13 Petua Power Mendidik Anak Menjadi Soleh Solehah


 






1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.




Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2022/07/13-petua-power-mendidik-anak-menjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 322 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera selesanya la bila dpt menggeliat setelah seharian dok menaip kat laptop ni few kerja hakiki settle esok sambung menggeliat dlm bilik sorang sorang ok la orang lain tak nampak ha ha ha ha ha sakit kot tula...
Potret Gading Marten Dapat Tanda Tangan Ronaldinho Raffi Ahmad Rezeki Anak Soleh

Potret Gading Marten Dapat Tanda Tangan Ronaldinho Raffi Ahmad Rezeki Anak Soleh

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 169 hits
Gading Marten tak melewatkan kesempatan untuk meminta tanda tangan Ronaldinho saat sang pesepakbola legendaris asal Brasil datang ke Indonesia Raffi Ahmad yang kala itu sedang menemani Ronaldinho dan Gading langsung memberikan komentar Sima...
Perginya Anak Soleh Mama Muhammad Anis Meninggai Nahas Motosikal Dan Lori Semasa Puiang Rumah

Perginya Anak Soleh Mama Muhammad Anis Meninggai Nahas Motosikal Dan Lori Semasa Puiang Rumah

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 273 hits
Seorang pekerja restoran terk0rban setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit kemaIangan dengan sebuah lori di KM10 berhampiran sebuah pasar raya di Taman Tunku Miri pada Selasa Mngsa Muhammad Anis Farhan Ali 21 dari Taman Tunku di sini ...
Alisa Paling Power Peminat Teruja Lihat Anak Hanis Zalikha Main Wall Climbing

Alisa Paling Power Peminat Teruja Lihat Anak Hanis Zalikha Main Wall Climbing

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 228 hits
Meluangkan masa bersama keluarga ketika cuti sekolah adalah perkara yang perlu dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta la ri dari kesibukan kerja Hal ini sama dengan pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mem...
Hiburan Dah 2 Bulan Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga Netizen Tanya Mana Anak

Hiburan Dah 2 Bulan Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga Netizen Tanya Mana Anak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 235 hits
Viral di media sosial satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan seorang makcik yang sudah 2 bulan tidur di kaki lima telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut dilihat rakan kepada pemilik kedai telah meneg...
Lagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Kewajipan Berzakat

Lagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Kewajipan Berzakat

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 506 hits
hai assalammualaikumLagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Tentang Kewajipan Berzakat Baru baru ini lagu baru Omar Hana Mudahnya Berzakat telah dilancarkan hasil kerjasama PPZ MAIWP dengan Digital Durian Meriah waktu pelancaran de...
Hiburan Pasangan Tinggalkan Mayat Anak Umur 2 Tahun Tergamak Curi Kereta Individu Cuba Beri Bantuan Kemalangan

Hiburan Pasangan Tinggalkan Mayat Anak Umur 2 Tahun Tergamak Curi Kereta Individu Cuba Beri Bantuan Kemalangan

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 206 hits
Kejam Itu yang boleh dikatakan apabila satu pasangan lelaki dan wanita telah nekad melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak kanak berusia 2 tahun dipercayai anak kepada wanita itu setelah terbabit dalam sebuah kemalangan di Jalan...
Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

Pakar Kongsikan Ini Cara Nak Kenal Pasti Anak Kita Lambat Cakap Atau Tak

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 209 hits
Ramai yang tanya macam mana nak tahu anak speech delay ke tak Umur berapa baru boleh dikatakan anak lambat bercakap Menerusi perkongsian Patologis Pertuturan Bahasa Aishah Kassim ibu bapa mesti alert mengenai hal ini Ok jom saya bagi roughl...
Wanita Anak 6 Tahun Mangsa Noda Beramai Ramai

Wanita Anak 6 Tahun Mangsa Noda Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 189 hits
AgensiNew Delhi Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia enam tahun menjadi mangsa rogol beramai ramai di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas menerima pelawaan daripada sekumpulan lelaki di India untuk menumpang kenderaan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner