12 Faktor Menarik Jesselton Point


foto oleh @augustinejumat
Tempat menarik di Sabah - Jesselton Point.Tatkala terbaca perkataan "Jesselton" tu macam perasan pula nama tu macam nama Inggeris, kan? Sebenarnya YA. Tu adalah perkataan dalam bahasa Inggeris. Panjang ceritanya. Tapi kami akan huraikan dalam artikel ni.



Jesselton Point merupakan tempat menarik di Sabah yang agak popular di kalangan warga tempatan juga di kalangan pelancong asing yang suka datang ke Sabah untuk bercuti. Sebabnya, Jesselton Point merupakan penghubung antara tanah besar (merujuk kepada pusat bandar Kota Kinabalu) dengan pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu iaitu pulau Gaya, pulau Sapi, pulau Manukan, pulau Mamutik, pulau Sulug juga pulau Sepanggar.


Dalam banyak-banyak pulau tu, hanya pulau Gaya dan pulau Sapi yang didiami oleh penduduk tempatan. Ada beberapa kampung terdapat di sana. Kebanyakan penduduk-penduduk di kedua-dua pulau tu datang ke tanah besar melalui Jesselton Point.

Setiap kali mereka nak ke darat untuk berurusan di pejabat jabatan-jabatan kerajaan, untuk membeli barangan makanan dan keperluan lain, mereka pasti akan mendarat di Jesselton Point terlebih dahulu sebelum bergerak di kawasan lain di pusat bandar.

Sejarah Awal Jesselton Point
Jesselton Point telah dirasmikan pada 19 September 2006 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Haji Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Setelah dirasmikan, Jesselton Point menjadi pusat pendaratan feri yang bergerak dari Labuan juga untuk feri yang bergerak dari Kota Kinabalu ke Labuan pada setiap hari. Dalam masa yang sama Jesselton Point turut menjadi jeti utama untuk bot-bot pelancongan yang berlepas setiap hari ke pulau-pulau peranginan di sekitar Kota Kinabalu.

Kawasan Jesselton Point sudah lama dibuka iaitu sejak tahun 1888 lagi iaitu 131 tahun dahulu. Nama 'Jesselton' adalah nama lama pusat bandar Kota Kinabalu diambil bersempena nama Sir Charles Jessel yang merupakan Naib Pengerusi kepada British North Borneo Company (BNBC) iaitu syarikat asing yang memegang hak pentadbiran penuh.

Pada mulanya, pihak British yang mentadbir pada ketika sekitar tahun 1882 sehingga 1900 meletak nama Jessel Town sebagai nama untuk tempat tersebut. Nama itu telah ditukar kepada Jesselton.

Selepas 67 tahun kemudian, nama Jesselton ditukar pula menjadi "Kota Kinabalu" pada 22 Disember 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia bermula pada September 1963. Kalau bagi kebanyakan kita, Kota Kinabalu lebih selesa di sebut sebagai "KK" sahaja.

Nama Kota Kinabalu pula diambil bersempena nama Gunung Kinabalu yang merupakan puncak gunung tertinggi di Malaysia.

Jesselton Point pada asalnya dipanggil sebagai 'Jesselton Wharf' iaitu pelabuan dan jeti bagi pihak British untuk memunggah barang-barang serta keperluan lain ke Pulau Gaya yang menjadi pusat pentadbiran British pada ketika itu. Tu nama masa zaman pemerintahan British dulu.

Namun apabila Pulau Gaya diserang oleh Mat Salleh pada 1897 bersama geng-geng dia yang merupakan orang-orang dari kalangan bangsa Bajau, pihak British telah bertindak menukar pusat pentadbiran mereka ke kawasan Api-Api yang ketika itu dikenali sebagai "Gentisan".

Akhirnya pada tahun 1946 selepas era Perang Dunia Kedua, Jesselton telah dijadikan sebagai ibu negeri Borneo Utara (nama lama negeri Sabah) di bawah pentadbiran penjajah British. Masa tu negeri Sabah dikenali sebagai "North Borneo" atau Borneo Utara sahaja dan bukannya Sabah sepertimana pada hari ini.

Borneo Utara telah merdeka pada 31 Ogos 1963 setelah pihak British mengambil keputusan untuk memberi hak pentadbiran sepenuhnya kepada orang-orang Borneo Utara. Hari Kemerdekaan Negeri Sabah yang sebenarnya jatuh pada 31 Ogos 1963 kemudian hari negeri Sabah menyertai Persekutuan Malaysia adalah pada 16 Januari 1963. Apabila memasuki Malaysia, nama Borneo Utara tidak lagi dipakai sebaliknya ditukar menjadi "Sabah" secara rasmi.

Jika di Sabah, tarikh 16 September pada setiap tahun merupakan tarikh hari cuti umum bersempana sambutan Hari Malaysia. Proses kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Fuad Stephens, iaitu Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Setelah negeri Sabah memasuki Malaysia kawasan Jesselton Point masih digunakan oleh penduduk tempatan sebagai jeti untuk berulang alik dari pusat bandar ke Pulau Gaya juga ke pulau-pulau berhampiran seperti pulau Sepanggar.

Kesan peninggalan sejarah di kawasan Jesselton Point masih terpelihara baik. Beberapa gambar-gambar lama masih dipaparkan di kawasan utama berhampiran kaunter tiket untuk ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu. Kalau ke pusat kaunter di Jesselton Point, anda akan nampak gambar-gambar tersebut di gantung megah untuk tatapan umum.

Nama "Jesselton Point" diletak sebagai mercu tanda tempat itu yang menjadi pusat tumpuan proses pergerakan dari pusat bandar ke pulau-pulau sekitar Kota kinabalu. Ia menjadi 'meeting point' untuk penduduk-penduduk di sekitar pulau-pulau tersebut untuk berjumpa.

Beberapa kedai-kedai runcit dan gerai-gerai makanan telah dibuka bagi memenuhi keperluan pengunjung bahkan semakin ditambah. Akhirnya, kesemua itu membentuk Jesselton Point sepertimana pada hari ini yang mempunyai banyak gerai makan, kedai runcit, kedai-kedai menjual barangan untuk pelancong juga kedai-kedai milik syarikat pelancongan yang menjual pakej-pakej pelancongan.

Jeti dan terminal feri di Jesselton Point ditadbir sepenuhnya oleh SCHB Engineering Sdn Bhd (645642-W) yang merupakan anak syarikat kepada Suria Capital Holdings Berhad (96895-W). Proses pembinaan Jesselton Poit dijalankan dibawah Rancangan Malaysia Kesembian (RMK-9) bermula dari tahun 2004 sehingga 2006 untuk memacu industri pelancongan di negeri Sabah.

Mulai tahun 2006 sehingga ke hari ini (dalam tahun 2019, ketika artikel ini ditulis) kebanyakan prasarana yang ada di Jesselton Point nampaknya sentiasa ditambahbaik dan diperbaiki. Jesselton Point memiliki lebih dari 10 gerai makanan.

Setiap gerai makanan pula beroperasi mulai jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam pada setiap hari. Setelah itu, sebuah gelanggang futsal juga telah dibuka. Gelanggang tersebut memuatkan 4 buah gelanggang.

Jesselton Point bukan sahaja tempat untuk jeti dan terminal feri sebaliknya merupakan tempat untuk gaya hidup. Ia tempat untuk bersantai, beriadah, menikmati makanan dan untuk berlibur sepertimana tempat menarik lain seperti Kota Kinabalu City Waterfront dan Anjung Senja.

Kawasan ini merupakan tarikan utama buat pelancong-pelancong dari luar negara khususnya dari China dan Korea yang menginap di hotel-hotel berhampiran seperti Hyatt Regency Kinabalu juga Grandis Hotel.
Mana Nak Cari Jesselton PointSenang saja. Cari di Google Maps atau Waze. Tu lah jawapan kebanyakan dari kita pada hari ini. Peta bercertak sudah tidak perlu sebab segala-galanya dah boleh cari kat internet. Buka saja Google.

Kalau nak cari Jesselton Point dalam peta, bolehlah rujuk ke gambar di bawah. Ni screen shot yang kami ambil dari Google Maps. Kat sini anda boleh nampak mana lokasi Jesselton Point.

peta kedudukan Jesselton Point dari pandangan atasJika anda menginap di hotel-hotel sekitar pusat bandar Kota Kinabalu, nak cari Jesselton Point amat senang. Biasanya, nak ke Jesselton Point tak jauh sangat. Kalau anda ada aplikasi Grab di smartphone sekarang ini, dah boleh buka kemudian cari di mana kedudukan Jesselton Point.

lokasi Jesselton Point (lakaran peta)
Kedudukan fizikal Jesselton Point terletak betul-betul berdepan dengan Mercure Hotel. Pintu masuk ke Jesselton Point pula terletak betul-betul bersebelahan dengan pejabat Kastam Diraja Malaysia cawangan Kota Kinabalu.

Jesselton Point teletak berhampiran dengan Jesselton Residence, iaitu bangunan apartment mewah setinggi 32 tingkat berwarna hitam-putih yang dibina hanya puluhan meter dari kawasan Jesselton Point.

Kalau dari jeti Jesselton Point juga dari pintu masuk ke kawasan terminal feri anda boleh nampak dengan jelas bangunan Jesselton Residence, sebab Jesselton Residence terletak betul-betul hanya beberapa puluh meter (dalam 40-50 meter) dari kawasan jeti Jesselton Point.

Kalau ambik teksi dari mana-mana kawasan di pusat bandar Kota Kinabalu, sebut saja Jesselton Point biasanya driver teksi tu dah tau. Tambang teksi dari kebanyaan hotel di pusat bandar Kota Kinabalu biasanya dalam RM10 hingga RM15 bergantung pada keadaan cuaca juga kesesakan trafik.

gerbang masuk ke Jesselton Point.
Kalau ambik Grab dari mana-mana hotel di area pusat bandar Kota Kinabalu (merangkumi kawasan dari Imago ke 1Borneo) biasanya tambang Grab adalah dalam RM5 ke RM11. Kalau anda menginap di hotel Promenade, Marina Court, Hyatt Regency Kinabalu atau di Skypod, tambang akan jadi lebih murah dalam RM5 ke RM6 sahaja.

Kadar tambang dari hotel di luar kawasan pusat bandar misalnya dari Klagan Hotel 1Borneo ke Jesselton Point pula biasanya dalam RM11 ke RM15. Tempoh perjalanan pula dalam 15 minit ke 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.


Andai kata anda menyewa kereta dan bercadang nak memandu sendiri ke Jesselton Point, terdapat kawasan parking terbuka di bahagian belakang bangunan utama Jesselton Point. Kadar parking adalah berdasarkan kiraan jam. Bayaran parking hanyalah RM1 untuk 1 jam. Parking kat sana tidak berbumbung.

Kalau nak parking berbumbung anda boleh meletak kereta di dalam kawasan parking shopping mall Suria Sabah kemudian jalan kaki ke Jesselton Point. Dekat saja. Kalau jalan kaki secara santai dalam 5 minit sampai. Kalau jalan kaki cepat-cepat dalam 1 atau 2 minit boleh sampai.

Pemandangan kawasan Jesselton Point dari Jesselton Residence
Jika anda menginap di hotel-hotel berhampiran bangunan Wisma Merdeka seperti Capitol Hotel, Kinabalu Daya Hotel atau menginap di hotel-hotel bajet sekitar Gaya Street, jarak ke Jesselton Point kalau berjalan kaki hanya 10 ke 15 minit sahaja. Kalau ambik Grab lebih kurang dalam 2 hingga 3 minit.
Apa Yang Ada Di Jesselton Point
1. Kaunter tiket untuk ke Labuan. Berikut kadar harga tiket feri Kota Kinabalu - Labuan jika berlepas dari Jesselton Point. Manalah tau ada yang tengah cari-cari harga feri KK-Labuan sekarang ni. Feri dari Jesselton Point adalah feri untuk penumpang sahaja. Kalau nak naik feri yang boleh muat kereta kena pergi ke terminal feri Menumbok, yang jaraknya dua jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ini dia senarai harga tiket untuk ke Labuan dalam tahun 2019.

Harga Tiket Tambang Feri KK-Labuan (Business Class)
Dewasa - RM44.60 (bukan warganegara Malaysia) dan RM22.30 (untuk warganegara Malaysia)
Kanan-kanak 2 hingga 11 tahun - RM29.80 ((bukan warganegara Malaysia) dan RM14.90 untuk warganegara Malaysia)

Harga Tiket Tambang Feri KK-Labuan Kelas Ekonomi (Economy Class)
Dewasa - RM39.60 (bukan warganegara Malaysia) dan RM19.80 (untuk warganegara Malaysia)
Kanak-kanak 2 hingga 11 tahun - RM24.80 (bukan warganegara) dan RM12.40 (untuk warganegara Malaysia)

2. Kaunter tiket untuk ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu.

Harga tiket ke pulau-pulau sekitar KK seperti pulau Manukan, pulau Sapi, pulau Mamutik berbeza-beza mengikut setiap kaunter juga mengikut bilangan orang yang nak pergi ke pulau. Makin ramai yang nak pergi makin murahlah harga.

Dari pengalaman kami harga tiket paling murah adalah tiket di kaunter Nombor 10 iaitu kaunter milik Island Express. Kalau pergi berdua ke pulau Manukan contohnya, mereka hanya caj harga tiket dalam RM25 ke RM27 seorang, tidak termasuk peralatan untuk snorkeling, makanan dan minuman. Hanya tambang bot sahaja. Kaunter lain jual dalam RM28 hingga RM35 seorang.

kalau nak beli tiket ke Labuan dan ke pulau-pulau kat sinilah tempatnya
suasana di ruang kaunter tiket untuk ke pulau-pulau
3. Kedai barangan cenderamata dan barangan untuk pelancong.

Antara barangan yang terdapat di sini adalah gelang tangan, keychain, topi, payung, selipar, seluar pendek, pelampung untuk kanak-kanak dalam pelbagai reka bentuk, baju renang dan seluar renang, beg kalis air (waterproof bag), lapik kalis air untuk smartphone, kaca mata, stokin, baju renang muslimah, sarung tangan, tuala pelbagai saiz, bakul dan jaket. Harga untuk kesemua barangan tersebut biasanya agak tinggi dan mahal sedikit berbanding harga biasa bagi produk yang sama yang di tempat lain di pusat bandar Kota Kinabalu.

pelbagai barangan untuk riadah dan liburan dijual di sini
4. Kedai ubat-ubatan.

Hanya ada 1 sahaja mini farmasi di sini yang menjual pelbagai ubat untuk sakit-sakit ringan seperti selesma, demam, mabuk laut dan pening kepala. Mini farmasi ni turut menjual sun block cream, krim untuk elak sengatan obor-obor juga beberapa produk penjagaan diri (misalnya syampu dan sabun mandi) sepertimana yang kita nampak kat kedai Guardian ataupun kedai Watson. Mini farmasi ni terletak hanya beberapa meter dari pintu gerbang masuk ke Jesselton Point.

kedai ubat-ubatan ada di sebelah kanan manakala kaunter tiket pula di sebelah kirini lah kedai ubat-ubatan tu

5. Pelbagai pilihan kedai makanan dan minuman.

Duduk saja di mana-mana meja dan pelayan dari gerai-gerai makanan akan datang pada anda bagi menawarkan menu makanan yang mempunyai pelbagai pilihan. Biasanya menu makanan yang dihidangkan adalah mengikut selera tempatan iaitu masakan Melayu. Juga ada menu ikan bakar di sebelah malam. Lebih banyak lagi gambar kedai makanan ada kami paparkan di bahagian bawah artikel ni.

pemandangan sekitar gerai makan di Jesselton Pointsuasana petang di Jesselton Point
6. Tempat duduk percuma.

Masa nak makan di Jesselton Point, boleh saja duduk kat mana-mana. Kat sini tidak ada tempat duduk berpagar dan bersempadan yang dikhaskan spesifik untuk pelanggan milik kedai-kedai tertentu. Tidak ada. Tempat duduk yang ada di Jesselton Point adalah berkonsep free seating. Anda boleh duduk di mana-mana sama ada di kawasan tepi jeti atau di bawah khemah kanvas.

suasana senja di Jesselton Point -foto @johar84
7. Gelanggang futsal.

Jesselton Point merupakan tempat warga kota 'bertarung' kala bermain futsal di sini. Biasanya gelanggang agak sunyi pada waktu siang namun akan mulai rancak mulai waktu petang hingga melarat ke tengah malam. Makin ke malam makin ramai orang datang nak main futsal.

pintu masuk ke gelanggan futsal Suria Indoor Soccer di Jesselton Point

8. Mesin ATM.

Hanya ada 1 sahaja mesin ATM yang terdapat di Jesselton Point. Kat sini hanya ada mesin AmBank. Tidak ada mesin Maybank atau bank lain misalnya RHB. Kalau nak keluarkan duit pastu bank anda bukan AmBank, biasanya mesin akan gunakan perkhidmatan MEPS yang akan mengenakan caj RM1.50 bagi setiap pengeluaran.

mesin ATM bersebelahan kerusi urut di bahagian dalam

9. Kawasan terbuka untuk menikmati pemandangan laut.

Kawasan ni terbuka untuk umum dan siapa-siapapun boleh masuk ke sini. Kalau nak masuk ke kawasan terbuka ni anda cuma perlu berjalan melintasi pintu masuk terminal feri Labuan menuju ke arah Pulau Gaya.

Pemandangan Jesselton Point dari Mercure Hotel

10. Bar dan kaunter menjual minuman keras.

Bagi pengunjung yang mahukan minuman keras dan minuman-minuman tidak halal, bolehlah berkunjung ke sini. Kawasan bar dibuka bermula dari 8 pagi sehingga ke jam 12 tengah malam. Boleh pilih sama ada nak menikmati minuman di ruang bar ataupun nak menikmati minuman di kawasan tempat duduk terbuka yang mengadap ke arah bangunan Jesselton Residence.

Cock & Bull bar, satu-satunya kedai menjual minuman keras

11. Jeti ke pulau-pulau. 
Ha camni lah rupa jeti Jesselton Point semasa nak pergi ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu. Kawasan ni di reka untuk memudahkan bot masuk untuk mengambil penumpang. Staff jeti sentiasa memantau penumpang-penumpang bot. Setiap penumpang mesti memakai life jacket sebelum masuk ke dalam bot. Life jacket tu pula mesti di klip terlebih dahulu. Sebelum bot berlepas biasanya staff jeti akan check pemakaian life jacket. Semuanya untuk tujuan keselamatan


12. Phone Booth Warna Merah Macam Kat London

Dalam banyak-banyak tempat di Kota Kinabalu, hanya di Jesselton Point anda akan jumpa phone booth warna merah ni. Kat tempat lain langsung tak ada. Phone booth ni agak faymes sebagai tempat untuk orang bergambar. Public phone dalam phone booth tu masih berfungsi. Dijaga baik.

Red Phone Booth yang hanya terdapat di Jesselton PointRed Phone Booth yang sungguh ikonik
Tempat Paling Best Kat Jesselton Point
Bagi kami, tempat paling best adalah di kawasan terbuka (open area) berhampiran pintu masuk terminal feri. Kawasan tu pada asalnya dijadikan tempat untuk pemancing bagi memancing ikan. Kalau nak tau kat mana open area yang kami maksudkan tu, bolehlah rujuk pada gambar di bawah.


Tapi setelah kawasan Jesselton Point ditutup untuk pemancing maka sudah tidak ada ramai orang datang ke situ. Kalau ada, yang datang hanyalah untuk duduk-duduk ambil angin, menikmati pemandangan dan bergambar dengan smartphone masing-masing untuk dishare dengan kawan-kawan di media sosial.

selfie di ruang terbuka Jesselton Point - kredit: @dussemanselfie dekat laluan masuk terminal feri ke Labuan - foto oleh @awhong
Kenapa tempat tu best? Sebab suasananya yang tenang dan terbuka berhampiran laut terutama pada waktu petang mendekati senja. Kalau sebelah pagi tak ramai orang ke kawasan tu sebab panas. Kalau ada, cuma untuk ambil gambar dengan pelbagai gaya.

boleh tengok sunset yang cantik dari Jesselton Point - foto oleh @joehar84

suasana jeti waktu pagi sekitar jam 9:00 pagi - foto oleh @ahlu21laluan dari kaunter tiket ke kawasan jeti dan terminal feri - foto: @hui_172


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bki12.blogspot.com/2019/01/11-jesselton-point-kota-kinabalu-sabah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogTempatMenarikDiSabah+%28Tempat+Menarik+Di+Sabah%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subhanallah Inilah 10 Keajaiban Kabah Dan Fakta Menarik Tentangnya

Subhanallah Inilah 10 Keajaiban Kabah Dan Fakta Menarik Tentangnya

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 251 hits
Subhanallah Inilah Keajaiban Kabah dan Fakta Menarik Tentangnya Seperti kita ketahui Ka bah adalah tempat suci Umat Islam tempat sakral yang selalu ramai dikunjungi oleh jutaan umat muslim dari seluruh dunia baik untuk menunaikan ibadah umr...
Menarik Sangat Tulisan Dari Ipohmali

Menarik Sangat Tulisan Dari Ipohmali

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 147 hits
Hampir 2 Tahun Para agamawan Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group group Whatsapp termasuk Group Whatsapp taman hatta Group Masjid Jangan kata Group Whatsapp hatta Dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitn...
Dua Sahabat Yang Penuh Kisah Menarik

Dua Sahabat Yang Penuh Kisah Menarik

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 417 hits
Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua sahabat sahabat semua Pada artikel yang lepas Naim mengupas bagaimana Shikamaru memahami siapa Raja yang ditanya oleh ayah dia Pada kali ini Naim nak menulis antara dua sahabat yang penuh...
Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 851 hits
Jambatan Victoria adalah sebuah yang terletak di Engor Kuala Kangsar Perak Jambatan yang merentangi ini mula dibina pada tahun 1897 dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk dis...
10 Fakta Menarik Seo Ye Ji Lawan Main Kim Soo Hyun Di Drama It S Okay To Not Be Okay

10 Fakta Menarik Seo Ye Ji Lawan Main Kim Soo Hyun Di Drama It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 391 hits
Aktris ini lagi populer banget nih di Korea Selatan sampai sampai pinggangnya yang super ramping jadi viral di sana
Tempat Menarik Di Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 850 hits
Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di terengganu ni Di Kuala Terengganu sahaja berpuluh puluh tempat menarik yang menarik jumlah pelancong asing malah pelancong luar dan dalam Terengganu pun turut tertarik dan belum terokai semua tempa...
6 Fakta Menarik Soal Bahasa Indonesia Yang Mungkin Kita Sendiri Belum Tahu Baca Deh

6 Fakta Menarik Soal Bahasa Indonesia Yang Mungkin Kita Sendiri Belum Tahu Baca Deh

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 292 hits
Bukan bahasa Inggris pelantikan pejabat di sebuah kota di Amerika Serikat ini malah pakai bahasa Indonesia Kok bisa ya
Baju Sukan Xierra Selesa Strechtable Design Menarik

Baju Sukan Xierra Selesa Strechtable Design Menarik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 1316 hits
hai assalammualaikumBaju Sukan Xierra Selesa Strechtable Dan Design Menarik Selalunya nak melakukan apa apa aktiviti paling penting ialah pemakaian kita Kalau pakai baju yang selesa nak buat apa pun senang Terutama dalam aktiviti bersukan K...
Tempat Penginapan Menarik Di Sekinchan

Tempat Penginapan Menarik Di Sekinchan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 471 hits
Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Sekinchan yang ramai netizen tak berkesempatan untuk explore Mana tidaknya Tempat tempat menarik sebegini tumbuh seperti cendawan Kejap lokasi sana Esok lusa lokasi sini pula Trend sekarang ini rakyat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah