11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana Metmalaysia


BEG KECEMASAN KETIKA BANJIR
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan dan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi.
Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan. Dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.
Menurutnya juga,  lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah manakala pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.
Sekiranya berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, ia akan menyebabkan hujan berterusan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.
Antara negeri yang perlu berjaga-jaga termasuklah:
SELANGORPAHANGKELANTANTERENGGANUPERAK Pada 12 September 2022, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut yang dijangkakan bermula pada bulan November 2022 hingga Mac 2023.
Mesyuarat bersetuju supaya JPBD yang dipengerusikan Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan.
Bagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa.
Kementerian Pendidikan Malaysia diarahkan memastikan asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana boleh digunakan oleh mangsa banjir manakala di sekolah tanpa asrama yang digunakan sebagai PPS, semua fasiliti dinaik taraf seperti menyediakan bilik mandi dan sebagainya.
Mesyuarat juga bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.
Keluarga Malaysia yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir diminta supaya sentiasa peka dengan amaran awal dan segera berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.
Beg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.
Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.
Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.
Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.
Apa yang perlu ada dalam beg ini?
Ini yang disarankan oleh Malaysia Metrological Department :
Beg WaterproofLampu SuluhDocument Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)Emergency KitWiselMakanan Tahan Lama, contohnya:Energy Bar Biskut Susu tepung anakMakanan segera / dalam tinMineral WaterPower Bank & PhoneKit KebersihanMini RadioSedikit Wang Saku1 set pakaian Jika anda masih sempat menyelamatkan barang untuk ke tempat selamat, anda juga boleh menyediakan barang lain ketika bencana :
Emergency blanketEmergency Glow StickMultipurpose Knife Anda juga boleh rujuk senarai di bawah ini:
Difahamkan bahawa senarai ini dibuat oleh Md Nor Fahmy sebagai panduan menyediakan beg kecemasan menghadapi bencana.
Beliau memang selalu masuk hutan, banyak pengalaman persediaan yang sepatutnya.
Rasanya ini dah cukup untuk bertahan selama 48 jam sebelum bantuan datang.
Boleh beli siap-siap sebab bencana ini datang diluar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan.
Semoga kita sentiasa dilindungi.
Sila rujuk perkongsian di bawah untuk contoh penyediaan beg kecemasan ini.
Baca juga:
Cara Mohon Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Yang Terjejas BanjirBantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Isi Rumah Terjejas Banjir Tips & Contoh Persediaan Beg Kecemasan (Bug Out Bag) Masih belum lewat untuk mula Bug Out Bag.
Saya pernah buat perkongsian beberapa tahun lepas berkenaan dengan apa yang ada dalam beg kecemasan yang ada di rumah kami.
Beg kecemasan ni isinya bukannya untuk seminggu dua ya, tapi untuk digunakan dalam 2-3 hari bila berlaku bencana seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya sebelum bantuan tiba.
Kali ni saya letakkan dalam bentuk gambar supaya mudah untuk dijadikan rujukan.
Adalah penting untuk sediakan beg yang sesuai, tidak kecil tapi tidaklah sampai sukar untuk dibawa semasa kecemasan.
Sebaiknya beg sandang, jangan sesekali beg tarik ya. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas di beg.
Kalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang (yang boleh angkat beg la).
Isi Beg
(Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat. Senarai di bawah adalah mengikut kesesuaian di tempat sejuk)
Air (jangan terlalu banyak sebab berat) Sedikit makanan yang tahan lama Tandas segera (ada dijual di Daiso / kedai-kedai online) Kit kecemasan dan ubat-ubatanPelitup mukaBagi wanita, tuala wanitaTisu basah, tisu tandasBagi kawasan sejuk, sediakan juga pemanas mudah alih, Jepun panggil KAIROBekas untuk isi air (saya punya dalam bentuk plastik boleh lipat)Plastik wrapLapik plastik (pelbagai guna ni)Baju hujanSelimut kecemasanSejadahPisau serbaguna (saya guna Swiss Army)Lilin dan mancisWiselTape pelekatTaliSarung tanganBateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)RadioLampu suluh (yang saya punya dah sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang) Rujuk gambar di bawah:
Beg kecemasan saya ni saiznya tak besar mana.
Sekadar keperluan untuk 2~3 hari sahaja.

Pastikan tulis nama ya Makanan yang dicadangkan adalah makanan seperti beras alpha, sedikit makanan dalam tin, gula-gula dan sebagainya Air minum, mudah cerita air mineral botol la…. Tandas segera, tuala wanita, kit kecemasan, ubat-ubatan, berus gigi (ubat gig sekali la), tisu basah pelitup muka Tisu tandas, plastik lapik, sejadah, bekas isi air, baju hujan, selimut kecemasan, plastik wrap dan sebagainya Lilin, mancis, pisau serbaguna, tali, tape plastik, sarung tangan, lampu, radio, pengecas, bateri, wayar, wisel Maklumat ringkas (nama, alamt, nombor telefon, jenis darah, hospital, alergi dan sebagainya) Diharap post ini dapat membantu bagi mereka yang mahu menyediakan beg kecemasan sendiri.
Sumber: Wan Ab Aziz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/beg-kecemasan-bencana-metmalaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beg-kecemasan-bencana-metmalaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jihad Inflasi Pm Masih Tidur Lagikah Harga Barang Masih Mahal Inflasi Pula Terus Naik

Jihad Inflasi Pm Masih Tidur Lagikah Harga Barang Masih Mahal Inflasi Pula Terus Naik

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 170 hits
Kadar inflasi utama negara kini naik lagi ke paras 4 4 peratus pada bulan Julai dan ianya adalah peningkatan empat bulan berturut turut Lebih parah lagi apabila inflasi makanan mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu 6 9 peratus sepert...
Jangan Simpan Barang Yang Tidak Dipakai Sedekahkan

Jangan Simpan Barang Yang Tidak Dipakai Sedekahkan

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 164 hits
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAISahabat Kita mencari harta dan kekayaantidak dilarang dalam agama Mengumpul dan menghimpun kekayaanitu yg dilarang dan tercela Peringatan utk saya keluarga dan sahabat2 semua juga Mungkin ada yg tak tahu...
Kpm Arah Pemasangan Lokar Fasa 1 Di Sekolah Sebagai Inisiatif Beg Berat

Kpm Arah Pemasangan Lokar Fasa 1 Di Sekolah Sebagai Inisiatif Beg Berat

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 178 hits
Bila KPM mahu pasang lokar di semua kelas seluruh Malaysia Pasti itulah antara keluhan ibubapa yang selama ini mendendangkan permasalahan isu beg sekolah berat yang dihadapi oleh anak anak mereka di sekolah Alhamdulillah nampaknya projek ya...
Hiburan Myvi Berhenti Di Lorong Kecemasan Untuk Ambil Gambar Sebabkan Kemalangan Pertama Di Suke

Hiburan Myvi Berhenti Di Lorong Kecemasan Untuk Ambil Gambar Sebabkan Kemalangan Pertama Di Suke

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 171 hits
Umum sedia tahu bahawa Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang baru sahaja dua hari dibuka kepada orang awam Bagaimanapun lebuhraya tersebut telah mencatatkan kemalangan pertama kerana sikap segelintir pengguna jalan raya yang mengendah...
Bencana Alam Elak Berkunjung Ke Lokasi Risiko Kepala Air

Bencana Alam Elak Berkunjung Ke Lokasi Risiko Kepala Air

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 167 hits
Polis mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada berkunjung ke kawasan berisiko berlakunya fenomena kepala air dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata fenomena yang melanda itu b...
Polis Siasat Insiden Penunggang Motosikal Memarahi Pemandu Kereta Di Lorong Kecemasan

Polis Siasat Insiden Penunggang Motosikal Memarahi Pemandu Kereta Di Lorong Kecemasan

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 282 hits
IPOH 17 Sept Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu sebuah kereta di lorong kecemasan KM 370 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Sungkai semalam yang tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Mualli...
Belanja Barang Dapur List Berjela

Belanja Barang Dapur List Berjela

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 282 hits
Belanja Barang Dapur List Berjela Dah lama tak berbelanja barang barang isi rumah rupanya Biasa tinggal berdua beli barang mana yang perlu saja Selagi ada kita bagi perabis jangan membazir Saya dan En suami makan apa adanya taklah cerewet s...
Rosmah Tuntut 2 436 Barang Kemasnya Yang Dirampas Oleh Kerajaan

Rosmah Tuntut 2 436 Barang Kemasnya Yang Dirampas Oleh Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 754 hits
The ReporterDatin Seri Rosmah Mansor dilaporkan akan kembali ke mahkamah hujung September ini untuk membuat tuntutan ke atas 2 436 barang kemas dan 28 beg tangan mewah yang dirampas polis semasa serbuan di Pavilion Residences pada Mei 2018 ...
Gudang Kebakaran Jne Siap Ganti Rugi Barang Konsumen

Gudang Kebakaran Jne Siap Ganti Rugi Barang Konsumen

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 163 hits
PT Tiki Jalur Nugraha Ekakurir menyampaikan permintaan maaf sehubungan dengan terjadinya musibah kebakaran Gudang JNE Cimanggis pada Senin dini hari yang berlokasi di Jl Pekapuran No 3 Curug Kec Cimanggis Kota Depok Jawa Barat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba