11 Daerah Kembali Hijau


BERNAMA 
Kuala Lumpur: Kawalan penularan Covid-19 dalam negara semakin menunjukkan prestasi yang baik dengan angka kes harian baharu kekal di bawah dua ribu untuk enam hari berturut-turut.
Kelmarin, Khamis 11 Mac, Malaysia mencatat sebanyak 1,647 kes harian baharu. Pada Selasa 9 Mac, angka kes harian baharu adalah sebanyak 1,280 iaitu yang terendah setakat ini untuk tahun 2021.
Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang rangkuman mingguan Bernama 6 Mac hingga 11 Mac 2021:- 1,680 kes (6 Mac), 1,683 kes (7 Mac), 1,529 kes ( 8 Mac), 1,280 kes (9 Mac), 1,448 kes (10 Mac) dan 1647 kes (11 Mac).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di Malaysia pada Khamis 11 Mac, daripada 1,647 kes baharu, sebanyak 1,642 kes adalah penularan tempatan ( 1,102 warganegara dan 540 bukan warganegara).
Sebanyak lima (5) kes import dilaporkan kelmarin, melibatkan tiga (3) kes warganegara dan dua (2) kes bukan warganegara.
Jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi angka 300 ribu pada Ahad 28 Februari (300,752 kes).
Sehingga Khamis 11 Mac, jumlah kes kumulatif adalah sebanyak 319,365 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan pula menurun di bawah 20 ribu iaitu 17,544 kes.
Untuk rekod, kes aktif dengan kebolehjangkitan negara pernah melonjak paling tinggi kepada 52,186 pada 10 Februari 2021 dengan catatan kes baharu 3,288 dan 14 kematian.
Dengan rekod kes kumulatif 319,364 kes, Malaysia kekal di tangga 45 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Slovakia (331,571 kes) dan Panama (346,301 kes).
Negara China yang melaporkan kes awal koronavirus maut ini pada penghujung tahun 2019, h di tangga 86 dengan 90,027 kes, sementara negara jiran Singapura di tangga 99 dengan 60,070 kes.
Jumlah kes sembuh setakat 11 Mac 2021 ialah 2,104 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada Covid-19 kini 300,620 kes ( 94.1 peratus).
Rekod kes sembuh harian sepanjang rangkuman mingguan 6 Mac hingga 11 Mac 2021:- 2,548 kes (6 Mac ), 2,506 kes (7 Mac), 2,076 kes (8 Mac), 2,345 kes (9 Mac), 2,137 kes (10 Mac) dan 2,104 kes (11 Mac).
Sehingga 11 Mac 2021, 11 daerah di Semenanjung kembali kepada zon hijau iatu Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi dan Yan di Kedah; Kampar dan Hulu Perak di Perak; Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu; Raub dan Cameron Highlands di Pahang.
Mengenai perkembangan mutakhir Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Laporan Harian Pemberian Dos 1 Vaksin Mengikut Negeri) sehingga 11 Mac 2021 adalah seperti berikut:- Perlis 6,006; Kedah 15,834; Pulau Pinang 12,608; Perak 21,160; Selangor 29,208; Kuala Lumpur 25,190; Putrajaya 3,733; Negeri Sembilan 10,801; Melaka 7,126; Kelantan 15,339; Terengganu 13,070; Pahang 19,314; Johor 19,559; Sabah 20,401; Labuan 2,338; Sarawak 28,212.
Jumlah keseluruhan divaksin ialah 249,909.

KELIHATAN sebuah keluarga lengkap memakai pelitup muka sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika keluar di sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu kota. FOTO BERNAMASementara itu, Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadinya pada 11 Mac 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 Mac 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Negeri mencatat Ro tertinggi adalah Perlis 1.37 sementara paling rendah, Negeri Sembilan 0.54.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pada 9 Mac, Gelembung Pelancongan, pergerakan negeri PKPP ke negeri PKPP dibenarkan mulai 10 Mac, menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac). Pergerakan menggunakan kenderaan peribadi tidak dibenarkan.
Untuk rekod, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mac hingga 18 Mac 2021.
Negeri Sarawak juga diletakkan di bawah PKPB mulai 2 Mac hingga 15 Mac 2021.
Negeri-negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac hingga 18 Mac 2021.
Pergerakan rentas daerah dalam negeri (kecuali Sabah) dibenarkan mulai 5 Mac, bagaimanapun, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Malaysia masih berada di bawah Pengisytiharan Darurat bermula 12 Januari sehingga bulan Ogos 2021.
Sehingga Khamis 11 Mac 2021, negara merekod sejumlah 1,222 kluster Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 782 kluster dilaporkan tamat.
Sebanyak 440 kluster masih aktif dan 65 kluster daripadanya menambah kes baharu.
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada Khamis 11 Mac adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).
Sebanyak lima (5) kluster baharu dilaporkan pada Khamis dan tiga (3) daripadanya adalah kluster tempat kerja (KTK) dan masing-masing satu (1) kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.
Tiga KTK adalah Teknologi Tenggara, Batu Pahat, Johor (12 kes); Jalan Masyhur Enam, Johor Bahru, Johor (52 kes); Tapak Bina Jalan Kenangan, Klang, Selangor (31 kes), sementara Kluster Komuniti, Jambatan Satu Bombalai, Kalabakan, Sabah (15 kes) dan Kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka (83 kes).
Dua kluster pusat tahanan dilaporkan pada Ahad 7 Mac iaitu Kluster Jalan Awang, melibatkan daerah Sibu, Sarawak dan setakat 7 Mac, 42 kes dikesan positif Covid-19. Satu lagi kluster dikesan di DTI (Depoh Tahanan Imigresen) Persiaran Wawasan, melibatkan daerah Kangar di Perlis dan setakat 7 Mac, 14 kes dikesan positif Covid-19.

PENGUNJUNG bersantaian di Pantai Teluk Cempedak yang merupakan pantai peranginan popular di Kuantan. FOTO BERNAMAPada 10 Mac, KKM melaporkan Kluster Pona (kluster import) melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Saringan melibatkan kru sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 25 individu sudah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif Covid-19.
Untuk rekod, jumlah kluster baharu sepanjang 6 Mac hingga 11 Mac 2021:- Sabtu 6 Mac-4 (3 KTK); Ahad 7 Mac-8 (5 KTK); Isnin 8 Mac-4 (3 KTK); Selasa 9 Mac-9 (6 KTK); Rabu 10 Mac-5 (2 KTK) dan Khamis 11 Mac-5 (3 KTK).
Perincian 1,647 kes harian baharu yang diumumkan pada 11 Mac 2021 menunjukkan, Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 712 kes dan 141 kes daripadanya, daripada kluster sedia ada dan satu (1) kluster baharu. Terdapat satu (1) kes import.
Johor 170 kes dan 102 kes daripadanya daripada kluster sedia ada, dua kluster baharu dan dua kes import; Pulau Pinang 169 kes dengan 107 kes daripadanya daripada kluster sedia ada; Sarawak masih mencatat kes baharu yang banyak iaitu 168 kes dan satu (1) kes import.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 86 kes dan satu (1) kes import; Negeri Sembilan 79 kes; Melaka 71 kes dan 68 kes daripadanya daripada kluster sedia ada dan satu kluster baharu; Perak 69 kes; Sabah 61 kes dan satu kluster baharu.
Kelantan 28 kes; Kedah 18 kes; Pahang tujuh (7) kes; Terengganu empat (4) kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes; Perlis dua (2) kes, dan Wilayah Persekutuan Labuan satu (1) kes.
Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan PergerakanLagi berita berkaitan Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/11-daerah-kembali-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matilah Nak Kembali

Matilah Nak Kembali

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 348 hits
Pontianak gila gila muncul balik guys Kali ni dia pulak nak selamatkan orang ke macam mana Sequel Matilah Nak Pontianak Tayangan pada 13 Mac 2021 Hari Sabtu 9 Malam
Pembangunan Ekonomi China Rancakkan Kembali Ekonomi Rusia

Pembangunan Ekonomi China Rancakkan Kembali Ekonomi Rusia

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 206 hits
Pembangunan ekonomi China rancakkan kembali ekonomi Rusia Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Mar 2021 7 00PM
Kembali Ke Kampus

Kembali Ke Kampus

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum ALHAMDULILLAH Bungaku berjaya meneruskan kuliah Semester 4 dan kembali ke kampus walaupun secara dalam talian mulai hari ini Sebenarnya kalau diikutkan sejak Semester 3 yang lepas Iman sepatutnya menginap di rumah sewa dan t...
Matilah Nak Kembali Lakonan Shiha Zikir Arie Zaharie

Matilah Nak Kembali Lakonan Shiha Zikir Arie Zaharie

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 500 hits
Telefilem komedi seram Matilah Nak Kembali akan disiarkan pada Sabtu 13 Mac pukul 9 malam di Astro Citra JUDUL MATILAH NAK KEMBALIWAKTU SIARAN Sabtu 13 Mac 2021 9 00 malam SIARAN TV Astro Citra HD 107 SD 128PENULIS SKRIP Epy KodiangPENGARAH...
Celcom Dan Digi Dilaporkan Menyambung Kembali Perbincangan Untuk Bergabung

Celcom Dan Digi Dilaporkan Menyambung Kembali Perbincangan Untuk Bergabung

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 279 hits
Pada 2019 yang lepas Axiata dan Telenor telah mengumumkan hasrat mereka untuk berbincang dalam menyatukan kedua dua syarikat sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi gergasi di Asia Tenggara Dengan gabungan berkenaan ia juga akan memperlih...
Kalah Teruk Pru 14 Mca Muhasabah Kembali Kepada Hala Tuju Dan Matlamat Asal Parti Itu

Kalah Teruk Pru 14 Mca Muhasabah Kembali Kepada Hala Tuju Dan Matlamat Asal Parti Itu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke 14 sehingga menyebabkan kurangnya wakil MCA di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri memberi peluang untuk parti itu kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya iaitu membangunkan Malays...
Hiburan Sebagai Seorang Kakak Saya Sangat Kecewa Ifa Raziah Doakan Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan

Hiburan Sebagai Seorang Kakak Saya Sangat Kecewa Ifa Raziah Doakan Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 298 hits
Penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila melihat perkara yang terjadi pada sahabatnya Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat Sumber Instagram Ifa Raziah Menurut Ifa perkara tersebut meru...
Kpk Kembali Perpanjang Penahanan Eks Mensos Juliari Batubara

Kpk Kembali Perpanjang Penahanan Eks Mensos Juliari Batubara

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 123 hits
Perpanjangan penahanan dilakukan karena tim penyidik masih memerlukan waktu menyelesaikan proses penyidikan dan pemberkasan perkara
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Wallahu A Lam Bishawab Tulisan Arab Arti Penggunaan Yang Benar

Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim