10 Pencuci Mulut Berasaskan Durian
Lambakan durian di rumah telah mencetuskan azam untuk memanfaatkan durian semaksima mungkin dalam penyediaan sajian berbuka.. Sempena musim durian luruh (di kebun Abah) yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan 1445H / 2024 ini Mamy Syu nak share 10 pencuci mulut berasaskan durian yang mudah, ringkas dan paling penting sedaapp..
Pulut durian
Anggaran masa penyediaan : 45 minit
Bahan-bahan:
300g beras pulut (rendam semalaman)
200ml susu sejat
150mL santan
1 helai daun pandan
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
3 biji durian
Cara-cara:
Part A:
Campurkan 100ml susu sejat dengan santan kelapa, daun pandan, garam dan gula. Masak dengan api kecil sehingga gula larut dan biarkan mendidih. Matikan api. Buang daun pandan. (baki susu 100ml untuk dihidangkan dengan pulut kemudian)
Part B:
Toskan beras pulut dan kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat keluar loyang dari pengukus. Tuangkan bancuhan dari Part A ke atas pulut yang panas dan gaul rata. Tutup pulut selama 15 minit sebelum dihidangkan.
Hidangkan pulut dengan 2 ulas durian dan tuangkan baki susu sejat di atasnya. Siap!
Cendol durian
Anggaran masa penyediaan : 15 minit
Bahan-bahan:
1 biji durian ~ ambil ulasnya
1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul secubit garam
Cara-cara:
1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol, air batu & air gula merah.
Bingka durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam 45 minit
Bahan-bahan:
3 biji Telur ayam - 3 biji
4 cups Tepung gandum – 4 cawan
2 cups Gula pasir – 2 cawan
1/3 tin Susu cair – suku tin
2 cups Air – 2 cawan
1 kotak Santan (200ml)
1 sudu teh Garam – 1 sudu teh
6 ulas Isi Durian 6ulas
50g Bijan (sanggai tanpa minyak)
Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang
Cara-cara:
Blend semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak.
Oles minyak masak dalam loyang
Bakar dengan oven adunan dalam loyangtadi pada suhu 180°C selama 1jam 20 minit
Taburkan bijan ke atas kuih bingka pada 20 minit terakhir.
Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.
Setelah sejuk, kuih bingka sedia dipotong untuk dihidangkan!.
Puding roti durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan bahan:
1 paket agar agar (20 gram)
5 mug air
5 keping roti
2 cawan gula (kurangkan, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
6 ulas durian (diambil isinya)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka
Cara-cara
Masak agar agar dgn air dan gula hingga hancur
Sementara itu blend susu cair, telur, isi durian, roti, esen dan tepung kastard
Untuk menyediakan Filling
Tuang satu senduk agar agar ke dlm bekas leper dan campurkan satu warna, kacau
Tuang satu senduk lagi untuk warna kedua
Biarkan sejuk dan keras
Setelah keras Agar agar yg telah diwarnakan tadi diipotong kecil2. (Filling A)
Untuk menyediakan Puding
Masukkan bahan bahan yg di blend ke dalam lebihan agar agar yg di dalam periuk tadi, kacau rata
Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan
Masukkan bahan A ke dalam loyang yg berisi puding
Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras, sebelum dipotong
Sedap dimakan setelah di dingin sejukkan di dalam peti
Onde-onde (buah melaka) durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan bahan:
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan
kelapa parut secukup diperlukan
lempuk durian secukupnya
sedikit garam
Cara-cara :
1. Kisar daun pandan dan tapis serta ambil airnya
2. Uli tepung pulut, garam dengan air pandan tadi sehingga menjadi doh.
3. Sementara itu panas air di dalam periuk sehingga mendidih.
4. Bentukkan adunan tadi menjadi bulat dan masukkan lempuk durian sebagai inti.
5. Masukkan adunan yang telah berinti tadi kedalam periuk berisi air panas tadi dan biarkan adunan tersebut didalam periuk sehingga ia terapung-apung.
6. Seandainya ia telah terapung, makan bolehlah diangkat akan adunan tersebut.
7. Golekkan adunan tadi di atas kelapa parut.
8. Sedia untuk dihidang.
Durian chiffon cake
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan-bahan :
Bahan A
150ml santan
6 biji kuning telur
4 sudu besar minyak jagung
1/4 sudu kecil garam
150gm isi durian
1/4 aising durian
50gm gula kastor
140gm tepung
Bahan B
6 biji telur (putihnya sahaja)
1/4 sudu kecil Cream of Tartar
100gm gula kastor
Cara-cara :
1. Adunkan bahan-bahan (A) sehingga sebati dengan perlahan-lahan.
2. Pukul telur putih sehingga berbuih sambil memasuk sesudu demi sesudu gula ke dalamnya sehingga gebu
3. Secara perlahan-lahan masukkan adunan (A) ke dalam adunan (B) sehingga sebati.
4. Bbakar pada suhu lebih kurang 175°C dalam masa 45minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk dihidangkan.
Bubur cha cha durian / Bubur anak lebah
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan-bahan:
Chacha
sekotak Santan kelapa 200ml
2 cawan air
6 ulas durian (di perisikan)
4 sudu gula putih
2 sudu gula merah
4 helai daun pandan
secubit garam
Cara-cara:
: 1. Rebus cha cha hingga empuk bersama 1 sudu kecil garam untuk mengelakkan caca terlalu kembang dan lembik
2. Dalam periuk yg berasingan, campurkan semua Air+Daun pandan, santan, gula merah, gula putih dan rebus atas dapur.
3. Masukkan isi durian & chacha yg dah direbus awal td. Kacau.
4. Sedia untuk dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk bagi yang gemar sejuk.
Roti jala kuah durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam 30 minit
Roti Jala
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum (500gm)
1 tin susu cair
1 biji telur
2 tin air (guna tin susu cair tadi)
sedikit garam
1 sudu makan minyak masak
sedikit tepung kastard (untuk seri kuning)
Cara-cara
Masukkan tepung, telur, susu cair dan air serta kastard kedalam blender.
Bancuhan tepung jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
Kemudian baru dikirai diatas kuali leper mengunakan acuan roti jala
Kuah Durian
Bahan-bahan
8 ulas durian
500ml santan (200ml santan pekat + 300 air)
1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula (ikut kemanisan yg anda suka)
sedikit garam
daun pandan
Cara-cara
Masukkan semua bahan (kecuali tepung gandum) kedalam periuk dan kacau sehingga isi durian tertanggal dari bijinya. Tambahkan sedikit tepung gandum (yg dibancuh) untuk memekatkan kuah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2014/06/10-pencuci-mulut-ringkas-ramadhan-tema.html