10 Selebriti Wanita Belum Berkahwin Paling Jelita Menawan Dan Berkarisma
Tahun 2018 akan menutup tirai, tapi masih ada masa untuk mengimbau kembali.
Hujung minggu melepak bersama kawan-kawan, banyak yang dibualkan. Daripada topik berat sehinggalah yang ringan dan tidak membebankan kepala.
Antara yang dibualkan adalah siapa selebriti wanita Malaysia belum berumahtangga yang dikategorikan paling jelita, menawan dan berkarisma.
1. Ayda Jebat

Dengan gaya yang ringkas tanpa calitan makeup yang tebal, Ayda Jebat punya kejelitaan semulajadi. Apatah lagi sikapnya yang peramah dan sentiasa melayan peminat dengan baik.
2. Neelofa

Sentiasa pandai bergaya dan tahu apa yang bersesuaian dengan beliau, Neelofa memang layak berada di dalam kategori ini.
3. Tiz Zaqyah

Inspirasi wanita moden dan bergaya. Itulah Tiz Zaqyah. Ketawanya sahaja sudah boleh mencairkan hati lelaki.
4. Emma Maembong

Kulitnya putih melepak bak sutera. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan dan kejelitaannya memang menjadi impian.
5. Sharifah Amani

Kecil molek tetapi berjiwa besar. Sharifah Amani sentiasa tahu apa yang diinginkan sama ada dari segi berpakaian, mahupun dalam lakonan.
6. Kaka Azraff

Walaupun masih baru di bidang seni, namun tidak dinafikan Kaka sentiasa tampil trendy. Gaya manjanya juga membuatkan lelaki tidak senang duduk.
7. Mira Filza

Gadis bertudung ini sungguh ayu. Apatah lagi wajah Mira Filza ini sungguh tenang di pandang mata. Tahun 2016 menyaksikan Mira lebih banyak menumpukan masa menjadi pengacara berbanding dengan berlakon.
8. Zulin Aziz

Jangan terkejut wanita kelakar ini juga termasuk dalam kategori paling menawan. Zulin ada daya tarikan yang tersendiri yang amat menawan hati.
9. Nelydia Senrose

Seorang lagi wanita kacukan yang hangat di arena seni. Kejelitaannya memang tidak boleh dinafikan. Selepas melakukan undian antara adik beradik Senrose, Nelydia menjadi pilihan ramai.
10. Janna Nick

Walaupun gayanya nampak sedikit ‘tomboy’, tapi tidak ada sesiapa yang mampu menidakkan keayuan wajah Janna Nick. Apatah lagi dengan gelak ketawanya itu.
Sumber : rojakdaily
The post 10 Selebriti Wanita Belum Berkahwin Paling Jelita, Menawan dan Berkarisma appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/09/10-selebriti-wanita-belum-berkahwin-paling-jelita-menawan-dan-berkarisma/