11 Tahun Menetap Di Norway Wanita Cerita Pengalaman Saksikan Aurora Di Depan Mata
AURORA menurut definisi Kamus Dewan Edisi Empat ialah fenomena cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai. Aurora biasanya berwarna merah, hijau atau ungu.
Aurora Australis dapat dilihat pada waktu malam di sekitar Kutub Selatan manakala Aurora Borealis pula dapat dilihat pada waktu malam di sekitar Kutub Utara.
Fenomena aurora merupakan antara salah satu keajaiban di dunia ini. Bagi anda yang gemar mengembara tentunya melihat fenomena ini di depan mata termasuk dalam senarai ‘wishlist’ bukan?
Tahukah anda bahawa ada tujuh negara yang membolehkan fenomena Aurora Borealis dilihat? Ia adalah di Norway, Iceland, Finland, Swedan, Canada, Alaska (AMERIKA SYARIKAT) dan Rusia.
Waktu terbaik untuk ke lokasi-lokasi tersebut ialah antara bulan September hingga April. Namun waktu yang paling ‘cantik’ untuk menikm4tiAurora Borealis adalah pada bulan Disember dan Januari.
Menerusi perkongsian Azira Aziz yang kini menetap di Norway, selama 11 tahun beliau sebenarnya pernah melihat aurora di langit namun tidak menyedarinya. Malah Azira hanya menganggapnya sebagai awan biasa sahaja.
Demi merealisasikan impian untuk melihat aurora yang ‘sebenar’ Azira telah menyertai trip aurora yang mana perjalanannya mengambil masa lebih kurang dua jam. Kongsinya lagi, masing-masing menguji telefon bimbit dan kamera sementara menunggu Aurora muncul.
“Ketika itu jam 7.24 malam. Hampa. Bacaan KP pun 0 menunjukkan peluang tengok Aurora pun 0. Hmmm, takpalah. Kalau ttiada kena datang semula hujung bulan Oktober. Pasti ada aurora,” katanya.
Perjalanan diteruskan hingga ke Skibotn Lyngenfjord. Ketika itu ujar Azira, banyak awan dapat dilihat. Beliau dan rombongan menunggu sehingga setengah jam. Agak lama juga mereka berdiri hingga ada juga yang sudah mula ‘membeku’ gara-gara teringat membawa sarung tangan, tertinggal sarung tangan dan terlupa membeli dan sebagainya.
Kebanyakannya ujar Azira pelajar-pelajar dari Jordan.
Tiba-tiba seorang daripada mereka bersuara kerana ternampak cahaya berwarna hijau. Azira segera menunjukkan gambar yang dirakamnya itu kepada pemandu pelancong. Ternyata memang itulah aurora yang masing-masing ingin lihat.
“Semua peserta bersorak kerana kami berjaya ‘jumpa’ aurora dan bukannya pemandu pelancong. Bangga jugalah kami ketika itu,” jelas Azira.
Ujar Azira lagi, beliau sempat menitipkan doa agar diberikan peluang untuk melihat sendiri fenomena alam itu.
Sebelum itu, difahamkan setiap hari aurora kelihatan di langit. Namun ketika rombongan Azira ke lokasi tersebut, cuaca agak bvruk dan hari pula hujan.
Awan pula memenuhi langit. dan beliau hanya mampu bertawakal sahaja. Apa pun, Alhamdulillah akhirnya hajat untuk Azira melihat sendiri Aurora akhirnya tercapai juga.
TIP UNTUK MELIHAT AURORA YANG DIKONGSIKAN OLEH AZIRA:
1. Muat naik aurora forecast pada telefon pintar masing-masing.
2. Gunakan ‘night mode.’ Jika mahir menggunakan secara manual lebih bagus. Setiap telefon lain-lain fungsi.
Cuba:
Iso: 1600
Focus: manual
Speed: 4
3. Kadang-kadang tidak nampak dengan mata kasar. Justeru, jangan keliru aurora dengan awan.
4. Pastikan langit cerah dan kurang awan lebih baik. Jika hujan peluang melihatnya agak tipis.
5. Walaupun ramalan Aurora cuma KP 0.33, tidak mengapa. Sabar dan terus berdoa agar berpeluang melihatnya. Pun begitu anda harus bersedia kerana aurora boleh ‘memunculkan diri’ pada bila-bila masa. Semuanya bergantung kepada keadaan.
Selain tempat-tempat yang disebutkan, Utara China, Scotland, Estonia, Faroe Island dan Ireland, Utara China juga antara lokasi aurora dapat dilihat. Namun begitu kebarangkaliannya adalah rendah. Pendek kata semuanya bergantung kepada nasib.
Sumber kredit: Azira Aziz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/CBGP3As
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/10/11-tahun-menetap-di-norway-wanita.html