10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dengan Modal Kecil


10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dan Memerlukan Modal Kecil || Berniaga ataupun membuat perkhidmatan adalah aktiviti ekonomi yang dijalankan meliputi pelbagai bidang yang mana ianya dibuat secara persendirian ataupun berkumpulan. 

Dunia perniagaan yang sangat luas kini mudah ditembusi dengan adanya kemudahan canggih komunikasi secara talian ataupun online. Kreativiti, perancangan dan perlaksanaan sangat memainkan peranan untuk meraih keuntungan dalam sesuatu perniagaan.
 



Namun, kekangan modal juga sering menjadi halangan kepada seseorang memulakan perniagaan. Selain itu, sebelum memulakan perniagaan, perlulah terlebih dahulu mengkaji saiz pasaran iaitu permintaan terhadap prodak perniagaan atau perkhidmatan yang akan dibuat.

10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dan Memerlukan Modal Kecil
1/ Berniaga Barangan TerpakaiApa yang anda perlukan adalah menyediakan permis perniagaan untuk meletak dan menjual barangan terpakai.

Anda tidak perlu memikirkan soal modal untuk pembelian barangan terpakai kerana anda boleh menawarkan melalui iklan kepada sesiapa yang ingin menjual barangan terpakai untuk menghantar barangan tersebut ke permis anda.

Apabila barangan tersebut terjual, anda akan meraih komisen mengikut peratusan yang dipersetujui diperingkat awal.

Antara barangan terpakai yang berpotensi diniagakan adalah seperti peralatan rumah dan muzik, perkakasan, alat ganti kenderaan, komputer dan telefon, mainan kanak-kanak, jam, mesin jahit, barangan antik dan sebagainya.


2/ Agensi PekerjaanPerkhidmatan ini hanya memerlukan modal yang minima kerana anda hanya perlu berkomunikasi antara majikan dan pekerja (pencari kerja).

Untuk kapasiti kecil, anda perlu buat pengiklanan dan berjumpa dengan pekerja di mana-mana atau kedai kopi untuk proses dokumentasi.

Manakala urusan diperingkat majikan pula boleh dibuat secara dalam talian setelah terma dan syarat telah dipersetujui diperingkat awal.

Bagi Kapasiti besar pula lebih berbaloi untuk menyediakan permis sebagai pusat informasi, pengurusan dan penyimpanan salinan dokumen.



3/ Membuat Perkhidmatan Pemasaran (Marketing)Perkhidmatan pemasaran biasanya dibuat secara persendirian. Apa yang anda perlu adalah kepakaran dari segi membuat pemasaran iaitu memperkenalkan prodak majikan kepada masyarakat melalui kempen, iklan, risalah dan sebagainya.

Anda juga perlu pakar dari segi teknik iklan dan perundingan agar prodak tersebut kelihatan menarik dan informasi mampu sampai kepada lapisan masyarakat.



4/ Agen InsuranAnda perlu mempunyai pengetahuan tentang insuran dan memenuhi kriteria sebagai agen. Biasanya kursus dan tunjuk ajar akan diberikan oleh syarikat insuran tersebut ataupun bergantung kepada tahap pencapaian yang ada pada diri anda melalui pembelajaran ataupun kursus yang pernah hadiri.

Anda boleh membuat kempen ataupun iklan untuk memperkenalkan program insuran kepada pelanggan secara manual ataupun papan tanda.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi secara terus kepada pelanggan, membuat iklan di facebook, instagram, twitter, whatsapp ataupun di media massa.


5/ Menjual Pakaian Terpakai TerpilihMenjual pakaian terpakai mempunyai pasaran yang bagus sekiranya mempunyai teknik betul dan jenis pakaian terpakai terpilih diperkenalkan.

Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar kerana pakaian terpakai biasanya dijual dengan harga yang rendah.

Terdapat pembekal yang membekal pakaian terpakai secara terpilih iaitu membekal pada jenis pakaian yang berjenama ataupun kualiti yang bagus. Dari segi pemasaran pula boleh dibuat melalui internet, media cetak ataupun menjual di permis.


6/ Kedai Gunting Rambut Lelaki
Di tempat yang mempunyai populasi ramai seperti dibandar atau ibukota berpotensi besar untuk meraih ramai pelanggan untuk menggunting rambut.

Permintaan ini akan berterusan memandangkan konsep gunting rambut biasanya dibuat setiap bulan bagi lelaki.

Kedai gunting rambut lelaki tidak memerlukan modal yang besar kerana pada kebiasaannya lelaki hanya memerlukan servis potong rambut dan cukur yang mana hanya peralatan asas sahaja diperlukan iaitu gunting (hair clipper), pencukur, dan sedikit peralatan kedai sahaja.


7/ Perkhidmatan Membaiki Telefon dan KomputerPerniagaan ini memerlukan kepakaran untuk mrmbaiki telefon ataupun komputer. Sekiranya anda menggaji pekerja yang mahir dalam bidang ini, anda boleh mengaplikasi sistem komisen kepada pekerja tersebut agar anda tidak perlu menyediakan modal dari segi gaji kerana pelanggan yang membuat bayaran akan menyelesaikan komisen (gaji) pekerja tersebut.

Dari segi alatganti pula, anda boleh membuat kerjasama (joint venture) dengan pembekal alatganti yang mana bayaran daripada pelanggan akan dibayar kepada pembekal (back to back).


8/ MenjahitApa yang menarik tentang menjahit adalah anda akan mempunyai pelanggan tetap kerana pada kebiasaannaya apabila pelanggan berpuas hati ataupun selesa dengan pakaian yang dijahit / dihasilkan ia akan berterusan dari masa ke semasa.

Selalunya kedai jahit akan dilimpahi permintaan daripada pelanggan terurtamanya di musin-musim perayaan. Asas yang diperlukan untuk menjahit adalah seperti mesih jahit, benang, gunting, alat sukat.


9/Perkhidmatan Potong RumputPerkhidmatan potong rumput memerlukan modal yang kecil iaitu penyediaan dari segi mesin rumput, pengangkutan (basikal, motorsikal ataupun kereta) dan minyak mesin.

Dari segi permintaan adalah tinggi pada kawasan perumahan, tempat awam ataupun permis persendirian.

Biasanya perkhidmatan yang bagus dan memuaskan akan mengekalkan perkhidmatan tersebut setiap kitaran potong rumput hendak dibuat.


10/ Perkhidmatan Penghantaran (Runner)Perkhidmatan ini sangat banyak diperlukan di kawasan bandar dan tempat yang ramai penduduk. Biasanya perkhidmatan ini diperlukan untuk menghantar makanan dan barangan yang dipesan oleh pelanggan.

Dari segi modal, anda hanya perlu sediakan kenderaan sebagai pengangkut iaitu motorsikal ataupun kereta serta lesen memandu.

Semoga idea 10 Perniagaan Yang Mempunyai Pasaran Besar Dengan Modal Kecil membantu mereka yang sedang berikir perniagaan apa yang hendak dimulakan dengan kos kecil.

Sebenarnya, ada banyak lagi perniagaan yang boleh dilakukan pada start up yang rendah, hanya terpulang kepada anda apa yang anda suka dan inginkan.

happy Monday.

cheers.
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger× a indefinite article, "an" is use before a vowel sound, "a" otherwise More (Definitions, Synonyms, Translation)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/02/10-perniagaan-pasaran-besar-modal-kecil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Syarikat Perniagaan Paling Lama Bertahan Dan Masih Wujud Di Pekan Kecil Kampung Saya

3 Syarikat Perniagaan Paling Lama Bertahan Dan Masih Wujud Di Pekan Kecil Kampung Saya

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 202 hits
Di kampung saya pekan Penanti Seberang Perai Utara ada 3 syarikat perniagaan paling lama bertahan dan masih wujud sampai sekarang Mungkin ada lebih dari 3 kalau diambil kira jenis perniagaan The post appeared first on
Penilaian Kecil Atau Besar Itu Sebenarnya

Penilaian Kecil Atau Besar Itu Sebenarnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 222 hits
Assalammualaikum wbtPENILAIAN KECIL ATAU BESAR ITU SEBENARNYA Duduk berbincang atau berbicara daripada hati ke hati tidak kira isu apa yang diketengahkan setiap seorang pasti ada sudut pandang atau tafsiran masing masing Pendapat terhadap s...
Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

Kerugian Besar Peniaga Dan Penurunan Mendadak Di Pasaran Sebab Akibat Dan Masa Depan Bitcoin Yang Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 233 hits
Bitcoin membuat kejayaan besar pada Februari 2021 setelah berulang kali menulis semula rekod nilai maksimum Kepentingan pelabur besar pengembangan perisian untuk memperluas kemungkinan cryptocurrency serta publisiti yang meluas di media glo...
5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 278 hits
Secara umum anda boleh pilih dua cara untuk buat perubahan besar dalam hidup Cara Pertama Dengan melakukan satu perkara yang drastik dan dramatik Contohnya seperti sertai program transformasi hidup yang The post appeared first on
5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 282 hits
Apa yang saya ingin berkongsi dalam artikel kali ini mungkin tidak senang untuk anda baca Saya raikan perbezaan ini Seminggu yang lepas saya dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan hasrat The post appeared first on
Berakhirnya Era Parti Abang Besar Di Malaysia Umno Takut Untuk Berubah

Berakhirnya Era Parti Abang Besar Di Malaysia Umno Takut Untuk Berubah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 204 hits
Pada 13 Februari 2021 oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez Oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez Setelah lebih 60 tahun berada bawah pentadbiran Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO rakyat Malaysia telah terbiasa dengan dominasi hegemoni parti p...
Kisah Kenangan Bersama Radio Dari Kecik Sampai Besar Sempena Hari Radio Sedunia

Kisah Kenangan Bersama Radio Dari Kecik Sampai Besar Sempena Hari Radio Sedunia

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 196 hits
Siapa yang tak kenal radio Rasanya memang sangat luar biasa jika masih ada orang yang tak tahu apa itu radio Antara alat yang paling lama masih wujud dari dulu sampai sekarang Masih kekal digunakan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia R...
Enam Mualaf Ini Miliki Pengaruh Besar Dalam Sejarah Islam

Enam Mualaf Ini Miliki Pengaruh Besar Dalam Sejarah Islam

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 181 hits
Islam adalah salah satu agama yang banyak dipelajari oleh umat manusia Agama yang paling sempurna di sisi Allah SWT mengajarkan penganutnya mengenai segala yang ada di alam semesta Ramai orang juga berminat mempelajari Islam dan memilih unt...
Selawat Nariyyah Dilancarkan Rezeki Dan Dijauhkan Dari Musibah Besar

Selawat Nariyyah Dilancarkan Rezeki Dan Dijauhkan Dari Musibah Besar

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 1064 hits
JOM Selawat Selawat NariyyahRasulullah SAW bersabda Siapa saja yang membaca selawat untukku maka Allah akan membalasnya 10 kebaikan diampuni 10 dosanya dan ditambah 10 derajat baginya Dalam hadis lain Rasulullah bersabda Perbanyaklah selawa...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru