11 Jenis Kurma Yang Dijual Di Malaysia


Seperti yang ramai tahu, buah kurma berasal dari tanah Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Negara lain seperti Jordan, Iran, Mesir dan Tunisia juga merupakan pengeluar buah kurma utama selain Arab Saudi.
 Ia juga kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
Oleh sebab itulah ia merupakan antara makanan yang disunatkan dalam agama Islam untuk diambil ketika bersahur dan berbuka puasa.
Kalau nak tahu, sebenarnya terdapat lebih 10 jenis kurma yang dijual di Malaysia. Ayuh kita kenalinya bersama-sama.
Jenis Kurma Yang Dijual di Malaysia 1. Kurma Ajwa Disebabkan ia berasal dari Madinah, kurma Ajwa juga sering disebut sebagai Kurma Nabi. Ia merupakan antara kurma yang dijual di Malaysia dan mendapat permintaan yang cukup tinggi kerana ia dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah SAW.
Kurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut.
Terdapat juga kurma Ajwa yang berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan tekstur yang agak kasar.
2. Kurma Mabroom Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.
3. Kurma Sayer Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur.
Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun.
Pada awalnya, kurman ini berwarna kuning, kemudian ia beralih menjadi kuning gelap dan akhirnya menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak.
4. Kurma Safawi Kurma Safawi pula adalah jenis kurma kurma yang lembut dan separa kering. Ia boleh dikenali daripada warnanya yang hitam mendalam, panjang serta bersaiz sederhana.
Ia dikatakan mempunyai rasa yang agak sama dengan kurma Ajwa namun bentuknya lebih oblong berbanding kurma Ajwa.
Kurma Safawi ini juga cukup terkenal dengan produktivinya dan mudah didapati sepanjang tahun berbanding jenis kurma lain.
5. Kurma Mazafati Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran.
Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam.
Isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis serta agak lembap kerana kandungan air yang tinggi.
Kurma yang berasal dari Iran ini juga merupakan antara jenis kurma yang popular di pasaran Malaysia.
6. Kurma Rabbi Kurma ini berbentuk lonjong, isinya lembut dan berwarna coklat gelap. Ada kalanya, ia kelihata agak kemerah-merahan.
Ia juga merupakan salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular.
Buah kurma Rabbi ini adalah jenis separa kering dengan kandungan kelembapan di bawah 15%.
7. Kurma Piarom Kurma berwarna hitam kecoklatan ini sering disebut sebagai kurma separuh kering yang paling sedap.
Seperti kurma Rabbi, kurma Piarom juga dianggap separuh kering kerana kandungan kelembapannya yang kurang daripada 15%.
Kurma Piarom berbentuk bujur, kurus dan panjang serta mempunyai saiz yang agar besar berbanding kurma lain iaitu kira-kira 3 ke 5 cm.
Juga dikenali sebagai Mariami, kurma ini juga mempunyai rasa yang unik dan dikatakan sebagai salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana ia keluarkan secara ekslusif dari Hajiabad, selatan Iran.
8. Kurma Kabkab Kurma ini pula bersifat basah, lembut dan merupakan kurma gred AA yang ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran.
Warna kurma ini adalah coklat gelap pada akhir kematangan dan mempunyai saiz yang lebih panjang berbanding kurma lain.
Kurma ini juga merupakan salah satu yang popular di pasaran Malaysia kerana teksturnya yang lembut, halus serta kulit yang sedikit keras.
Rasanya juga dikatakan lazat dan manis seperti sirap.
9. Kurma Zahidi Kurma Zahidi atau Zahedi bersaiz kecil, bujur dengan isi yang tebal. Ia mempunyai rupa yang tersendiri dengan kulit yang agak keras, kering dan berkilat.
Warnanya pula bermula dari kuning ke coklat muda bergantung kepada kematangan.
Kurma Zahedi juga disukai ramai kerana rasanya yang dikatakan kurang manis berbanding variasi kurma lain.
Disebabkan itu, buah kurma Zahidi ini dianggap sesuai untuk pesakit kencing manis.
10. Kurma Medjool Kurma Medjool adalah antara jenis kurma yang paling mahal kerana ia sukar untuk ditanam, bersaiz besar dan mempunyai rasa yang manis seakan rasa karamel.
Disebabkan itu, ia juga terkenal dengan gelaran ‘Kurma Berlian’.
Buah ini juga sentiasa kelihatan segar walaupun kering. Kulitnya berwarna kuning gelap hingga merah kecoklatan dengan tekstur yang berserabut.
11. Kurma Deglet Noor Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘Ratu Kurma’. Kurma jenis ini berasal dari Algeria dan turut ditanam di negara lain seperti Iran, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Tunisia.
Kurma ini mempunyai beberapa ciri khas seperti warna lut dan rasa lembut seperti madu.
Di Malaysia, biasanya kurma ini dijual dalam bentuk bertangkai dan merupakan antara jenis yang cukup popular di pasaran.
Tak sangka rupanya ada banyak jenis kurma yang dijual di Malaysia. Sesetengah daripadanya mempunyai rasa yang unik dan tersendiri.
Disebabkan ia padat dengan kebaikan seperti serat dan karbohidrat, ia juga sesuai untuk dinikmati seisi keluarga sebagai kudapan berkhasiat.
Jadi, kurma yang mana satukah menjadi kegemaran anda?
Sumber : Free Malaysia Today


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jenis-kurma/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jenis-kurma

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Predator Helios 16 18 Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula Dari Rm10 999

Predator Helios 16 18 Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula Dari Rm10 999

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 207 hits
Acer telah memperlihatkan Predator Helios 16 dan 18 beberapa kali hingga saat ini namun belum ada rincian harga dan ketersediaan lokasi Hingga hari ini perusahaan akhirnya mengumumkan ketersediaan lokalnya Satu hal yang membingungkan mengen...
Malaysia Named Second Friendliest Country In Asia

Malaysia Named Second Friendliest Country In Asia

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Malaysia ranks second in the list of Asia s top five most friendliest countries according to a survey rating by finance website Insider Monkey Scoring at 2 20 in the list Malaysia is voted as the 15th friendliest country in th...
Bertrand Rhodict Wakil Tunggal Terjun Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

Bertrand Rhodict Wakil Tunggal Terjun Malaysia Ke Olimpik Paris 2024

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 507 hits
Malaysia Swimming pasrah hanya Bertrand Rhodict Lises layak ke Sukan Olimpik Paris mewakili kem terjun negara Penerjun muda Bertrand Rhodict Lises muncul penerjun tunggal yang layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter...
Video Of Students Chanting Kafir No Not From Malaysia Says Na Im

Video Of Students Chanting Kafir No Not From Malaysia Says Na Im

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 430 hits
Na im Mokhtar said he has asked the Islamic development department to carry out further checks on the matter PETALING JAYA A video clip showing students at a religious school chanting Islam Islam yes kafir kafir no in English was not record...
Hormat Son Sukku Puji Kehebatan Pasukan Bola Sepak Malaysia

Hormat Son Sukku Puji Kehebatan Pasukan Bola Sepak Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 227 hits
Sepertinya pasukan bola sepak Malaysia semakin popular dalam kalangan peminat bola di luar negara ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini pasukan kebangsaan Harimau Malaya menjadi kebanggaan semua apabila berjaya menamatkan perlawanan bersama Korea...
Pernah Kena Buli Ketika Bekerja Di Malaysia Lelaki Ini Kini Jadi Boss Besar Di Pakistan

Pernah Kena Buli Ketika Bekerja Di Malaysia Lelaki Ini Kini Jadi Boss Besar Di Pakistan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 236 hits
Seorang lelaki warga Pakistan berkongsi kisah sedihnya selepas mendakwa dia pernah menjadi mangsa keganasan oleh individu tidak dikenali semasa bekerja di Malaysia Kisah itu dikongsikan oleh warga Malaysia yang dikenali sebagai Ahmad Isa me...
Bekas Pramugara Malaysia Saman Sia Rm6 3 Juta Kerana Jatuh Terpijak Minyak

Bekas Pramugara Malaysia Saman Sia Rm6 3 Juta Kerana Jatuh Terpijak Minyak

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 304 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas pramugara Singapore Airlines warga Malaysia menyaman syarikat itu SGD1 78 juta untuk kecederaan tulang belakang yang dialaminya kerana didakwa tergelincir akibat terpijak lantai berminyak ketika mena...
Kisah Malaysia Dan Komanwel

Kisah Malaysia Dan Komanwel

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 311 hits
Baru tau tak semua negara Komanwel pernah dijajah British Boleh dapatkan setem Sukan Komanwel di sini https shp ee 9k69nvt ariffansar sukan
Azalina Launches Sulu Fraud Vs Malaysia S Truth Ebook During Working Visit To Brussels

Azalina Launches Sulu Fraud Vs Malaysia S Truth Ebook During Working Visit To Brussels

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Azalina Othman Said launched the Sulu Fraud vs Malaysia s Truth ebook on Monday to mark the progress that the Malaysian government has accomplished so far in combating the fraudulent Sulu Claims The Minister in the P...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Budak Kilat

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik