10 Sarapan Popular Di Malaysia


Ni antara jenis-jenis sarapan yang dalam senarai Mama Yan.ini tak mewakili negara Malaysia punya pendapat,Tetapi pendapat Mama Yan sendiri.Yelah..Lain negeri, lain tradisi.Macam kat utara, mungkin diorang biasa sarapan dengan pulut.Kalau kat Terengganu sarapan nasi dagang,Kat Kelantan terkenal dengan nasi kerabu.Jadinya, sarapan tradisi negeri macam tu,Mama Yan jarang-jarang nikmati.Ni yang selalu Mama Yan lihat sekitar tempat tinggal MY ajelah.Kena buat disclaimer awal awal.Kang ada pulak yang kecam,memandai je Mama Yan ni.Haa.. memang lah kena memandai..ni kan blog Mama Yan.hahaaha

1. Roti CanaiRoti canai dinobatkan sebagai roti terbaik dunia oleh TasteAtlas.Jadi memang tak hairanlah roti canai antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk bersarapan.Mama Yan pun tak ketinggalan untuk menikmati roti canai.Tapi tak selalu la..dalam sebulan tu, adalah sekali atau dua kali MY berdating dengan suami di kedai mamak sambil menikmati roti canai kuah dal campur sambal bersama dengan teh tarik.Walaupun sedap, murah dan ringkas,Ia bukanlah sesuatu yang kita boleh makan selalu.Roti canai tu sejenis karbohidrat dan bakal menaikkan gula dalam darah MY,Nasi pun karbohidrat juga,Tapi, apa-apapun, lebih baik makan nasi daripada roti.Minyak pun banyak juga tu,nak uli taruk minyak,nak goreng pun taruk minyak.
Roti canai zaman sekarang dah melalui era fusion..Macam macam kepelbagaian dah hidangan roti canai ni.Daripada roti telur, roti telur cheese, roti telur sarang burung,roti tampal, roti bom, roti tisu, roti pisang, roti pisang coklat,Macam macam lagilah kejadiannya..tapi MY suka roti canai kosong je..kasi garing sikit anne..Pastu yang sampai separa hangit.. geram je menengoknya...
Best breads in the world, current ranking. View more at https://t.co/BH40jAfhoS @TourismMalaysia @colombia_travel @incredibleindia @FocacciaDiRecco pic.twitter.com/80N9oTFHMY
— TasteAtlas (@TasteAtlas) September 9, 2023
2. Nasi LemakSeterusnya, sarapan nasi lemak.Nasi lemak ni, hidangan asasnya,Nasinya + telur rebus + ikan bilis goreng + kacang tanah goreng + timun dan yang paling tak boleh tinggal, sambalnya.Tapi tu lah kan, seiring dengan perkembangan teknologi,makanan pun dipelbagaikan idea persembahannya.Ada yang dinikmati dengan rendang, ada ayam goreng, ada telur goreng,Sambal pun bukan sambal ikan bilis semata-mata dah,Macam-macam jenis sambal dah digayakan.Macam Mama Yan, paling suka sambal sotong basah tu.Ada juga sambal kupang, sambal paru, sambal udang turut ditawarkan,Tapi selalu ambil satu dua jenis lauk sudahla.Dah sedap sangat dah tu.Nasi lemak ni kalau dibungkus dalam daun pisang tak payah letak lauk pelik-pelik,telur rebus potong empat pun masih sedap dinikmati.Rasanya, lepas ni memang takkan jumpa dah nasi lemak bungkus daun pisang RM2.Beras dah naik harga,kompom semua makanan berasaskan beras dan tepung beras akan naik harga melantun toing-toinggg....
3. SotoNi antara kegemaran warga Johor untuk bersarapan.Soto ni ada soto bihun, ada soto mi dan ada soto nasi.Soto nasi tu guna nasi impit atau ketupat dalam plastik tu.Kalau kat luar,Mama Yan tak berapa suka makan soto nasi.Sebab biasa gerai gerai yang MY nampak,diorang rebus sendiri beras dalam plastik biasa.Plastik biasa tu tak tahan panas okay.Walaupun dia tak mencair,tapi zat zat plastik tu terurai apabila kena panas.Bahaya.. boleh jadi karsinogen.
Lontong pun MY tak makan kat luar.tapi bila MY cakap kat suami.Alaa.. bukan selalu..Kalau tak, habis dah satu Johor ni kena kanser.Mana ada orang Johor tak pernah sarap soto dan lontong kat kedai.hahaha,.... ye tak ye jugak

4. Kuih-muihRamai juga yang suka makan kuih waktu sarapan. Biasanya bila nak ambil kuih muih,akan disertai kata kata,Taknak sarapan berat berat sangat hari ni.Berat badan dah naik.Nak makan kuih je,Tapi sebenarnya,kalori, korbohidrat dan gula dalam lima biji kuih tu lebih tinggi dari sepinggan nasi goreng.Biasakan sekarang orang jual kuih dalam paket ada 5 biji dengan harga RM2.50.MY suka juga makan kuih untuk sarapan,Tapi kuih karipap ajelah yang MY suka makan waktu sarapan.Kuih-kuih manis macam kuih lapis, seri muka, apam, donat, kasui tu semua MY lebih suka nikmatinya di petang hari.
5. Nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kueteow gorengNasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kueteow ni dalam team yang sama la.Waktu sarapan cedok cedok dalam container besi tu harga RM 2 hingga RM3.Tapi bila malam, benda benda macam jadi RM 7 hingga RM 8 satu polistrin putih tu.Kadang-kadang dalam satu polistrin atau pinggan sarapan,siap campur mi goreng separuh, bihun goreng separuh.Sebab dua-dua nampak sedap 
6. Jemput-jemput dan lempengSarapan jenis tepung goreng-goreng ni memang sarapan tradisional Melayu.Suami MY kata,masa kecik hampir tiap hari sarapan jemput kosong.Mak mentua siap bawa bekal jemput-jemput pergi menoreh.Sampai sekarang pun,masih lagi sarapan jemput lempeng.Cuma bila ramai-ramai,kakak ipar buat la sarapan lain juga.Kalau tak,tu je la hari-hari.
7. Ubi Aku suka singkong, kau suka keju...oh...oh...Jenis-jenis ubi ni tak kisah la ubi kayu, ubi keladi, ubi keledek...ada yang rebus cicah sambal, cicah gula,ada yang goreng celup tepung,ada yang goreng begitu sajaYang dalam gambar ni,Ubi kayu yang direbus asalnya.Tapi tak habis.Esoknya Mama Yan taruk kunyit dan garam,Goreng dalam minyak yang betul betul panas.Kalau minyak tak betul betul panas,Habis sekuali minyak tu kang kena serap.

8. RotiMacam biasa,model blog Mama Yan, Ucid.Ucid sedang menikmati roti bakar telur di kedai mamak.Roti pun ada yang suka roti kosong cicah air,ada yang suka roti bakar,ada yang suka buat sandwiches,roti pun ada banyak jenis sekarang.dulu dulu ada roti benggali aje. Sekarang macam macam warna dan perisa ada,Ada roti ban manis, roti inti, roti Gardenia, roti kentang dan macam macam lah yang tak tersebut pun nama dan jenisnya.
9. BijirinBijirin ni antara sarapan yang paling Mama Yan tidak minati.Lain orang, lain selera.Kalau orang bandar yang dibesarkan dengan Kellogs Cornflake memang takde masalah.Tapi bagi kami rakyat bipoti ni,Cornflakes tu untuk buat kuih raya je..hahaha.. Baca entry :  Resepi Kuih Cornflakes Madu
10. Mi SegeraNi sarapan waktu kecemasan.Biasanya dinikmati merangkap makan tengahari.Masa MY dan suami baru baru set up kompeni, selalu sangat kami berdua makan mi segera.Tak sempat nak cari makanan yang proper sebab masa tu kami belum ada staf.Semua kena buat sendiri.Alhamdulillah..Bila berkongai rezeki,Semakin luas rezekinya.

Okay...sekian sahaja coretan hari ni sambil sambil clearkan gambar dalam handphone.Wassalam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2023/09/10-sarapan-popular-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karya Animasi Malaysia Terkini

Karya Animasi Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 242 hits
Berikut adalah perkembangan karya Animasi di Malaysia Meriah
Driving A Sustainable Future With Malaysia S Young Talents

Driving A Sustainable Future With Malaysia S Young Talents

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 250 hits
Schneider Electric s annual Schneider Go Green global competition gathered the nation s brightest talents to share their bold ideas for a sustainable future Undergraduates from Brickfields Asia College and University of Nottingham Malaysia ...
Festival Permainan Malaysia 15 September 2023

Festival Permainan Malaysia 15 September 2023

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 260 hits
Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tra...
Sept 16 Gathering To Celebrate Malaysia Day Pn Youth Changes Tack

Sept 16 Gathering To Celebrate Malaysia Day Pn Youth Changes Tack

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 167 hits
The Perikatan Nasional Youth leadership will make its planned Sept 16 gathering a celebration of Malaysia Day This is opposed to their original premise of protesting the discharge not amounting to acquittal handed to Deputy Prime Minister A...
Malaysia Looking At Working With Uk In Defence Science And Technology

Malaysia Looking At Working With Uk In Defence Science And Technology

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 165 hits
Defence minister Mohamad Hasan was at the defence and security equipment international exhibition in the UK recently KUALA LUMPUR Malaysia is exploring ways of working with the UK and other strategic partners in the fields of defence scienc...
Uob Malaysia Raises A Record Rm2 Million Through 2023 Uob Global Heartbeat Run Walk To Support Underprivileged Children

Uob Malaysia Raises A Record Rm2 Million Through 2023 Uob Global Heartbeat Run Walk To Support Underprivileged Children

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 298 hits
UOB Malaysia colleagues and customers raised a record RM2 million for charities through the Bank s annual UOB Global Heartbeat Run Walk Surpassing last year s fundraising amount of RM1 2 million the money raised will go towards improving th...
Celebrating Diversity And Wellness In Conjunction With Malaysia Day

Celebrating Diversity And Wellness In Conjunction With Malaysia Day

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 203 hits
Coway Run 2023 welcomed more than 10 000 participants in Dataran Merdeka Coway the Best Life Solution Company successfully brought more than 10 000 participants together through its annual running event Coway Run With the theme Enter Our Wo...
25 Template Poster Hari Merdeka Hari Malaysia Tinggal Letak Text Gambar

25 Template Poster Hari Merdeka Hari Malaysia Tinggal Letak Text Gambar

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 310 hits
Contoh Poster Hari Kemerdekaan Ke 66 Tahun 2023Bagi anda yang ingin dapatkan contoh poster yang cantik dan menarik anda boleh tengok senarai dibawah Anda bebas untuk gunakan setiap poster ini untuk dikongsikan kepada rakan anda mahupun shar...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik