10 Tips Membeli Kereta Terpakai Yang Berbaloi


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

10 Tips Membeli Kereta Terpakai yang Berbaloi merupakan perkongsian kami pada kali ini mengenai ilmu bidang automotif. Teruskan membaca untuk mengetahui pelbagai tips dan info yang menarik dalam membeli kereta terpakai.
Pada zaman yang serba moden, pemilikan kereta bukanlah suatu perkara asing bagi seseorang individu mahupun keluarga. Hal ini demikian kerana, kereta dapat membantu memudahkan urusan seseorang untuk pergi dari destinasi A ke destinasi B dengan cepat dan selamat. Kini terdapat banyak lambakan kereta di pasaran yang boleh dipilih, sama ada kereta baharu mahupun kereta terpakai.
Keputusan untuk memiliki kereta baharu kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu berbelanja dengan lebih banyak dari kadar kemampuan yang sedia ada. Lebih buruk lagi jika tersilap langkah, pemilik kereta akan terpaksa menanggung liabiliti dalam suatu jangka masa yang panjang bergantung kepada tempoh pinjaman bayaran ansuran iaitu sekitar 5 – 9 tahun. Terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli sesebuah kereta iaitu dengan mengambil kira tentang kos penyelenggaran, komitmen bayaran ansuran bulanan, kos bahan api dan sebagainya.
Disebabkan faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas, ramai dalam kalangan masyarakat pada hari ini mula mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai sebagai pilihan utama berbanding dengan membeli kereta baharu. Meskipun begitu, proses untuk membeli kereta terpakai memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi agar kereta yang dibeli mempunyai nilai untuk wang (value for money) dan berbaloi. Jika bernasib baik, pembelian kereta terpakai boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan manakala jika tersilap langkah, ia boleh menjadi suatu bebanan yang boleh mengganggu dan merugikan.
Pada bahagian berikutnya, kami akan menyenaraikan beberapa tips dan info-info yang dirasakan berguna untuk dijadikan sebagai panduan dalam membeli kereta terpakai.
1. Tetapkan Bajet 
Tips pertama ini merupakan tips yang paling penting apabila hendak membeli sesebuah kereta second hand atau kereta terpakai. Anda hendaklah menetapkan bajet terlebih dahulu mengikut tahap kemampuan kewangan. Melalui penetapan bajet yang tertentu, anda secara tidak langsung akan dapat mengetahui model kereta apakah yang sesuai untuk dibeli dan mungkin menepati citarasa anda.
Sebagai contoh, penetapan bajet sekitar RM25,000 anda mungkin boleh membeli kereta terpakai seperti:
Perodua Viva EZ 1.0 (2013) Perodua Axia G 1.0 (2014) Ford Fiesta Sport 1.5 (2013) Kia Picanto TA 1.2 (2014) dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penetapan bajet dari segi had bayaran pinjaman bulanan yang mampu dibayar juga boleh dilakukan. Anda boleh menetapkan bajet seperti RM300 – RM500 sebulan dengan tempoh bayaran selama 5 – 7 tahun. Penetapan bajet sebegini dapat membantu anda dalam menyusun komitmen bulanan sedia ada agar tidak berlebihan dan melebihi kemampuan.
Formula untuk Membeli Kereta Berdasarkan Gaji Pastikan harga kereta yang anda ingin miliki tidak melebihi gaji tahunan. Contohnya, gaji bulanan anda ialah sebanyak RM3000/bulan. Harga kereta yang boleh dibeli mestilah tidak melebihi RM36,000 (RM3000 x 12 bulan). Bayaran ansuran juga mestilah tidak melebihi 15% daripada keseluruhan gaji bulanan anda. Lebih rendah bayaran ansuran, lebih baik. Jika anda mempunyai gaji sebanyak RM3000, bayaran ansuran bulanan yang ideal ialah sekitar RM450 – RM550. Perlu diingatkan bahawa membeli sesebuah kereta hendaklah mengikut keperluan dan bukan mengikut kehendak. Sekiranya anda masih lagi sangsi tentang penetapan bajet, kami cadangkan anda untuk cuba menggunakan kalkulator pinjaman kereta (car loan calculator). Cara ini amatlah mudah kerana anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti bajet, wang pendahuluan (down payment), tempoh bayaran pinjaman dan lain-lain. Kalkulator tersebut akan mengira dan memberikan hasil carian yang sesuai untuk anda.
 2. Tinjauan Atas Talian kredit gambar – leadtoconversion.com Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke premis menjual kereta terpakai kerana maklumat-maklumat yang diperlukan boleh didapati secara atas talian. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan urusan jual beli kereta terpakai seperti Carlist.my, Motor Traders Online, mudah.my dan lain-lain lagi.
Anda disarankan untuk melakukan tinjauan atas talian terlebih dahulu kerana kaedah seperti ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih rasional berbanding terus ke premis menjual kereta. Hal ini demikian kerana, laman web urusan jual kereta pada hari ini mempunyai fitur seperti ‘filter’ yang membolehkan anda menetapkan kriteria yang bersesuaian dan mengikut keperluan. Jika anda terus ke premis menjual kereta tanpa mempunyai sebarang ilmu, dikhuatiri anda akan mudah terpukau dengan kemahiran membujuk penjual kereta. Tanpa anda sedari, anda mungkin telah membuat keputusan tanpa memikirkan had bajet yang anda tetapkan.
3. Tetapkan Usia Kereta kredit gambar – www.motortrader.com.my Tips ketiga ialah menetapkan usia kereta yang ingin dibeli. Sebagai contoh, dengan bajet sebanyak RM25,000 anda akan dipamerkan dengan pelbagai pilihan kereta terpakai daripada jenama buatan tempatan sehinggalah kepada jenama luar negara.
Berdasarkan pilihan-pilihan yang ada itu, anda kecilkan lagi ruang lingkup carian iaitu dengan menetapkan usia kereta yang diinginkan. Sebagai contoh, anda hanya akan mencari kereta di bawah umur 5 tahun sahaja. Jika tiada model kereta yang dipaparkan menepati pilihan anda, sesuaikan penetapan mengikut keadaan seperti menaikkan carian usia kereta dari 5 tahun kepada 7 tahun.
4. Semak Perbatuan (Mileage)
Pada bahagian ini, anda disarankan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan perbatuan (mileage) yang dipaparkan pada meter kereta terpakai. Hal ini demikian kerana, terdapat sebilangan penjual kereta tidak jujur telah memanipulasi perbatuan (mileage) kereta yang dijual agar kelihatan seperti baru dan jarang dipandu oleh pemilik terdahulu.
Secara amnya, semakin tinggi nilai perbatuan (mileage) sesebuah kereta, semakin rendah nilai harga kereta tersebut boleh dijual. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa penjual kereta tidak jujur akan melakukan perkara sedemikian. Anda sebagai pengguna perlulah bijak dalam memilih kereta terpakai iaitu dengan menyemak nilai perbatuan terlebih dahulu dan memilih kereta yang mempunyai nilai perbatuan rendah atau sederhana sahaja.
Sekadar perkongsian, purata perbatuan (mileage) bagi sesebuah kereta adalah sekitar 15,000km – 20,000km setahun. Bagi kereta yang sudah berusia 5 tahun, perbatuan kereta tersebut mestilah dalam lingkungan purata 75,000km – 100,000km. Jika angka yang ditunjukkan pada meter kereta itu kurang dari lingkungan purata, anda perlulah mempunyai rasa skeptikal terhadap perbatuan kereta tersebut.
Anda disarankan untuk terus bertanya dengan pihak penjual kereta tentang persoalan nilai perbatuan yang tidak normal itu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengatasi perkara ini dengan meneliti sendiri keadaan dalaman (interior) kereta. Logiknya, kereta yang mempunyai nilai perbatuan yang tinggi akan lebih ketara menunjukkan keadaan wear and tear terutamanya pada bahagian stereng kereta (getah terkopek-kopek), pedal semakin terhakis dan haus, kerusi kereta kelihatan lusuh dan sebagainya. Jika perkara seperti ini berlaku, anda digalakkan untuk tidak membelinya bagi mengelakkan masalah yang lebih serius akan berlaku pada masa hadapan.
5. Periksa Sejarah/Latar Belakang Kereta
 
Semasa hendak membeli kereta terpakai, pastikan anda memeriksa sejarah atau latar belakang kereta tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Biasanya kereta terpakai yang dijual pada harga lebih murah mempunyai sejarah tersembunyi. Selidiki dahulu latar belakang sama ada kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan serius, ditenggelami banjir, mempunyai had perbatuan (mileage) tinggi atau telah kerap kali bertukar pemilik (3-5 orang).
Elakkan diri anda daripada ditipu dengan hanya melihat luaran kereta sahaja. Bahagian luaran kereta mungkin kelihatan cantik dan sempurna, namun keadaan sebenar kereta hanya boleh diketahui selepas beberapa bulan menggunakannya.
6. Dapatkan Jadual Servis kredit gambar – www.motortrader.com.my Dalam tips ke-6 ini, kami menasihatkan anda agar mendapatkan buku jadual servis kereta yang hendak dibeli. Hal ini demikian kerana, kereta yang diservis secara konsisten mengikut jadual yang telah ditetapkan menggambarkan kereta itu berada dalam jagaan yang baik oleh pemilik terdahulu. Jika boleh, carilah pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing.
Setiap kereta yang diselenggara di pusat servis rasmi, mekanik bertauliah akan merekodkan segala penyelenggaraan yang pernah dibuat iaitu dengan cara mencatatkannya di dalam buku jadual servis ataupun di dalam sistem mereka.
Maklumat penyelenggaraan kereta adalah penting untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat jenis alat ganti yang pernah ditukar atau rekod kerosakan besar seperti kotak gear (gearbox) atau enjin. Bukan itu sahaja, anda juga secara tidak langsung dapat mengetahui barang alat ganti yang digunakan sememangnya asli daripada jenama pengilang.
Jika anda mempunyai rakan-rakan bekerja di pusat perkhidmatan servis jenama kereta yang anda inginkan, anda boleh meminta bantuan mereka untuk menyemak nombor pendaftaran kereta terpakai tersebut. Dengan cara itu, anda akan mendapat rekod penyelenggaran atau resit alat ganti daripada pemilik terdahulu sebagai bukti kukuh yang menunjukkan dia tidak berurusan di bengkel biasa.
7. Periksa Bahagian Luaran Kereta Pada bahagian ini anda perlulah menjadi sedikit cerewet dalam membuat keputusan. Apabila anda sudah membeli dan membawa kereta terpakai keluar dari ruang pameran, segala kerosakan dan kos membaik pilih selepas itu akan ditanggung oleh diri anda sendiri. Justeru itu, periksa keadaan bahagian luaran kereta dengan mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan.
Perhatikan bahagian luaran kereta kredit gambar – paultan.org Pertama sekali apabila melihat kereta terpakai yang ingin dibeli, anda mestilah perhatikan keadaan keseluruhan luaran kereta. Berikan tumpuan dengan melihat kepada keseluruhan warna cat kereta dari pelbagai sudut seperti di kawasan kiri, kanan, depan dan belakang. Periksa juga warna yang terdapat pada pintu kereta. Kadangkala, pintu tersebut bukan pintu yang asli dan dicat semula setelah dibeli di kedai kereta skrap (scrap car shop).
Jika terdapat sebarang pengaratan pada kerangka badan kereta, anda perlulah bertanya kepada penjual untuk mendapatkan jawapan. Pengaratan yang berlaku pada bahagian enjin berdekatan dengan bateri adalah normal kerana mungkin disebabkan air bateri yang tertumpah semasa mengisinya. Namun begitu jika pengaratan berlaku pada bahagian yang lain, kemungkinan besar kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan. Perubahan warna yang ketara atau kesan touch up juga menunjukkan tanda yang tidak baik kerana ia juga merujuk kepada kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan dan dibaiki semula agar kelihatan seperti baharu.
Periksa keadaan Wheelhouse  kredit gambar – axng.wordpress.com Cara untuk memeriksa wheelhouse kereta adalah mudah. Anda hanya perlu membuka bonet hadapan dan pastikan kedua-dua wheelhouse pada bahagian kiri dan kanan mempunyai pateri rivet yang asli dari kilang. Wheelhouse kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan akan berbeza dari segi rupa iaitu pada bahagian tersebut akan mempunyai kecacatan atau kesan simen yang agak ketara.
Wheelhouse adalah sangat penting kepada sesebuah kereta. Wheelhouse yang pernah rosak meskipun telah dibaiki tetap akan menyebabkan alignment kereta menjadi tidak stabil selamanya. Dalam kalangan pengemar kereta, mereka menggelarkan keadaan kereta ini sebagai “ketam” kerana pemanduan akan menjadi tidak selesa seperti terhuyung-hayang.
Periksa Panel Bumbung Bonet Hadapan (Hood) kredit gambar – www.researchgate.net Perhatikan pada bahagian panel bumbung bonet hadapan (hood). Cara untuk memeriksa keadaan panel bumbung bonet hadapan kereta ialah dengan membuka panel bumbung bonet terlebih dahulu. Setelah dibuka, lihat pada bahagian “bibir” bumbung tersebut. Bumbung bonet hadapan yang asli dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan akan mempunyai pateri rivet asli dari kilang. Jika pernah terlibat dalam kemalangan, pateri rivet pada “bibir” bumbung bonet (hood) tersebut tidak akan kelihatan sempurna dan mempunyai kesan simen yang tidak sekata.
Anda juga hendaklah memeriksa pada bahagian bar hadapan enjin yang berdekatan dengan radiator. Pastikan besi bar tersebut terletak dalam keadaan yang sempurna dan tidak mempunyai sebarang jarak (gap) antara besi yang lain.
Periksa Stiker dan Marking Pada Bahagian Bonet kredit gambar – www.wikiwand.com Kereta yang mempunyai panel bumbung bonet hadapan (hood) asli akan mempunyai tanda atau stiker asli daripada pihak pengilang rasmi. Anda juga perlulah meneliti tentang marking yang terdapat pada setiap komponen-komponen di dalam enjin kereta.
Marking yang diletakkan pada setiap komponen enjin kereta sebenarnya berfungsi untuk menandakan bahawa komponen itu merupakan komponen yang asli dan tidak pernah ditukar lagi sepanjang kereta itu sudah dibeli. Jika tiada marking pada bahagian komponen tertentu, anda sudah mengetahui bahawa komponen itu sudah pun digantikan dengan alat ganti yang lain atas faktor kerosakan.
Keadaan skru yang mengikat pada bahagian besi pemegang enjin (engine mounting) juga boleh diperhatikan. Jika skru tersebut pernah dibuka atau diganti dengan yang lain, terdapat perubahan warna atau meninggalkan kesan cela seterusnya menjadi indikator bahawa komponen di dalam enjin itu pernah ditukar.
Periksa Warna Air Radiator kredit gambar – www.mekanika.com.my Anda dinasihatkan untuk memeriksa warna air radiator kereta. Pastikan warna cecair penyejuk (coolant) berada dalam keadaan yang jernih dan tidak berkarat. Jika warna cecair penyejuk berwarna karat, ini menunjukkan bahawa keadaan enjin kereta terpakai tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik.
Periksa Warna Minyak Hitam kredit gambar – pandulaju.com.my Cara untuk memeriksa keadaan minyak hitam kereta adalah dengan menarik keluar besi penyukat minyak hitam. Apabila sudah ditarik keluar, perhatikan warna minyak hitam yang melekat pada besi penyukat minyak hitam tersebut. Keadaan warna minyak hitam yang baik di dalam enjin ialah mempunyai warna yang cerah dan bukannya terlalu gelap. 
Melalui kaedah pemeriksaan minyak hitam, anda juga akan dapat mengetahui jika minyak hitam itu ada bercampur dengan air di dalam enjin. Jika terdapat buih-buih yang kelihatan, kemungkinan besar kereta itu pernah mengalami overheating dan tidak baik kepada kesihatan enjin kereta. Pemeriksaan minyak yang ada pada tangki power steering kereta turut boleh dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kebocoran.
Periksa Keadaan Pilar Kereta kredit gambar – www.quora.com Anda hendaklah membuat pemeriksaan terhadap pilar kereta. Hal ini demikian kerana, pilar kereta merupakan bahagian rangka kereta yang menyerap hentakan semasa berlaku kemalangan. Cara untuk memeriksa keadaan pilar kereta adalah mudah.
Pertama sekali, buka pintu di bahagian pemandu terlebih dahulu. Kemudian, tanggalkan getah yang terdapat pada pilar A. Setelah ditanggalkan, anda akan dapat melihat keadaan sebenar pilar A tersebut. Jika pilar A masih dalam keadaan yang sempurna iaitu mempunyai pateri rivet dari kilang maka bahagian tersebut tidak pernah mengalami sebarang kemalangan. Ulangi langkah ini untuk memeriksa bahagian pilar yang lain.
Periksa Bahagian Belakang Kereta kredit gambar – www.youtube.com (Luke Mods) Bahagian ini semestinya perlu diberikan perhatian yang sama seperti pada bahagian-bahagian yang lain. Sebagai pembeli yang bijak, anda hendaklah memeriksa bahagian belakang kereta iaitu dengan membuka ruang but kereta sehingga pada bahagian penyimpanan tayar ganti (spare tyre). 
Pada ruang ini anda hendaklah memerhatikan keadaan gam atau simen yang dilekatkan. Sekiranya terdapat gam atau simen yang kemas, ia menandakan bahagian itu tidak pernah mengalami kemalangan. Sebaliknya, kereta yang pernah mengalami kemalangan pada bahagian belakang tidak akan mempunyai simen yang sempurna malah akan terus diwarnakan dengan menggunakan cat bagi menutupi kerosakan bahagian itu.
Lekuk yang kemas pada bahagian tempat penyimpanan tayar ganti (spare parts) juga menunjukkan bahawa kereta itu tidak pernah berlaku kemalangan dan sebaliknya tidak mempunyai lekuk menunjukkan keadaan yang berlawanan.
Periksa Panel Bumbung But Belakang kredit gambar – paultan.org Sama seperti memeriksa keadaan pada panel bumbung bonet hadapan (hood), perhatikan pada “bibir” bumbung but belakang sama ada mempunyai pateri rivet dari kilang ataupun tidak. Kemudian cuba untuk tutup panel bumbung but belakang. Pastikan proses ketika menutup panel bumbung but belakang berlaku dengan mudah dan tidak memerlukan daya yang kuat. Perhatikan jarak (gap) antara panel bumbung but belakang dengan kerangka kereta. Jarak bagi setiap kawasan hendaklah sama dan tidak renggang atau senget. Sekiranya senget atau ada renggang, maka bahagian belakang kereta pernah mengalami kemalangan.
Sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada kereta, cubalah untuk berunding dengan penjual untuk mendapatkan diskaun. Rundingan sebegini perlulah dilakukan kerana kos untuk membaik pulih kereta boleh menelan kos yang banyak.
8. Periksa Bahagian Dalaman, Kelengkapan dan Peralatan Asas kredit gambar – www.carlist.my Setelah selesai memeriksa keadaan bahagian luaran, anda perlulah memeriksa bahagian dalaman, kelengkapan dan peralatan asas kereta. Perlu diingatkan, bahagian dalaman kereta merupakan elemen yang terpenting kerana kebanyakan masa, anda akan habiskan waktu untuk memandu di dalam kenderaan tersebut.
Pastikan anda memeriksa kesemua kelengkapan dan peralatan asas kereta seperti signal, wiper, soket, lampu dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik. Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti kereta terpakai yang ingin dibeli, carilah kereta terpakai lain sehinggalah anda menjumpai kereta terpakai yang berbaloi dengan harga yang dibayar. Tidak salah untuk lebih berhati-hati dan berkira-kira sebelum membuat keputusan besar terutamanya melibatkan urusan pembelian kereta sebegini.
Di samping itu, anda juga boleh boleh memeriksa perkara-perkara berikut sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta:
Penyaman udara Hon kereta Radio dan pemain cakera padat atau skrin infotaiment sesentuh Lampu tinggi dan rendah, lampu kabus, lampu kabin dan lampu amaran (hazard light) Suis power window Cermin sisi Soket 2.4V atau palam pencucuh Pemegang pintu dan ruangan simpanan bahagian hadapan kereta Picu tangki minyak, bonet dan but kereta Tali pinggang keledar dan pelaras tempat duduk Tayar simpanan dan kit alatan (spana, nat dan lain-lain) Keadaan bunga tayar Indikator pada panel meter menyala dan terpadam (beg udara, bateri, enjin, Anti-Lock Braking System (ABS), handbrake dan sebagainya) Bahagian bawah kereta (lihat jika ada sebartang kebocoran) 9. Periksa Enjin
Setelah berpuas hati dengan keadaan dalaman dan luaran kereta, periksa keadaan enjin. Sekiranya anda kurang mahir dalam perkara yang melibatkan teknikal, minta bantuan rakan-rakan yang mahir berkaitan kereta atau mengupah mekanik yang dipercayai untuk mengelakkan daripada ditipu. Mekanik kereta mahir mempunyai pengetahuan yang luas sehinggakan ada di antara mereka yang mendengar bunyi enjin sahaja sudah mengetahui kerosakan yang berlaku pada sesebuah kereta. Namun begitu, jika anda ingin memeriksa dengan sendiri berikut perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan:
Periksa sama ada terdapat kesan minyak bocor Radiator berada dalam keadaan baik, buka penutup untuk melihat tahap kekeruhan air radiator Tiada kabel sambungan elektrik yang reput atau terputus Tiada komponen yang tertanggal, haus atau rosak Periksa minyak enjin 10. Pandu Uji
Sama ada anda berunding terus dengan pemilik atau penjual kereta terpakai, anda mempunyai hak untuk memandu uji kenderaan yang ingin dibeli. Minta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak penjual untuk pandu uji kereta yang ingin dibeli bagi memberikan kepuasan dan keyakinan sebelum keputusan muktamad dibuat. Semasa pandu uji, anda perlulah melakukan perkara-perkara ini:
Uji brek kereta secara perlahan dan lakukan brek kecemasan. Kenal pasti jika ada sebarang bunyi pelik semasa membrek tiba-tiba. Uji stereng semasa belok di selekoh (selekoh tajam atau selekoh biasa). Kenal pasti sama ada terdapat sebarang bunyi semasa membelok atau memutarkan stereng Pandu uji di kawasan yang tidak rata. Tujuannya untuk mengenal pasti sebarang bunyi seperti pada bahagian kompartmen dan sebagainya Pandu dalam pelbagai nilai kelajuan untuk menguji bunyi angin, gegaran enjin atau stereng dan sistem suspensi kereta Uji setiap gear yang ada pada kereta – jika transmisi manual (uji gear 1-5/6), manakala jika transmisi automatik –masukkan gear D4, D3 atau D2 termasuk R. Pastikan gear bergerak lancar dan tidak tersekat-sekat. Akhir kata, diharapkan perkongsian mengenai 10 Tips Membeli Kereta Terpakai yang Berbaloi ini dapat membantu anda dalam memilih kereta terpakai yang sesuai. Selain itu, kami juga berharap melalui pembacaan artikel ini dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang bidang automotif.
 
10 Tips Membeli Kereta Terpakai yang Berbaloi
Firdaus Johari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/10-tips-membeli-kereta-terpakai-yang-berbaloi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditangkap Buat Laporan Palsu Hilang Kereta

Lelaki Ditangkap Buat Laporan Palsu Hilang Kereta

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 185 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA KENDERAAN yang dilaporkan hilang rupa rupanya disorokkan oleh pemiliknya di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut Port Dickson Negeri Sembilan IHSAN POLIS PORT DICKSON Seorang lelaki ditahan selepas membua...
Budak 3 Tahun Maut Akibat Selepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 5 Jam

Budak 3 Tahun Maut Akibat Selepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 5 Jam

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 283 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram Ulu Tiram di sini Ahad lalu Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi I...
Lepas 5 Jam Nenek Baru Teringat Cucu 3 Tahun Meninggal Di Kerusi Belakang Kereta

Lepas 5 Jam Nenek Baru Teringat Cucu 3 Tahun Meninggal Di Kerusi Belakang Kereta

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 320 hits
Allahuakbar Setelah hampir 5 jam terperangkap dalam kereta seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah nenek terlupa cucu ada di kerusi penumpang bahagian belakang Kejadian yang berlaku di Sungai Tiram...
Jangan Kecam Kami Siang Malam Kami Kerja Nak Bina Rumah Beli Kereta Rayu Isteri Abang Burger Viral

Jangan Kecam Kami Siang Malam Kami Kerja Nak Bina Rumah Beli Kereta Rayu Isteri Abang Burger Viral

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 283 hits
nbsp Hari ini viral satu posting di media sosial kononnya abang burger yang kena kompaun sebanyak RM50 000 sebenarnya hidup mewah sehingga mampu membina rumah dan memiliki kereta honda turut menghangatkan lagi keadaan apabila ada sekeping g...
Buka Kedai Sampai 4 Pagi Abang Burger Didakwa Hidup Mewah Siap Ada Kereta Besar

Buka Kedai Sampai 4 Pagi Abang Burger Didakwa Hidup Mewah Siap Ada Kereta Besar

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 203 hits
Baru baru ini telah tular beberapa peniaga yang dikenakan kompaun atas kesalahan masing masing oleh pihak berkuasa Apa yang menjadi perbualan hangat adalah perihal jumlah kompaun yang dikenakan kepada beberapa orang peniaga hingga viral di ...
Beli Lagi Kereta Mahal Nak Kahwin Takde Duit Penganalisis Buat Laporan Palsu Kereta Hilang Untuk Tuntut Wang Insurans

Beli Lagi Kereta Mahal Nak Kahwin Takde Duit Penganalisis Buat Laporan Palsu Kereta Hilang Untuk Tuntut Wang Insurans

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 309 hits
Beli lagi kereta mahal nak kahwin takde duit Penganalisis buat laporan palsu kereta hilang untuk tuntut wang insuransBelum kahwin dah menipu itulah perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki berusia 25 tahun yang sanggup membuat lapora...
Jelutong Pemandu Kereta Maut Dihempap Pokok Tumbang

Jelutong Pemandu Kereta Maut Dihempap Pokok Tumbang

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 317 hits
Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap sebatang pokok berketinggian 10 meter yang tumbang dalam kejadian di Jalan Perak di sini pada Selasa Mangsa yang merupakan pemandu kenderaan tersebut dikenali sebagai Yong Geeng Huei...
Bukan Hanya Kereta Rumah Banyak Selipar Dan Kasut Turut Diserbu Polis

Bukan Hanya Kereta Rumah Banyak Selipar Dan Kasut Turut Diserbu Polis

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 285 hits
Buat kedua kalinya kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Susulan kes baharu positif Covid 19 yang kembali meningkat di negara kita Polis Diraja Malaysia telah memperketatk...
Video Orang Ramai Selamatkan Kanak Kanak Tertidur Dalam Kereta Ini Terima Pelbagai Reaksi Warganet

Video Orang Ramai Selamatkan Kanak Kanak Tertidur Dalam Kereta Ini Terima Pelbagai Reaksi Warganet

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 199 hits
Baru baru ini satu rakaman video tular di mana beberapa orang dewasa cuba menggoyangkan sebuah kereta Proton Persona untuk mengejutkan seorang kanak kanak perempuan yang tertidur ketika ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan tersebut Ibu...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Easy Ways To Overcome Spotify Errors And Slowness On Iphone Android

5 Simptom Gerd Paling Umum Yang Perlu Korang Ketahui

Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi