10 Tempat Menarik Di Batam Indonesia 2025


10+ Tempat Menarik di Batam, Indonesia [2025]
Kalau hujung minggu anda terasa membosankan, haa apa kata anda ke terminal feri di Johor dan beli tiket feri untuk ke Batam, Indonesia!
Batam adalah sebuah pulau yang terletak lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja dari Johor dengan menaiki feri. Dekat je dan sangat mudah diakses.  
Jadi, apa tarikan dan tempat menarik di Batam? Jom teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut! 
BACA JUGA: Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari
10+ Tempat Menarik di Batam 2025 1. Pantai Nongsa Waktu Operasi: 24 jam Tiket masuk: Rp 3.000/orang Pantai Nongsa adalah salah satu destinasi pantai yang popular dan menarik di Batam. Pantai ini adalah merupakan spot terbaik untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Batam. 
Selain itu, ia juga menjadi lokasi pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti air yang seperti jet ski, banana boat, parasailing dan lain-lain. 
Sumber: FB Pantai Nongsa Di pantai ini juga ada beberapa resort mewah untuk mereka yang ingin menginap. Resort-resort ini biasanya menawarkan pakej termasuk aktiviti pantai dan lawatan ke tempat-tempat menarik berdekatan.
2. Jambatan Barelang Waktu Operasi: –  Tiket masuk: –  Jambatan Barelang ni merupakan salah satu mercu tanda (landmark) di Batam yang terkenal. Ia menjadi penghubung beberapa pulau di Batam.
Sumber: Batam Tourism Information Apa yang menarik dengan jambatan ini?
Tarikan jambatan ini adalah pemandangan yang ditawarkannya. Anda boleh melihat panorama lautan yang luas dan pulau-pulau kecil di sekitarnya. 
Selain itu, ia juga merupakan lokasi terbaik untuk mengambil gambar semasa matahari terbenam. Yang paling utama, utamakan keselematan anda!
3. Pantai Viovio Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 06.00 – 21.00 WIB Tiket masuk: Rp 10.000–Rp 25.000/orang Selain Pantai Nongsa, Pantai Viovio juga antara pantai yang popular di Batam. Salah satu tarikan utamanya adalah ayunan yang terletak di tengah laut. Ayunan ini menjadi spot kegemaran ramai pengunjung untuk mengambil gambar. 
Sumber: Batam Terminal Di pantai ini juga terdapat banyak kemudahan umum seperti gazebo untuk bersantai, surau dan warung makan. 
4. Ocarina Theme Park Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 09.00 – 22.00 WIB Tiket masuk: RP 25,000/orang Ocarina Theme Park adalah antara pilihan tempat menarik di Batam yang mesra keluarga.  
Taman tema ini menyediakan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah ‘giant wheel’, roller coaster, gelongsor air, go kart dan sebagainya. 
Sumber: Tripadvisor Selain bermain sepuasnya, Ocarina Batam Theme Park juga mempunyai kawasan yang dikenali sebagai Kampung Seni. 
Di Kampung Seni ini, pengunjung boleh menyaksikan persembahan budaya. Ini memberikan peluang kepada pelancong untuk mengenali dan menghargai warisan budaya Indonesia.
NOTA: Buat masa ini, banyak permainan tidak dibuka dan sedang diselenggara. 
5. Nagoya Hill Shopping Mall Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 09.00 – 22.00 WIB Tiket masuk: –  Jika anda suka membeli-belah, jangan lupa singgah di Nagoya Hill Shopping Mall. Ia adalah pusat beli-belah terbesar di Batam. 
Di sini anda boleh beli pelbagai jenis barang berjenama, makanan tempatan serta cenderamata dengan harga yang lebih rendah berbanding di Malaysia.
Lokasinya yang strategik berhampiran terminal feri Harbour Bay menyebabkan ia mudah diakses oleh pelancong yang datang dari Singapura atau kawasan lain di Batam.
6. Batam Miniature House Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 08.00 – 18.00 WIB Tiket Masuk: –  Batam Miniature House atau lebih dikenali sebagai Miniature House Indonesia adalah satu lagi destinasi menarik di Batam untuk diterokai. 
Taman ini menawarkan pengalaman budaya dengan mempamerkan replika miniatur rumah-rumah tradisional dari seluruh Indonesia. Setiap replika tersebut mewakili gaya seni bina yang berbeza-beza dari pelbagai wilayah, seperti Sumatra, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi.
Masuk percuma sahaja. 
7. Taman Rusa Sekupang Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 07:00 – 18:00 WIB. Tiket Masuk: Rp5.000 (dewasa), Rp2.500 (kanak-kanak) Taman Rusa Sekupang adalah destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat rusa secara dekat. Selain rusa, ada juga beberapa jenis haiwan lain seperti arnab, angsa dan burung merpati.
Terdapat kawasan di mana pengunjung boleh melihat dan memberi makan rusa secara langsung. Taman ini juga menyediakan pelbagai tempat menarik untuk bergambar, termasuk rumah pokok, stonehenge, dan gazebo. 
Taman Rusa Sekupang juga sedang dikembangkan dengan konsep “Smart and Green Garden” untuk meningkatkan daya tarikannya. Yang menariknya lagi, terdapat taman permainan disediakan untuk kanak-kanak. 
8. Kampung Vietnam Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 07:00 – 18:00 WIB. Tiket Masuk: Rp5.000 (dewasa), Rp2.500 (kanak-kanak) Kampung Vietnam yang juga dikenali sebagai Camp Vietnam atau Galang Refugee Camp adalah sebuah lokasi bersejarah di Pulau Galang, Batam, Indonesia.
Ia merupakan bekas sebuah perkampungan bersejarah yang pernah menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Vietnam. Kini, Kampung Vietnam ini telah dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan sejarah (muzium) yang menarik di Batam.
Di sini, anda boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah, artifak dan pameran yang menggambarkan kehidupan pelarian Vietnam pada masa dahulu. 
9. Pulau Abang Waktu Operasi: – Tiket Masuk: (ikut pakej) Pulau Abang juga salah satu tempat menarik di Batam yang terkenal dengan keindahan bawah lautnya. Dengan terumbu karangnya yang cantik dan air laut yang jernih, pulau ini menjadikan destinasi popular untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. 
Sumber: suara batam Selain aktiviti bawah air, Pulau Abang juga menawarkan pantai yang indah dengan pasir putih dan air yang jernih serta dikelilingi oleh pokok kelapa dan bakau. Memang cantik sangat landskap di pulau ini!
Untuk mengunjungi Pulau Abang, anda perlu menaiki bot dari Jambatan 6 Barelang. 
10. Bukit Clara Waktu Operasi: – Tiket Masuk: – Bukit Clara ni memang tempat wajib singgah di Batam. Di sinilah tempat orang selalu ambil gambar berlatar belakangkan tulisan “Welcome to Batam”. 
Selain spot mengambil gambar, di sini juga ada banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Inilah masanya untuk anda mencuba makanan tempatan Batam 
Terdapat juga taman di mana anda boleh bersantai dan menikmati suasana di hadapan monumen tersebut. 
11. Kepri Coral Resort Waktu Operasi: – Tiket Masuk: – Kepri Coral Resort adalah destinasi pelancongan baru di Batam yang menawarkan resort atas air serta pelbagai aktiviti seperti snorkeling ,menyelam, berbasikal air, menaiki kanu, memancing dan menjelajah pulau.
Pengunjung juga boleh menikmati keindahan hutan bakau dan pantai berpasir putihnya yang cantik. Bagi mereka yang ingin bermalam, resort ini menyediakan penginapan unik seperti Kampung Dome yang dilengkapi dengan kemudahan setaraf hotel. 
Dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan yang ditawarkan, kunjungan anda ke Kepri Coral Resort pasti memberikan kenangan terindah!
12. Pasir Warna Pink di Blue Fire Beach Club Waktu Operasi: 12.30 PM – 01.00 AM Tiket Masuk: – Pasir warna pink di Blue Fire Beach Club ini antara tarikan utama di Batam yang unik. Keunikannya membuatkan destinasi ini menjadi viral dan menarik ramai pengunjung. 
Selain pasir warna pink, beach club ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk pengunjung seperti bersantai di tepi pantai, berenang, atau menikmati hidangan di restoran yang tersedia. 
Kalau nak lepak kawasan pasir warna pink, anda perlu beli makanan atau minuman terlebih dahulu. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-batam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-batam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Bercuti Di Port Dickson

5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Bercuti Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 90 hits
Pantai depan mata tapi tak boleh pergi Selalu termengeluh dalam hati setiap kali keluar beli barang dapur dan terpandang pantai yang sunyi di depan rumah Siapa yang mampu jemu nak tengok pantai kan Duduk lah lama mana pun di sini tetap teru...
15 Tempat Menarik Dunia Yang Jarang Diketahui

15 Tempat Menarik Dunia Yang Jarang Diketahui

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 160 hits
Dalam Malaysia pun tak habis jelajah inikan pulak kisah dunia Namun uols patut ambil tahu tempat menarik di serata dunia mungkin satu hari nanti ada rezeki ke sana Betul tak Info ni dapat dari web Mat Salleh Ema copy paste aje untuk rujukan...
Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 225 hits
Salam semua setiap kali bulan ramadan tiba bulan yang ditunggu tunggu oleh umat islam untuk menyambut bulan ramadan yang suci dan penuh berkah ini Ucapan selamat berpuasa memang tidak asing dah setiap kali ramadan tiba Kadang kadang buntu j...
Mahu Tembusi Pasaran Indonesia Elrah Exclusive Pilih Aisar Khaled Sebagai Duta Terbaru 2025

Mahu Tembusi Pasaran Indonesia Elrah Exclusive Pilih Aisar Khaled Sebagai Duta Terbaru 2025

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 151 hits
Sinonim dengan pakaian tradisional Melayu Elrah Exclusive pilih Aisar Khaled sebagai duta terbaru jenama itu bagi tahun 2025 sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam industri Pelantikan ini bukan sahaja memperluaskan pengaruh jenama tersebu...
Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 775 hits
AGLIOS JOHOR BAHRU Aglios Bandar Johor Bahru Ramadan Dinner Buffet 2025 Price WeekdayAdult RM39 NettSenior RM 29 NettChildren RM 19 NettChildren 5 and below FREE WeekendAdult RM49 NettSenior RM 35 NettChildren RM 25 NettChildren 5 and below...
6 Tempat Menarik Untuk Kunjungi Dalam Sehari Di Seremban Wak Lempeng 8 30 Pagi 12 00 Tengah Hari

6 Tempat Menarik Untuk Kunjungi Dalam Sehari Di Seremban Wak Lempeng 8 30 Pagi 12 00 Tengah Hari

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 156 hits
6 Tempat Menarik untuk 1 Hari di Seremban Wak Lempeng 8 30 AM 12 00 PM Lot 439A Jalan Pantai Batu 8 1 2 Kampung Pantai 71770 Seremban Mula hari anda dengan lempeng tradisional yang lembut dan sedap Sesuai sangat untuk sarapan yang mengenyan...
Pm Malaysia Anwar Ibrahim Terima Lawatan Ketua Umum Muhammadiyah Cnn Indonesia Senin 03 Mar 2025 20 51 Wib

Pm Malaysia Anwar Ibrahim Terima Lawatan Ketua Umum Muhammadiyah Cnn Indonesia Senin 03 Mar 2025 20 51 Wib

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 151 hits
CNN INDONESIAAseanPM Malaysia Anwar Ibrahim terima lawatan Ketum PP Muhammadiyah Haedar Nashir PM Malaysia Anwar Ibrahim terima lawatan Ketum PP Muhammadiyah Haedar Nashir Jakarta CNN Indonesia Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menerim...
Cuti Hari Raya Melaka Hari Kelepasan Am Tarikh Raya 2025

Cuti Hari Raya Melaka Hari Kelepasan Am Tarikh Raya 2025

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 226 hits
Baru baru ini kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan bahawa cuti hari raya bagi negeri Melaka adalah selama 3 hari Cuti tambahan ini diberikan bagi menggantikan cuti awal puasa yang sebelum ini merupakan salah satu cuti am yang diberikan ...
Selamat Datang 2025

Selamat Datang 2025

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 171 hits
Salam semua Buat pertama kalinya aku menulis untuk tahun 2025 Sebenarnya pada tahun baru aritu aku nak menulis tapi tak berkesempatan Perlu mood dan masa yang sesuai untuk menulis ini pun aku tulis kat tempat kerja Selamat datang 2025 Seben...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal