118 Laman Sesawang Lakukan Kesalahan Berkaitan Penjualan Rokok




PUTRAJAYA – Sebanyak 118 laman sesawang termasuk e-dagang dan media sosial didapati melakukan kesalahan berkaitan penjualan rokok sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil pemantauan berterusan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di platform berkenaan dan tindakan juga telah diambil ke atas mereka yang terlibat.
“Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kebanyakan premis penjualan tidak beroperasi seperti dahulu, namun penjualan dalam talian didapati masih giat berjalan misalnya melalui platform e-dagang.
“Kesalahan penjualan dalam talian dan kesalahan penjualan produk yang mengandungi nikotin ialah masing-masing dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Racun 1952,” katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.
Menurutnya, KKM juga prihatin terhadap golongan perokok yang ingin berhenti merokok namun terbatas dengan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
Sehubungan itu katanya, KKM dengan kerjasama pihak Persatuan Farmasi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan kaunseling berhenti merokok dalam talian.
“Adalah dimaklumkan bahawa seramai 400 orang perokok telah mendaftar bagi mendapatkan bantuan berhenti merokok dalam talian dan lebih 5,000 orang telah melayari laman sesawang www.jomquit.moh.gov.my.
“Angka ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan perokok tentang bahaya merokok,” katanya.
Sehubungan itu katanya, KKM berharap lebih ramai lagi perokok proaktif dan mengambil tanggungjawab untuk bertindak segera demi menjaga kesihatan diri sendiri serta melindungi orang yang dikasihi terutamanya warga emas dan kanak-kanak.
SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/01/118-laman-sesawang-lakukan-kesalahan-berkaitan-penjualan-rokok/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=118-laman-sesawang-lakukan-kesalahan-berkaitan-penjualan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

Hukuman Yang Wajar Bagi Kesalahan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 626 hits
Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk malah sepanjang bulan Mei ini saja beberapa kemalangan berturut turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk Terbaru Saya menggunakan kesempatan sempe...
Permohonan Dengar Tarik Balik Saman Berkaitan Sekolah Vernakular 2 Julai

Permohonan Dengar Tarik Balik Saman Berkaitan Sekolah Vernakular 2 Julai

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 270 hits
Permohonan dengar tarik balik saman berkaitan sekolah vernakular 2 Julai Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 J
Menu Berkaitan Ikan

Menu Berkaitan Ikan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 765 hits
DAY 74 Hari ketujuh SyawalTengahari Hari ni kita makan ikan goreng sambal campur petai En Hubby yang nak aku layankan je Apa saja yang digossipkan tu Bila melibatkan menu berkaitan ikan Dak Kakak makan je Dak Adik lebih suka ayam Dak Nuha k...
Hiburan Tok Ti Pun Terkucil Guna Kesalahan Siti Nurhaliza Untuk Back Up Nabila Razali Individu Dikecam Netizen

Hiburan Tok Ti Pun Terkucil Guna Kesalahan Siti Nurhaliza Untuk Back Up Nabila Razali Individu Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 564 hits
Dato Sri Siti Nurhaliza memang dikenali oleh semua orang di Malaysia dek bakat nyanyiannya yang masih lagi mampu menggoncang industri seni walaupun sudah 25 tahun aktif sebagai penyanyi Oleh kerana pengalaman serta teknik vokalnya yang masi...
Jaminkan Emas Imitasi Ketua Yayasan Di Kebumen Lakukan Penipuan Ratusan Juta Rupiah

Jaminkan Emas Imitasi Ketua Yayasan Di Kebumen Lakukan Penipuan Ratusan Juta Rupiah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 264 hits
Penipuan bermula saat pelaku bercerita pada korban perlu mencairkan dana dari rekening yang telah diblokir oleh Kanwil Semarang dan Jakarta Pelaku membutuhkan pinjaman agar dana yang nantinya dicairkan oleh bank dapat digunakan untuk membay...
Pemkot Solo Lakukan Rapid Test Terhadap Pedagang Pasar Tradisional

Pemkot Solo Lakukan Rapid Test Terhadap Pedagang Pasar Tradisional

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 315 hits
Guna mencegah meluasnya penularan Covid 19 Pemkot Solo melakukan rapid test di sejumlah pasar tradisional Selain pasar test serupa juga dilakukan terhadap para petugas yang ada di garda terdepan penanganan virus corona
The Real Threat To Our Nation Isn T Stateless Children It S The Betrayal Of Trust

Kl Sentral S Cordoned Drop Off Points Great Hassle For Commuters Symptomatic Of Vvip Culture

Menyusuri Dapur Hati Catatan Tentang Blog Sajian Hati

Belajar Jadi Pemaaf

Kunafa Aiwahhh Mangga 5

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming

Masak Asam Pedas Siakap Dengan Perencah Asam Pedas Adabi

Belajar Dari Si Kucing Kotak Kejutan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Buka Reading List Blog Rupanya

Sambutan Merdeka 68 Tabika Aaira Meriah

Jom Jauhi Sifat Fattanun

Ladang Jagung Dan Ladang Buah Labu

Sakit Belakang Atau Slip Disc Ketahui Rawatan Fisioterapi Berkesan Di Puchong

How Businesses Can Stay Competitive