120 Pekebun Nanas Mengalami Kerugian Rm900 000 Tidak Sempat Menuai Hasil



PEKAN - Seramai 120 pekebun nanas di Kampung Baru Cenderawasih, dekat sini, menanggung kerugian kira-kira RM900,000 apabila pokok nanas jenis MD2 dan madu mereka ditenggelami banjir, minggu lalu.
Pekebun Abdul Halim Abd Latif, 37, berkata paras air di kawasan kebun nanas naik antara satu hingga dua meter selepas hujan lebat secara berterusan, bermula 15 Disember lalu.
Katanya, bagi setiap petak seluas 1.5 hektar, antara 50 hingga 60 peratus pokok nanas dewasa yang ditenggelami banjir dalam jangka panjang akan mati disebabkan buruk atau batang yang mereput.
"Saya dan pekebun lain reda dengan apa yang berlaku apabila tiada rezeki kali ini. Kebun kami setiap tahun ditenggelami banjir disebabkan berada dalam kawasan paya gambut.
"Faktor lebihan hujan turut menyebabkan paras air bertambah di antara dua dan tiga kali ganda. Walaupun sistem perparitan disediakan, kejadian banjir tetap terus berlaku setiap tahun," katanya, di sini, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Kampung Baru Cenderawasih berkata, setiap pekebun menanggung kerugian antara RM5,000 hingga RM6,000 membabitkan kos benih, racun, baja dan upah buruh.
Halim yang turut mengusahakan kebun 1.5 hektar, berkata hasrat meraih pendapatan hasil jualan nanas kali ini tidak menjadi kenyataan.
Katanya, pegawai Pejabat Pertanian Daerah Pekan datang melawat melihat kerosakan berlaku bagi melayakkan kami mendapat bantuan wang ihsan yang disediakan kerajaan.
Bagi Abdul Malek Hanif, 42, terdapat pokok nanas yang sedang berbuah ketika banjir melanda, tetapi berikutan beberapa hari terendam air, buah matang sedia dituai mudah rosak selain kualitinya menjadi rendah.
Katanya, kualiti terutama rasa buah nanas jenis MD2 dan madu menjadi rendah serta kurang manis mungkin disebabkan kandungan air yang tinggi di dalam buah.
"Namun yang paling ditakuti pekebun setiap banjir berlaku ialah apabila 50 hingga 60 peratus pokok dalam satu petak tanaman akan mati disebabkan penyakit rebut batang.
"Penyakit berkenaan mudah merebak pada pokok lain. Dalam satu petak tanaman seluas 1.5 hektar terdapat 25,000 pokok.
"Setiap kali selepas bencana banjir di daerah ini, pengeluaran nanas akan terjejas. Permintaan pemborong luar untuk mendapatkan bekalan tidak dapat dipenuhi," katanya yang berpengalaman lebih lima tahun mengusahakan tanaman nanas.
Abdul Malek berkata, bencana banjir turut menimbulkan masalah kepada pekebun untuk mengeluarkan buah ke pusat pengumpulan apabila jalan ditenggelami air, selain jalan rosak.
Katanya, dia terpaksa memikul buah yang dimuatkan dalam guni seberat 50 hingga 60 kilogram sejauh kira-kira 100 meter menggunakan jalan becak selepas ditenggelami banjir untuk dimuatkan ke dalam beca roda tiga.
"Bantuan wang ihsan kemusnahan tanaman yang disediakan kerajaan sedikit sebanyak dapat meringan beban pekebun. Modal permulaan mengusahakan tanaman nanas seluas 1.5 hektar boleh mencecah RM25,000," katanya.
Tinjauan mendapati walaupun cuaca di daerah ini semakin baik, air masih bertakung dalam kawasan kebun manakala dalam parit, ia dipenuhi air hingga melimpah. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/seramai120-pekebun-nanas-alami-kerugian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jururawat Kerugian Rm198 000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

Jururawat Kerugian Rm198 000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 220 hits
KUANTAN Seorang jururawat hospital kerajaan kerugian RM198 000 akibat dijerat sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan penghantaran barang dan pegawai polis Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata menurut lapo...
Sempat Picu Penolakan Sutradara Ungkap Alasan Sederhana Pilih Halle Bailey Di The Little Mermaid

Sempat Picu Penolakan Sutradara Ungkap Alasan Sederhana Pilih Halle Bailey Di The Little Mermaid

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 369 hits
Nggak cuma penolakan karakter fisik Halle yang berkulit hitam di sisi lain juga disambut positif karena menampilkan keberagaman manusia
Tanah Runtuh Anak Sempat Minta Jaga Diri Sebelum Pergi Bapa

Tanah Runtuh Anak Sempat Minta Jaga Diri Sebelum Pergi Bapa

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Seorang bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father s Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 13 Dis lalu ...
Sempat Cover Lagu Dan Viral Gempita Akhirnya Manggung Bareng Raisa Anggiani

Sempat Cover Lagu Dan Viral Gempita Akhirnya Manggung Bareng Raisa Anggiani

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 189 hits
Lagu Kau Rumahku sempat makin viral usai di cover Gempi Kini Gempi berkesempatan nyanyi bareng dengan Raisa Anggiani di sebuah konser musik
Akun Youtube Raditya Dika Hilang Usai Diretas Hacker Sempat Unggah Video Elon Musk

Akun Youtube Raditya Dika Hilang Usai Diretas Hacker Sempat Unggah Video Elon Musk

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 275 hits
Belakangan sering terjadi aksi peretasan serupa juga sebelumnya sempat menyasar akun YouTube milik Arief Muhammad
Wanita Ngambang Di Sungai Cisadane Sempat Pergi Ke Rumah Sewa Lalu Dilaporkan Hilang

Wanita Ngambang Di Sungai Cisadane Sempat Pergi Ke Rumah Sewa Lalu Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 364 hits
Sang suami mengenali jasad korban setelah melihat kalung emas yang dipakai korban dan hasil pengecekan sidik jari Serta ciri ciri fisik
Bila Busy Nak Menoleh Pun Tak Sempat

Bila Busy Nak Menoleh Pun Tak Sempat

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum Isnin lepas biasa la Isnin kan memang akan busy betul dari pagi bawak ke petang lepas tu tengahari tu SA x sempat beli makanan kan so makan megi je amik gambar ni sebab bukti sibuk bagi kat Uncle Dania hahaha so malam sampai...
Al Ikhsan Sports Menawarkan Diskaun Sehingga 80 Untuk Lebih Daripada 10 000 Kasut Dari New Balance Dan Asics

Al Ikhsan Sports Menawarkan Diskaun Sehingga 80 Untuk Lebih Daripada 10 000 Kasut Dari New Balance Dan Asics

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 284 hits
AL IKHSAN SPORTS MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80 UNTUK LEBIH DARIPADA 10 000 KASUT DARI NEW BALANCE DAN ASICS Assalammualaikum semua Acara yang dinantikan oleh semua pelanggan setia Al Ikhsan Sports kini telah bermula Jualan Harga Borong di ...
Penganjur Fun Fair Puncak Alam Beroperasi Tanpa Lesen Berdepan Dengan Denda Rm25 000 Atau Penjara 3 Tahun

Penganjur Fun Fair Puncak Alam Beroperasi Tanpa Lesen Berdepan Dengan Denda Rm25 000 Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 544 hits
The ReporterGara gara kecuaian pihak penganjur aktiviti hiburan pesta ria atau Fun Fair di Puncak Alam dalam memastikan keselamatan permainannya dua wanita dewasa dan seorang kanak kanak lelaki mengalami kecederaan selepas tercampak keluar ...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cara Pilih Platform Ai Bot Kripto Yang Selamat

684 Pembangun 24 Jam 140 Projek Hackathon Ai Terbesar Malaysia Cipta Magik Teknologi

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama