10 Port Sarapan Menarik Di Selangor 2024
Bila bercakap tentang sarapan, pasti ramai yang tidak sama seleranaya kerana ada yang mengidamkan hidangan tradisional Malaysia seperti Nasi Lemak dan Roti Canai, masakan antarabangsa seperti Full English Breakfast, atau pun kafe yang menyajikan kreasi mengikut trend dan Instagrammable; Selangor mempunyai tempat-tempat untuk memuaskan peminat-peminat sarapan pagi dan komuniti yang suka.bangun awal pagi.
Di sini ada senarai pelbagai lokasi di seluruh Selangor yang mungkin memuaskan sarapan anda. Sertailah kami dengan melayari idea-idea untuk hidangan sarapan anda!
1. Roti Canai Kari Kambing, Sungai Besar
Roti Canai Kari Kambing di Sungai Besar adalah tarikan utama kepada penduduk tempatan dan pelawat yang datang ke Sabak Bernam. Ramai penduduk tempatan mengatakan hidangan utama ini salah satu sarapan terbaik di sekitar Sungai Besar. Roti Canainya rangup di luar dan lembut di dalam, manakala Kari Kambing mereka mempunyai rasa yang unik dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Apabila dimakan bersama, pelanggan akan ingin menambah sepinggan lagi. Selain itu, restoran ini juga menyajikan sarapan tradisional Melayu lain, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mencuba menu lain yang disediakan seperi Pulut Sambal, Nasi Lemak, Kuih Muih dan lain-lain. Nikmati sarapan anda dengan pemandangan sawah padi yang menakjubkan, pasti akan membuatkan hari anda lebih menarik
2. Roti Canai Pelangi, Kuala Selangor
Mulakan hari anda dengan makanan yang berwarna-warni dan lazat. Roti Canai Pelangi menyajikan Roti Canai berwarna-warni dengan pelbagai perisa yang unik untuk setiap warna - merah berperisa strawberi, kuning berperisa jagung, oren berperisa durian, biru berperisa ubi keledek, dan hijau berperisa epal. Walau bagaimanapun, perisanya tidak terlalu kuat, jadi ia tidak akan mengganggu rasa asal Roti Canai. Roti Canai itu lembut dan gebu serta disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Kari Daging Kambing, Kari Daging Lembu, dan Kari Kaki Ayam untuk pelanggan menikmati. Restoran ini beroperasi dalam sistem layanan diri di mana pelanggan akan mengambil makanan yang dipilih sendiri dan membayar di kaunter. Jika pelanggan ingin mencuba hidangan lain, terdapat pelbagai pilihan seperti Nasi Ambeng, Pecal, Laksa, Lontong, dan banyak lagi. Dengan meja makan yang mencukupi dan makanan segar yang disajikan, anda akan berada dalam suasana hati yang baik sepanjang hari.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.facebook.com/roticanaipelangi
https://www.instagram.com/roticanaipelangiofficial/
3. Fino Coffee, Klang
Adakah sarapan hidangan kegemaran anda sepanjang hari? Fino Coffee di Klang menyajikan sarapan sepanjang hari. Kafe ini mempunyai suasana yang tenang di mana anda boleh berehat dan menikmati hidangan anda dengan sepenuhnya tanpa gangguan di sekeliling anda. Beberapa hidangan sarapan yang mereka sediakan adalah Fino’s Big Breakfast, roti bakar ayam goreng percik dan roti bakar manis dengan buahan berries. Mereka juga menyajikan pilihan makanan vegetarian. Selain itu, mereka juga menyajikan minuman unik untuk peminat matcha dan houjicha cuba, seperti kacang merah matcha dan coklat houjicha. Fino Coffee menggunakan bahan segar untuk memastikan pelanggan mereka mendapat makanan berkualiti terbaik.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/coffee.fino/
4. Tingkap Cafe Old Town, Petaling Jaya
Pelanggan dan pelawat akan merasa seperti ke zaman 50-an bila mereka menikmati sarapan di Tingkap Cafe di Old Town Petaling Jaya. Tempat sarapan ini mempunyai estetika Kopitiam lama yang tradisional dengan makanan yang murah dan lazat untuk peminat sarapan mencuba. Beberapa makanan yang disajikan adalah Roti Jala, Lontong, Mee Rebus, Lempeng Kelapa dengan Sambal Ikan Bilis, Curry Laksa, dan banyak lagi. Mereka terkenal dengan Sate yang aromatik dan segar yang dimasak di depan gerai dan juga dengan pelbagai kuih tradisional mereka. Harga makanan dan minuman yang ditawarkan adalah berpatutan dan memuaskan untuk dimakan. Suasana lama yang tradisional dan pelbagai hidangan sarapan Kopitiam tradisional pasti akan menceriakan hari anda.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/tingkap_cafe/
5. Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya
Sebuah restoran sarapan tradisional Melayu yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelawat di kawasan tersebut kerana pelbagai hidangan Melayu tradisional seperti Roti Jala dengan Kari Ayam, Asam Laksa, Mi Rojak, Soto, Lontong, Nasi Lemak Pandan, Mi Kari, dan pelbagai jenis kuih Melayu tradisional dengan kos minimum hanya 50 sen. Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang sentiasa berharap untuk mencuba makanan berkualiti, harga berpatutan, dan pelbagai pilihan hidangan sarapan di menu mereka.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/restaurantubikayu/
https://www.facebook.com/Restoranubikayu/
6. Breakfast Room, Bukit Jelutong
Jika anda mencari kafe yang menyajikan salah satu sarapan dengan suasana yang instagrammable, jom sarapan di Breakfast Room yang terletak di Bukit Jelutong. Pilihan menu sarapan yang bertemakan barat klasik adalah sebab utama ramai pengunjung tempatan dan pelawat datang ke sini terutamanya kerana keunikan dan kelazatannya. Beberapa menu sarapan mereka ialah seperti english muffin, sandwich, telur dan roti bakar, serta kopi dan teh. Suasana kafe yang selesa membuatkan pelanggan dapat menjamu selera dengan atmosfera yang tenang.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/breakfast_room/
7. Char Kuey Teow Aunty Gemuk, Kelana Jaya
Char kuey teow Aunty Gemuk merupakan salah satu hidangan terbaik di Lembah Klang. Dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu hanya sebanyak RM4.50 setiap pinggan, ramai pelanggan akan datang dan memilih gerai ini sebagai tempat sarapan kegemaran mereka. Mi kuey teow mereka juga mempunyai rasa pedas kemanisan yang membezakan mereka daripada gerai char kuey teow lain. Selain itu, mereka juga menyajikan laksa kari yang lazat dan berlemak. Anda juga boleh merasai keunikan dan kesedapan dalam setiap suapan makanan yang disajikan.
8. Kampung Hills Eatery, Kuala Langat
Tempat sarapan ini mempunyai aura kampung dengan hidangan western yang bertemakan Barat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan datang ke restoran ini untuk mencuba pelbagai perisa unik Barat dan tempatan, seperti Eggs in Purgatory, Kachang Pool, Nasi Lemak, Kuey Teow Goreng, Mee Udang Goreng, Ayam Goreng Crispy dengan Nasi Goreng, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hidangan sarapan utama mereka adalah pelbagai pilihan Nasi Lemak, sandwic bakar, dan sandwic Crossaint yang lazat.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/kampunghills/
9. Mak O Mak Cafe, Taman Melawati
Di antara Hulu Langat dan Gombak, Mak O Mak Cafe adalah sebuah kafe restoran autentik yang menyajikan masakan tempatan dan hidangan Barat dan dibuka seawal 8 pagi. Kafe ini sesuai terutamanya untuk peminat kopi dan penggemar roti bakar kerana kafe ini menawarkan pelbagai sarapan seperti roti bakar telur goyang dan sandwic croissant. Selain itu, Mak O Mak Cafe juga menyajikan pelbagai pilihan kopi untuk pelanggan cuba. Selain itu, dengan harga yang berpatutan dan hidangan yang besar, pelanggan akan meninggalkan kafe dengan kepuasan.
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
https://www.instagram.com/makomakcafe/
https://www.facebook.com/makomakcafe/
10. Roti Leleh Batu Arang, Selayang
Sarapan yang ringkas tetapi unik dan lazat. Restoran Roti Leleh Batu Arang adalah kegemaran tempatan di kawasan itu dan destinasi utama di kalangan penunggang basikal yang singgah untuk berehat dan menikmati hidangan sarapan ini. Roti lembut dibakar di atas arang, kemudian dimakan dengan tiga telur separuh masak, kicap manis, dan kacang merah yang lazat. Ramai penduduk tempatan dan pelawat akan singgah hanya untuk merasai hidangan ini, dan jarang sekali ia meninggalkan pelanggan tidak puas hati. Walau bagaimanapun, terdapat juga hidangan lain yang disajikan, seperti mi kari, lontong, dan soto, serta lemang dan rendang daging. Sarapan yang ringkas untuk memulakan dan menceriakan hari anda.
Facebook : https://www.facebook.com/people/Original-Roti-Leleh-Batu-Arang/
PenutupSama ada anda makan makanan sarapan tradisional atau masakan santapan Instagramable, makanan yang sedap sentiasa dapat menyatukan orang dan membawa senyuman kepada wajah anda. Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Saluran Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Pelancongan Selangor. #PusingSelangorDulu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/06/10-port-sarapan-menarik-di-selangor-2024.html