10 Tempat Menarik Di Pahang Untuk Percutian Keluarga


10+ Tempat Menarik Di Pahang Untuk Percutian Keluarga
Biasanya kalau bercuti ke Pahang mesti ramai pergi ke Cameron Highlands je kan. Sebenarnya, di Pahang ada banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluarga dan anak-anak. 
Negeri ini kaya dengan keindahan alam, taman tema, pantai, pusat rekreasi dan pelbagai tarikan untuk sekeluarga yang pasti membuatkan percutian anda penuh keseronokkan. 
Jom kita tengok senarai lebih 10 tempat menarik di Pahang yang anda boleh kunjungi bersama anak-anak. 
BACA JUGA: 20 Tempat Menarik di Kudat, Sabah & Penginapan
15 Tempat Menarik Di Pahang 1. Bukit Gambang Water Park, Kuantan Alamat: Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia Tiket masuk: Dewasa RM58, kanak-kanak RM48 (harga tiket bergantung pada perubahan)\ Bukit Gambang Water Park, Kuantan ini merupakan taman tema air terbesar di Pantai Timur. Di sini, anak-anak anda boleh bermain air sepuasnya. Ada macam-macam jenis gelongsor air,  kolam ombak buatan dan sebagainya. 
Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pondok rehat dan bilik persalinan yang selesa. Jangan lupa bawa pakaian mandi dan kamera kalis air ya!
NOTA: Buat masa ini Bukit Gambang Water Park ditutup sementara waktu sehingga waktu yang akan diberitahu kelak.
2. The Bentong Farm Alamat: Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Lebak, Batu, 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia Tiket Masuk: Dewasa RM88, kanak-kanak RM38 (harga tiket bergantung pada perubahan) Website: https://thebentongfarm.my/  Bagi anak-anak yang suka haiwan, tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi. Di sini, mereka boleh memberi makan arnab, kambing, burung dan pelbagai haiwan jinak lain. 
Selain haiwan, di sini juga ada pelbagai jenis tumbuhan. Kalau bernasib baik, anda berpeluang untuk mengutip buah yang ada. 
Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh mandi-manda di kawasan yang dikenali sebagai Monkey Spring. Kalau nak main ATV, pun ada. Nak glamping pun boleh. Seronokkan?!
3. Zoo Teruntum Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia Tiket masuk: Dewasa (RM20), Kanak-kanak (RM15) Website: https://www.zooteruntum.my/  Seterusnya, tempat menarik di Pahang yang anda boleh bawa anak-anak bercuti ialah Zoo Teruntum. Zoo ini merupakan zoo hibrid pertama di Malaysia. Lokasinya berhampiran Teluk Cempedak. 
Ia menggabungkan lebih 25 spesies haiwan hidup dengan pengalaman interaktif animatronik dinosaur bersaiz sebenar.
Di zoo ini, anak-anak boleh memberi makan haiwan, bermain di taman permainan serta menikmati pelbagai pertunjukan bertema dinosaur. 
Kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tempat rehat serta akses mesra kerusi roda menjadikan zoo ini sesuai untuk dikunjungi semua peringkat umur. 
4. Kubang Gajah Waterpark, Temerloh Alamat: No 1, Taman Awam Kubang Gajah, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia Tiket masuk: Dewasa (RM15), Kanak-kanak (RM12), Warga Emas/OKU (RM8) Website: https://www.facebook.com/KubangGajahWaterparkOfficial  Kubang Gajah Waterpark, Temerloh juga antara tempat menarik Di Pahang yang anda boleh pertimbangkan untuk bawa anak-anak anda menghabiskan waktu cuti. 
Taman tema air ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat kerana harga tiket yang berpatutan dan suasana yang mesra keluarga. Ia juga dilengkapi pondok rehat, bilik persalinan dan kemudahan asas lain. 
Lokasinya yang strategik dan tidak terlalu sesak menjadikannya pilihan yang santai untuk percutian pendek.
5. Pantai Teluk Chempedak, Kuantan Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia Tiket masuk: –  Di Pahang terdapat beberapa pantai popular yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Salah satunya ialah Pantai Teluk Chempedak.
Pantai ini terkenal dengan pasirnya dan air laut yang jernih. Pantai ini sangat sesuai untuk mandi-manda dan bermain pasir bersama anak-anak. 
Anda dan keluarga juga boleh melakukan pelbagai sukan pantai seperti bermain bola tampar, layang-layang, banana boat,dan jet ski. Terdapat juga kawasan untuk berkelah dan bersantai sambil menikmati pemandangan laut yang menenangkan. 
Bukan itu sahaja, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, mini go-kart, bouncy castle dan kawasan permainan lain yang selamat untuk anak-anak. Ibu bapa boleh berehat sambil memerhatikan anak-anak bermain.

Di pantai ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan restoran, kedai makan dan gerai yang menjual pelbagai makanan serta cenderahati.
6. Elephant Sanctuary Kuala Gandah Alamat: Lebuhraya Pantai Timur, Kampung Cempaka Kanan, 28500 Lanchang, Pahang, Malaysia Tiket masuk: Percuma Inilah tempat terbaik untuk membawa anak-anak anda melihat gajah secara dekat. Pusat ini didedikasikan untuk perlindungan dan pemuliharaan gajah serta mendidik orang ramai tentang kepentingan haiwan ini. 
Pengunjung boleh memberi makan, melihat gajah dari dekat dan menyaksikan sesi mandi gajah bergantung pada cuaca dan paras air sungai pada hari tersebut. 
Terdapat juga sesi penerangan oleh penjaga gajah (mahout) dan tayangan video dokumentari tentang usaha pemindahan dan pemuliharaan gajah liar. 
Aktiviti mesra keluarga seperti memberi makan bayi gajah dan mengambil gambar bersama gajah menjadi antara tarikan di sini. 
Pusat ini juga mesra OKU, mempunyai kemudahan asas lengkap dan dikelilingi suasana alam semula jadi yang menenangkan.
BACA JUGA: Panduan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah – Tarikan Utama
7. Pulau Tioman Alamat: Rompin, Pahang, Malaysia Tiket masuk: – Pulau Tioman di Pahang merupakan destinasi pulau yang sangat popular dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah snorkeling, melihat terumbu karang, menyelam skuba (Scuba Diving), jungle trekking dan sebagainya. 

Selain snorkeling dan menyelam, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti seperti kayak, paddle boarding, memancing dan island hopping menggunakan bot laju untuk meneroka pulau-pulau kecil sekitar Tioman. 
Pulau Tioman juga mempunyai beberapa air terjun menarik seperti Air Terjun Asah dan Ali’s Waterfall. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kampung tradisional di pulau ini yang boleh dilawati untuk merasai suasana kampung dan budaya tempatan.
8. Cameron Highlands Butterfly Garden Alamat: MDCH 3, Batu 43, Green Cow, 39100, Pahang, Malaysia Tiket masuk:  Website: https://www.facebook.com/ZoomaniaDeButterflyFarm/  Cameron Highlands Butterfly Garden menonjol sebagai destinasi mesra keluarga yang membolehkan pengunjung, terutamanya kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat pelbagai spesies rama-rama serta serangga dan haiwan eksotik lain seperti reptilia, arnab dan burung. 
Taman ini terletak di Kea Farm dan sangat mudah diakses dari Brinchang dan Tanah Rata. Ia dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang. 
Selain rama-rama yang berwarna-warni, taman ini juga menyediakan kawasan landskap yang cantik, ruang kafe dan kedai cenderamata. 
9. Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Highlands Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia Tiket masuk: Bergantung kategori permainan/pakej Website: https://www.rwgenting.com/en/theme-parks/skytropolis-indoor-theme-park.html  Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Highlands adalah tarikan yang cukup terkenal di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai permainan dan tarikan menarik untuk semua peringkat umur. Ada lebih 20 jenis permainan termasuk roller coaster, kereta kelinci, bumper cars dan roda ferris. 
Terletak di Level 1, First World Plaza, taman tema ini dibuka setiap hari dari pukul 2 petang hingga 9 malam. 
Taman ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Family, Adventure, dan Thrill. Selain itu, kemudahan seperti sewaan stroller dan akses mesra OKU turut disediakan manakala pelbagai pilihan makanan boleh didapati di sekitar taman dan pusat membeli-belah SkyAvenue. 
Pengunjung boleh sampai ke taman tema ini dengan mudah menggunakan kereta, bas, atau Awana SkyWay cable car dari SkyAvenue Station. 
10. Allan’s Water dan Taman Flora Alamat: Jln High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia Tiket masuk:  Website:  Allan’s Water terletak di Bukit Fraser. Ia merupakan sebuah tasik kecil yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan udara segar tanah tinggi. 
Tempat ini dahulunya adalah takungan air semasa era kolonial, namun kini telah diubahsuai menjadi kawasan rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak. 
Aktiviti utama di sini adalah berperahu kayuh (paddle boat) di atas tasik yang tenang di mana anak-anak boleh merasai pengalaman berkayuh sambil menikmati pemandangan alam yang indah. Selain itu, mereka juga boleh memberi makan ikan dan itik yang jinak. 
11. Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Alamat: Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang, Malaysia Tiket masuk: RM10 Website: http://www.jmm.gov.my/ms/muzium-sultan-abu-bakar Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti sambil belajar, anda boleh berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar. 
Muzium ini merupakan sebuah muzium bersejarah yang mempamerkan koleksi barang antik serta artifak berkaitan sejarah, arkeologi, etnologi dan kesultanan Pahang. 
Muzium ini mempunyai beberapa galeri yang mempamerkan sejarah Pahang, budaya Orang Asli, pakaian dan regalia Diraja, serta artifak dari negeri-negeri pantai timur. 
Di luar muzium terdapat juga arca kayu berbentuk haiwan yang menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak.
Waktu operasi muzium biasanya dari pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang, kecuali Jumaat yang dibuka pada waktu pagi dan petang secara berasingan.
12. Deerland Park, Lanchang Alamat: Lanchang, Pahang, Malaysia (5 minit dari Elephant Sanctuary Kuala Gandah) Tiket masuk: RM13 Website: https://www.facebook.com/deerlandparklanchang/  Deerland Park terletak berdekatan dengan Elephant Sanctuary Kuala Gandah. Anda boleh singgah ke sini selepas puas melihat gajah. 
Taman seluas 10 ekar ini menempatkan lebih 30 ekor rusa Indonesia (Cervus timorensis) dan beberapa spesies lain seperti rusa Nilgai India, burung unta, merak, itik kayu Kanada, beruang matahari, monyet, ular serta pelbagai jenis burung eksotik. 
Pengunjung berpeluang memberi makan dan menyentuh rusa yang jinak. Selain itu, terdapat juga mini zoo dengan haiwan lain seperti arnab dan reptilia. 
Selain tarikan haiwan, Deerland Park turut menawarkan Nature Garden di mana pengunjung boleh melihat lebih 40 spesies herba tempatan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah di laluan pejalan kaki bertingkat. 
13. Japanese Village, Bukit Tinggi Alamat: Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750, Malaysia Tiket masuk:  Website: https://colmartropicale.com.my/japanese-village/  Japanese Village juga merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang sesuai untuk seisi keluarga.
Ia menampilkan taman gaya Jepun yang tenang, lengkap dengan rumah teh tradisional dan taman botani. 
Pengunjung boleh menikmati suasana damai di taman Jepun yang rapi dengan kolam koi, air terjun kecil, batu-batu berlumut dan pokok-pokok hijau yang menyelimuti kawasan sekitar. 
Antara tarikan utama di sini adalah Rumah Teh Jepun (Japanese Tea House), Tatami Spa untuk urutan ala Jepun serta Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei yang menyajikan hidangan Jepun autentik. Pengunjung juga boleh menyewa kimono dan mengambil gambar.
Kampung ini termasuk dalam tiket masuk Colmar Tropicale dan boleh diakses dengan bas ulang-alik dari kawasan French Village yang berdekatan.
BACA JUGA: 20+ Tempat menarik di Kota Bharu 2025 – Jom Bercuti di Kelantan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-pahang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-pahang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 173 hits
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang Salah satu negeri yang aku suka dan belum jemu walau kadang jambatan sesak tak hengat ialah Pulau Pinang Sangat suka vibe negeri yang digelar Pulau Mutiara ini Setelah aku...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Sembilan Anggota Fru

Sultan Pahang Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Sembilan Anggota Fru

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan yang ter...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

Sultan Pahang Tengku Ampuan Santuni Keluarga Kanak Kanak Perempuan Yang Lemas Di Muara Sungai Balok

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 86 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini Keberangkatan baginda ke rumah Nur A...
Sebanyak 12 Daripada 14 Ketua Amk Cabang Pahang Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden Pkr

Sebanyak 12 Daripada 14 Ketua Amk Cabang Pahang Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 98 hits
KUANTAN Seramai 12 daripada 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Pahang menyatakan sokongan penuh dan terbuka terhadap Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden PKR bagi sesi 2025 2028 Ketua AMK Cabang Indera Mahkota Ahmad Saifull...
Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 90 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan keluasan kira kira 10 521 hektar tanah di daerah ini diceroboh secara haram sejak sekian lama Baginda nyata hairan denga...
Pengerusi Majlis Pimpinan Pkr Pahang Secara Terbuka Sokong Nurul Izzah Tanding Jawatan Timbalan Presiden

Pengerusi Majlis Pimpinan Pkr Pahang Secara Terbuka Sokong Nurul Izzah Tanding Jawatan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 99 hits
KUANTAN Ketika spekulasi mula muncul mendakwa penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli akan menarik diri dari mempertahan kedudukannya pada pemilihan hujung bulan ini kini akar umbi mula menamakan serta menyokong pencalonan ...
Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 180 hits
TEMERLOH Seramai 46 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 65 KDPB Sultan Pahang di Dewan Tun Razak h...
Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang Fc Musim 2024 25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

Lebih Separuh Daripada 25 Pemain Sri Pahang Fc Musim 2024 25 Sudah Tamat Kontrak Bersama Skuad Itu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 113 hits
KUANTAN Lebih separuh daripada 25 pemain Sri Pahang musim 2024 25 sudah tamat kontrak bersama skuad itu yang berakhir pada 30 April lalu Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang memaklumkan bahawa mereka kini bebas untuk menyarung jersi skuad lain...
Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 160 hits
KUANTAN Polis menasihati orang ramai khususnya pekebun durian di Raub dekat sini menghormati undang undang dan tidak menceroboh masuk tanah kerajaan khususnya di kawasan hutan simpan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tinda...
Kari Udang Menu Lunch Hari Sabtu

Hiburan Hanya Ayam Dan Sambal Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal Ini Sebabnya

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Bandung Jadi Tuan Rumah Konferensi Internasional Untuk Palestina Perdana Di Era Genosida

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Contoh Plan Aktiviti Mingguan Orang Pencen

Sinopsis Filem Gantung Musketeer Code

Sambal Nasi Lemak Legend


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Okcasino 4 November Okcasino Top 31 By Clair

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Top Commentator Bulan Mei 2025

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Kalah Pemilihan Rafizi Bukan Hati Tisu

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn