10 Penyakit Utama Di Malaysia Dan Puncanya


Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika sudah terkena penyakit baru tersedar, mungkin masih ada masa untuk memulihkannya tapi bagaimana pula kalau sudah kronik? Tidak kira wanita mahupun lelaki, anda perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan.

Gambar hiasan

Jika tidak peka dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat, anda mudah terkena penyakit yang berbahaya. Sikap acuh tidak acuh kepada tanda-tanda penyakit boleh mengundang bahaya.

Sebelum terlambat apa kata kita kenali penyakit yang sering dihidap masyarakat tempatan.

1. Sakit jantung

Punca: Keturunan, tekanan (stres), merokok, alkohol, kurang aktiviti senaman, masalah kegemukan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.

Biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit dan akhirnya menyebabkan pengaliran darah tersumbat.

Apabila sel-sel otot jantung kurang bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi.

Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

2. Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)

Penyakit pulmonari (paru-paru) obstruktif (saluran pernafasan tersekat akibat bengkak atau parut) kronik (keadaan yang berterusan untuk jangka masa lama) bukan sekadar batuk perokok.

Antara simptom COPD yang paling ketara adalah nafas tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik, lebih dari sebulan.

Punca: Berpunca daripada peningkatan tindak balas keradangan tisu paru-paru akibat pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, asap rokok, penggunaan ketuhar dan pemanas kayu atau arang batu dalam rumah.

3. Kencing manis

Punca: Seringkali dikaitkan dengan pengumpulan asid yang banyak di renal. Rembesan insulin yang kurang daripada pankreas yang tidak terkawal disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak sihat.

Penyakit kencing manis atau diabetes merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan mengawal gula atau glukosa darah.

Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, bermakna dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya.

Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan jenis 2.

4. Strok

Punca: Tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, kolesterol dan obesiti.

Serangan strok berlaku apabila salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.

Serangan strok biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku.

Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

5. Kanser pankreas

Punca: Merokok, diabetes, faktor genetik, radang atau infeksi pada pankreas, obesiti.

Pankreas adalah organ dalam perut yang terletak secara horizontal dan di dalamnya terdapat sel eksokrin pankreas yang menghasilkan cairan pencernaan.

Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh.

Kanser pankreas ialah sel yang bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas.

6. Kanser prostat

Punca: Penyebabnya tidak diketahui, namun beberapa penelitian ada menunjukkan hubungan antara diet tinggi lemak dan peningkatan kadar hormon testosteron.

Kanser prostat adalah suatu tumor ganas yang tumbuh di dalam kelenjar prostat. Penyakit ini biasa menyerang lelaki berusia 70 tahun ke atas.

Kanser prostat jarang menyerang lelaki yang berusia di bawah umur 40 tahun.

7. Tekanan darah tinggi

Punca: Usia, genetik, obesiti, tidak bersenam, merokok, banyak garam dalam tubuh, sedikit vitamin D dalam darah, terlalu banyak minum alkohol dan stres.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan cairan darah dalam tubuh menekan dinding arteri dengan cukup kuat hingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung.

Tekanan darah ditentukan dengan jumlah darah yang dipamkan oleh jantung.

8. Batu karang

Punca: Kurang air, genetik, penyakit sistinuria, kencing manis, darah tinggi, masalah hiperurisemia, kesan sampingan ubat, pemakanan dan kurang bergerak.

Batu karang atau renal stone membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing.

Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.

9. Obesiti

Punca: Genetik, kerosakan salah satu bahagian otak, pola makan berlebihan, kurang bersukan, pengaruh emosi dan lingkungan persekitaran.

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian.

10. Gout

Punca: Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal, limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa menggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan.

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Penyebab Utama Kematian Di MalaysiaSejarah Asal-usul Memakai Pakaian Hitam Ketika Majlis Kematian
sumber: nona



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/11/10-penyakit-utama-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Kajian Bandar Bandar Utama Di Malaysia Dijangka Tenggelam Menjelang Tahun 2050

Menurut Kajian Bandar Bandar Utama Di Malaysia Dijangka Tenggelam Menjelang Tahun 2050

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 604 hits
Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa bandar bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050 Perkara ini dikongsi oleh Centre For Governance and Political Studies di Twitter yang merujuk kepada kajian yang...
Orang Terhensem Tercantik Di Malaysia Adalah Orang Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang

Orang Terhensem Tercantik Di Malaysia Adalah Orang Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 614 hits
Gambar HiasanRupa sudah ada hensem dan cantik Mesti ramai yang beratur nak jadikan kekasih atau bakal isteri Mesti anda perasan kebanyakan perempuan cantik atau lelaki hensem ni orang sebelah pantai timur Sebab apa Soalan sangat subjektif i...
Garis Panduan Car Seat Untuk Kanak Kanak Di Malaysia

Garis Panduan Car Seat Untuk Kanak Kanak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 635 hits
Assalamualaikum Ayue yakin yang semua ibubapa di Malaysia dah alert yang mulai tahun depan kerajaan mewajibkan semua kanak kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah untuk menggunakan Car Seat atau Kerusi Keselamatan ketika berada di da...
The Jho Low Vs Zakir Naik Paradox Afflicting Malaysia

The Jho Low Vs Zakir Naik Paradox Afflicting Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 280 hits
As a senior citizen I echo the kopi tiam talk being shared by many citizens It is over the latest breaking news of wanted Malaysian businessman Low Taek Jho who is discovered now being given cover in Cyprus The Inspector General of Police A...
5458 Aktiviti Malaysia S Halal Inclusion Roundtable Masterclass Ppim 05 11 2019

5458 Aktiviti Malaysia S Halal Inclusion Roundtable Masterclass Ppim 05 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 477 hits
Setiausaha Penerangan PPIM En Zulkefli Mohamad hari ini mewakili PPIM dalam menghadiri majlis Malaysia s Halal Inclusion Roundtable Masterclass anjuran The Global University of Islamic di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Majlis telah...
Di Malaysia Terbalik Budak Budak Kena Berangan Jadi Apa Tanpa Tahu Apa Fungsi Baju Dia Pakai

Di Malaysia Terbalik Budak Budak Kena Berangan Jadi Apa Tanpa Tahu Apa Fungsi Baju Dia Pakai

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 498 hits
The ReporterJika sebelum ini tular mengenai rungutan ibu bapa mengenai kos perbelanjaan dan trending majlis graduasi pelajar tadika Terbaru rungutan mengenai Program Kerjaya di Sekolah Malaysia pula menjadi perhatian netizen Seperti biasa k...
Zaqhwan Zaidi Ketuai Cabaran Malaysia Dalam Acara Suzuka 8 Hours Di Sepang

Zaqhwan Zaidi Ketuai Cabaran Malaysia Dalam Acara Suzuka 8 Hours Di Sepang

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 332 hits
Pelumba Malaysia Zaqhwan Zaidi akan menyertai pasukan Honda Asia Dream Racing dengan Showa sepuluh pasukan terbaik di Suzuka 8 Hours di Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang dari 13 hingga 15 Disember Perlumbaan Sepang 8 Hours merupak...
Republic Of Malaysia Penganjur Acara Ratu Cantik Mohon Maaf

Republic Of Malaysia Penganjur Acara Ratu Cantik Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 444 hits
Astro Awani Video yang tular itu adalah semasa majlis pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan Media sosial PENGANJUR Miss Crystal Angel International membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysi...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je