12 Kematian Lapan Negeri Sifar Kes


AGENDA DAILY  Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri pada 16 Januari 2022.
Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan sifar kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, ketika Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mengurangkan kes positif baharu dan kemasukan ke hospital.
Statistik laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan tiada kes kematian dilaporkan di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bagaimanapun lapan negeri lagi merekodkan 12 kes kematian menjadikan kumulatif pesakit Covid-19 meninggal dunia sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 31,793 mangsa. Tiada kes ‘Brought in Death’ (BID) dilaporkan semalam.
Pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkurangan dengan amat ketara susulan PICK, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.
Beliau berkata hasil daripada usaha jitu semua pihak, selain pelaksanaan PICK sejak 24 Februari 2021 lalu, garis lengkung atau keluk pandemik Covid-19 di negara ini juga telah berjaya dilandaikan. Berita berkaitan
Sementara itu, Pahang mencatat tiga kematian semalam, menjadikan jumlah terkumpul di negeri itu sebanyak 794 kes, termasuk 100 kes BID.
Pahang juga mencatat 98,567 kes positif terkumpul, termasuk 298 kes import, dengan 95,395 pesakit telah sembuh dan 2,378 lagi kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,391 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 837 ditempatkan di PKRC; 138 dimasukkan ke hospital; dan 12 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga Sabtu, seramai 1,176,857 atau 70.1 peratus penduduk Pahang telah lengkap divaksinasi, 1,192,648 atau 71.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 349,205 individu lagi menerima dos penggalak.
Sebanyak 20 daripada 377 kluster yang dikesan di negeri itu juga masih aktif, dengan jangkitan berkaitan komuniti dan import masing-masing mencatat enam kluster, diikuti masing-masing tiga kluster pendidikan dan tempat kerja, serta dua (kumpulan berisiko tinggi).
Bagi negeri-negeri lain, Kedah dan Melaka mencatat dua kematian, manakala masing-masing satu di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.
Setakat ini, 10 negeri dan Wilayah Persekutuan kekal mencatat kes kematian melebihi 1,000 dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 10,016 kes.
Ini diikuti Johor sebanyak 3,893 kematian; Sabah (2,808); Kuala Lumpur (2,692); Kedah (2,179); Pulau Pinang (1,761); Sarawak (1,620); Perak (1,420); Negeri Sembilan (1,327); dan Kelantan (1,266).
Sehingga semalam, negara mencatat 2,808,347 kes positif terkumpul sejak awal 2020, dengan 2,735,355 pesakit telah sembuh, dan 41,199 lagi kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,784 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,080 ditempatkan di PKRC; 3,153 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 182 pesakit dirawat di ICU, dengan 83 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes berkaitan Covid-19 di negara-negara ASEAN 
sehingga 16 Januari 2022. – Sumber WHO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/12-kematian-lapan-negeri-sifar-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

Kkm Sahkan Dua Kematian Dan 18 Kes Serius Di Penjara Kajang Selepas Suntikan Dos Penggalak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 812 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan surat daripada pengarah penjara Kajang yang memperincikan 18 kes serius kejadian kesan mudarat berikutan imunisasi termasuk dua kematian banduan selepas gambar surat itu tular di media sosial KKM m...
Kes 6 Negeri Naik Kedah Paling Tinggi

Kes 6 Negeri Naik Kedah Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 208 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes Covid 19 mengikut negeri negeri pada 9 Januari 2022 Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mendahului negeri negeri lain dari segi jumlah peningkatan jangkitan harian dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi ...
Satu Lagi Kes Kematian Dalam Lokap Polis Bukit Aman Turun Siasat

Satu Lagi Kes Kematian Dalam Lokap Polis Bukit Aman Turun Siasat

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 232 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan berlaku satu lagi kematian dalam lokap Kali ini membabitkan Balai Polis Pengkalan Chepa Kelantan Empat hari lalu satu lagi kematian dalam lokap dilaporkan iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping Perak Pen...
Dia Tendang Dada Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar Kim Donghee Mohon Maaf

Dia Tendang Dada Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar Kim Donghee Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 213 hits
Selepas sekian lama tiada berita akhirnya timbul kembali cerita mengenai kes buli yang melibatkan pelakon Kim Dong hee Kelmarin sebuah media telah melaporkan mengenai laporan polis yang diterima oleh A Walaupun pada awalnya agensi Kim Dong ...
Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

Hiburan Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 234 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi Lalitha Kunaratnam berikutan penerbitan sebuah artikel di por...
Rosmah Kemuka Permohonan Baru Hakim Kes Pengubahan Wang Haram Tarik Diri

Rosmah Kemuka Permohonan Baru Hakim Kes Pengubahan Wang Haram Tarik Diri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 275 hits
BERNAMA Ia adalah permohonan kedua Rosmah selepas gagal dalam permohonan pertamanya dalam kes rasuah solar hibrid Isteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor Gambar Bernama Rosmah Mansor memfailkan permohonan baru supaya hakim Ma...
Covid 19 Rekod Tertinggi Arab Saudi Catat 5 362 Kes Baharu

Covid 19 Rekod Tertinggi Arab Saudi Catat 5 362 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 246 hits
Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak permulaan pandemik DUBAI Arab Saudi hari ini merekodkan jumlah jangkitan COVID 19 harian tertinggi sejak permulaan pandemik itu Terdapat 5 362 kes baharu direkodkan daripada 24 jam sebelumnya menj...
Majulah Singapura No Win No Lawyers Fees In Singapore Kalah Kes Tak Payah Bayar Upah Peguam Di Singapura

Majulah Singapura No Win No Lawyers Fees In Singapore Kalah Kes Tak Payah Bayar Upah Peguam Di Singapura

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 214 hits
Here is some news from Singapore The Singapore Law Minister has introduced legislation in Parliament which allows lawyers and clients to enter into no win no fee agreements to undertake legal cases in Singapore Courts This is nothing new be...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Pak Zain Teruja Seronok Tengok Selautan Cempedak Yang Murah

Ada Apa Apa Ke Dara 2ne1 Buat Kejutan Hadir Konsert G Dragon Di Kuala Lumpur

Pas Tunggu Jemputan Bersatu Tunggu Kehadiran Penyokong Pn Kebingungan

7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak