Gambar hiasan
Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
Gambar hiasan
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
Gambar hiasan
Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
Gambar hiasan
Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
Gambar hiasan
Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
Gambar hiasan
Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
Gambar hiasan
Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
Gambar hiasan
Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
Gambar hiasan
Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |