13 Resepi Kek Mudah Guna Air Fryer Berbaloi Untuk Dicuba


13 Resepi Kek Mudah Guna Air Fryer, Berbaloi Untuk Dicuba | Salam semua, rasanya setiap rumah dah ada air fryer. Penggunaan gajet dapur sebenarnya untuk mudahkan kita nak masak. Macam - macam masakan macam magik boleh dibuat bila ada air fryer. Tak kira untuk masak dan juga untuk baking buat kek, biskut dan sebagainya. Ke semuanya atas kreativiti masing - masing dan berani untuk mencuba. Yang paling teruja bila ada air fryer adalah nak buat kek guna air fryer. Mula lah macam - macam eksperimen nak buat kan. 




Cumanya, cara masak kek guna air fryer, ia bergantung kepada jenis air fryer masing - masing. Kena pandai try and error orang cakap. Sebab suhu dan masa untuk bakar kek tak sama. Jadi kat sini sis kongsi resepi kek guna air fryer. Untuk suhu dan masa bergantung kepada air fryer masing - masing ya. Tak semestinya sama dengan resepi asal. Air fryer pulak mungkin ada orang beli yang kapasiti besar atau kecil. 


Kalau sebelum ini dah puas bakar kek dalam oven, jom cuba pula hasilnya bakar guna air fryer. Resepi adalah seperti di bawah. 


1. Kek Sarang Semut Air Fryer 

Bahan - Bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
4 biji telur saiz B (saiz A 3 biji)
½ cawan susu pekat manis
⅓ cawan mentega
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanila
Cara - Cara 
1. Masak gula sehingga larut dan keperangan. Kemudia masukkan air panas.
2. Cairkan mentega (api perlahan takut hangus).
3. Ayak tepung dan baking soda.
4. Kacau telur perlahan (jangan sampai kembang).
5. Masukkan susu pekat, kacau sebati.
6. Masukkan mentega cair sikit sikit, kacau sebati.
7. Masukkan bahan ayak dan esen vanila, kacau sebati.
8. Masukkan air gula karamel. Kacau dan tapis adunan.
9. Perap 1hingga 3 jam.
10. Bakar 160°c selama 30 minit, (adjust suhu dan masa ikut AF masing masing)

Nota 
1. Air gula karamel dan mentega dibiarkan sejuk dulu sebelum masuk dalam adunan
2. Sebelum bakar, panaskan air fryer 5 selama minit.
3. Nak kek cantik guna non stick loyang atau lapik dengan baking paper.

Kredit : Nor Farahiyah Abd Manan

2. Kek Pelangi Air Fryer 
Bahan - Bahan 
Marjerin pelangi (1 cawan)
Gula (1 cawan)
Tepung gandum (1 cawan)
Baking powder (1 sudu kecil)
Telur (3 biji)
Pewarna (optional)
Cara - Cara1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Pukul lagi.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas. Letak pewarna kegemaran.
6. Tuangkan satu persatu adunan yg berwarna tadi dalam loyang.
7. Tadi saya guna suhu 140, masa 30 minit. Nanti tengok lah takut dah masak test dengan lidi.
Kredit : Nursyafiqa Aiza

3. Kek Coklat Biskut Marie Air Fryer 
Bahan - Bahan 
1 cawan minyak jagung atau minyak masak atau buttercup 250g
1cawan biskut marie coklat yg dikisar hancur
1 cawan milo
1/2 cawan koko
3 sudu besar susu pekat
1cawan susu segar atau susu cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila

Cara - Cara 
1. Kisar ke semua dan sedia untuk dibakar dalam air fryer
2. Suhu 130 C, masa  50 minit

Kredit : Rubi Yakub

4. Kek Coklat Moist Air Fryer 
Bahan A:
200gm gula
100gm serbuk koko
150gm susu pekat manis
200gm minyak jagung/masak/majerin dicairkan
1 tin susu cair
Bahan B:
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan C:
4 biji telur gred B dipukul 
Cara - Cara 
1. Campur semua Bahan A, masak atas api kecil hingga gula hancur. Biarkan suam.
2. Ayak Bahan B, campur dalam Bahan A.
3. Campur Bahan C.
4. Masuk dalam papercup kecil. Saya guna saiz 2 inci.
5. Tabur hiasan (choc rice atau kacang) ikut suka.
6. Bakar dalam air fryer 160 C, 8 minit.

Kredit : Mashitah Mashitah

5. Kek Pisang Bakar Air Fryer 
Bahan - Bahan 
1 cawan pisang emas atau berangan yang dah dilecek
¾ cawan gula atau gula perang
3 biji telur A
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
2 cawan tepung naik sendiri
1 penutup esen vanila atau esen pisang
1 sudu besar (rata) ovallete
Coklat rice dan butterscotch cip coklat (optional)
Cara - Cara 
1. Satukan telur, gula, ovallete dan esen. Pukul sebati (boleh gunakan mixer atau whisk)
2. Masukkan pisang serta minyak dan pukul sebati. 
3. Kemudian masukkan tepung. Sebatikan. 
4. Taburkan coklat rice dan butterscotch cip coklat.
5. Sapu loyang dengan sedikit minyak kemudian taburkan sedikit tepung hingga sekata. Buang lebihan tepung di loyang atau boleh gunakan baking paper.
6. Bakar suhu 140 C dalam 20 minit untuk cupcake dan suhu 140 dalam 30 minit untuk loyang bergantung pada air fryer masing - masing. 

Kredit : Siti Faizah

6. Kek Span Pandan Mudah Tanpa Butter Air Fryer 
Bahan - Bahan 
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*) sis pakai 1 sudu teh je
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
Cara - Cara 
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 stsu  6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 140 C. Kemudian tambah suhu 180 C dalam masa 10 minit.  Kalau masih tak berapa garing, boleh tambah masa lagi.
5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit : Aziela Sharit

7. Kek Marble Moist Sukatan Cawan Air Fryer 
Bahan - Bahan 
1 cawan butter
3/4 cawan gula castor
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)
1 sudu teh  esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis 
2 sudu besar  fresh milk (saya tambah)
Pewarna 
Nota 
# tepung tu saya guna Tepung Bluekey
Cara - Cara 
1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.
3. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder. Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis dan susu segar. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 Bahagian. Adunan pertama warna asal.Warna kedua dan seterusnya pula letakkan satu sudu kecil pewarna.
5. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan. Kemudian ambil satu senduk adunan berwarna tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
7. Ulang hingga habis adunan tersebut.
8. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi. Sedia untuk dibakar pada suhu 150 C. Panaskan dulu air fryer 10 minit. 

Kredit : Nina Farina Selamat

8. Burnt Cheese Cake Air Fryer
Bahan - Bahan 
Telur 3 Biji
250 gm Cream Cheese
125 gm Whipping Cream
1/2 Cawan Gula (5 Sudu Besar tak manis sangat)
2 Sudu Besar tepung Gandum
Cara - Cara 
1. Blend Cream Cheese dan gula sehingga Sebati
2. Kemudian masukkan telur satu demi satu.
3. Masukkan Whipping Cream dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan Tepung Gandum dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian tuang ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 180 C, 20 minit + 160 C, 10 minit

Kredit : Siti Nasuha

9. Kek Oren Sunquick Air Fryer 
Bahan - Bahan 3 biji telur (gred b)1/2 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan oren sunquick
1 sudu teh oren pes/flavour
2 cawan tepung naik sendiri (Diayak)

Cara - Cara 1. Pukul semua bahan kecuali tepung sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin kertas.
4. Panaskan Air Fryer suhu 130'C sehingga lampu padam (anggaran 3 minit)
5. Masukkan acuan muffin ke dalam air fryer ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
6. Keluarkan kek dan sejukkan.

Kredit : Hanieliza Kamarudin 

10. Kek Carrot Air Fryer 
Bahan - Bahan 
2 cawan tepung kek 
1/2 cawan minyak jagung
3 biji telur gred A
1 cawan gula perang
1\3 cawan badam disangai dan blend kasar
1/2 cawan parutan carrot
1 sudu kecil esen vanila
Cara - Cara 
1. Putar gula, minyak dan telur sehingga gebu.
2. Masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik.
3. Masukkan badam.
4. Masukkan parutan carrot dan kacau manja.
5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 6 inci disapu butter dan ditabur tepung.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam air fryer suhu 120, masa 50 minit. 
Kredit : HanyKhairul Azizi

11. Kek Oreo 2 Bahan  Air Fryer 
Bahan - Bahan 
4 paket oreo
2 kotak kecik susu dutch lady coklat
Cara - Cara 
1. Blend susu dengan oreo (tak payah buang krim), tuang dalam cawan kertas
2. Bakar pada suhu 170 C, masa 17 minit

Nota : 
Dapat 16 cups. Kalau nak sikit pakai 2 paket oreo + 1 kotak kecik susu

Kredit : Aishah Shah

12. Kek Butter 5 Bahan Air Fryer 
Bahan - Bahan 
2 biji telur 
110 gm tepung naik sendiri
110 gm gula kastor
110 gm butter
1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara
1. Putar  butter dan gula sampai pucat pada kelajuan rendah 1minit + kelajuan tinggi 1minit.

2. Masukkan telur satu per satu (selepas masukkan 1 biji telur pukul 1 minit kelajuan rendah).

3. Masukkan esen vanilla.

4. Ayak tepung dan masukkan sikit demi sedikit. Putar kelajuan rendah sekejap saja agar adunan sebati.

5. Panaskan air fryer 200 C, masa 5 minit.

6. Alas loyang dengan baking paper. Tuang adunan di loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil yang ditebuk lubang dengan garpu. Bakar 160 C, masa 30minit.

7. Buka aluminium foil. Bakar lagi 160 C, masa 10minit.

Kredit : CP Dari Cookpad

13. Kek Chiffon berperisa Oren
Bahan - Bahan
3 biji Telur (diasingkan kuning dan putihnya)
75 gm Tepung Kek
85 gm Gula
4 sudu besar Jus Oren
3 sudu besar Minyak Sayur
1 sudu teh Serbuk Penaik / Baking Powder
1/2 sudu teh Perisa / Esen Oren
Beberapa titik Pewarna Oren
Cara - Cara 
1. Gaul kuning telur dengan 1/2 gula. Pukul sehingga kembang dan, tukar warna seakan pucat. (Baki gula akan digaul untuk meringue)
2. Masukkan minyak sayur dan gaul sebati.
3. Masukkan jus oren, pewarna oren, perisa oren.
4. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan telur.
5. Gaul rata tapi jangan terlalu kuat. 
Meringue (Adunan Telur Putih & Gula)
Pastikan telur putih disejukkan dahulu selama 30min ke 1 jam sebelum menyediakan meringue
1. Keluarkan telur putih dari peti sejuk. Buka pembalut.
2. Pukul telur putih sehingga jernih dan berbuih.
3. Masukkan baki gula sedikit demi sedikit sambil pukul telur putih.
4. Langkah ini supaya gula digaul sebati dengan telur putih dan cukup masa untuk mengembangkan telur putih.
5. Meringue akan siap bila permukaan telur putih itu nampak kilat, licin dan adunannya kembang.
Cara Adunan
1. Kaup sedikit meringue ke dalam adunan telur kuning dan gaul rata sehingga tiada baki telur putih.
2. Kaup lagi meringue dan ulangi langkah 1.
3. Masukkan adunan telur kuning kedalam mangkuk meringue dan gaul menggunakan senduk spatula. Gunakan teknik "potong dan lipat" . Langkah ini untuk mengekalkan buih dalam meringue.
4. Tuang adunan ke dalam loyang chiffon.
5. Bakar pada suhu 140°C / 20min.
6. Selepas loceng berbunyi, keluakan loyang dan terbalikkan untuk sejukkan
7. Bila loyang sudah sejuk, kek sedia dipotong.
Kredit : Noraini Ahmad
Yang mana ada air fryer yang suka bereksperimen nak masak apa lagi dengan air fryer ini, nak baking pun boleh. Boleh cuba resepi yang kat atas ini. Cumanya sekali lagi nak ingatkan suhu bakar kek guna air fryer dan masa bergantung atas air fryer masing - masing. Terima kasih buat penyumbang resepi. Selamat mencuba. 
Baca Juga : 
1. Resepi Akok Kedut Air Fryer 
2. Cara Goreng Keropok Lekor Guna Air Fryer 
3. Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat Guna Air Fryer







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/01/13-resepi-kek-mudah-guna-air-fryer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Dan Cara Membuatnya Yang Mudah Gerenti Menjadi

Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Dan Cara Membuatnya Yang Mudah Gerenti Menjadi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 522 hits
Resepi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan dan cara membuatnya yang mudah gerenti menjadi Assalamualaikum Baru baru ni Cik Rose ada ternampak satu perkongsian resepi di facebook Dari gambarnya Cik Rose dapat bayangkan ianya sedap Alahai teri...
Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 596 hits
Resepi Kek Butter Paling Mudah Nak Buat Kegemaran Suami Aku baru perasan setiap kali tahun baru mesti aku akan buat Kek Butter Boleh tengok dekat entri lama masa bulan Februari 2018 aku kongsikan resepi Kek Butter Simple dan bulan Januari 2...
Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

Cara Setup Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 500 hits
Air fryer adalah alat memasak yang fungsi utamanya adalah menggoreng makanan TANPA MINYAK sehingga makanan anda lebih sihat dan bebas minyak Masa guna air fryer ada tak anda hadapi masalah macam ni Tak tahu cara setting air fryer suhu tempo...
Ayam Goreng Air Fryer

Ayam Goreng Air Fryer

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 530 hits
Suami MY suka belikan anak anak peha ayam Mama Yan sendiri pula kalau beli ayam beli dua ekor Peha ayam tu potong dua lagi hahaha Kami memang banyak berbeza Suami memang suka manjakan anak anak dari segala segi MY pula banyak no cannot tak ...
Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 507 hits
Resepi Daging Harimau Menangis Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda...
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Mudah

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Mudah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 443 hits
RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA CARA MUDAH Lamanya tak update Blog pun dah berhabuk Bukan tak ada idea nak update cuma malas hehe Ini post pertama untuk tahun 2021 Alhamdulillah ada semangat sikit nak menaip Harini busyra lunch ikan siakap 3 rasa...
Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

Cara Buat Popia Carbonara Sedap Mudah Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 424 hits
Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba Bahan bahannya pun ringkas sahaja Paling penting ia sedap dan buka selera Jom lihat resipinya RESIPI POPIA CA...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 453 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
Mudah Ajar Anak Solat Guna Panel Esejadah

Mudah Ajar Anak Solat Guna Panel Esejadah

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 263 hits
Mudah ajar anak solat guna Panel Esejadah Dah lama nampak orang guna baru sekarang umi nak guna jugak Memang mudah dan yang penting dak naura dan Awfiyah suka Sebelum ni memang bebudak ni kalau solat dengan umi dan babah ada je yang diorang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord