10 Petua Bersihkan Rumah Dari Kotoran Dengan Cepat Dan Murah



Dengan menggunakan barang-barang yang dah sedia ada dalam rumah seperti serbuk penaik, cuka putih, dan lemon, anda boleh memastikan rumah sentiasa bersih dan bau segar

Tiada perasaan yang lebih membahagiakan daripada melihat rumah bersih tanpa sebarang habuk. Kalau nyamuk mendarat atas lantai pun pasti tergelincir

Sebab itulah bagi sesetengah rakyat marhaen, bawah sinki dia penuh dengan barang-barang pencuci. Kalau takde Clorox sebotol, Harpic sebotol, tak tenteram jiwa

Masalahnya, kita ada macam-macam jenis kotoran. Kalau anda nak beli produk yang spesifik bagi setiap keadaan, anda akan habiskan lebih banyak duit daripada yang sepatutnya

Jadi dalam artikel ini, Abam Kie akan terangkan petua-petua untuk bersihkan rumah menggunakan barang-barang yang dah sedia ada dalam rumah

Kebanyakan barang-barang yang Abam Kie sebut di bawah boleh didapatkan dari kedai runcit kat kawasan rumah anda (sokong ekonomi tempatan!), tapi Abam Kie senaraikan juga harga yang dijumpai di Tesco Online buat rujukan:
Serbuk penaik (baking soda): Arm & Hammer Pure Baking Soda 454g pada harga RM6.90Cuka putih: S&W Premium Distilled White Vinegar 473ml pada harga RM6.59Lemon: Dijual pada harga RM0.99 sebijiKain microfibre: 2 helai kain microfibre Tesco pada harga RM7.90Lint roller: FRONT 3-In-1 Lint Roller dengan refill pada harga RM6.13
1) Bersihkan aliran sinki dengan serbuk penaik dan cuka

Mungkin anda tinggal dengan housemate yang tak reti buang sisa makanan ke tong sampah SEBELUM letak pinggan mangkuk dalam sinki. Lama-lama, anda perasan yang aliran air sinki makin perlahan

Selain daripada memberi tazkirah kepada housemate anda, anda boleh atasi masalah ini dengan baking soda dan cuka

Campurkan setengah cawan serbuk penaik dengan setengah cawan cuka, dan ia akan mula berbuih. Tuangkan campuran ini ke dalam sinki dan biarkan buat seketika, kemudian bilas dengan air suam

2) Bersihkan kepala shower guna cuka

Kalau anda perasan, semburan daripada shower anda mungkin dah tak kuat macam dulu. Ini kerana kepala shower tu dah lama tak cuci. Bukan air je yang perlahan, malah ia boleh mengumpul banyak bakteria

Ambil beg plastik kecil, isi dengan air dan cuka, dan rendamkan kepala shower tadi. Macam buat jeruk pulak. Pastikan anda ikat beg plastik tadi dengan gelang getah. Biarkan semalaman dan bilas

3) Bersihkan barang-barang kaca guna air dan cuka

Kesan tinggalan air boleh menjadikan gelas dan pinggan dan mangkuk kaca tidak sekilat dahulu

Untuk membersihkan kesan ini, rendamkan gelas tadi di dalam campuran cuka dan air buat beberapa ketika, mungkin dalam 15 minit. Kemudian bilas dan lap permukaan kaca tadi. Anda juga boleh sental permukaan tersebut menggunakan berus gigi

Campuran cuka dan air ini juga boleh digunakan untuk membersihkan tingkap kaca ataupun cermin. Sembur ke atas tingkap dan lap guna kertas surat khabar

Bagi yang berhati kaca pula, kami masih tidak ada penyelesaian buat masa ini

4) Buang bau daripada kasut, sofa, tilam, dan sebagainya guna serbuk penaik

Anda boleh guna sebuk penaik untuk buang macam-macam bau

Pertamanya, ada di antara kita yang jarang sekali basuh kasut. Jadi paling kurang buanglah sikit bau tu. Taburkan serbuk penaik ke dalam kasut dan biarkan. Jangan lupa buang sebelum anda pakai

Satu lagi benda yang jarang dibasuh adalah tilam dan sofa, yang ini sebab tak muat nak sumbat dalam mesin basuh. Namun anda masih boleh hadkan penyebaran bakteria

Guna vakum untuk bersihkan tilam/sofa, taburkan serbuk penaik, dan tinggalkan buat beberapa jam. Kemudian sedut kembali guna vakum

Anda juga boleh letakkan serbuk penaik dalam bekas kecil, dan tinggalkan dalam peti sejuk ataupun kabinet

5) Bersihkan baju dan perabot daripada bulu kucing

Bagi yang ada kucing kesayangan di rumah, pasti anda faham akan liku-liku yang perlu ditempuhi sehari-hari. Bulu di mana-mana – kat baju, seluar, beg, sofa, cadar, muka pun ada

Selain daripada memberi makanan yang sihat buat si manja supaya dia tak gugur banyak sangat bulu, pastikan anda ada lint roller kat rumah. Bukan bulu kucing je yang anda bulu kutip, bulu orang pun sama

Anda juga boleh gunakan lint roller ini untuk mengutip cebisan-cebisan kecil atas lantai, kalau malas nak capai penyapu

6) Cuci cutting board dengan lemon dan garam

Tak kisahlah cutting board anda jenis apa, anda boleh buang kesan kotoran di atasnya menggunakan lemon dan garam

Taburkan garam kasar atas papan dan biarkan buat beberapa minit. Potong lemon, dan gosok permukaan papan tersebut dengan isi lemon tadi, dan bilas.

7) Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal

Memang dilema kalau nak cuci kipas siling ni. Bila dijolok, habuk boleh jatuh atas muka, atas meja, atas katil. Dah la habuk tu bukan senang nak bersihkan bila kena kain

Untuk selesaikan masalah ini, anda boleh bersihkan bilah kipas tu guna sarung bantal, supaya habuk-habuk tersebut tak melimpah keluar

Kalau anda tak cukup tinggi untuk capai kipas, hubungilah rakan-rakan yang lebih berkemampuan

8) Bersihkan contengan daripada dinding

Kalau anda ada anak-anak kecil yang 'kreatif' sangat (tapi mudah lupa yang mereka ada kertas conteng/papan hitam), anda boleh bersihkan kesan contengan dengan ubat gigi ataupun lap guna kain basah yang disemburi serbuk penaik

9. Cuci dan buang bau daripada microwave

Campurkan cuka, lemon dan air dalam sebiji cawan, dan pasang microwave selama lima minit

Stim daripada air tadi akan melonggarkan bahan-bahan yang terlekat pada microwave anda, supaya anda boleh lap ia dengan mudah. Lemon tadi pula adalah untuk menyegarkan bau dalam microwave.

10. Bersihkan span guna microwave

Kalau anda guna span untuk bersihkan pinggan mangkuk, nak guna apa untuk bersihkan si span itu pulak

Sebenarnya, bila anda biarkan span dalam keadaan lembap, ia boleh mengumpul bakteria dengan mudah. Bau yang datang kemudian pun taklah menyenangkan sangat

Cara untuk mengelakkan perkara ini mudah sahaja, letak span tersebut dalam semangkuk air dan microwave untuk seminit, supaya dapat membunuh sehingga 99.9% daripada kuman tersebut

Lepas rumah anda dah bersih hingga berkilau, bolehlah mula memilih pokok hiasan yang terbaik untuk rumah anda, supaya dapat menikmati pelbagai manfaat seperti mengurangkan kemurungan dan membantu peredaran udara dalam rumah
 Sumber: www.propertyguru.com
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2021/01/10-petua-bersihkan-rumah-dari-kotoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 415 hits
1 876 total views 1 876 views today Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki b...
Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 439 hits
Minimum Spesifikasi Laptop Untuk Kelas Online Webcam Yes Processor Intel i5 4th Generation Graphic Card Intel HD Graphic RAM 4Gb DDR3l Storage SSD 128Gb Operating System Windows 10 Speaker Yes Wifi Yes Screen 12 5 Inch Assalamualaikum dan s...
Petua Untuk Bersihkan Daki Di Kaki

Petua Untuk Bersihkan Daki Di Kaki

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 310 hits
Petua ni best tau hanya guna bahan dapur je Pastu bukan saja kaki boleh cantik dan lembut tapi bagus untuk buang toksik juga Okey meh tengok sini Bahan bahan 2 biji limau nipis dibelah empat1 senduk beras1 gayung airbesen bekas untuk rendam...
Pagar Rumah Dengan Zink Elak Covid 19

Pagar Rumah Dengan Zink Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 314 hits
Semarang Bimbang dirinya dan keluarga dijangkiti Covid 19 mendorong seorang lelaki di Desa Ajibarang Wetan Jawa Tengah memagar rumahnya menggunakan zink Sabar Suharno 46 bertindak sedemikian selepas menyedari pertambahan kes wabak itu setia...
10 Cara Mewujudkan Impian Punya Rumah

10 Cara Mewujudkan Impian Punya Rumah

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 303 hits
Sesederhana apapun rumah adalah istana bagi setiap pemiliknya Di tempat ini kita beristirahat setelah seharian menghabiskan waktu untuk bekerja Di tempat ini pula kita memelihara hewan kesayangan hingga bertemu dengan keluarga Sayangnya di ...
Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 484 hits
Semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah mulai 20 Januari ini Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu...
Arwah Tak Demam Aktif Meninggal Di Rumah Pengasuh Ibu Jelaskan Hal Sebenar

Arwah Tak Demam Aktif Meninggal Di Rumah Pengasuh Ibu Jelaskan Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 338 hits
Hati ibu bapa mana yang tak sedih saat diuji dengan kehilangan anak Walaupun sukar untuk melupakan tapi janji Allah itu pasti Ini yang berlaku kepada pasangan suami isteri apabila bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di rumah pen...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran