12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping


12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping | Terfikir nak cuti cuti Malaysia ke Perak ? Kalau sebelum ini ada yang komen di entri 8 Aktiviti Menarik di Gopeng dan Ipoh Yang Boleh Korang Buat tak sesuai untuk bawa family terutama anak anak, kali ini cik en nak share cuti cuti yang sesuai untuk lapisan umur. 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping ini termasuklah penginapan dan port makan sedap di sekitar Taiping ini. Jadi korang yang baru nak merancang percutian ke sebelah utara negeri Perak ini boleh la jadikan entri ini rujukan untuk korang. | 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping 

12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping 
Cik en suggest kat korang untuk stay 2 hari 1 malam di Taiping ini. Kalau nak lebih pun boleh tapi korang kena rujuk point ke 11 untuk tengok tempat menarik yang lain yang ada di Taiping ini
1. Kilang Kopi Antong
Kilang Kopi Antong
Selama duduk kat Perak dan selalu pergi Taiping, inilah kali pertama cik en ke Kilang Kopi Antong. Tak tahu pula kewujudan kilang ini. Hahahahha. Tapi apa pun kami sampai dalam pukul 1 tengah hari so tak dapat nak tengok cara kopi dibuat secara tradisional menggunakan kayu api sejak tahun 1933. That why kopinya penuh dengan aroma dan harum. Tapi apa pun kalau korang ke sini pastikan datang around 11 pagi atau 2.30 petang kalau nak cuba membuat kopi disini. Kat sini juga, korang boleh beli Kopi Antong ini dalam pelbagai perasa. Korang  juga boleh rasa setiap perasa kopi yang ada.. Cik en dah rasa semua dan tak boleh lawan kopi original mereka. Antara perasa yang ada seperti White Coffee Mint , Mocha dan lain lain lagi
Kilang Kopi AntongAssam Kumbang34000 Taiping Perak012-5068671 / 05-8075189www.antong.my
2. Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping
Ini wajib la korang pergi sebab trademark Taiping adalah Taman Tasik Taiping. Taman Tasik Taiping ini merupakan pusat rekreasi yang tertua di Malaysia. Asalnya adalah lombong biji timah dan sekarang menjadi tempat rekreasi popular di Malaysia. Kat sini juga banyak pokok yang berusia ratusan tahun dan suggest what. semua pokok ini ada insurans sendiri. Pokok pun ada insurans korang dah ada insuranas belum? Hahhaha. Anyway sekarang tengah viral pokok tumbang. Ramai datang sini semata mata nak tangkap gambar. Selain itu, ada disediakan track untuk korang jogging atau berbasikal.

Kredit Gambar : Rosli Mansor
3. Hotel Grand Baron Taiping
Hotel Grand Baron Taiping
Sebelum meneruskan aktiviti lain, korang boleh check in hotel dulu. Hotel Grand Baron Taiping ini dalam kawasan Taman Tasik Taiping je, so mana yang travel melalui public transport atau perlukan rehat sebentar sebelum explore Taiping bolehlah pilih hotel ini. Harga dia sangat berpatutan. Ada 80 bilik dengan 6 jenis bilik. Yang itu nanti cik en akan buat entri khas

Hotel Grand BaronJalan Bukit Larut 34000 Taiping Perak014-6032870 (Mrs Ika)05-8079222www.hotelgrandbaron.com
4. ATV Adventure Park Larut
ATV Adventure Park Larut
Yang ini pun cik en tak tahu ada di Taiping. Anyway ATV Adventure Park Larut ini sebelah jdengan Hotel Grand Baron Taiping. Jalan kaki pun boleh. Masa cik en check in bilik, memang nampak separuh track untuk aktiviti ATV ini. Korang boleh tengok keindahan alam semula jadi hutan tropika di Taman Tasik Taiping sambil menunggang ATV yang agak mencabar dan menyeronokkan bagi cik en yang pertama kali bawa ATV. Korang akan ditemani dengan penunggang ATV berpengalaman yang mana mereka akan ajar teknik teknik menunggang sepanjang laluan yang mencabar. Harga dia bergantung kepada pakej. Pakej yang ada adalah Mini Funride, Funride, Ride with Guide, Offroad dan Offroad to River dengan harga serendah RM30. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
ATV Adventure Park LarutJalan Bukit Larut 34000 Taiping Perak012-2104761 / 05-8063761www.facebook.com/ATV-Adventure-Park-LarutBuka setiap hari kecuali Selasa9 pagi sehingga 6 petang
5. Night Safari Zoo Taiping
Night Safari Zoo Taiping
Selalu kalau malam macam slow je tak ada aktiviti untuk anak anak kan? Tapi kat Taiping ini korang boleh ke Night Safari Zoo Taiping. Night Safari dibuka pada tahun 2003 dan mempamerkan haiwan haiwan liar yang aktif pada waktu malam. Tapi sebelum itu, korang boleh makan malam dulu di Mergastua Restaurant sebelum explore kehidupan malam warga Zoo Taiping. Korang tak perlu nak berjalan kaki sebab jauh juga la nak pusing zoo ini lagi lagi malam dan kebetulan memang ada tempat yang tak diletak lampu bagi mengekalkan suasana malam. Sebabnya akan ada train dengan tour guide yang akan breifing sepanjang journey. Jika korang bernasib baik, boleh juga bagi makanan kepada haiwan haiwan yang ada, 
Night Safari Zoo TaipingTaiping Lake Garden34000 Taiping Perak05-8086577www.zootaiping.gov.myZoo Taiping : Dibuka setiap hari (8.30 pagi hingga 6.00 petang)Night Safari : Dibuka setiap Malam (8.00 malam hingga 11.00 malam)
Kredit Gambar : Majlis Perbandaran Taiping

6. Dolphin Hunting, Eagle Watching dan  Fish Feeding
Dolphin Kuala Sepetang
Siapa kata susah nak tengok secara dolpin yang bebas? Kalau korang ke Kuala Sepetang, korang boleh tengok banyak dolphin berenang keliling bot korang. Ini tak tak tipu punya sebab cik en sendiri tengok pink dolphin keliling bot kami. Cik en sempat rakan video dan kawan cik en Ayue sempat snap gambar. Tapi ada hari hari dia tau. Awal bulan dan hujung bulan. Dalam sebulan lebih kurang 4 ke 6 hari sahaja waktu sesuai tengok dolphin. 
Eagle Watching
Selesai dolphin hunting, korang akan di bawa tengok helang dan semestinya ianya sanagt berbeza denagn helang yang ada di Langkawi. Disini, mereka tidka memberi makanan tidak sihat sebabnya ianya akan menganggu diet asal helang berkenaaan
Fish Feeding 
And last, korang boleh bagi ikan makan di sangkar ikan berhampiran dengan Eagle Watching. Kat sini ada banyak ikan dan semestinya yang menarik perhatian adalah ikan buntal. Kalau korang berminat untuk ambil semua pakej ini boleh hubungi
Dolphins Kuala SepetangC13, Kampung Menteri, Kuala Sepetang 34650 Taiping, Perak012-631 6132www.gosepetang.comhttps://www.facebook.com/dolphinskualasepetang
7. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang
Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang
Dah alang alang masuk kawasan Pusat Eko-Pelajaran ini, jangan lupa untuk round round dulu kawasan ini. Korang berpeluang mempelajari tentang ekosistem paya laut sambil bersiar siar melalui pelantar laluan pejalan kaki yang dibina. Kat sini ada chalet, dorm, tapak khemah, dewan, kemudahan meletak kereta dan tandas. Selain itu ada jeti yang mana korang naik untuk hunting dolphin. 
Harga semalam untuk kemudahan yang ada disini adalah seperti berikut

Chalet : RM 100 Exclusive Chalet : RM150Dorm : RM10 Seorang (Local) & RM30 seorang (foreigner)Dewan Terbuka : RM 200 Tapak Khemah : RM10 (dewasa) & RM 5.00 (pelajar) - Khemah tidak disediakan 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pejabat Hutan daerah Larut Matang34000 Taiping Perak05-8072762Kredit Gambar : kualasepetang.com

8. Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili di Selera Azrorasa
Gulai Kari Ikan Sembilang Kuala Sepetang
Ketam Cili Kuala Sepetang
Kalau mai Taiping ini, menu yang menjadi tumpuan adalah makanan laut yang segar dan manis. Lepas Kuala sepetang Tour, korang wajib ke Selera Azrorasa untuk merasai Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili dorang. Sedap sangat sampai tengah menaip entri terasa lagi kari itu kt tekak. Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah cara memasaknya. Ianya dibuat satu persatu dan bukan secara buffet. So sebab itu setiap bekas kualiti rasa dia tetap sama. Digalakkan untuk buat tempahan sebelum datang kesini untuk mengelakkan korang tunggu lama. Nak tempah boleh la hubungi
Selera Azrorasa
Selera AzrorasaGr 131 B Kg Matang Gelugor34750 Taiping, Perak013-533 2253Facebook : https://www.facebook.com/Selera-Azrorasa-368953159824725/
9. Kilang Arang Kuala Sepetang
Kilang Arang Kuala SepetangArang sangat popular di Kuala Sepetang ini. Disebabkan disini tempat paya bakau. Arang yang diperbuat dari kayu paya bakau. Dan baru cik en tahu nak buat arang ini bukan senang. Perlu ambil masa berminggu minggu. Dapur besar dibuat sendiri dan ianya buak dibakar macam yang kita fikirkan. Ianya menggunakan haba panas untuk keringkan kayu dan seterusnya perlu disejukkan. Banyak sebeanrnya proses nak jadi arang yang kita buat untuk bakar ikan tu. Hahahah
10. Mee Udang Mak Jah
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Mee Udang Kuala Sepetang antara menu wajib untuk orang luar yang datang berkunjung ke sini. Antara mee udang yang popular adalah Mee Udang Mak Jah. Selain dari itu ada menu menu lain seperti nasi goreng udang, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya mesti ada udang yang sederhana besar. 
11. Galeri Perbandaran Taiping

Masih tak puas untuk explore Taiping? Korang boleh datang ke Galeri Perbandaran Taiping ini dan korang boleh tengok banyak lagi tempat menarik yang ada. Galeri Perbandaran Taiping berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan di Taiping. Pelancong dari dalam atau luar Malaysia memang digalakkan untuk datang ke sini bagi mendapatkan maklumat produk produk perlancongan disini. 
Galeri Perbandaran Taiping
Galeri Perbandaran TaipingPWD 105, Jalan Stesen34000 Taiping Perak05-8010832 (Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan)
Kredit gambar : Facebook

12. Nasi Kerabu Locs & Thyme 
Locs & Thyme
Sebelum balik, korang kena isi perut dulu. Tempat makanan yang cik en suka sangat adalah Locs & Thyme. Menu cik en suggest korang cuba adalah Nasi Kerabu dia. Nasi dia biru bukan gunakan pewarna tapi menggunakan bunga. Rasa dia sedap, lauk seperti ayam dan udang dia memang dimasak dengan cukup sempurna. Sedap dan akan buat korang repeat datang sini balik.. Diabhagian atas restoran ini dikhaskan untuk sesiapa nak buat candle light dinnet atau sambutan anniversary secara privacy. untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Locs & Thyme No 12, Jalan Lim Teong Chye34000 Taiping, Perak017-507 1958Facebook : https://www.facebook.com/LocsThyme/Instagram : https://www.instagram.com/locsandthymecafe/
Entri ini cik en dapat kongsikan dengan korang kerana mengikuti Famtrip Northern Perak Eco VM2020 Expedition anjuran Tourism Malaysia Cawangan Utara pada 4 sehingga 6 Disember 2019 bersama rakan rakan media dan travel agensi di seluruh Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurfuzie.com/2020/01/12-tempat-lengkap-untuk-dikunjungi-apabila-di-taiping.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 248 hits
Kulon Progo menjadi salah satu wilayah yang kerap menjadi tujuan wisatawan Berbagai destinasi wisata di Kulon Progo selalu mampu menarik minat para wisatawan
Laporan Lengkap Bedah Siasat Nora Anee Dalam Masa Terdekat Kata Polis

Laporan Lengkap Bedah Siasat Nora Anee Dalam Masa Terdekat Kata Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 656 hits
NILAI Laporan lengkap bedah siasat remaja Ireland Nora Anne Quoirin akan diperolehi dalam masa terdekat kata Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop Laporan awal bedah siasat mendapati Nora Anne Quoirin mati akibat kebocoran usus yang...
Profil Lengkap Setyanto Hantoro Direktur Utama Telkomsel Yang Baru

Profil Lengkap Setyanto Hantoro Direktur Utama Telkomsel Yang Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 217 hits
Pengangkatan Setyanto Hantoro sebagai Direktur Utama Telkomsel mengisi posisi tersebut yang sebelumnya vakum setelah ditinggalkan Emma Sri Martini Emma sebelumnya menjabat Direktur Utama PT Telkomsel sejak Mei 2019
Dari Informan Di Bandara Cerita Lengkap Operasi Pembunuhan Qassim Sulaimani

Dari Informan Di Bandara Cerita Lengkap Operasi Pembunuhan Qassim Sulaimani

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 197 hits
Pembunuhan Sulaimani ini memperlihatkan bagaimana CIA setelah dua dekade lalu sudah mengetahui lokasi sosok yang mereka yakini pemimpin Al Qaidah Usamah Bin Ladin di Afghanistan tapi tak bisa membunuhnya kini semakin lihai memburu dan mengh...
Pilih Laptop Bukan Perkara Mudah Lihat Huawei Matebook D 15 Ini Macam Pakej Lengkap

Pilih Laptop Bukan Perkara Mudah Lihat Huawei Matebook D 15 Ini Macam Pakej Lengkap

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 685 hits
Cover image via HUAWEI Malaysia Nak cari laptop yang sesuai ini ibarat mencari pasangan hidup Mestilah kena cari yang serasi kualiti yang baik dan mempunyai perwatakan yang hebat Semua ini penting untuk pastikan pilihan kita sememangnya tep...
Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa

Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 5808 hits
Inilah Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada NeelofaSiapakah Ameera Khan Beliau adalah adik kepada selebriti popular Neelofa Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Ameera Khan makin dikenali peminat walaupun usianya baru mence...
Informasi Lengkap Tentang Alergi Penyebab Gejala Pengobatan Dan Cara Perawatannya

Informasi Lengkap Tentang Alergi Penyebab Gejala Pengobatan Dan Cara Perawatannya

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 329 hits
Alergi terjadi ketika sistem kekebalan tubuh bereaksi terhadap zat asing yang berkontaminasi dengan tubuh seperti serbuk sari racun lebah atau bulu hewan peliharaan atau makanan yang tidak menimbulkan reaksi pada kebanyakan orang Sistem kek...
Memahami Rukun Islam Secara Lengkap Mudah

Memahami Rukun Islam Secara Lengkap Mudah

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 397 hits
Apakah rukun islam Sebagai seorang Muslim kita semua wajib mengetahui dan rukun islam Oleh itu artikel ini akan membantu anda memahami topik berkaitan rukun Islam secara lengkap dan tersusun Dalam panduan ini saya juga akan menyatakan hurai...
Tata Cara Salat Istikharah Lengkap Beserta Artinya Memantapkan Pilihan

Tata Cara Salat Istikharah Lengkap Beserta Artinya Memantapkan Pilihan

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 240 hits
Salat istikharah sangat tepat dilakukan bagi Anda yang sedang mengalami kegalauan dalam menentukan pilihan Insya Allah setelah salat Istikharah putusan yang Anda ambil akan tepat
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator