10 Resepi One Pot Meals Anda Patut Simpan


Kredit: curiousnut.com ‘One Pot Meals’ atau masakan satu periuk menjadi kegilaan ramai di luar negara. Mana tidaknya? Masakan ‘One Pot Meals’ ini sangat menyenangkan, memudahkan dan paling penting, membantu anda menyediakan makanan yang enak tatkala anda berasa malas nak masuk ke dapur.
Bagi anda yang tak pernah tahu tentang konsep masakan ‘One Pot Meals’, biar saya tolong jelaskan kepada anda. Masakan ‘One Pot Meals’ bererti sajian lengkap yang dimasak dalam satu periuk dan tak memerlukan banyak langkah atau proses yang rumit untuk sediakannya.
Ada Resepi ‘One Pot Meals’ Tempatan Tak? Kalau anda mencari ‘One Pot Meals di internet, rata-rata resepi yang dijumpai ialah resepi-resepi dari negara Barat. Sekali-sekala, tak apalah kalau kita nak tukar selera dan cuba resepi pasta tapi kalau dah dari kecil makan nasi, kalau boleh, kita nak cubalah resepi ‘One Pot Meal’ tempatan. Malangnya, di Malaysia, tak banyak masakan ‘One Pot Meals’ tempatan yang dijumpai khususnya dalam masakan Melayu. Hal ini mungkin berlaku kerana masyarakat Melayu suka menyediakan lauk yang ‘gu’ dan pelbagai agar menepati citarasa semua. Oleh sebab itulah, di kebanyakan rumah di Malaysia, sekurangnya dua atau tiga jenis lauk disediakan.
Namun begitu, itu tak bermakna tiada langsung resepi ‘One Pot Meals’ tempatan. Setelah berhempas-pulas membuat penyelidikan dan pencarian, akhirnya saya berjaya temui 10 resepi ‘One Pot Meals’ tempatan yang cukup enak dan senang.
Nasi Daging Utara Kredit: Resepi Che Nom Nasi daging utara merupakan resepi ‘One Pot Meals’ pertama saya kongsikan. Resepi nasi ini memang cukup versatil kerana boleh dimakan begitu saja ataupun ditambah lauk lain. Resepi nasi daging yang saya akan kongsikan memberikan hasil nasi yang wangi, lembap dan cukup berperisa. Makan sekali memang tak puas! Resepi nasi daging utara ini adalah seperti yang dikongsikan dalam blog, Resepi Che Nom.
Bahan-Bahan:
a) Nasi
i) Bahan Rebusan Daging
1 sudu besar rempah kurma2 inci halia, dihiris nipis7-8 cawan air ii) Bahan Tumis
1 biji bawang besar, dihiris nipis5 ulas bawang putih, dihiris nipis3 kuntum bunga lawang2 batang kayu manis4 kuntum bunga cengkih6 biji buah pelaga iii) Bahan Lain
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x 4″5 cawan air rebusan daging1 cawan sudu cair1 helai daun pandan, carik dan simpul2 1/2 sudu besar rempah kurma1 batang serai, dititik3 sudu besar minyak sapi1 -2 sudu besar minyak sayuran1/2 cawan tomato sup atau 1/4 cawan tomato puriSedikit kismis hitam b) Air Asam
1 biji bawang besar, hiris nipis2 biji tomato, potong kecil6 biji cili merah, potong kecil1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat2 sudu besar sos ikan 3 sudu besar gula1-2 sudu teh garam1 sudu besar kerisikSedikit perahan jus limau nipis Cara-Cara:
a) Nasi
Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. Setelah masak, perlahan-lahan gemburkan nasi.

Nasi Briyani Ayam Kredit: dearnestle.com.my Nasi briyani merupakan antara masakan ‘one pot meals’ terawal yang dicipta di dunia. Pasti ramai yang baru sedar tentang kenyataan ini, betul? Nasi briyani merupakan nasi yang ditanak dalam renehan rempah ratus yang wangi dan berperisa. Oleh sebab itu, nasi briyani sentiasa menjadi menu pilihan untuk majlis perkahwinan, jamuan makan mahupun menu hujung minggu untuk dinikmati bersama keluarga. Resepi briyani ayam yang saya akan kongsi ialah resepi yang dikongsi oleh Archana Munde dalam blog beliau, ministryofcurry.com.
Bahan:
a) Perapan
2 sudu teh garam masala, tambah satu sudu teh lagi kalau nak lebih pedas1 sudu besar halia, diparut 1 sudu besar bawang putih, dicincang 1 sudu besar serbuk cili merah1/2 sudu teh serbuk kunyit¼ cawan daun pudina ¼ cawan daun ketumbar, dihiris2 sudu besar jus lemon3/4 cawan yogurt kosong 2 sudu teh garam1 ekor ayam, dibuang kulit dan dipotong 14 b) Bahan Lain
3 cawan beras Basmati panjang, dicuci3 sudu besar minyak sapi, dibahagikan2 biji bawang besar, dihiris nipis2 helai daun bay2 sudu teh garam1 sudu teh safron, dicampur 1 sudu besar susu panas (opsyenal)6 biji telur rebus, dibuang kulit (opsyenal)2 biji cili hijau, dihiris serong Cara-Cara:
Sediakan perapan dengan campurkan garam masala, halia, bawang putih, serbuk cili merah, kunyit, daun pudina, daun ketumbar, jus lemon, yogurt dan garam. Masukkan ayam dan gaul hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 30 minit.Sementara ayam diperap, cuci dan rendam beras basmati di dalam air. Biarkan selama 20 minit.Dalam periuk, masukkan 2 sudu besar minyak sapi dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang besar. Kacau selama 10 minit atau hingga bawang bertukar perang keemasan dan lembut. Keluarkan separuh bawang.Masukkan 1 sudu besar minyak sapi. Kalau anda nak briyani yang lebih pedas, masukkan hirisan cili hijau. Masukkan daun bay dan separuh ayam yang diperap tadi serta sedikit campuran perapan ke dalam periuk. Gaul rata hingga rempah tersalut pada ayam dengan sekata. Masukkan baki ayam. Tapis beras dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 2 sudu teh garam dan 3 cawan air. Tutup periuk dan biar masak. Buka tudung periuk untuk periksa air dan nasi. Biar masak hingga nasi menjadi gebu. Jika anda menggunakan periuk nasi, masak sebanyak dua kali. Selepas nasi masak untuk pertama kali, kacau nasi dan tekan sekali lagi.Selepas nasi masak, gunakan spatula plastik untuk gaul nasi dan ayam.Hias dengan bawang digoreng tadi bersama hirisan daun ketumbar serta telur rebus. Bubur Lambuk Credit: spicejourney.blogspot.com Resepi ‘one pot meal’ setiap orang tertunggu-tunggu sepanjang bulan Ramadan ialah bubur lambuk. Rahsia untuk menghasilkan bubur lambuk yang enak ialah keseimbangan rasa lemak santan dan perisa rempah ratus yang digunakan. Untuk dapatkan bubur lambuk sentiasa ‘jadi’, anda boleh mencuba resepi bubur lambuk yang dikongsi di tumis.my.
Mee Goreng Mamak Mee goreng mamak merupakan antara masakan ‘one pot meal’ yang sentiasa menjadi permintaan ramai. Baik sebagai hidangan sarapan. tengah hari, minum petang mahupun malam, mee goreng mamak merupakan hidangan yang seimbang, sihat dan semestinya sangat mudah untuk disediakan. Kalau anda teringin nak makan mee goreng mamak yang anda idamkan, anda boleh cuba resepi mee goreng mamak ala Butterkicap ini.
Nasi Ayam Halia Kredit: Mingguan Wanita Siapa peminat tegar nasi ayam halia Old Town White Coffee? Rasa nasi yang dikukus bersama hirisan halia, bawang putih dan ayam ini memang cukup menyegarkan dan berbeza. Resepi nasi ayam halia yang saya nak kongsi di sini merupakan antara resepi ‘One Pot Meals’ kegemaran saya. Pada hari jadual saya padat dan sibuk, inilah sajian yang saya akan sediakan. Kenyang hingga malam!
Untuk resepi nasi ayam halia yang mudah, anda boleh cuba resepi yang dikongsi di blogmakkintan, Rasanya memang sama seperti yang dijual di Old Town.
Kari Ikan Oleh sebab saya anak jati Pulau Pinang, kari dan saya berpisah tiada. Boleh dikatakan juga bahawa seluruh hidup saya dipenuhi memori indah menikmati hidangan ‘one pot meal’ kegemaran saya ini. Kari Ikan merupakan salah satu resepi yang cukup mudah untuk disediakan khususnya apabila anda mempunyai periuk tekanan tinggi di rumah.
Untuk resepi kari ikan yang disediakan menggunakan periuk tekanan tinggi, anda boleh cuba resepi kari kepala ikan Butterkicap. Memang macam yang dijual di restoran nasi kandar!
Sup Ayam Sup ayam ialah masakan ‘one pot meal’ saya akan sediakan bila saya rindukan rumah atau semasa saya sakit. Kehangatan rempah dan perisa ayam yang halus membuatkan selera naik meskipun demam. Ada pelbagai resepi sup ayam yang memang enak tetapi resepi sup ayam yang dikongsi oleh Butterkicap memang lain dari yang lain. Rasanya yang sedikit kemasaman boleh membuatkan anda bertambah makan meskipun sakit.
Mi Tomato Kredit: tumis.my Kalau di Barat mereka mempunyai resepi masakan ‘one pot meal’ menggunakan pasta, kita juga tak kurang juga. Resepi mee tomato merupakan salah satu masakan ‘one pot meal’ yang patut diberikan lebih banyak pengiktirafan. Rasa masam-manis kuah tomato yang pekat, ditambah pula hirisan cili padi yang pedas membuatkan sesiapa sahaja menjadi peminat tegar sajian ‘one pot meal’ ini, khususnya resepi yang dikongsi di blog makanapaaje.
Singgang Ikan Kredit: Buat Orang Lapo Selain menjadi makanan pantang dan makanan diet yang sihat, singgang merupakan makanan ‘one pot meal’ yang cukup menyelerakan. Rasa kuahnya yang masam memang cukup menyegarkan. Terdapat pelbagai resepi dan variasi masakan singgang anda boleh dapati di luar sana tetapi resepi singgang yang saya pegang kuat hingga sekarang ialah resepi yang dikongsi oleh Nieyla Nadia.
Nasi Kicap Ayam Kredit: Tara’s Multicultural Table Resepi ‘one pot meal’ seterusnya merupakan resepi yang diinspirasi daripada masakan Nasi Ayam Claypot ala Cina. Resepi nasi ayam kicap ini memang cukup sesuai untuk anak-anak kecil yang tak tahan pedas dan sukakan perisa yang tak begitu kompleks. Nasi Ayam Kicap ini memang cukup mudah untuk disediakan sepertimana yang dikongsi dalam blog resepisenang.com.
Resepi ‘One Pot Meal’ untuk Memudahkan Anda Saya harap resepi-resepi ‘One Pot Meal’ ini akan dapat memudahkan hidup anda sepertimana resepi-resepi ini memudahkan saya. Meskipun masakan ‘one pot meal’ yang saya kongsi tidak banyak seperti masakan ‘one pot meal’ di Barat, saya yakin pasti ada antara anda yang mempunyai resepi ‘one pot meal’ kegemaran anda sendiri.
Kalau anda ada resepi ‘one pot meal’ tempatan yang anda teringin nak berkongsi bersama saya dan geng Butterkicap, anda bolehlah hubungi kami terus di laman Instagram dan Facebook kami. Jika anda ada perkongsian lain yang anda ingin beri, maklumkan kami. Mudah saja!
The post 10 Resepi ‘One Pot Meals’ Anda Patut Simpan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/10-resepi-one-pot-meals-anda-patut-simpan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sardin Masak Lemak

Resepi Sardin Masak Lemak

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 858 hits
hai assalammualaikumResepi Sardin Masak Lemak Sardin makanan pilihan bila barang dapur dah habis hehe Stoksardin mesti ada dekat rumah ye bukan dua tin tapi bertin tin tapi takdela samapi 10 tin hahahha Cukupla ada 5 tin dekat rumah Bila da...
Resepi Apam Nasi Pertama Kali Buat Dah Jadi Elok

Resepi Apam Nasi Pertama Kali Buat Dah Jadi Elok

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 837 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku membuat apam nasi Sebenarnya dua hari sebelum ayah aku ada tanya macam mana nak buat apam nasi ni dan aku sebagai seorang yang tak reti m...
Resepi Daging Bulgogi

Resepi Daging Bulgogi

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 665 hits
Resepi Daging Bulgogi Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Dah jemu makan ikan Bonde masak Menu Daging pula Kali ni rindu nak masakan Korea setelah nampak update anak buah di This is a content summary only Visit my website for ...
Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

Resepi Sambal Sotong Dan Petai Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1049 hits
Hai guys kali ni saya nak share menu sambal sotong campur petai Saya suka makan petai especially campur dengan sambal Memang sedap kan Boleh menambah nasi dibuatnya Nasi panas panas pastu letak kicap wahhh kena sangat dengan sambal sotong p...
Resepi Burnt Cheesecake Air Fryer

Resepi Burnt Cheesecake Air Fryer

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 2258 hits
Dah lama teringin nak makan burnt cheesecake Tengok resepi senang je nak buat So gigih la buat jugak nak rasa sedap sangat ke burnt cheesecake tu Mula buat dah fail uolls Aduihh geram plak dah la buat bekas kecik sampai tinggi penuh dalam a...
Resepi Churros Yang Super Sedap Dan Mudah

Resepi Churros Yang Super Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 447 hits
Assalamualaikum Hi Semua Resepi Churros Yang Senang Tak Banyak Bahan Dan Sedap credit image SuperamaMusim musim PKP ni dah takda aktiviti lain lah kan melainkan masak makan dan makan Lepastu jaga anak kemas rumah apa yang patut Betul dak Se...
Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 745 hits
Seri MukaResepi Kuih Seri MukaBahan lapisan bawah 500gm beras pulut300ml santan pekat300ml air2 tsp garam halusCara 1 Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam 2 Basuh bersih dan toskan Masukkan pulut bersama santan air dan sedikit garam ke dal...
Resepi Cara Mudah Membuat Sankaya

Resepi Cara Mudah Membuat Sankaya

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 573 hits
Salam to all readers Alkisahnya aku pantang orang post gambar makanan dekat twiter ada orang share resepi Tengok tengok semua bahan ada dekat dapur teruslah buat Aku suka buang masa dekat twitter sebab info isu semasa lebih pantas di twitte...
30 Menu Beserta Resepi Berbuka Puasa

30 Menu Beserta Resepi Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 734 hits
30 Resepi Buka PuasaNah aku kongsikan 30 menu untuk dijadikan juadah berbuka puasa Semangat menyambut Ramadan dah semakin terasa bila jiran dan kawan kawan dah mula berkongsi menu berbuka dan juga dah makin ramai menjual kurma Ada yang kong...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities