. 
Jadilah seorang yang kerap menghasilkan video di Youtube.
Jadi seseorang yang orang kenali sebagai influencer. 
Jadi content marketer. 
 
Apabila content anda mudah untuk ditemui, oleh individu yang memiliki minat dan matlamat yang lebih kurang sama seperti anda, ini akan lebih memudahkan proses untuk membina networking.   



(3) Turunkan ilmu kepada rangkaian andaSatu perkara yang bagi saya menarik mengenai bisnes jenis networking ini ialah, kita sebagai upline atau introducer sepatutnya tak perlu risau untuk menjadikan ahli didalam rangkaian kita lebih pandai dari kita. 
 
Kalau kepakaran kita adalah dalam bab bidang penulisan content dan copywriting, maka kita turunkan kepakaran tersebut kepada ahli dalam rangkaian kita. 
 
Tujuannya supaya mereka ini juga boleh memiliki kemahiran yang sama macam apa yang kita ada. 


Sepatutnya kita perlu rasa gembira apabila ahli dalam rangkaian kita mampu untuk menjadi seorang Pro Marketer, kerana apabila mereka mampu bergerak sendiri, mampu menjadi seorang leader, bermakna mereka mampu untuk membina rangkaian yang besar dibawah mereka. 


Pada masa yang sama, kita sebagai upline turut akan menerima tempias positif dari perkara tersebut.

 
(4) Cipta satu strategi yang mudah dan boleh ditiru oleh rangkaian anda Apakah strategi pemasaran yang mudah untuk dilakukan oleh hampir semua orang? 
 

Pada pandangan saya, strategi yang mudah dan semua orang pasti boleh lakukannya adalah strategi pemasaran menggunakan blog. 

 
Ya saya tahu, mungkin ada yang merasakan blogging ini sudah tak begitu relevan. 
Tapi sebenarnya pandangan seperti itu kurang tepat. 
 
Sebaliknya, jika anda benar-benar faham, bagaimana menggunakan strategi blogging ini dengan sebenar-benarnya, anda boleh mendapatkan hasil yang sangat menakjubkan. 
 
Baiklah... kenapa mesti blog? 
Bukankah sekarang ini orang lebih suka menonton video di Youtube, Tiktok dan sebagainya. 
 
Apakah kita masih lagi perlu bergantung pada blog lagi? 
Blog ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.  



Jangan terus tinggalkan medium atau platform blogging ini, hanya semata-mata sebab adanya Youtube dan juga tiktok. 
 
Platform sedemikian mungkin lebih digemari oleh golongan anak muda dan remaja. Tetapi bila kita menjalankan bisnes network marketing atau bisnes MLM, target kita bukannya mereka ini semata-mata. 
 
Hakikatnya, masih ada ramai lagi diluar sana yang lebih selesa membaca berbanding menonton video. 

 
(5) Bina hubungan yang baik antara ahli dalam rangkaian Kita dah bersusah-payah membina ahli dalam rangkaian. Namun kerja kita masih belum selesai. 


Kita perlu bina hubungan yang baik, dan cubalah berkenal-kenalan dengan ahli dalam rangkaian kita tersebut. 


Setiap orang ini, ada sikap dan karekter yang berbeza-beza. Kadang-kadang mereka ini bukannya malas nak buat kerja-kerja marketing, tapi mereka tak tahu macam mana nak bermula. 


Sesetengah orang, bila dia tak tahu macam mana nak bermula, dia akan bertanya soalan kepada upline. 
Tapi ada sesetengah orang ni pula, dia pilih untuk senyap. 
Diamkan diri. 


Padahal, mendiamkan diri ini tak akan menyelesaikan masalah dan sudah tentu tak akan memberikan sebarang hasil.


(6) Elakkan dilihat menjadi seorang yang mempunyai muslihatApa maksudnya?  Apa yang saya cuba sampaikan ialah, cuba ubah diri kita untuk jadi seseorang yang ikhlas. Saya tahu, saya faham... ikhlas ini adalah persoalan dalam hati.   Memang tak ada siapa yang tahu, tahap keikhlasan seseorang itu melainkan Allah SWT dan diri individu itu sendiri.   Tapi kita boleh rasa, seseorang itu tak begitu ikhlas, apabila dia bertindak dan berkelakuan seperti berikut.   Cuba berkawan dengan kita, dengan niat untuk ajak join bisnes. Cuba bermesra dengan kita, dan selepas itu dia nak minta sesuatu dari kita. Dia hulurkan pertolongan apabila kita ditimpa kesusahan, tapi selepas itu dia meminta balasan atau mengungkit pertolongan yang pernah diberikan.   Perilaku seperti ini memang membuatkan kita rasa kurang selesa, dan susah untuk kita bersangka baik terhadap orang seperti ini. 
 
Apa yang dia buat, nampak seperti ada udang di sebalik batu.  
(7) Gunakan social media untuk aktiviti soft-sellingYa, media sosial juga penting untuk membantu kita mendapatkan prospek. Namun, peranan media sosial lebih kepada untuk membuat aktiviti soft-selling.   Bukannya untuk membuat direct marketing semata-mata. 

Satu lagi media sosial ini boleh membantu orang lain untuk mengenali kita dengan lebih dekat. Bila kita ada akaun di media sosial, kita sendiri tentukan, bagaimana kita mahu orang kenali diri kita.   Adakah anda mahu orang kenali anda sebagai i. Seorang yang suka berkongsi tips menjana pendapatan ii. Sebagai seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab iii. Seorang yang pakar dalam bab pengurusan kewanganiv. Seorang "tahi politik" yang asyik bercerita tentang topik politik sematav. Seorang yang suka melucah dan suka follow wanita seksi  Ya, anda sendiri yang tentukan. Sebab itu, kena pandai jaga dan kawal diri apabila menggunakan media sosial.   


Ada ketikanya sikap dan kelakuan kita sendiri di media sosial yang membuatkan orang memilih untuk menjauhkan diri dari kita.


(8) Bisnes ini bukan semata-mata untuk menjadikan anda kayaAntara jadi kaya dengan kekal miskin, mana satu yang lagi baik? Sudah tentu, kebanyakkan dari kita akan pilih untuk jadi kaya.   Tetapi menjadi kaya, bukanlah satu-satunya matlamat yang perlu kita capai.  Cubalah dengan sedaya upaya, jadi seorang manusia yang mempunyai sifat perikemanusiaan.   Setiap orang dalam rangkaian media sosial milik kita mempunyai hati dan perasaan. Tak semestinya mereka akan terus terpesona dengan tawaran yang kita berikan.   Sesetengah daripada mereka, akan menolak untuk menyertai bisnes yang kita syorkan.   Ini bukan bermakna mereka menolak untuk jadi kaya. Sebaliknya, mereka hanya menolak untuk bersama dengan kita, itu sahaja.   Maka tak perlulah sampai kita nak perli, mengecam, mengkritik dan sebagainya.  Sebaliknya, kita yang kena terima hakikat, yang sebenarnya tawaran kita tu langsung tak menarik. 
 
(9) Manfaatkan kuasa Pemasaran Internet (Internet Marketing)Belajar cara untuk menjalankan pemasaran di internet. Seboleh-bolehnya, janganlah sia-siakan langganan internet anda setiap bulan itu.   Cari satu masa, untuk anda lakukan aktiviti yang boleh membantu anda untuk buat duit online.   Sebenarnya bisnes MLM ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk kita buat duit online. Semuanya bergantung kepada cara kita menerangkan tentang potensi dan peluang untuk menjana pendapatan.   Ada juga orang yang menolak untuk join, sebab menyangkakan bisnes MLM perlu dilakukan cara tradisional, yang mana kita kena jumpa orang, lepak mamak, datang meeting dan sebagainya.  


(10) "Pinjam" reputasi dan prestasi leaderSesetengah bisnes MLM, ada leader yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan ini. Biasanya mereka ini tak lokek ilmu, dan kalau kita cuba dekati mereka, kebanyakkan mereka ini tak kisah kalau kita "pinjam" reputasi baik yang pernah mereka capai.   Contohnya dalam bisnes PG Mall yang saya buat sekarang ini. Ada ahli senior yang sekarang dah pun berjaya hasilkan income 5 angka melalui program consumerchant ini. Daftar program ini disini. 
  Lihat bukti income yang dia telahpun capai dibawah ini.  Ada senior atau orang lama dalam bisnes PG Mall ini yang dah pun berjaya hasilkan pendapatan sebanyak RM13,091.89  
 
Ini secara tak langsung telah membuktikan bahawa program ini memang boleh dipercayai, dan In Shaa Allah usaha kita mempromosikan platform ini satu masa nanti pasti akan membuahkan hasil. 


(11) Dapatkan mentorPeranan mentor ini sebenarnya ada banyak.   Biasanya mentor ini kita akan pilih dari kalangan individu yang dah berpengalaman dalam bisnes yang kita ingin ceburi. Mereka ini nanti bolehlah berikan tips dan panduan apa yang patut kita buat dan apa yang tak sepatutnya kita lakukan.   Oleh sebab mereka ini sudah berpengalaman, mereka lebih tahu jalan yang patut kita lalui untuk berjaya sama seperti yang mereka telah kecapi.  
  Jadi bila kita berjaya dapatkan bantuan seorang mentor yang ikhlas nak membantu, dan pada masa yang sama, kita juga selesa untuk ikuti teknik serta strategi yang dia sendiri praktikkan, maka ikutlah setiap saranan mereka ini tanpa banyak pertikai.   Sudah tentu, kalau saranan mereka ini sesuatu yang tak baik, kita perlulah tolak untuk buat. Tapi kalau mereka suruh kita buat benda yang baik, dan kita memilih untuk tak bertindak, maka dekat situ, nampaknya kita ini ada masalah.   


(12) Yakin dengan diri sendiriYakin dan percayalah, bahawa anda sebenarnya sedang melakukan perkara dan tindakan yang betul. 

Bisnes Multi Level Marketing atau Network Marketing ini merupakan suatu cabang bisnes yang memang sah mengikut undang-undang di negara kita. 

Jadi, kita tak perlu malu untuk mengaku yang kita terlibat dalam bisnes seperti ini.

(13) Dapatkan rentak dan konsisten dengan usaha dan tindakan Akhirnya, kita perlu sedar satu hakikat bahawa bisnes MLM atau network marketing ini sebenarnya tak jauh beza dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. 

Ia perlukan masa untuk berkembang dan menampakkan hasilnya. Bermakna, setelah anda join, anda kena sabar dan kena usaha dengan sebaiknya.   Ini bukanlah skim cepat kaya, seperti mana yang kerap di war-warkan oleh sebahagian individu. Memang betul, ada orang yang menjadi kaya melalui bisnes MLM ini. Namun bilangan orang yang berjaya jadi kaya, tak begitu ramai, kalau nak dibandingkan dengan yang tak kaya.   Tapi, kalau dalam bisnes tersebut wujudnya team leader yang cuba memanipulasi sistem, maka dari situ kita akan lihat wujud figura tertentu yang jadi kaya dengan cepat.   Walaubagaimanapun, satu masa nanti pasti akan ada individu yang terbelit dan terperangkap dengan permainan manipulasi sistem ini.   Manipulasi sistem ini mungkin berkesan hanya diperingkat permulaan sahaja. Tapi apabila ahli makin ramai, ia akan mula menunjukkan kemerosotan, dan orang ramai akan mula menyedari perbuatan tersebut.   Pada masa ini, sistem akan mula goyah dan orang akan mula memboikot untuk sertai sistem MLM itu sendiri. 
  Penutup Selalunya, yang membuatkan sesuatu perniagaan menjadi goyah dan akan runtuh adalah sikap tamak manusia itu sendiri.   Idea untuk mencapai kejayaan dan kekayaan dengan pantas itu memang satu idea yang menyeronokkan. Namun, ianya juga merupakan satu perkara yang bahaya.   Sebaik-baiknya, perniagaan itu perlulah dibina dengan secara natural. Tiada elemen paksaan, dan tiada elemen manipulasi pada sistem dan rangkaian.   
Akhir kata, terpulang pada kebijaksanaan anda untuk memilih, bisnes yang bagaimana yang menjadi pilihan hati anda. 
    
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohdsabree.com/2020/07/tips-bisnes-multi-level-marketing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anggota Keluarga Baru 4 Seleb Ini Rayakan Natal Perdana Sebagai Ibu

Ada Anggota Keluarga Baru 4 Seleb Ini Rayakan Natal Perdana Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 139 hits
Memiliki buah hati tentunya menjadi keinginan setiap pasangan yang telah menikah termasuk para selebritis Usai dikaruniai buah hati kini mereka pun menyandang status baru sebagai ayah dan ibu Ada anggota keluarga baru 4 seleb ini rayakan na...
Kasihan Juga Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Macam Cowboy Puteri Sarah Liyana Akui Dah Lama Move On

Kasihan Juga Isteri Baru Tiada Majlis Kahwin Macam Cowboy Puteri Sarah Liyana Akui Dah Lama Move On

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 250 hits
Ditemui BH Online pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama mengetahui mengenai desas desus yang mengatakan suaminya telah bernikah dengan Ira Kaza Pada ketika itu dia tidak terlalu ambil peduli kerana makluma...
Restoran 10 Gram Bakers Steaks Di Ayer8 Putrajaya Cawangan Baru 10 Gram

Restoran 10 Gram Bakers Steaks Di Ayer8 Putrajaya Cawangan Baru 10 Gram

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 274 hits
10 Gram Bakers Steak at Ayer8 Putrajaya Assalamualaikum holla korang hari ni qaseh nak share tempat makan best di Ayer8 Putrajaya mesti korang pernah dengar tentang Restoran 10 Gram kan Yang bestnya ia telah dibuka di Ayer8 Putrajaya berita...
Avatar The Way Of Water Dijangka Lepasi As 1 Billion Menjelang Tahun Baru

Avatar The Way Of Water Dijangka Lepasi As 1 Billion Menjelang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 309 hits
Selepas menunjukkan prestasi yang cukup baik pada minggu pertama tayangan kutipan sekuel Avatar The Way of Water dijangka meningkat ke tahap AS 800 juta menjelang hujung minggu ini Setakat ini data dari Box Office Mojo menunjukkan Avatar Th...
30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

30 Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2023 Untuk Text Si Dia Sempena New Year

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 233 hits
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai Dalam menempuh sebuah perjalanan hidup di tahun 2022 pastinya terselit pelbagai jenis kisah dan cerita yang tersemat menjadi memori 2023 membuka lembaran baru semoga menjadi lebih baik daripada tahun sebelu...
Bolehkah Membuat Program Promo Dan Diskon Natal Dan Tahun Baru

Bolehkah Membuat Program Promo Dan Diskon Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 178 hits
Pertanyaan Bolehkah seorang muslim yang memiliki toko membuat program promo atau diskon dalam rangka hari natal dan tahun baru Namun ia tidak ikut merayakannya Mohon penjelasannya Jawab Alhamdulillahi rabbil alamin ash shalaatu was salaamu ...
Kembali Aktif Lepas 6 Bulan Menyepi Ameera Khan Kongsi Foto Tak Berhijab Netizen Tanya Bukan Baru Balik Umrah Ke

Kembali Aktif Lepas 6 Bulan Menyepi Ameera Khan Kongsi Foto Tak Berhijab Netizen Tanya Bukan Baru Balik Umrah Ke

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 337 hits
Setelah mendiamkan diri dari media sosial sejak Julai lalu pempengaruh dan selebriti Ameera Khan membuat kemunculan semula apabila kembali aktif menggunakan Instagram miliknya Ameera Khan come back Namun apa yang mengejutkan ramai adalah pe...
Jadi Pintu Masuk Sumatera Polda Lampung Sebar 4 000 Personel Jaga Libur Tahun Baru

Jadi Pintu Masuk Sumatera Polda Lampung Sebar 4 000 Personel Jaga Libur Tahun Baru

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 149 hits
Ribuan personel terdiri 172 personel Polda Lampung 2 340 personel Polres TA jajaran 1 924 personel gabungan dari TNI dan Stake holder yang ada di Provinsi Lampung
Restoran Che Puan Taman Pekan Baru Sungai Petani

Restoran Che Puan Taman Pekan Baru Sungai Petani

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 298 hits
Restoran Che PuanRestoran Che PuanRestoran Che Puan terletak di Taman Pekan Baru 08000 Sungai Petani Kedah Menu di restoran Che Puan ni lebih kepada menu western dan juga menu masakan ala thai Beroperasi dari jam 2 30 petang hingga ke 10 30...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan