10 Tahun Mh370 Hilang



"Good Night, Malaysian Three Seven Zero." Itu mesej radio terakhir dihantar menerusi kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370, tepat jam 1.09 pagi, 8 Mac 2014

Sedekad berlalu, ayat keramat berkenaan menjadi 'wasiat' terakhir daripada pesawat Boeing 777 itu yang hilang tanpa jejak selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China tepat jam 12.42 tengah malam membawa 239 penumpang bersama 12 anak kapal

Tiada panggilan mayday atau pun isyarat kecemasan dihantar pesawat dengan kod 9M-MRO ini selepas dilaporkan hilang dari radar menara kawalan ketika berada di ruang udara antara Vietnam dan Malaysia jam 1.30 pagi, sekali gus meninggalkan 1,000 tanda tanya kepada masyarakat dunia hingga kini

Dianggap sebagai tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan misteri itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak seantero dunia, termasuk Kerajaan Malaysia, badan siasatan penerbangan, pakar penerbangan hatta 'raja bomoh sedunia' sekalipun

Pencarian sepanjang 10 tahun lalu, menjadi operasi terbesar dan termahal pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan negara dengan pembabitan 82 pesawat dan 84 kapal laut dari 26 negara dalam tempoh 1,169 hari pencarian merangkumi kawasan dasar laut seluas 232,040 kilometer persegi

Namun, kesemuanya menemui jalan buntu tanpa sebarang jawapan mahupun penemuan konkrit, malah daripada 27 serpihan pesawat yang dilaporkan ditemukan dari pelbagai lokasi seluruh dunia, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon yang terdampar di pantai Lautan Hindi disahkan daripada pesawat MH370

Walaupun kebanyakan ahli keluarga sudah reda dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun sudah pasti sepanjang 3,648 hari daripada tarikh 8 Mac 2014 hinggalah hari ini, tidak pernah sedetik waktu mahu pun nafas yang dihela mereka, melupakan insan tersayang yang pergi tanpa tanda, ibarat 'kubur tanpa nisan'

Ketika ini, ahli keluarga dan waris hanya inginkan dua perihal yang menjadi keutamaan iaitu bukti dan kebenaran, malah perkara itu dinyatakan mereka dengan penuh pengharapan pada majlis memperingati ulang tahun kehilangan pesawat itu, 'MH370: 10 Years Gone' yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Subang, baru-baru ini

"Fitrah manusia kalau kita kehilangan sesuatu kita nak tahu apa yang berlaku, ke mana perginya," kata Intan Maizura Othman, 44, isteri kepada kru kabin, Mohd Hazrin Mohamed

Perkara itu itu juga dinyatakan Jacquilita Gonzales, 61, isteri kepada kru kabin, Patrick Gomes, 55, yang turut berharap agar pencarian pesawat itu diteruskan semula, supaya kehilangannya tidak kekal menjadi misteri selain memastikan perkara sama tidak berulang

"Saban tahun, keadaan sudah berubah dan kami sedar bahawa kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya, tetapi kami tetap menunggu pencarian semula pesawat, tetapi kami tetap meneruskan kehidupan kami, dengan pergi bekerja

"Ini adalah tragedi tetapi kita tidak boleh biarkan ia menghalang kita daripada meneruskan kehidupan," katanya

Bai Zhong, suami kepada pasangan Hou Aiqin, penumpang dari China berkata, dia sudah tidak mahu lagi mendengar spekulasi daripada pihak tidak bertanggungjawab, sebaliknya menuntut kerajaan supaya meneruskan usaha pencarian

"Kami ingin menzahirkan bahawa tidak kira 10 tahun, 20 tahun atau tempoh lama sekalipun, selagi kami hidup, kami tidak akan melupakan orang yang kita sayangi, dan tidak akan berhenti mencari kebenaran," tegasnya

Pada Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat itu 'berakhir di Lautan Hindi', di sebelah barat Perth, Australia

Kira-kira setahun selepas itu, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika itu, mengisytiharkan MH370 mengalami kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dengan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban

Syarikat eksplorasi Ocean Infinity berpangkalan di Amerika Syarikat yang melancarkan operasi mencari MH370 pada 22 Januari 2018 di Lautan Hindi terpaksa menghentikan operasi itu selepas gagal menemui sebarang serpihan berkaitan pesawat itu

Azharuddin, dalam bukunya bertajuk 'Penerbangan Terakhir MH370 dan MH17' (2022), menyifatkan pencarian MH370 di Lautan Hindi bagai pepatah Inggeris iaitu like looking for a needle in haystack - walaupun sukar, kerajaan perlu mencari pesawat terbabit supaya pengakhirannya dapat dimuktamadkan

Katanya, beliau sedar begitu banyak teori konspirasi yang berlegar-legar, antaranya juruterbang menjadi punca kehilangan MH370, pesawat dirampas atau dikawal dengan alat kawalan jauh, pesawat mengalami masalah teknikal, kargo dan saintis misteri selain kononnya MH370 di Mindanao, Filipina

"Selagi tidak dijumpai bangkai pesawat, maka semakin banyaklah timbul spekulasi lain berkenaan nasib MH370 terutama yang tidak enak didengari," katanya dalam buku itu

Namun, selepas lima tahun usaha pencarian dihentikan pada Mei 2018, harapan ahli keluarga dan waris kembali 'mekar' apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sekiranya terdapat bukti baharu yang kukuh

Malah, Kementerian Pengangkutan memberi jaminan akan melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan kelulusan Kabinet menandatangani kontrak baharu dengan Ocean Infinity, untuk menyambung semula pencarian pesawat itu

Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian yang ditemui Bernama berkata, walaupun sudah 10 tahun berlalu, namun beliau berpendapat masih ada harapan untuk jawapan yang lebih konkrit bagi merungkai insiden malang ini

"Ia memang satu usaha yang panjang tapi kalau kita guna makmal, kepakaran yang kita ada di dalam dan luar negara untuk melakukan kajian lebih mendalam, analisis metodologi dan analisis struktur serta berdasarkan pola serpihan, mungkin kita akan dapat tahu apa sebenarnya berlaku pada MH370," katanya

Sekiranya Ocean Infinity dipersetujui untuk memulakan fasa baharu pencarian pesawat malang itu, maka antara perkara yang perlu diambil kira ialah metodologi baharu pencarian mereka, dalam memastikan proses pencarian mereka lebih bernas berbanding sebelumnya

Ketika kita memperingati ulang tahun ke-10 kehilangan MH370, mungkinkah misteri kehilangan ini bakal menemui titik noktahnya? persoalan ini masih menjadi tanda tanya dan harapan seluruh keluarga waris, rakyat Malaysia dan dunia

Sumber: HMETRO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2024/03/10-tahun-mh370-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Menyesal Hilang Hampir 3 Tahun Lucas Bekas Ahli Nct Tampil Luah Perasaan Sepanjang Hiatus

Saya Menyesal Hilang Hampir 3 Tahun Lucas Bekas Ahli Nct Tampil Luah Perasaan Sepanjang Hiatus

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 188 hits
Lucas telah meluahkan perasaannya selepas terpalit dengan kontroversi yang hampir menghancurkan kerjayanya ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lucas bekas ahli NCT telah mengeluarkan satu video dokumentari di mana dia telah membuka pelbagai cer...
Pemuda Bakar Al Quran Dipenjara Tiga Setengah Tahun

Pemuda Bakar Al Quran Dipenjara Tiga Setengah Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 246 hits
HarapandailySeorang pemuda Russia dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh Mahkamah di Grozny ibu kota wilayah Chechnya kerana membakar al Quran Nikita Zhuravel 20 ditahan pada Mei 2023 di bawah undang undang yang menyinggung pera...
Jadi Inilah Hadiahnya Birthday 2 Tahun Aurel Atta Halilintar Hadiahkan Anak Kereta

Jadi Inilah Hadiahnya Birthday 2 Tahun Aurel Atta Halilintar Hadiahkan Anak Kereta

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 165 hits
Dilahirkan dalam keluarga kaya raya sudah semestinya hadiah hari lahir buat si jantung hati kesayangan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mendapat hadiah yang bukan biasa biasa Sempena hari lahir anak pertama mereka Ameena Hanna Nur Atta ...
Pelajar 15 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Sungai Ketil

Pelajar 15 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Sungai Ketil

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 176 hits
BALING Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai mandi manda bersama beberapa rakannya dikhuatiri lemas di Sungai Ketil Kampung Kuala Merah di sini petang tadi Mangsa Muhamad Fakhrullah Mohamad berasal dari Kampung Sungai Bemba...
3 Tahun Keluar 2 Days 1 Night Kim Seonho Sertai Program Hiburan Baru Dengan Moon Seyoon

3 Tahun Keluar 2 Days 1 Night Kim Seonho Sertai Program Hiburan Baru Dengan Moon Seyoon

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 193 hits
Adakah Kim Seon ho bakal kembali ke dunia program hiburan tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini foto Kim Seon ho dan Moon Se yoon berjalan bersama di Thailand telah dimuat naik ke pelbagai komuniti dan media sosial Dalam foto berken...
Kasus Korupsi Menara Bts Kominfo Dirut Pt Bup Yusrizki Muliawan Divonis 2 Tahun Penjara

Kasus Korupsi Menara Bts Kominfo Dirut Pt Bup Yusrizki Muliawan Divonis 2 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 234 hits
Dirut PT Basis Utama Prima Muhammad Yusrizki Muliawan terbukti bersalah dalam perkara korupsi pembangunan menara BTS Kominfo
Amaran Untuk Anwar 2024 Tahun Bala Bagi Ekonomi Dunia

Amaran Untuk Anwar 2024 Tahun Bala Bagi Ekonomi Dunia

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 325 hits
Amaran untuk Anwar 2024 tahun bala bagi ekonomi dunia ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be J1LB zs lY src in org https www youtube com embed J1LB zs lY wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtu...
Kerajaan Pahang Sasar Kedatangan 13 5 Juta Pelancong Domestik Dan Antarabangsa Tahun Ini

Kerajaan Pahang Sasar Kedatangan 13 5 Juta Pelancong Domestik Dan Antarabangsa Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Pelancong Singapura China dan Indonesia antara penyumbang tertinggi statistik kedatangan pelancong dari luar negara ke Pahang tahun lalu Daripada 13 2 juta pelancong yang berkunjung ke Pahang tahun lalu pelancong Singapura merekodka...
Duduk Lah Dalam 7 10 Tahun

Duduk Lah Dalam 7 10 Tahun

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 122 hits
Kes tarik keluar ikat dan pukul pemandu kereta hingga maut di Kajang 20 Feb lalu Lima penghantar makanan Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri 41 Azharul Azuan Mohd Azan 34 Tengku Izham Tengku Hamid 22 Mahazir Nordin 43 dan Syamsul Qamar Ayob 40 d...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation