10 Tips Untuk Menjadi Isteri Idaman Suami


10 Tips Untuk Menjadi Isteri Idaman Suami | Assalammualaikum wbt, salam Jumaat. Bila seseorang perempuan itu berkahwin, pastilah kerana lelaki yang dikahwininya itu menginginkan dia secara halal dan mungkin dia merupakan isteri idaman si lelaki. Tak kira kalau perkahwinan itu bukan berdasarkan cinta pandang pertama atau mungkin jodoh pilihan ibu bapa tapi buat seorang si perempuan bila dia telah bersedia untuk menjadi seorang isteri pastinya dia ingin menjadi isteri idaman suami

Pengalaman dalam perkahwinan saya hampir mencecah 28 tahun penuh dengan kemeriahan anak-anak, pencapaian anak-anak dalam persekolahan, sebagai ibu yang bekerja dan kadang kala berjauhan dari suami dan anak-anak tidak langsung menjejaskan hasrat untuk menjadi isteri idaman suami lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat. Jadi saya banyak membaca dan cuba mempraktikan supaya hubungan kami kekal segar seperti dulu hingga bila-bila.  Bohong kalau saya katakan kami tak pernah bergaduh, bukan bergaduh tapi tak bersefahaman dalam beberapa perkara.  Itu lumrah dan rasanya biasakan sebab kalau dia saja yang menang tak la meriah hidup berkeluarga ni

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)
10 Tips Untuk Menjadi Isteri Idaman Suami
ini hanyalah gambar hiasan

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”
Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil- kecilkan orang lain

Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11
Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim
Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan pemandu dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla)

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah)

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…
Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”
5. Baik dalam mengatur urusan rumah tanggaTugasan seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnyaPastikan kita berbuat baik dan bergaul dengan baik khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur sehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim
8. Bersyukur kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih (bersyukur) pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)” Q. S. An Nissa 4.34“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”
Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian Istiqamahlah.” H. R. Muslim
Semoga bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2016/12/tips-untuk-menjadi-isteri-idaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 439 hits
Semalam Ohmedia baru je menceritakan tentang seorang isteri juara program Da i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur kerana dipercayai menipu seorang pelanggan tentang menguruskan sijil hal...
Suami Kena Faham 12 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung

Suami Kena Faham 12 Perkara Ini Masa Isteri Mengandung

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 407 hits
Aku telah melalui fasa menunggu kelahiran anak sebanyak 2 kali InsyaAllah tahun 2020 akan menjadi pengalaman ke 3 melalui fasa ini Kali terakhir isteri mengandung adalah
Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 441 hits
Kesusahan hidup kadang kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun Seperti perkongsian oleh seorang aktivis Natipah Abu menge...
Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 432 hits
small Cover image via Kuan Chee Heng Facebook small Tak semua orang dikurniakan hidup serba cukup serba mewah Pada zaman sekarang ini ramai di antara kita yang benar benar bergelut dengan isu kewangan baik yang bujang mahupun yang sudah ber...
Tak Bagi Suami Check Whatsapp Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka

Tak Bagi Suami Check Whatsapp Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 399 hits
Seorang suami sanggup memukul isterinya kerana tidak dibenarkan melihat kandungan perbualan di dalam aplikasi WhatsApp Kejadian tersebut berlaku di Seputih Banyak Lampung Tengah Keganasan rumah tangga itu bermula dengan pertengkaran Suami y...
Bukan Salah Isteri Kalau Anak Nakal Anak Hyper Anak Kurang Pandai Tengok Peranan Suami Dahulu

Bukan Salah Isteri Kalau Anak Nakal Anak Hyper Anak Kurang Pandai Tengok Peranan Suami Dahulu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 411 hits
Jika dahulu hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan tanggungjawab itu terletak pada diri sendiri Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang s...
Lelaki Kuala Krai Menjadi Idaman Setiap Wanita

Lelaki Kuala Krai Menjadi Idaman Setiap Wanita

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1201 hits
Hasil kajian menyatakan bahawa lelaki atau suami yang berasal dari Kuala Krai adalah 100 jenis setia dengan satu isteri atau pun kekasih tidak tertarik dengan perselingkuhan dan sama sekali tidak berniat untuk berpoligami Maka dengan itu be...
Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 251 hits
Saat anda bernikah Allah pasti akan melipat gandakan rezeki anda Jika sebelum ini anda rasa seperti ada yang tidak cukup tetapi apabila bernikah pasti Allah akan membuka jalan untuk memberi rezeki Itulah janji Allah pada setiap hambaNya yan...
Terdidiknya Seorang Isteri Bila Baiknya Seorang Suami

Terdidiknya Seorang Isteri Bila Baiknya Seorang Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 322 hits
Terdidiknya Seorang Isteri bila baiknya Seorang Suami Isteri cerminan suami Wallahualam Tapi rata rata yang dilihat begitulah Betulkan jika umi salah ye Umi The post appeared first on
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya