11 Bilion Robert Kuok Masih Individu Terkaya Di Malaysia Nama Tauke Founder Tiada Dalam Senarai


Betul ke? Tak pernah nampak pun kat TikTok? Mesti beliau masuk kelas Dr A.... kan? Mesti beliau rajin bekerja, bukan harap skim cepat kaya + jual produk timbang kilo. 🤣
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 turun 10 peratus, berbanding setahun lepas kepada AS$80.5 bilion manakala pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok masih menduduki tempat pertama.


"Secara keseluruhan, 30 orang terkaya dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot," kata Forbes Asia ketika mengumumkan senarai itu, hari ini.


Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.


"Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan domestik, ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, mengatasi kesan pandemik serta kesan akibat banjir kilat yang berlaku Disember lepas.


"Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan lalu, turun naik mata wang menyaksikan ringgit merosot 6.0 peratus," katanya.


Forbes Asia berkata, Kuok kekal berada di tempat pertama walaupun kekayaannya merosot kepada AS$11 bilion daripada AS$12.2 bilion tahun lepas.


Bagaimanapun, Pengerusi Syarikat Hong Leong (Malaysia) Tan Sri Quek Leng Chan meraih keuntungan tinggi dalam dolar dan menduduki tempat kedua individu terkaya Malaysia dengan kekayaan terkumpul sebanyak AS$10.1 bilion.


Beliau menambah AS$500 juta kepada nilai kekayaan bersihnya sebanyak AS$9.6 bilion tahun lepas.


Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya yang mengawal syarikat aluminium Press Metal Bhd kekal di tempat ketiga dengan AS$6.2 bilion (RM27.2 bilion), tidak berubah daripada setahun lalu.


Melengkapkan senarai lima individu paling kaya adalah Pengasas dan Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$5.7 bilion (RM25 bilion) dan Ananda Krishnan yang mempunyai kepentingan dalam syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd serta penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd dengan AS$5 bilion (RM22 bilion).


"Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes Covid-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat," katanya.


Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.


Pasangan suami isteri Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.


Kekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.


"Larangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak boleh dimakan dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor berkenaan," kata Forbes Asia.


Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.


Tan Sri Ling Chiong Ho (No 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.


Sementara itu, penyenaraian bulan Mac bagi pengeluar tenusu Farm Fresh mendorong Loi Tuan Ee (No 43) yang berkongsi kekayaan bersama dua adik-beradiknya, mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak AS$380 juta, syarikat tersebut disenaraikan buat kali pertama.


Farm Fresh yang diasaskan oleh Loi dan abangnya Loi Tuan Kin pada tahun 2007 dan seterusnya mendapat sokongan dana kekayaan negara Khazanah Nasional, memiliki lima ladang tenusu di Malaysia dan satu di Australia.


Nilai bersih minimum untuk disenaraikan ialah AS$255 juta, turun daripada AS$315 juta pada 2021.


10 individu terkaya Malaysia


1) Robert Kuok; AS$11 bilion


2) Quek Leng Chan; AS$10.1 bilion


3) Koon Poh Keong dan adik-beradik; AS$6.2 bilion


4) Teh Hong Piow; AS$5.7 bilion


5) Ananda Krishnan; AS$5 bilion


6) Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; AS$4.8 bilion


7) Chen Lip Keong; AS$2.7 bilion


8) Tan Yu Yeh dan Yu Wei; AS$2.4 bilion


9) Lim Kok Thay; AS$2.35 bilion


10) Lau Cho Kun; AS$2 bilion


Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kekal menjadi Bumiputera terkaya di Malaysia apabila disenaraikan pada kedudukan ke-15 dengan nilai kekayaan AS$1.31 bilion.


Forbes Asia berkata senarai itu dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan penganalisis.


Sumber: Bernama


SOURCE: TR

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2022/06/11-bilion-robert-kuok-masih-individu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 480 hits
SENARAI 10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA Kekayaan 50 Individu Paling Kaya Di Malaysia Kini Merosot Jatuh 10 Umum perlu ketahui terdapat 50 individu paling berpengaruh di Malaysia dan menjadi antara kumpulan terkaya di pasaran Asia Akan tetap...
Robert Kuok Retains Top Spot On Malaysia S Rich List Wealth Of Glove Tycoons Plunges

Robert Kuok Retains Top Spot On Malaysia S Rich List Wealth Of Glove Tycoons Plunges

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 170 hits
Robert Kuok remains at the top of the list with a fortune of US 11bil followed by Tan Sri Quek Leng Chan with US 10 1bil PETALING JAYA The combined wealth of tycoons on the 2022 Forbes list of Malaysia s 50 richest fell 10 from a year ago t...
Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5g Di Malaysia Setakat Ini

Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5g Di Malaysia Setakat Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 164 hits
Kerajaan kini sedang giat nbsp menyediakan rangkaian 5G ke lebih banyak kawasan di seluruh Malaysia Berdasarkan daripada semakan terkini di laman Digital Nasional Berhad pembangunan infrastruktur 5G buat masa ini sedang bertumpu di sekitar ...
Malaysia Masih Berhutang Rm13 3 Bilion Angkara Najib

Malaysia Masih Berhutang Rm13 3 Bilion Angkara Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 182 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Malaysia masih berhutang AS 3 bilion atau RM13 3 bilion hasil usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments Bekas pegawai kementerian kewangan Siti Zauyah Md Desa yang pernah berkhidmat...
10 Individu Terkaya Malaysia

10 Individu Terkaya Malaysia

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 160 hits
10 individu terkaya Malaysia1 Robert Kuok AS 11 bilion2 Quek Leng Chan AS 10 1 bilion3 Koon Poh Keong dan adik beradik AS 6 2 bilion4 Teh Hong Piow AS 5 7 bilion5 Ananda Krishnan AS 5 bilion6 Lee Yeow Chor dan Yeow Seng AS 4 8 bilion7 Chen ...
Jepun Masih Utamakan Pemimpin Malaysia

Jepun Masih Utamakan Pemimpin Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 224 hits
BERITAMP persoal penyertaan Jovian dalam rombongan Ismail Sabri
Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 200 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad memberitahu bahawa kilang sembelihan yang berada diAustralia tersebut telah diambil tindakan dan pihak JAKIM juga meminta bahawa pihak PPIM menghubungi kepada individu bertanggungjawab un...
Tersenarai Sebagai 10 Selebriti Terkaya Di Malaysia Kenali Siapa Sebenarnya Datuk Adi Putra

Tersenarai Sebagai 10 Selebriti Terkaya Di Malaysia Kenali Siapa Sebenarnya Datuk Adi Putra

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 288 hits
Pelakon sensasi Datuk Adi Putra 41 enggan mengulas dakwaan memiliki kekayaan sebanyak RM22 juta sebagaimana yang didakwa oleh sebuah portal tempatan
Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia

Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 496 hits
PUTRAJAYA 9 Jun Universiti Putra Malaysia telah melonjak 20 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke 123 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2023 kata Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Roslan S...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera