12 Perkara Yang Anda Perlu Jauhi Untuk Kekal Punya Semangat Yang Tinggi Untuk Berjaya




Untuk kekalkan momentum terhadap usaha bagi menjalani kehidupan yang lebih baik, anda perlu ada semangat yang tinggi sepanjang masa.
Tambah pula jika anda seorang usahawan. Semangat yang tinggi diperlukan untuk mengharungi segala cabaran yang sentiasa datang dari berbagai sudut.
Apa caranya untuk kekal bersemangat?
Ada banyak cara disenaraikan dalam buku-buku motivasi. Di sini, saya mahu fokus kepada amalan yang perlu dielakkan. Jika anda sentiasa beringat dan menjauhi semua amalan ini, tenaga anda akan lebih terjamin dari berkurangan.
Mengelakkan diri dari amalan buruk ini umpama melepaskan brek ketika memandu kenderaan. Tak guna jika sebelah kaki menekan minyak untuk lajukan kereta, sedangkan sebelah lagi tekan brek. Banyak tenaga terbuag sia-sia dalam keadaan sebegitu.
Ada 12 perkara yang perlu dielakkan dari menjadi amalan hidup anda. Saya kongsikan semuanya di bawah ini.
1. Asyik buat perkara yang samaElakkan diri dari terperangkat asyik buat perkara yang sama dalam masa yang amat lama. Lagi lama anda asyik buat benda rutin tanpa buat perubahan, semakin banyak aura semangat anda berkurangan.
Oleh itu, sentiasa buat perubahan walaupun ianya adalah satu perubahan yang kecil. Sesekali ubah jalan biasa yang anda ambil untuk ke tempat kerja. Atau ubah kedai minum yang anda lepak.
Anda juga boleh ubah aktiviti sukan, ubah jenis kawan atau ubah siaran TV. Yang penting jangan terperangkap dengan perkara sama saja sepanjang masa.
2. Asyik nak merungutMerungut atau komplen, akan makan habis tenaga semangat anda dengan sia-sia. Tak ada orang yang merungut melainkan ada sesuatu yang negatif terpahat dalam pemikirannya.
Oleh itu, setiap kali mula nak merungut, fikirkan terlebih dahulu kenapa anda buat pilihan memikirkan perkara negatif. Ubah semula persepsi anda dan cari perkara positif yang sudah pasti ada dalam setiap kejadian.
Paling elok, buang terus perangai merungut. Ini perlukan latihan yang bersungguh-sungguh.
3. Kekal tidak bertindakPernahkah anda berterusan melakukan sesuatu perkara sedangkan jiwa rasa tak puas hati. Pernahkah anda buat juga sesuatu aktiviti tapi hakikatnya anda tak suka buat perkara itu. Biasanya anda buat juga sebab nak jaga perasaan orang dan seumpamanya.
Hentikan berada dalam keadaan sebegitu. Ia mampu membuatkan anda hilang semangat dalam masa yang lama.
Buat keputusan. Samada cari sudut positif, supaya anda suka perkara tersebut, atau jangan buat terus. Kita perlu suka atau rela dengan apa yang kita buat.
4. Tidak tetapkan sempadanOrang yang selalu hidup dalam tekanan adalah orang yang tidak ada sempadan mana boleh dan mana yang tak boleh.
Mungkin ada, tapi tidak bertegas supaya sempadan tidak dilanggar. Perlu ada garis sempadan atau had yang anda boleh terima. Jika had tersebut dilanggar, berterus terang dan jangan simpan memendam rasa.
Orang Melayu suka memendam rasa dan simpan semua dalam hati. Bila dah maksimum mulalah jadi tak keruan dan terus mengamuk tidak terkawal. Belajar berterus terang supaya anda tidak menyesal kemudian hari.
5. Simpan dendamIni tak payah nak dijelaskan lagi. Orang yang suka simpan dendam hanya menyusahkan dirinya sendiri sahaja. Sedangkan orang yang dia dendam tak jadi apa-apa, dan tak ada kesanpun.
Lebih baik lepaskan saja dan maafkan dendam yang tidak berguna. Atau salurkan kemarahan dendam itu dengan menjadi seorang yang berjaya pada tahap maksima. Itu cara lepaskan dendam yang terbaik.
Jika orang pandang rendah pada anda, jangan pukul dia. Tapi pastikan anda berjaya sampai orang itu sendiri malu pada anda.
6. Telan habis semua masa yang adaMasa ada hanya 24 jam sehari. Jika ditolak waktu tidur 8 jam, tinggal hanya 16 jam sehari. Kerja cari duit pula 8 jam sehari, tinggal lagi 8 jam sahaja. 8 jam baki yang ada itu perlu dibahagikan pula pada kawan, keluarga, masyarakat dan sebagainya.
Ramai orang yang tersasar pandang tidak peruntukkan masa untuk dirinya sendiri. Sediakan masa sejam bersendirian untuk relaks, membaca, bermuhasabah, berfikir, baring, berkhayal atau apa saja yang boleh segarkan semula perspektif kehidupan anda.
Peruntukkan masa untuk diri sendiri kalau nak semangat tinggi.
7. Jangan jadi ular sawaJangan jadi ular sawa yang hanya bergerak bila nak cari makan. Bila dah kenyang berbelit diam tak buat apa-apa.
Jangan biasakan duduk melengkar macam ular sawa sepanjang masa. Bersenam lah dan bergerak aktif dan jangan malas. Tukarkan masa jadi ular sawa anda kepada aktiviti bersenam sekurang-kurangnya sejam sehari.
Berjalan kaki, berjogging, kayuh basikal atau lain-lain seumpamanya. Orang yang cergas akan sentiasa punya semangat tinggi.
8. Kurangkan makanan ringanAktiviti ini ada kaitan dengan perangai jadi ular sawa kat atas tu. Tak ada faedah amalan suka kunyah makanan ringan ni.
Tak payah nak cerita bab makanan ringan yang bersepah kat pasaran sekarang. Walaupun sedap, ia tidak memberikan apa-apa manfaat.
Air botol berperisa dan berkarbonat juga memang tak bagus untuk anda. Lebih baik minum air suam dan makan buah. Itu yang lebih baik untuk anda.
Pastikan stok buah dan air suam sentiasa dekat dengan anda.
9. Elak letak telefon sebelah katil waktu malamIni tabiat buruk yang dah melekat pada manusia zaman moden macam kita. Apatah lagi dengan adanya telefon pintar. Dah tak boleh bercerai dari semua gadget itu.
Sampai malam pun, nak charge bateri kat tepi katil tempat anda tidur.
Bercerai sekejap setiap kali nak tidur dari dunia komunikasi maya. Berbual dengan orang kat tepi anda secara nyata. Itulah yang terbaik.
10. Elak buang masa di media sosialIni penyakit manusia zaman moden. Banyak masa di habiskan dengan media sosial. Facebook, Instagram, Twitter dan bermacam-macam lagi. Kajian mendapati ramai orang dok tak dok stress disebabkan media sosial ini.
Sebab utamanya adalah otak tertipu dengan apa yang dipaparkan di dalam media sosial. Semua orang nak kongsikan kehebatannya, secara tak sedar kita rasa ‘down’ sebab sangkakan semua orang jauh lebih baik dari kita.
Limitkan masa bermedia sosial hanya untuk urusan penting atau urusan kerja saja.
11. Elak jadi kera sumbangAda kaitan dengan suka main media sosial kat atas tu. Punya layan media sosial, layari internet dan sebagainya sampai tak kawan dengan orang. Sampai dah kurang jumpa dan berinteraksi dengan manusia sebenar.
Orang yang tak berkawan dan asyik kurung diri seorang diri boleh jadi sakit jiwa.
Cari kawan berinteraksi dengan mereka yang mahu melihat anda berjaya. Bercinta dan bersama dengan orang yang anda suka dan sayang dan lebihkan masa dengan mereka. Anak isteri, keluarga dan sebagainya amat penting untuk anda.
12. Jauhi belanja lebih dari kemampuanTerpengaruh dengan media sosial bila orang up status hebat, anda juga nak up status hebat anda sendiri.
Duit tak ada dalam akaun, boleh guna kad kredit.
Hasilnya anda berbelanja melebihi kemampuan. Masalah besar majoriti orang moden sekarang adalah beli barang dengan guna duit yang dia belum dapat.
Selagi tak buang perangai macam tu, sampai bila pun anda tak akan mampu keluar dari situasi tak pernah ada cukup duit.
Semangat tinggi cara anda ?Demikianlah 12 perangai yang perlu dielakkan untuk kekal bersemangat tinggi.
Mungkin anda ada lagi idea lain nak tambah. Jika anda sendiri ada amalan mudah dan berkesan untuk kekalkan semangat tinggi, boleh tambah kat ruang komen di bawah ni.
Moga kita sama-sama dapat amalkannya, Insyaallah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/12/12-perkara-yang-anda-perlu-jauhi-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Infografis 4 Nama Punya Elektabilitas Tinggi Sebagai Cawapres

Infografis 4 Nama Punya Elektabilitas Tinggi Sebagai Cawapres

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 110 hits
Hasilnya beberapa nama memiliki tingkat elektabilitas tinggi sebagai cawapres Ada nama Ridwan Kamil Sandiaga Uno Agus Harimurti Yudhoyono dan Erick Thohir
Tinggi Dan Tampan Potret Adjani Yahya Putra Sulung Tantowi Yahya Jago Bermain Bola

Tinggi Dan Tampan Potret Adjani Yahya Putra Sulung Tantowi Yahya Jago Bermain Bola

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 126 hits
Anak sulung Tantowi Yahya Muhammad Adjani Prasanna Yahya berprestasi di bidang olahraga tepatnya sepak bola Ia pernah menjadi anggota dari Skuad Milan Junior Camp Indonesia yang sukses membawa timnya menjuarai Turnamen Milan Day Challenge d...
Fungsi Tpm Lebih Tinggi Daripada Agong Dr Mahathir Sindir Zahid

Fungsi Tpm Lebih Tinggi Daripada Agong Dr Mahathir Sindir Zahid

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 193 hits
Takpalah saya akan jaga cucu sekarang Lupakan saja perkara ini sindir Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan fungsi Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan Apakah fungsi Timbalan Perdana Menteri lebih...
Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian

Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 211 hits
Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian Tisu adalah antara benda yang terpaling penting dalam kehidupan aku seharian Rasanya kalau tak de tisu hidup aku untuk hari tu memang tak lengkap dan rasa tak selesa...
Berapa Tinggi Anak Kita Bila Dewasa Doktor Kongsi Formulanya

Berapa Tinggi Anak Kita Bila Dewasa Doktor Kongsi Formulanya

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 278 hits
Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat Dr Jay L Hoecker BERAPA T...
Ancaman Gelombang Tinggi Perairan Selat Sunda Kapal Merak Bakauheni Diminta Waspada

Ancaman Gelombang Tinggi Perairan Selat Sunda Kapal Merak Bakauheni Diminta Waspada

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 117 hits
Tinggi gelombang di bagian utara perairan selat sunda berkisar antara 1 25 hingga 2 50 meter Sementara ketinggian gelombang Perairan Selat Sunda bagian selatan Banten dan Samudera Hindia berkisar 2 50 4 00 meter
200 Wisatawan Tertahan Di Karimunjawa Akibat Gelombang Tinggi

200 Wisatawan Tertahan Di Karimunjawa Akibat Gelombang Tinggi

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 241 hits
Ratusan wisatawan yang sedang berlibur di Pulau Karimunjawa tertahan tidak bisa kembali ke Jepara lantaran kapal yang dijadwalkan menjemput mereka terhalang gelombang tinggi
Krisis Energi Inflasi Jerman Bakal Tetap Tinggi Hingga Akhir 2024

Krisis Energi Inflasi Jerman Bakal Tetap Tinggi Hingga Akhir 2024

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 118 hits
Perang Rusia dan Ukraina makin memperkeruh situasi ekonomi global Bahkan negara maju sekelas Jerman pun terancam bangkrut karena situasi geopolitik yang tak kunjung usai
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord