10 Tempat Paling Romantik Di Asia Yang Patut Anda Lawati
Hi korang..
Hujung tahun biasanyaa waktu terbaik untuk kita bercuti makan angin. Pertama sebab negara kita ni bila hujung tahun mula la asyik hujan. Kedua sebab hujung tahun adalah waktu cuti sekolah anak-anak. Masa ni lah nak bawak anak jalan-jalan rasa angin dari negara luar.
Hujung tahun jugak adalah waktu orang langsungkan perkahwinan. banyak la orang melancong untuk tujuan berbulan madu. Sebab tu la bila hujung tahun je macam-macam pakej bercuti atau pakej melancong yang ditawarkan.
So hari ni saya nak kongsikan pada korang 10 tempat paling romantik di Asia yang patut korang pergi dengan orang yang korang sayang.
Maldives
Maldives adalah negara terkecil di Asia namun menjadi destinasi pelancongan popular yang merupakan tempat kegemaran pasangan yang sukakan aktiviti menyelam skuba.
Anda boleh pilih samaada Menginap di banglo terapung yang dikelilingi oleh alam semulajadi atau suite bulan madu di resort mewah.
Kebanyakan pasangan yang melawat Maldives memulakan perjalanan bulan madu mereka di ibu kota Male. Ini merupakan destinasi bulan madu yang sesuai untuk pasangan yang bersedia berbelanja secara mewah,
Phil Phi Islands di Thailand
Phi Phi Island pernah menjadi destina untuk pengambaran Filem The Beach, Jadi anda boleh tonton filem ini untuk ambil mood sebelum sampai ke Phi Phi Island.
Anda juga boleh menghabiskan masa bulan madu anda di Gua Viking, Palong Bay dan Koh Phi Phi Leh. Satu lagi pulau untuk berbulan madu yang hebat di Thailand ialah Koh Lipe, yang kecil, terpencil dan cantik.
Koh Samui adalah satu lagi perhentian bulan madu di Thailand yang eksotik yang menghidangkan hiburan malam tanpa had.! Ehem.. serta kelab malam di sepanjang Pantai Chaweng dan siangnya anda isi dengan menyelam skuba di perairan yang jernih.
Borneo - Malaysia
Buat apa pergi jauh-jauh kalau dalam Malaysia sendiri ada tempat yang sesuai untuk bulan madu anda. Pasangan yang menyukai alam semula patut berbulan madu di Borneo Malaysia kerana ini merupakan destinasi hutan hujan bagi hidupan liar dan tanah semula jadi yang belum dimajukan.
Anda boleh melihat orang utan liar pada ekspedisi bulan madu anda dan meneroka pantai yang tidak disentuh di negeri Sarawak dan Sabah. Sarawak umumnya tempat yang kurang padat, manakala Sabah adalah tempat kegemaran di kalangan penyelam skuba dan pejalan kaki.
Anda juga boleh ke tempat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan untuk melihat haiwan yang jarang di jumpai dan semakin terancam.
Semenanjung Malaysia juga dikenali sebagai tempat teratas untuk membeli-belah dan sering menjadi tumpuan pelancong. Pergi lah kemana sahaja di Malaysia dan anda akan menemui banyak pelancong Eropah yang bercuti di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Pulau Perhentian Malaysia yang juga merupakan destinasi yang romantis untuk anda dan pasangan.
Sapa, Vietnam
Sapa adalah sebuah bandar yang mengagumkan di Vietnam yang berbukit dan kaya dengan budaya dan dihiasi pemandangan indah dikawasan tanaman orkid.
Bagi saya Sapa adalah tempat terbaik dan menarik di Asia bagi anda yang sukakan alam semulajadi disebabkan kawasan nya yang berbukit dan berbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini.
Anda boleh mendaki gunung, Melawat Taman Negara Hoang Lien, melawat ke Cat Cat Vilage ,Ta Phin Village dan meneroka gua yang terdapat disini.
Di bandar Sapa, terdapat sebuah muzium kecil dan terdapat gareja yang sederhana. Disini anda mungkin diganggu oleh peniaga-peniaga wanita untuk membeli barang-barang mereka, tetapi sangat seronok jika anda dapat berbual dengan mereka sambil merasai pengalaman berjalan di atas jalan-jalan curam di bandar gunung kecil ini.
Sri Lanka
Terletak di pantai selatan India, Sri Lanka adalah destinasi berbulan madu yang mesra, menarik, unik dan berpatutan. Rancang perjalanan anda sebelum kesini kerana musim panas adalah waktu yang paling sukar bagi anda yang sudah biasa dengan suhu sejuk dan lembab.
Perjalanan ke tempat jagaan Gajah terbesar didunia adalah satu kemestian, Ianya terletak di Kampung Pinawala. Tempat ini dibina untuk membiak kan gajah-gajah dan melindungi gajah-gajah yang berkeliaran di kawasan perkampungan.
Pastikan anda melawat bandar Galle yang menawan semasa anda berada di Sri Lanka. Terdapat sebuah bangunan tinggalan Belanda yang masih kukuh dan dijadikan Hotel iaitu Hotel Amangalla. Jangan lupa menikmati teh di situ kerana ramai yang ke hotel ini hanya untuk merasai teh nya yang sedap dengan rasa yang unik.
Sihanoukville, Kemboja
Kemboja mempunyai begitu banyak hotel dan resort dan itu lah yang menariknya di Sihanoukville iaitu destinasi peranginan mewah yang terkini dan makin menjadi tumpuan ramai pelancong.
Antara tempat- tempat terbaik dan mewah termasuk Sungai Terapung Ecolodge dan Sokha Beach Resort.
Koh Kong di Kemboja adalah perjalanan yang hebat Untuk pasangan yang ingin melihat gajah dan hidupan liar lain di Pergunungan Cardamom dan di sepanjang pantai anda boleh mengunjungi Koh Kong yang terletak hanya kira-kira 30 minit dari Sihanoukvillle jika anda menaiki bot laju.
Bali, Indonesia
Bali telah menjadi salah satu destinasi bulan madu yang paling popular sepanjang masa dan jelas mendapat tempat dalam senarai teratas pilihan pelancong.
Pantai yang santai, hutan liar, dan budaya yang menarik menjadi kan Bali sesuai untuk bulan madu dan percutian romantik anda dan pasangan.
Pantai-pantai yang popular dan ultra-indah untuk anda selusuri terletak di Legian, Sanur, dan Bali Selatan. Pantai-pantai ini pada umumnya lebih tenang dan lebih romantis daripada pemandangan di pantai Kuta.
Sekiranya anda mempunyai lebih banyak masa dan ingin meneroka bahagian lain di Indonesia dalam persekitaran yang kurang sesak anda boleh menuju ke Pulau Lombok untuk menikmati hari-hari romantis melihat air terjun, gunung berapi dan pantai.
Cebu, Kepulauan Filipina
Filipina mungkin destinasi yang kurang menjadi pilihan pasangan bulan madu, namun terdapat tempat yang indah untuk meraikan cinta anda. Cebu adalah destinasi untuk anda menikmati air jernih dan ketenteraman yang mendamaikan.
Cebu sangat cantik, dan banyak pasangan sering menikmati pelayaran romantis untuk meneroka pulau-pulau kecil. Kepulauan Palawan di Filipina juga merupakan perhentian yang sangat cantik untuk pasangan aktif yang ingin menjelajah gua,
Anda boleh pergi berkayak, dan cuba snorkeling.
Laos
Salah satu destinasi berbulan madu paling berwarna yang boleh anda temui ialah di Laos. Tempat ini penuh dengan kuil Buddha yang bersejarah yang akan menarik minat imaginasi anda dan mengajarkan anda beberapa perkara tentang seni, sejarah, dan budaya.
Kebanyakan tanah semulajadi di sini tidak disentuh dan tidak tercemar.
Mulakan perjalanan anda di Luang Prabang dan kemudian menuju ke Luang Namtha untuk tracking atau Vang Vieng untuk mengembara dan berkayak. Beberapa hotel yang anda boleh pertimbangkan untuk bulan madu anda adalah Kamu Lodge dan Villa Maly.
Andaman, India
Bagi pasangan yang baru berkahwin Andaman adalah antara destinasi berbulan madu yang paling trend di India. Dengan pelbagai aktiviti untuk menjadikan anda sibuk, pantai terbaik di India dan pulau-pulau terpencil, Anda berpeluang memberi pasangan anda masa dan kenangan yang indah.
Anda boleh menikmati keindahan pantai-pantai yang tenang dan terpencil dan menginap di salah satu resort mewah.
Selain itu terdapat sukan air, menyelam skuba, dan snorkeling bagi yang menggemari aktiviti sebegini.Bagi yang sukakan seni dan sejarah anda boleh melawat muzium dan tempat bersejarah disekitar Andaman,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/09/10-tempat-paling-romantik-di-asia-yang.html